Sunday, 20 January 2013

Cerpen : Adios cinta!






Kenapa lah nasib aku ni sedih sangat? Semua orang yang aku suka mesti akan jatuh ke tangan bestfriend aku? Tapi aku tak boleh nak salahkan sesiapa sebab bukan salah dia orang pun kan? Kalau berkaitan dengan perasaan, siapa yang boleh halang?

Setiap kali aku nak menyapa cinta, mesti cinta terlebih dahulu say bye-bye pada aku. Aku pun tak tahu kenapa.

Aku memang tak ditakdirkan untuk menerima cinta ke? Pada mulanya aku memang fikir macam tu, tapi bila lama-kelamaan, aku mula sedar kalau aku kata aku tak dapat cinta, mesti tak ada orang yang sayang aku kan? Kiranya aku ni boleh la tahan lagi daripada orang yang langsung tak dapat kasih sayang family sendiri.

Masalahnya… aku ni senang nak jatuh suka pada seseorang tanpa sebab. Betul la, kan ke kita suka pada seseorang tu tanpa sebab. Cinta yang sebenar tak memerlukan sebab. Aku tahu hal tu sejak aku kecil lagi.

Chewah, macam aku ni ratu cinta sedunia pulak! Merah pipi aku!

Cerita cinta yang buat sampai aku menangis bermula masa aku darjah 5. Masa tu aku suka pada budak lelaki nama Aliff. Orangnya tak adalah hensem. Lagi hensem Asyraf Muslim. Eh, Asyraf Muslim kan memang hensem?

Masalahnya masa tu aku memang pemalu sangat-sangat orangnya. Aku jaga kelas dia tapi aku tak berani nak masuk kelas dia kalau dia ada.Segan! Segan tak bertempat!

Then, aku buat macam biasa je masa aku form 1. Asalkan dia ada depan mata aku tak rasa apa-apa.I mean, tak adalah sedih sangat.

One day tu, kawan aku bagi tahu aku satu cerita yang merobek hati aku. Rasa macam dah lunyai jantung aku dibuatnya! Mana tidaknya, dia cerita pasal kronologi dia bercinta dengan Aliff tu! Cara dia bercerita macam dia tak tahu yang aku suka kat Aliff tu sejak darjah 5!

Kata kawan aku, tapi kenapa dia sanggup buat aku macam ni? Sanggup dia cerita kat aku dari A sampai Z macam mana dia boleh couple dengan Aliff??




Lagi menyakitkan hati, akhir 'sesi cerita' dia tu, dia boleh tanya aku, "Eh, dulu kau suka Aliff kan?"

Balik je rumah petang tu, aku menangis dalam bilik air. Rasa sedih sangat sebab orang yang aku suka dah terlepas pada kawan baik aku sendiri! Memang masa tu aku rasa down sangat.

Aku tak tahu macam mana nak hilangkan rasa sedih tu. Sampailah tengah tahun tu, ibu kata yang kita orang kena pindah. Aku rasa berbelah bahagi nak bagi tahu kawan -kawan aku ke tak. Sebabnya aku takut kalau dia orang buat dunno je kat aku nanti.

Bila sampai masa aku nak pindah,aku rasa aku dah bersedia nak lupakan Aliff. Mungkin ni la masa yang sesuai untuk aku lupakan dia.


Bila aku jejak je kaki kat sekolah baru aku, bermula la lagi satu episod sedih kisah hidup aku bila aku tengok budak-budaknya macam arrogant semacam. Gaya anak orang bandar! Sombong!

First impression aku terhadap dia orang, sombong!


*****


Tapi dalam ramai-ramai budak lelaki yang ada kat sekolah tu, kenapa la aku boleh tersangkut kat sorang budak ni? Tak hensem pun. 

Poyo je lebih. Jalan pun… slow gila!

Aku pun tak tahu kenapa aku boleh tersuka kat dia. Rasa macam jantung aku ni kerja overtime je bila dia ada kat depan mata aku. Lagi-lagi bila masa aku Form 2, dia duduk kat depan aku je.

And.. masa Form 2 juga lah, semuanya terkantoi! Kantoi pasal feeling aku kat dia. Semuanya sebab gambar dia dengan salah seorang kawan aku.

Adik aku pulak, dengan selambernya komen kat situ. Dia cakap ' awas, ada orang mengamuk.'

Esoknya, mamat tu tanya dengan sorang lagi kawan aku ni, betul ke aku suka kat dia. Tak sempat dia nak jawab ada orang tolong aku nafikan dengan jawab aku suka dengan mamat korea just muka dia tu macam mamat tu je. That's all!

Then, sejak tu aku tak bertegur sapa dengan dia.

Makin lama, aku makin ok dengan dia.

Bila masuk Form 3 lepas PMR, hati aku sekali lagi kena toreh… 

Dia couple dengan kawan aku! Sedih sangat. Tapi aku dah jangka sebab setiap yang aku suka mesti akan terlepas kat tangan orang lain dalam masa 3 tahun. Macam dah dirancang!

Aku sedih sangat.

Bila girl dia tukar sekolah, aku rasa ok sikit la kot. Sebab dia tak ada kat depan mata.

But then, aku sedar, mamat ni memang boleh dikategorikan as buaya daratan! Keliling dia mesti ada perempuan walau kat mana pun dia duduk.

 Sekarang, aku dapat tahu, dia ada something dengan budak Form 3.What the…??

Then, ake decide, aku nak move on tanpa dia.Aku nak kejar cita-cita aku.Aku nak jadi berjaya.Aku tak nak down semata-mata kerana insan bergelar lelaki.

So, I take a decision, Adios Cinta !!! 





2 comments:

  1. Dude... You almost mke me cry... Because, this story hmpir sama dgn kisah aku dulu.... huhuhu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar la sis.. x mo nngis2.. hehehe.. nnti x comeyy

      Delete

Penat

 Bila dah makin meningkat usia ni kan, rasa makin penat. Lahh, cakap macam tua berapa tahun je kan? Hahahah salam pun lupa nak bagi. Sorry! ...