Thursday 27 November 2014

Cerpen : Encik Pencuri Hati



p/s : Farah ni Farah dlm My Naughty Ajoi. 
Sebab ada yang request.. so, lahirlah cerpen ni. 

 “Oh my god, hensem giler mamat tu!”

 “Mahu tersungkur aku kalau lalu depan dia!”

 “Dia senyum.. boleh angau setahun aku!”

  “Alolo.. cutenya dia layan anak dia..”

     Ish minah-minah ni la! Kalau nak puji mamat tu tak payah la nak datang bertenggek kat depan meja aku ni. Buat hilang selera makan aku je la minah-minah ni! Dah la mamat yang dipuji tu suami orang. Okey, aku kata tu suami orang sebab aku terdengar perkataan ‘anak’.

   Tiba-tiba aku teringat kat mak buyung yang seorang tu. Tak silap aku dia punya due nak bersalin dua bulan lagi tak silap. Nampak gayanya merasalah aku nak ada anak buah. Anak sendiri tak ada, anak buah pun jadilah! Anak juga apa? Hehehe.. Suka tu suka juga, tapi minah lagi seorang ni mana pula? 

   Zie ni pandai janji je tapi sampai sekarang batang hidung pun tak nampak-nampak! Kata nak jumpa pukul 12 tapi sekarang dah pukul 1 pun tak datang-datang lagi! Eh lupa-lupa... Zie pun antara orang yang tahu macam mana perangai aku yang sebenar selain Fiya si mak buyung tu. Aku bukan nak hipokrit tentang perangai aku, cuma tu la.. yang rapat lebih memahami. Hehehe..

   “Farah!” Ni kalau main sergah tepuk bahu tertinggal salam tak lain tak bukan Zie la ni. Nasib tak melatah aku tadi. Kalau tak, buat malu aku je. Muka dah la ayu (orang kata ye) tapi melatah macam mak cik! Mahu jatuh saham aku ni. Ish ish ish..

.“Kenapa awal sangat ni? Kenapa tak pukul 2 je terus?”

Zie menarik sengih. Yes, my bad.. salah sendiri.. Jangan memandai nak membela diri pula kalau Cik Farah Izyani tengah marah. Dia marah lagi teruk dari gunung berapi meletus! Amboi, Nazihah hiperbola melampau la kau ni! Dia tergelak sendiri.

“Zie, yang kau gelak sendiri tu kenapa? Jangan cakap skru tercabut. Aku tak simpan nombor telefon Hospital Tanjung Rambutan ..”

Huii.. sekali dia bercakap zupp.. menusuk terus dalam hati! Farah.. Farah.. ayat sentiasa pedas berapi! Muka je cantik ayu macam tu, sekali dia bercakap.. Sekian wassalam, aku rasa nak cabut lari je!
“Agak-agak la sis! Sampai Tanjung Rambutan pula kau nak hantar aku..” Naziha sudah buat muka sedih. Mood drama sedih  dihidupkan. Kalau boleh sekarang ni aku nak ada satu spotlight kat arah aku. Ala, sekali-sekala nak merasa jadi artis popular tak apa kan? Hehehehe..

“Alolo.. ni nak main touching bagai dengan aku ni apa kes? Orang gurau pun nak sentap bagai. Lari Hakim baru kau tahu.”

Tu je la modal minah ni kalau aku dah mula buat drama. Sikit sikit nak kait nama Hakim. Ish, dah la aku tengah merajuk dengan Hakim sebab tak reply whatsapps. Zaman sekarang, tak reply whatsapps pun nak gaduh. Tak apa, gaduh manja.  “Eleh, tak lari manalah mamat tu.”


Jus oren yang dipesan tadi disedut perlahan. “Ni nak jumpa aku nak story apa? Kau kalau ajak nak jumpa aku je mesti ada benda nak story kan?Kalau tak, tak ada maknanya kau nak jumpa aku.”

Gaya cakap macam nak perli aku je Farah ni.

“So, nak cerita apa ni? Aku ada kelas pukul 3.30 kejap lagi. Masuk lambat nanti mengamuk pulak Madam Aini tu.”

“Tak lah, aku nak tanya kau je..”

“Tanya apa?”

“Kau free tak cuti sem nanti?”

“Nama pun cuti.. masa untuk aku berfoya-foya la sis..”

“Nak duit tak?”

“Kau nak suruh aku buat apa ni? Jangan suruh aku buat benda haram dah la wei. Benda haram tu tak berkat tau tak? Kalau duit tu kita buat beli makanan nanti makanan tu pun tak halal. Ish, dah la..”

Sebelum sempat Farah menghabiskan ayatnya Naziha terlebih dahulu memotong. “Kerja ni halal. Tak ada kaitan pun dengan kerja haram.  Kau ni kan, kalau ada pertandingan membebel aku pasti dan yakin mesti kau dapat juara.”

Farah tersengih. Nak buat macam mana, gen suka membebel umi turun kat aku. So, ni la hasilnya. Tak penat mulut aku kalau nak membebel kat orang. Tapi kalau masuk syarahan ke, berdebat ke.. terus mulut aku ni terdiam. Otak pun beku. Tak ada perkataan langsung yang sudi nak keluar.
“Aku nak minta tolong kau, jagakan anak buah aku.”

“Mak dia?”

“Tak ada..  dah meninggal.”

“Ayah dia?”

“Kerja.”

“Mama kau?”

“Ada je..”

“So?”

“Nak kau jaga dia la..”

“Mama kau ada, kau pun ada.. so kenapa nak minta tolong aku jaga dia pula?”

“Sebab … mak aku nak pergi umrah. Aku tak larat nak jaga dia sendiri. Please.. Ala, sementara kita cuti ni. Kau pun memang plan nak cari kerja kan? Ni aku bagi kau kerja la..”

Malas betul la kalau kerja jadi babysitter budak ni. Nanti nak kena tukar pampers la, mandikanlah, bagi makanlah. Bukan tak biasa, dah terlebih biasa pun sebenarnya sebab aku selalu je tolong kakak aku jaga budak kat rumah dia. Ye la, aku kan kadang-kadang ada juga menyemak kat rumah kakak aku tu. Tu la tersesat sekali jaga budak. Tapi.. tadi Zie kata  kerja… duit.. “Okey!”

***** 

“Farah sure boleh jaga Mea?” tanya Puan Kamilia. Gaya macam aku tengah temuduga kerja pula. Cuma bezanya aku duduk atas sofa empuk bukannya atas kerusi yang keras tu. Ada aircond lagi! Siap hidang jus oren kegemaran aku lagi. Class gitu!

“Insya Allah boleh aunty..” Mea yang berada di atas riba Puan Kamilia aku lihat dengan penuh minat. Comel gila budak ni. Pipi dia la yang paling menarik perhatian. Tembam gila pipi dia. Apa kata orang? Sedap nak main tarik-tarik? Haa.. Mea ni la contoh terbaik! Habislah pipi kau Mea kena tarik je lepas ni.

Puan Kamilia tersenyum. “Bukan aunty, panggil mama je.”

Mama? Kalau la kisah aku ni kisah dalam novel, ni la scene masa bakal menantu jumpa bakal mertua. Perubahan panggilan dari ‘aunty’ kepada ‘mama’. Tu kan clishe. Boleh di agak pun. Tapi kisah aku memang sah sangat menyimpang jauh dari dalam novel. Sebabnya? Papa Mea pun aku tak kenal, macam mana nak suka? Lagi pun, dia kan papa orang. Dalam kepala aku terbayang yang papa Mea ni dah tua (tua dari aku, bukan tua beruban tahap datuk tu!) dengan perut boroi? Pelik betul imaginasi aku ni. Ish ish ish..

“Tapi..” Eh lupa, mama Zie ada kat depan aku.

“Apa aunty?” Pandangan Puan Kamilia membuatkan aku tersedar sesuatu. “ Apa mama?” cepat-cepat aku membetulkan panggilan ‘aunty’ tadi.

“Sebenarnya Farah bukan kena jaga Mea je..”

Mea ada adik ke? Kalau Mea ada adik, mahu aku pelangkung Zie kejap lagi. Ye la, Zie cakap anak saudara dia seorag je. Aku tahu tu sahaja. Nama abang dia pun aku tak tahu. Zie nak bagitahu tapi aku malas nak ambil tahu.

“Assalamualaikum..” Pintu dibuka. Mea yang berada di ribaan Puan Kamilia sejak tadi berlari ke arah pintu.

“Papa!” Mea mendepakan tangannya meminta untuk didukung. Pipi Mea dikucup mesra.

Papa Mea ke tu? Macho gila muka dia.. Serius tak tipu.. Sekali tengok memang tak tahu yang dia tu papa orang. Penampilan dia memang menyimpang jauh dari apa yang aku bayang tadi. Dari rupa dia aku boleh agak kalau aku kata yang dia ni model pun mesti ramai yang percaya.Tapi tu la, papa Mea ni jauh sangat dari muka Korea yang aku suka. Muka orang Korea kan ala ala comel gitu, tapi dia ni.. ala ala orag Sepanyol, maskulin. Hehehe..

“Tu la papa Mea. Nama dia Muhammad Afzal Haikal. Ni la mama kata tadi.. Selain Mea, Farah kena jaga papanya juga.”

Membulat mata Farah ketika itu. Bukan setakat anak, papanya pun aku kena jaga? Papa dia dah besar panjang kot, kenapa aku pula yang kena jaga?

“Mama!” Afzal duduk di sebelah mamanya. Dipeluk mamanya erat. Alahai anak manja mama rupanya mamat ni. “Laparlah..” Perutnya diusap sambil matanya sengaja dikebil-kebilkan. Alahai papa budak, kenapalah perangai kau macam anak kau juga? Manja!

 “Macam kenal..” ujarnya apabila dia mula perasan yang bukan hanya dia dan mamanya di ruang tamu tersebut.

“Jangan nak menggatal ye Afzal!” Puan Kamilia mencubit paha Afzal. Padan muka! Apa lagi mengaduh sakit la kawan tu.

“Serius la... macam pernah nampak dia ni.”

Nampak aku kat manalah tu? Aku pun tak pernah nampak dia.. Auta je lebih! Farah, jaga hati tu.. Cari yang muka Korea bukan Sepanyol. Afzal, shuh shuh!!

*****
“Mea..”

Botol susu ditangan digoncang. Ish mana pula perginya budak kecil ni? Tadi elok je ada depan tv tengok Upin Ipin. Ni aku pergi dapur buat susu sekejap terus hilang? Ajaib ajaib.. Takkan rumah ni ada pintu sesuka hati Doraemon pula? Ish aku ni pun, otak ke laut sugguh! Ada ke patut melalut sendiri?

“Mea..”

Tiba-tiba dia terdengar suara Mea ketawa. Ketawa dengan siapa pulak tu? Nak kata Zie, bukan ke tadi minah tu kata nak keluar kejap. Keluar kejap la sagat, nak jumpa Hakim tu cakap je la. Pandai je dia curi tulang.

“Mea..”

“Mea ada dengan saya ni ha..” ujar seorang lelaki. Dengar suara dia je pun dah boleh buat aku rasa nak pengsan sebab jantung aku tiba-tiba gatal nak pump laju-laju.

Alamak, bila masa pula dia balik ni?

“Encik.. bila balik? Tak dengar bunyi kereta pun?”

“Saya balik jalan kaki. Mana nak dengar bunyi kereta.”

Farah dah buat muka blur. Jalan kaki dari tempat kerja ke rumah ke? Dekat sangat ke tempat kerjanya tu?

Tiba-tiba lelaki tersebut ketawa. 

“Tak la.. Saya tak parking kereta kat dalam. Saya berhenti kereta kat depan gate. Kejap lagi saya nak masuk kerja dah. Saja je balik nak jenguk Mea.” Ujarnya sambil tersenyum. Pipi Mea yang chubby tu dicium berkali-kali. Muka Mea pun macam  dah pasrah je kena cium macam tu.

“Lagi satu.. boleh tak kalau tak panggil encik? Nampak pelik la.. Dah la mama saya awak panggil ‘mama’, adik saya awak panggil ‘Zie’ tiba-tiba bila sampai saya awak panggil ‘encik’? Tak ke pelik tu?”

 Dah tu aku nak kena panggil apa? Abang? Bunyi macam gatal je kalau orang dengar. Abang saudara aku yang tua sepuluh tahun pun aku tak pernah nak panggil abang, inikan pula dia. Mahu aku kena bahan dengan abang saudara aku kalau dia dengar aku panggil Afzal ni 'abang'. Panggil nama? Nampak sangat tak sopan bila aku panggil dia ikut nama je. Dah la dia tu lagi tua dari aku. Dilemma.. dilemma. Farah oi, benda kecil ni pun dilemma juga?

“Awak panggil saya abang pun okey juga.” Ujarnya sambil tersegih.

Farah dah garu kepala. Gaya orang blur tahap lapan. “Abang?” Suka jiwa dia je kan? Geli tekak nak sebut 'abang'.

“Abang as abang la. Abang as husband pun okey juga..” Ujarnya lagi sambil ketawa. Serius aku tak nampak kat mana yang kelakar sangat sampai dia nak gelak sampai macam tu sekali. Ni kalau masuk audition Maharaja Lawak, guna lawak ni aku yakin dia la orang pertama yang akan disingkirkan. Tanpa ragu-ragu!

“Gurau je la.. Tak payah la nak buat muka macam tu. Cute sangat tau tak?”

Aku cute ke tak bukan masalah kau la.. Masalahnya kenapa aku pula yang rasa lain bila dia cakap macam tu? Farah oi.. ingat target! Korea bukan Sepanyol! Jangan menyimpang, nanti terbabas!

“Okey, cuba panggil saya ‘abang’. Practice make perfect kan?” Ish, tak practice pun tak apa rasaya. Tak pengsan pun aku kalau tak panggil dia 'abang'.

“Err..”

“Bukan ‘err..’ la.. ‘abang..’”

“Kalau tak panggil ‘abang’?”

“ Kalau ‘Sayang’ okey tak?”

Apa la masalah dia ni? Dari abang nak aku panggil sayang pula? Melebih la pula dia ni.. Muka, please jangan nak serlahkan blusher original kat sini. Buat segan aku je karang!

“ ‘Taiko’ boleh?” ujar Farah bergurau.

“Nampak macam saya ni macam ganas pula. Saya ni kan cute gitu.. Mana boleh ‘taiko’. Tak matching..” Manusia mana la yang anggap dia ni cute sampai dia boleh perasan gila ni? Ish, kau la yang puji dia cute hari tu Farah! Lupa ke apa? Hrmm.. menyesal aku puji dia cute! Puji dalam hati je kot, takkan dia boleh dengar? Tu pun sekali, masa dia tengah agah Mea. Masa tu je aku puji dia nampak cute, dalam hati je la.

“Dah tu?”

“Abang juga..”

*****  

“ Mummy..” Mea yang masih mamai berjalan ke dapur sambil menggenyeh matanya. Sah la dia baru bangun pagi. Alahai anak saudara Zie yang seorang ni.. kenapalah kau ni cute sangat? Dah tu panggil aku mummy pulak tu.

      Puan Kamilia a.k.a mama sendiri yang suruh Mea panggil aku ‘mummy’. Aku tak faham kenapa nak suruh Mea panggil aku macam tu. Dibuatnya Mea salah faham ingat aku ni mummy dia yang sebenar karang tak ke haru jadinya? Tapi bila aku tanya mama senyum je sambil jawab ‘ Tak apa, Mea faham. Bagi la dia practice awal-awal.’ Eh, nak practice apa pula? Pening sekejap aku masa tu. Yang si anak suruh aku practice panggil 'abang'. Jangan ada plan apa-apa dibelakang aku sudah. Tak rela aku jadi watak utama novel. Kahwin paksa. Oh nooooo!!

     “Sayang..” Sekali Afzal ada kat belakang Mea la pula. Siap dengan gaya yang sama macam yang Mea buat tadi pulak tu! Comel sangat! Yang tak best tu bila dia tiba-tiba panggil aku ‘sayang’. Dah la suruh aku pangil dia ‘abang’ lepas tu dia sesuka hati je panggil aku sayang. Aku marah, dia cakap aku cute pula. Lagilah aku blushing. Sudahnya aku diam je.

     “Mea..” Tanganku didepakan kepada Mea. Terus Mea berlari ke arah aku.

      “Ala.. untuk papa dia tak ada ke?” Sekali dengan pakej muncung cute dia tayang. Alahai Papa Mea.. kenapalah awak ni cute sangat? Saya gigit kang free je awak kena.

       “Along.. janganlah kacau Farah!” Yes! Penyalamat dah sampai!

         Naziha yang masih berpakaian pijama turun dari tangga. Tangannya menutup mulut yang menguap. Ceh, dah pukul 10 ni..  Apa punya anak daralah Zie ni! Aku pun dua kali lima je sebenarnya tapi sebab kat rumah orang kan? Kenalah bangun awal. 'Anak' nak makan. Hahaha.. dah feel macam mak mak je sekarang ni.

      “Sibuk la Zieha! Biarlah along nak flirting dengan Farah pun. Tak nak kakak ipar baru ke?” keningnya dijongkit sedikit.

      Kakak ipar? Naziha tersengih. “Hrmm.. okey juga la kot. Cuma jangan nak naughty sangat la along. Kesian dia. Blushing tak sudah!”

     Zie.. kalau aku lipat kau kat sini agak-agak aku kena saman tak? Sesuka hati je cakap macam tu..

     “Farah, janganlah asyik nak blushing. Abang gurau je la..” Katanya sambil mengenyitkan mata. Terkesima aku sekejap tengok Afzal wink macam tu. Tolonglah jangan nak sweet sangat! Awak buat saya jauh dari target asal saya.

     Bau hangit membuatkan aku teringat pada telur yang masih berada di dalam kuali. Alamak telur goreng aku dah hangus! Cepat-cepat aku letakkan Mea ke bawah dan berlari ke kuali.

    “ Kita makan telur goreng hangus la hari ni..”  Kata Afzal sambil menjengah ke dalam kuali. Habis penuh dapur tu dengan asap! Macam manalah boleh tak terbau hangit tadi?

     “Tak apalah, saya goreng baru.” Reda pasrah je la.. Takkan nak bagi anak orang makan telur hangus kot? Tau dek mama dia, kena pancung aku karang! Buat sia-sia je..

     “Eh.. tak payah buang la. Bak sini!” Afzal dah menghulur pinggannya. Nak apa?

      Jarinya dihala ke arah telur yang dah terlebih masak yang aku ingin campakkan ke dalam tong sampah. “Serius?”

    “Lima rius abang bagi.” Dia tersengih. Eh dia ni, aku serius dia nak main-main pulak! Debik karang!

    Terus aku alihkan telur tadi ke dalam pinggannya. Dia ni nak ambil hati aku je ke atau memang tak nak membazir? Kalau aku, tak kuasa dah nak makan makanan hangit macam tu.

      Muka dia bekerut masa makan telur hangus tu. Kan dah kata tadi, jangan makan, nak juga. Ha.. kan dah rasa!Air suam dihulur kepadanya. Cepat-cepat dia teguk air tu. Nak bagi hilang rasa hangit dalam mulut la tu.

*****  

   Cuti semester sudah pun 3 minggu berlalu. Ingatan masih lagi terbayang-bayang wajah comel Mea. Pipi Mea yang tembam memang menarik minat aku untuk main tarik-tarik pipi dia. Kesian Mea. Okey,aku mengaku selain Mea aku memang ada teringatkan seseorang yang lain. Siapa lagi kalau bukan papa Mea yang manja tu, Afzal. Sepanjang aku tinggal kat rumah tu Afzal tak habis-habis nak mengusik aku.

       Agaknya memang dah jadi hobi dia kot nak mengusik aku. Masalahnya dia nak mengusik aku tak mengira masa dan tempat. Dalam dia busy nak pergi kerja pun sempat lagi nak mengusik. Tak faham betul aku dengan Afzal ni. Perangai dia yang comel tu dah satu level dengan Mea aku tengok! Mungkin lebih lagi dari Mea.

     “Oit!” nak melompat aku bila aku rasa pinggang ni dicucuk seseorang. Kalau yang main redah ‘oit’ lepas tu cucuk pinggang aku yang kiut miut ni memang dah tak ada orang lain dah. Minah tu saja yang berani buat macam ni.

     Naziha tersengih apabila melihat wajah Farah yang bagaikan mahu memakan orang itu. Sedar yang dia tersalah tegur. “Assalamualaikum wahai sahabatku.”

      “Waalaikumussalam.” Reti pun nak bagi salam. Ni kalau asyik nak main tegur aku pakai ‘oit’ lepas tu cucuk pinggang aku mahu aku terkejut selalu lepas tu kena sakit jantung sebab selalu terkejut. Lepas ni aku kena pergi hospital la kot buat check up jantung.Selalu sangat terkejut macam ni. Tak adik yang buat, abang dia yang buat.

“Ni apa kes jalan sorang-sorang pun boleh tersengih ni? Ada tanda-tanda nak masuk hospital bahagia ke?”

“Teringat kat Mea…”

“Mea ke along? Aku rasa kau teringat along ni.” Naziha menyengih. Macam orang tak tahu apa yang minah ni fikir sekarang ni.

“Tak ada maknanya.”

“Eh, apa pula tak ada makna? Along tu nampak macam suka kat kau je.”

Suka aku? Serius? Rasa nak buat lompat bintang aja sekarang ni. Aci tak? Ish karang aku betul-betul kena hantar hospital bahagia pula. Dah la tadi sengih sorang-sorang sekarang lompat bintang tiba-tiba pula. Ada ke orang normal buat macam tu?

“Perasaan kau je tu..” cover suka tu Farah.. Stay steady and cool. Jangan bagi Naziha nampak yang aku sekarang tengah ada rama-rama dalam perut.

“Tapi kan, sejak kau tak ada along jarang balik rumah masa lunch mama kata. Kalau masa kau ada dulu kan asal lunch je dia balik.”

Ada juga aku perasan benda tu. Afzal selalu balik masa lunch padahal tempat kerja dia dengan rumah bukannya dekat. Nak berulang alik, mahunya makan masa sejam.

“Mea macam mana? Sihat?”

“Sihat. Cuma tu la, dia selalu minta along bawa dia jumpa kau. Kesian dia aku tengok. Malam-malam pun kadang-kadang dia cari kau. Kan dia selalu tidur dengan kau.”

“Bawa je dia jumpa aku. Aku sentiasa free untuk Mea.”

“Free untuk along juga…” Naziha menyengih.

Ish, suka sangat nak kenenkan aku dengan abang dia tu. Karang aku betul-betul jadi kakak ipar dia, mahu dia menangis lagu Hisdustan sebab terharu dapat kakak ipar comel macam aku ni. Masuk bakul angkat sendiri betul aku ni.

***** 

“Farah!”

Datang dah.. datang dah.. ingatkan aku tak akan jumpa mamat ni dah. Kalau jumpa aku mesti asyik nak melekat dengan aku aje kerjanya, macam tak ada kawan lain je gayanya kat kampus ni.

“Kau nak apa Kamal? Kau ada masa 2 minit untuk bercakap dengan aku.”

“Aik, nak cakap dengan kau pun ada limit masa ke?” berkerut dahi Kamal. Gaya nak jumpa pengarah besar syarikat je minah ni la.

“Masalahnya kalau kau bercakap lebih dari 2 minit nanti ‘askar-askar’ kau akan muncul untuk ‘bom’ aku. Tak kuasa aku masuk ICU.”

Kalau Kamal ni macam orang biasa yang lain aku tak kisah. Tapi dia ni dah ada tunang dan ramai peminat. Peminat yang jenis fanatik pula tu! Kalau peminat normal tu tak apalah juga. Tahulah muka dia ada iras Lee Min Ho.

Kamal tergelak. “Kau kan tough, nak takut apa?”

“Tough kepala kau! Sekali kena bom hancur aku. Karang tunang kau si Aleeya nampak aku dengan kau mahunya dia bom aku. Tahap jeles mengalahkan apa je.”

Aleeya. Nama yang selalu muncul dalam kepala aku bila Kamal muncul depan aku. Asal nampak aku dengan Kamal je, aku pasti dan yakin mesti lepas tu mesti dia start sesi menganyam ketupat yang aku ni kononnya jenis yang suka merampas tunang orang padahal kalau nak diikutkan aku yang kenal Kamal dulu dari dia. Mana tidaknya, Kamal ni kan jiran aku. Kenal dari kecil lagi.

“Ni kau panggil aku apa hal?”

“Oh.. aku nak tanya kau kemana masa cuti sem sebulan tu? Aku tak nampak pun kau kat rumah.”

Sedar aja dia ni bila aku tak ada kat rumah. Orang lain kalau aku tak keluar rumah seminggu pun tak kisah. Dia? Baru sehari tak muncul depan dia mulalah dia muncul kat rumah aku pergi interview umi tanya pasal aku.

“Tak tanya umi ke?”

“Umi kau cakap kau pergi kerja.”

“Betul la tu. Dah tu kenapa tanya lagi?”

“Sebab takkan la kau kerja sebulan tak balik rumah?”

“Aku jadi babysitter la. Aku duduk rumah Zie.”

Kamal ternganga. “Kau jadi babysitter Zie ke sebulan ni?”

Ish, kadang-kadang boleh tahan sengal juga Kamal ni. Soalan tak serupa orang yang memanjang dapat pointer tinggi.

“Aku jaga anak saudara Zie la! Ish, cubalah faham sikit ayat aku tu.”

Kamal tersengih. “Comel tak anak saudara Zie tu? Lelaki ke perempuan? Kalau perempuan boleh aku ayat.”

Terus lengan Kamal dicubit kuat. Agak-agak boleh la kot tinggalkan kesan lebam seminggu.  Puas hati aku! “Tu sebagai tanda jangan nak menggatal overdose!”

Kamal menggosok-gosok lengannya. Aduh, hodoh lengan aku kena cubit. Kalau Farah cubit, tak lebam memang tak sah!

***** 
“Farah!” Datang dah dia… one.. two.. three.. action!

“Iye Cik Aleeya, ada apa?” muka cuba dimaniskan sebaik mungkin. Padahal dalam hati dah berbakul-bakul rungutan beserta sumpahan sebab Aleeya ni macam ikan phirana. Dimana ada daging di situ ada dia. Terus ngap!

“Kenapa kau borak dengan Kamal? Berapa kali aku nak kena sound kau ha? Dia tu aku punya, yang kau nak menyemak tu kenapa? Kau ni kan memang…”

Tak sempat Aleeya nak habis cakap ada orang lain yang menyampuk. “Farah kenapa?” Ni kes aku terlalu rindu ke apa? Sampai dia boleh muncul? Dalam novel je kot ada hero muncul. Tiba-tiba kaki Farah terasa seperti dipegang seseorang yang kenit. Okey, yang kenit ni pun ada. Pipi dicubit kuat. Sakit!

“Mummy! Nak dukung!” Mea dah mendepakan tangannya meminta Farah mendukungnya. Kalau dah sakit pipi maknanya ni realiti la kan? Mea yang yang berada di kaki didukung. Pipi gebu tersebut dikucup berkali-kali sehingga Mea tergelak. “Geli la mummy.”

“Eh, wait! Ni siapa?” Pulak dah! Aku terlupa ada lagi makhluk di kat sini. Ingatkan dah blah tadi.

“Ni..” Rasanya boleh je kan kalau aku nak pedajal Aleeya sekarang kan? At least dia tak kacau aku lagi. “Future husband aku.” Sorry Afzal. Pinjam nama awak eh.

“Jemput la datang rumah dua minggu lagi masa akad nikah kita orang.” Kata Afzal sambal menhulurkan sekeping kad kepada Aleeya. Dan dan ni la dia ada prop nye. Bagus betul la Encik Afzal kita ni. Pandai berlakon!

“Senyap-senyap kau kan..” Kata Aleeya sebelum berlalu pergi. Siap jalan lenggok catwalk lagi tu. Senang hati sangat nampak gayanya. Kiri kanan kiri kanan jalan.

“Apa yang abang bagi dia tadi? Nak tengok!” Tangan dihulur meminta kad yang berada di tangan Afzal. Satu plastik Afzal bawa kad tu tadi. Kad apalah agaknya yang dia bagi kat Aleeya sampai minah gedik overdose tu boleh jalan lenggang lenggok yang gila bapak punya pelik tadi. Gaya jalan orang senang hati tak jejak tanah.

“Ni..” Kad tersebut dihulur. “Mea.. sini kat papa. Nanti mummy terkejut dia terlepaskan Mea pula.”

 Eh apa pula sampai aku nak terlepaskan Mea pula? Bukannya dia letakkan lipas pun dalam kad ni kan sampai aku nak terkejut campak barang bagai kan? Tapi dalam tak puas hati aku bagi juga Mea kat Afzal.

Kad yang berwarna hitam pink itu dibuka. Rare betul warna kad ni. Tapi cantik!

Ehh, kejap! Kenapa aku macam kenal sangat nama dalam ni? Kad tersebut dibelek lagi. Ni kad undangan perkahwinan kan?


MOHD AFZAL HAIKAL  BIN LUQMAN
DAN
FARAH IZYANI BINTI RAMLI

Bukan tu nama aku dengan Afzal ke?

Afzal dah menyengih. Mea pula macam tahu-tahu je apa yang ada dalam fikiran papa dia terus tepuk tangan. “Yeay! Mea boleh tinggal dengan mummy!!”

“Apa ni ?” Andai kata la tanda soal yang aku tengah fikir ni boleh keluar, dah penuh ruang udara dengan tanda soal. Tak  ada angin tak ada ribut tiba-tiba aku dapat kad kahwin aku sendiri.

“Kad kahwin kita la..” Katanya sambil mengenyitkan mata.  Perlu? Geram pulak kita tengok dia macam ni. Rasa nak cubit je pipi tu!

“Jangan gurau la..”

Baru je Afzal nak buka mulut telefon aku berdering tanda ada orang call. Hrmm… abah? Jarang sangat abah nak call aku ni. Biasa abah mesti suruh umi call.

Butang hijau ditekan. “Assalamualaikum.. abah?”

Afzal yang berada di sebelah hanya tersengih melihat reaksi Farah. Terkejut la tu! Hahaha..

Setelah hampir 10 minit baru la Farah tamatkan perbualannya dengan abah.

“Seriously?” Nak pitam seminit aci tak?

*****  
-- Seminggu sebelum –

“Ma….” Riba Puan Kamilia menjadi mangsa Afzal untuk berbaring. Nama je bapa orang tapi manja tak pernah nak surut. Makin menjadi-jadi adalah. Kadang-kadang manja dia ni lebih lagi dari Mea.

“Iye..” Kerepek diambil dan disumbat ke dalam mulut. Perghh nikmat dapat makan sambal tengok tv ni! Lagi-lagi bila dapat tumpang riba mama.

“Afzal, kenapa? Macam nak cakap something dengan mama je..”

“Ermmm.. ermmm.. kalau.. kalau..”

“Papa!” Jeritan Mea mematikan kata-kata Afzal. Terus Afzal mengambil Mea kemudian diletakkan di atas dadanya. Elok sangatlah tu, Afzal baring atas riba Puan Kamilia, Mea atas dada Afzal.

“Pa.. kenapa mummy dah lama tak datang?” Kerepek yang sudah dipatah kecil dimasukkan ke dalam mulut Mea. Masuk yang besar karang tercekik pula anak aku seorang ni.

“Mea nak tinggal dengan mummy ke?” Rambut Mea diusap perlahan. Puan Kamilia hanya memasang telingan mendengar perbualan dua beranak tersebut.

“Nak! Mea nak mummy baca buku cerita sebelum Mea tidur.”

“Tanya opah, dia bagi tak mummy tinggal sini?”

Ewah anak aku ni.. kata je la dia yang nak Farah tu duduk sini. Ni tak pakai orang tengah pulak.
“Boleh tak opah?”

“Tanya papa la. Opah sentiasa bagi greenlight.”

Afzal dah menarik senyum. Yeay mama dah bagi greenlight. Si kenit ni dah kompem bagi greenlight punya. Nak mummy kan? Hehehe..

“2 hari lagi kita pergi merisik dia. Deal?”

“Amboi.. lajunya dia!”

“Benda baik tak baik dilambat-lambatkan ma..”



*****  


    "Tak menyesal ke?" Aku rasa soalan ni macam soalan maut untuk diri sendiri sebenarnya. Dibuatnya kalau Afzal kata menyesal macam mana? Separuh jiwaku hilang dibuatnya kalau dengar jawapan macam tu. Lagi gila ada ke patut otak aku ni pergi proses soalan maut tu 12 jam sebelum aku nikah esok?

     "Sepanjang abang kenal Farah, tak pernah lagi perkataan 'menyesal' tu muncul. Yang abang tahu abang jumpa pelangi yang buat Mea gembira. Pelangi yang boleh kembalikan senyuman mama. Pelangi yang buat hati abang berdegup pantas dan membuatkan abag sedar yang abang masih hidup. Terima kasih Farah sebab muncul dalam hidup abang."

    Terus panas muka aku dengar dia cakap macam tu. Nasib baiklah aku call guna handphone, kalau depan-depan? Mahu aku cabut lari terus! Malu campur terharu mugkin? Cara dia describe aku macam aku ni dah bawak satu perubahan yang sangat besar dalam hidup dia. Setakat datang rumah dia jadi babysitter takkan sampai aku dah ubah macam-macam dalam hidup dia?

     "Tapi kita baru kenal sebulan. Abang mana kenal Farah lagi." Ni pun antara sebab kenapa aku rasa susah nak terima Afzal. Banyak kali aku fikir pasal benda ni. Dibuatnya kalau nanti dia nampak perangai aku yang kadang-kadang masuk air plus ganas ikut angin monsun tu macam mana? Agak-agak dia terkejut tak? Pengsan ke? Ye la, selama ni dia nampak aku ni ayu, lembut je, tiba-tiba.. hamek kau! 


"Abang dah lama kenal Farah. Farah je yang tak tahu."

Ayat novel sangat! Ke Afzal ni jenis kaki novel jugak? Mana tahu dia baca koleksi novel Zie yang berlambak tu sampai muncul ayat tu.

"Abang baca novel Zie, tapi ni bukan tiru ayat dalam novel. I'm serious okey? Farah je yang tak tahu Farah ada stalker yang super duper macho ni tau." Tak kembang hidung ke Encik Afzal oi bila awak puji diri sendiri macam tu?

 Lagi satu. stalker???



*****  

--Flashback--

"Mea, cantik tak kakak tu?" tanya Afzal sambil memuncungkan bibirnya kearah seorang gadis yang berada di meja belakang mereka. 

"Kakak mana papa?" Papa ni pun, masa Mea tengah busy makan aiskrim jugak la dia nak tanya soalan.

"Kakak kat belakang Mea tu la.." Afzal tarik senyum. Teh tarik dihirup perlahan. Tak tahu kenapa tiba-tiba hari ni gatal pulak nak datang sini. Padahal dia bukan nak ambil Zie balik pun. Saja nak tengok orang tu sebenarnya.

"Kakak mana papa? Yang rambut perang dengan rambut putih tu ke papa?"

     Ler anak aku ni. Tengok yang dua orang tu kenapa? "Kakak yang pakai selendang warna pink tu la Mea. Nampak tak?" 

      Ish papa ni.. nak suruh Mea cari kakak pakai selendang pink pulak. Kakak pakai selendang pink, mana kakak? Papa Mea suruh Mea tengok kakak ni.. 

    "Haaaaaaa.. Mea nampak!!! " Ish Mea ni, cover la sikit excited tu. Karang perasa pula 'kakak selendang pink' tu. Buat malu papa je tau! Lantas mulut Mea ditekup. Mampus kalau Mea jerit panggil 'Kakak selendang pink, papa Mea suruh Mea tengok kakak!' Mea ni bukan boleh di jangka apa dia nak buat. 

    Dua orang yang rambut warna perang dan putih tadi pun tengok kita orang. Aku senyum je la. Takkan nak buat muka ketat pula? Jatuh saham aku sebagai duda hot. Hehehe.. Tapi tu fakta okey? (walaupun kedengaran agak poyo) Sebabnya dari tadi budak berdua tu duk usyar meja aku dengan Mea. Bila aku terpandang, dorang tunduk. Bajet malu. Lepas tu usyar lagi. Tak tenang aku nak usyar 'kakak selendang pink' tu.

   Mea turun dari kerusi dan bergerak ke arah aku. Dia minta aku dukung. Kemudian dia dekatkan mulut dia kat telinga aku. "Mea nampak kakak selendang pink tu. Cantik!" bisik Mea.

    "Mea nak kenal dengan dia tak?" balas aku dengan berbisik juga. 

   "Nak!"

    "Nanti masa Mak Su cuti sem kita kenal-kenal dengan dia eh? Papa pun dah lama nak kenal dengan kakak tu." 

    Rasanya aku kena kenal dia lebih lagi. Setakat kenal dari cerita Zie mana cukup. Tambah lagi info hasil skodeng facebook dia. Macam orang tak ada kerja je aku buat macam tu. Tak tahu kenapa tapi aku suka sangat stalk 'kakak selendang pink' tu. Aku dah kenal dia lama dah sebenarnya. Masa Zie baru masuk diploma lagi aku nampak dia. Tak sangka pulak dia tu kawan dengan Zie. Bila aku dapat tahu dia tu kawan Zie, mula lah aku tanya itu ini kat Zie sampaikan Zie dah naik bosan dengar aku tanya.

  Lagi payah sebab minah ni boleh dikira antara budak yang femes kat situ. Ramai peminat. Tak ke payah aku? Lagi-lagi dengan status aku ni, nak ke dia? Aku bukan bujang macam lelaki yang biasa nak pikat dia, tapi aku ni duda. Duda anak satu lagi. 

   "Papa..." lengan baju aku ditarik membuatkan aku tersedar dari khayalan. Ish, jauh sangat berfikir sampai tak sedar aku masih kat sini lagi. "Telefon papa bunyi."

Hrmm.. Zie mesej. Serta merta aku tarik senyum selepas baca mesej Zie. Thanks Zie tolong along!

Dia setuju nak kerja jaga Mea. Chayok chayok along!- Zie

*****
 Okey... rupa-rupanya tu semua plan dia. Dari awal lagi memang dia yang rancang nak curi hati orang. Ish, tak baik betul! Nasib baik hati aku. Hehehe.. Macam manalah aku boleh terlepas pandang yang dia lah mamat yang dua orang perempuan depan meja aku duk usyar hari tu? Mana nak perasan kalau aku tengah angin dengan Zie yang tak sampai-sampai lagi. 

Rasa macam mimpi pula esok aku dah nak nikah. Rasa macam cepat je aku aku nak nikahnya. Aku baru kenal dia sebulan kot! Yang pelik, kenapa umi dan abah senang je nak terima si Afzal ni? Padahal dulu, umi dengan abah ni la yang paling kuat nak menentang kalau aku timbulkan isu 'nak kahwin masa belajar' ni.  Entah manifesto apa Afzal pakai nak cairkan hati orang la..

Mak buyung yang seorang tu lagilah! Bila aku cerita pasal aku dah nak nikah, nak pecah gegendang telinga aku dengar dia menjerit. Nasib anak dia tak terkeluar masa menjerit tu. Ish, tak padan dengan mak buyung perangai tak pernah nak berubah. Fiya siap pesan lagi nak duduk kat meja VIP! Tak apa Fiya, untuk kau meja VVIP pun aku sanggup. Hehehe..

Ikan phirana tu pula aku tak tahu lah apa mimpi dia tiba-tiba hari ni dia call aku. Tiba-tiba kata rindu aku la. Tertelan ubat lebih ke apa? Tiba-tiba baik dengan aku? Kamal kata sejak kebelakangan ni perangai Aleeya dah semakin pelik. Kalau boleh setiap hari dia nak berkepit dengan Kamal. Rimas Kamal dibuatnya. Tapi tak apa, sekurang-kurangnya dia dah tak buat sesi menganyam ketupat dia lagi.


*****
-Setahun Kemudian-

"Mea.. jangan lari-lari. Main elok-elok dengan baby Adam tu." Takut aku tengok Mea main dengan Adam. Jatuh anak Fiya tu karang habis satu taman ni dengar. Adam tu badan je kecil, suara mak ai! Sebijik macam mummy dia. Lantang betul kalau dah menangis. Tapi kalau main dengan Mea gelak tak ingat dunia pulak budak kecil seorang tu. 

    "Ni bila due nya?" Tanya Fiya sambil memegang perut aku yang sudah besar. Suka betul dia bila tahu aku mengandung. Dia siap cop awal-awal suruh baby tu nanti panggil dia Mummy Fiya sebab dia tak nak nanti kena panggil sebagai 'aunty'. Fiya kata nampak macam dia tu tua sangat. Cis, tak reti nak sedar diri dia tu dah tua. Nak juga perasan muda.

    "Insya Allah 2 minggu lagi." Aku usap perlahan perut yang semakin membesar. 

     "Nanti kau  berpantang kat mana?" Ha... ni lagi satu hal. Umi dengan mama dua dua berebut nak jaga aku masa pantang nanti. Umi suruh aku balik rumah umi, senang umi nak jaga aku. Mama pulak suruh balik rumah dia. Aku rasa macam nak pecah dua pergi dua-dua rumah biar tak ada yang terasa. Sudahnya masa aku tengah pening nak balik rumah mana Afzal bagi satu penyelesaian. "Tak payah balik mana-maa. Duduk je rumah ni. Abang kan ada?" Kata dia sambil kenyit mata. 

   Ish, dia ni la sejak kahwin ni makin kerap dia kenyit mata kat aku. Dia tak tahu ke bila dia kenyit mata, jantung aku ni akan bergerak laju dari biasa? Dia punya kenyit mata tu la buat aku senang cair kalau aku tengah marah. "Abang nak jaga Farah? Abang reti ke?" Orang berpantang ni banyak benda kena jaga. Bukan boleh main pakai hentam kromo je semua benda.

  "Ye la. Ingat abang tak reti ke? Abang dah google semua." Dengan bangganya dia cakap. Apa dia ingat semua benda dari goole tu boleh percaya ke? Suami aku ni la, buat aku rasa nak ketuk kepala sendiri je la. "Tak la, abang gurau je. Takkan abang nak tengok google je untuk benda macam ni." Dia sengih. "Abang minta tolong mama dengan umi lah. Kalau boleh, minta mama dengan umi tinggal sini sepanjang Farah berpantang. Hrmm.. tak la jadi perang dunia ketiga tak dapat jaga Farah kan?" 

Over sangat tu kalau sampai nak berperang. Tapi okey juga idea Afzal tu. Kalau umi dengan mama tinggal sini sepanjang aku berpantang pun okey juga. Dua-dua dapat jaga aku. Tak ada yang terasa.

"Hei, aku tanya ni. Meggelamun pulak mak buyung ni." Hehehe.. nampak gayanya aku ni macam dah berjangkit perangai suka menggelamun Fiya. "Kau tanya apa tadi?"

"Aku tanya kau nanti berpantang kat mana?"

"Rumah aku. Mama dengan umi datang sini sepanjang aku berpantang. Adil untuk dua-dua."


*****

Ni yang buat aku rasa nak menangis ni. Siapa mummy baby ni? Orang lain yang sibuk dukung anak aku, aku sendiri pun belum puas nak dukung dia. Siap suruh aku rehat  sendiri dalam bilik lagi. Tak adil.. tak adil..

"Ni kenapa muncung-muncung ni? Nak abang kiss ke?"


Aku hanya mendiamkan diri. Nak tunjuk protes. Semua sibuk dengan anak aku sampaikan aku ni pula yang kena tinggal dalam bilik sendiri. Sadis pulak rasanya.

"Tak kan cemburu dengan anak sendiri kot?" Afzal usap perlahan tangan aku. Aku masih diam. Semua nak lebihkan baby dari mummy dia. Nak masuk batu belah batu bertangkup la macam ni. Merajuk tak ada orang kisahkan pasal aku.

"Alolo.. ada orang merajuk la." Dia terus keluar bila aku tak layan. Lagi lah aku rasa nak menangis. Ada patut tinggalkan aku sendiri? Bukannya dia nak pujuk aku yang tengah sedih ni. Urghh!!

"Mummy.." Afzal masuk sambil menggendong bayi kami. Dia duduk dekat aku. "Comel kan Danisha ni? Mata ikut mummy, hidung ikut papa, mulut ikut mummy. Tapi papa harap perangai tak ikut mummy la sebab mummy kuat merajuk. Penat papa nak pujuk." Afzal ni nak pujuk aku ke nak perli aku?

"Mummy merajuk bila nenek dengan atuk nak main dengan Danisha sampaikan dia buat tak tahu je dengan papa tadi. Papa sedih tau Danisha. Sedih sangat. Semua orang sibuk nak main dengan Danisha, sampaikan papa ni terabai. Kak Mea pun sibuk nak main dengan Danisha. Mummy lagilah."

Eh, sekarang ni macam dia pulak yang merajuk sebab kena pinggir. Baru aku perasan, sejak aku bersalin dua hari yang lepas aku jarang nak layan Afzal. Sibuk sangat nak layan Danisha. Terasa rupanya suami aku ni. Tapi Danisha ni kalau menangis mana nak aku aku pujuk. Nak papa dia juga yang pujuk baru dia diam. 

Aku sibuk sangat layan perasaan aku sampaikan aku tak hirau langsung apa Afzal rasa. Nampaknya aku yang kejam kat sini. Dia siap mengadu kat bos kecik lagi pulak tu. Merajuk sangat tu.

"Alolo.. papa merajuk eh?" tangan kecil Danisha aku pegang. Sambil tu aku curi tengok muka Afzal. 

"Papa kalau merajuk nak mama buat apa?" aku buat-buat macam bertanya pada Danisha. Macam la Danisha paham apa kita orang cakap ni. Danisha jadi pengantara papa dengan mummy ye malam ni?

Afzal diam je tak nak layan soalan aku. Dia agah agah Danisha macam aku ni tak wujud kat situ.

"Papa tak nak layan mummy la Danisha. Apa mummy nak buat ni?" Aku perasan Afzal dah senyum senyum bila aku buat buat macam bercakap denga Danisha. Nak tunggu aku pujuk dia la tu.

"Dia nak kiss kot...??"  Terus Afzal pandang aku. Haa.. tau takut! Hehehe.. Benda paling Afzal takut sekali dalam dunia ni bila aku cakap aku nak kiss dia. Aku rasa nak gelak guling-guling atas padang je bila aku tahu pasal tu. Ada ke aku nak kiss dia pun nak takut? I'm not a moster, I'm your wife la darling.. 

"Jangan berani nak kiss abang." Takut muka dia berubah jadi merah la tu. Aku kiss pipi je pun. Nasib jadi merah, kalau biru? Mahu aku yang menangis.

"Ye la.. ye la. Tak merajuk dah. Jangan kiss abang." Minta aku jangan kiss dia, tapi dia tu hari-hari kiss aku. Tak ada signal pulak tu dia kiss. Main kiss je tak kira ada siapa kat depan. Ada ubi ada batas, ada hari Farah balas ye bang? Hehehe.. Tanduk mula tumbuh dikepala.

Bagaikan tahu apa yang berada dalam kotak fikiran aku, Afzal letakkan Danisha di atas katil Siap sedia nak angkat kaki lari dari aku. Kena usik baru reti nak bagi Danisha ye?  Tak ada maknanya Farah nak ikut. Amaran dibuat utuk dilanggar tau?

Lepas letakkan dua biji bantal di kiri dan kanan Danisha, aku bangun dan bergerak ke arah Afzal. Siap pakej dengan senyum nakal lagi aku bagi. Bukan semua dapat tengok senyum aku ni tau? Only special for Mister Afzal Haikal sahaja.

"Tak mahuu.." Afzal dah berlari ke pintu. Masa Afzal buka pintu tu, kita orang pula yang tercengang bila tengok ada 5 orang manusia yang terjatuh akibat pintu bilik dibuka dari dalam. Aku pandang Afzal, Afzal pandang aku. terkebil-kebil mata kita orang.

Papa dulu yang bangun sambil menarik tangan mama. Abah tarik tangan umi. Zie bangun sendiri. Masing-masing sengih bila kita orang buat muka 'Macam mana boleh ada depan pintu ni?'

"Danisha, meh sini kat nenek. Papa dengan mummy nak main wrestling." Papa ambil Danisha. Lepas tu masing-masing keluar dan buat macam tak ada apa yang berlaku. Aku rasa macam dalam cerita cartoon pun ada bila tengok 5 orang tu jatuh bila Afzal buka pintu tadi. Tu la, curi dengar lagi kan dah kantoi! 

"Abang marah Farah ke?" Aku berdiri depan pintu. Tak nak bagi Afzal lari. Dia ni bukan boleh kasi can, karang mahu dia lari keluar. Pintu aku kunci.

"Tak, buat apa nak marah? Cemburu je."

"Dengan anak sendiri pun nak cemburu ke?"

"Anak tak anak. Farah ni abang punya tau?" Tangannya disilangkan ke dada. Tanda tak puas hati. Kenapalah bila dia cemburu dia nampak extra comel? Biasanya Afzal ni cool je kalau dia cemburu ke apa. 

" Abang ingat abang sorang je yang cemburukan Danisha? Danisha tu kalau nangis mesti dia nak abang je yang pujuk dia. Abang kalau pujuk dia,tak ada maknanya nak hiraukan Farah. Abang ni tak aci tau, dah la curi hati Farah lepas tu curi hati Danisha pula. Benci betul la bila abang ada peminat lain ni!" Aku pula silangkan tangan ke dada.

"Eh, kalau dua-dua merajuk siapa nak pujuk kita ni?"

"Mea!" Nak tercabut jantung aku dengar Mea menjerit. Ni lagi sorang, mana la dia datang. Tup-tup boleh pulak dia muncul bawah katil. Ish, seram betul Mea ni! Serupa macam dalam cerita hantu. Nasib baik Mea ni rambut pendek. Kalau panjang, selamat tinggal dunia la agaknya!

"Sorry.. Mea meh sini. Jangan kacau mummy dengan papa." Umi dukung Mea keluar. Sekali lagi aku dan Afzal tercengang. Apa cartoon sangat la malam ni? Orang skodeng dari depa pintu. Anak menyorok bawah katil. Lepas ni apa pulak? Superman muncul dari sliding door bilik ni?

"Abang, apa pelik sangat malam ni? Asal kita nak gaduh je, ada je benda halang. Gaduh manja je pun.."

Afzal tarik senyum. Hari-hari tengok Afzal senyum macam ni memang aku kena pergi buat check up kat hospital check jantung la gayanya. Mendera jiwa betul tengok dia punya senyuman. Orang baru nak marah, dia senyum, dia kenyit mata terus aku cair. Ish, tak aci betul dia tahu banyak titik kelemahan aku bila aku marah. Aku tahu satu je titik kelemahan dia. Tu je la.

"Tu maknanya kita ni tak boleh gaduh. Tak baik tau gaduh dengan abang. Dah la.. tak payah nak cemburu dengan Danisha. Dia tu anak kita, mestilah abang sayang. Tapi, abang sayang mummy dia ni lebih lagi." Terus Afzal peluk aku. Dari gaya dia peluk aku ni, aku rasa aku kena simpan satu tong oksigen kat dalam bilik ni. Tak cukup oksigen aku bila dia peluk aku macam ni.

"Opss.. sorry!" Perasan pun dia peluk aku kuat sangat. Aku rasa muka aku dah nak berubah warna dah tadi.

"Kita ni macam budak-budak la. Benda kecil pun nak gaduh kan?"

"Tak apalah kalau gaduh macam ni. Gaduh manja.."

     Aku mencebik. Suka sangat gaduh manja sebab dia tahu nak pujuk aku. Kalau aku nak pujuk dia? Ishh.. esok pagi pun belum tentu dia nak baik. Suka usik aku macam tu. Geram pulak aku dengan Afzal Haikal ni tau! Tapi tak apa lah. Geram geram pun, tu suami aku juga. Orang yang dah berjaya curi hati aku juga kan? Ye ye je dulu aku berazam nak calon suami muka comel ala-ala Korea sudahnya lelaki macho ala orang Sepanyol yang aku dapat. Hehehe.. Alhamdulillah, aku dah jumpa jodoh aku dan aku sentiasa berdoa agar jodoh kami kekal hingga ke syurga.

Aamiin

--TAMAT--



______________________________________
Sekarang dah 4.51 pagi and I'm still awake! 
Rasanya ni la kot last cerpen before balik Penang.
I'm sorry kalau cerpen agak annoying sebab terlalu klishe.
or words terlalu keanak anakkan.
or macam nak cepat sangat ending 
or... 
Please kindly drop ur comments :)

12 comments:

  1. ~suweet as candy! Good job writer.. keep it up.. suke sngt ngan afzal tuu ... next3 plss

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. tq sebab sudi baca n comment :)

      Delete
  2. mmng best n sweet gile arrh coi,but knpe afzl x bg wife dye kiss...?btw ape2 pn cite ny gmpkkk!!!!!!!!!!-iezahtakuya

    ReplyDelete
  3. best gila...!!! buat lah camni agi... superman muul dari sliding oor.. anak dari bawah katil.. hahaha

    ReplyDelete
  4. penceritaan yg simple, mudah difahami, jln cerita yg menarik dan seangkatan dgn nye.. saya bagi 5 bintang... teruskan sehingga berjaya

    ReplyDelete
  5. I like the story. So sweet. Asyik tersenyum je bila baca.

    ReplyDelete
  6. So sweet. Afzal tu comel je macam mea. Untung farah dapat afzal. Kenapa eh afzal tak bagi farah kiss dia?

    ReplyDelete
  7. Citer ni sweet n funny lah 😍😂 Best!!! Suka sgt!!! 😆😆

    ReplyDelete
  8. Baru perasan yg blog kita sama template/theme. ahhahahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. tgk dah aritu. btw, template ni nmpak nice en?

      Delete

Notes~

Assalamualaikum semua!

1) Terima kasih sebab sudi nak kunjung blog yang tak seberapa ni :-)

2) Sorry kalau ada karya Syira macam "erghh hampeh gila ayat dia ni!" or " bapak childish cerpen dia!" or apa2 yang sewaktu dengannya. Syira masih baru nak nak belajar menulis penulisan yang bagus n best so I need ur comment :-)

3) Ada cerita yang kalau korg perasan tak ada sambungan macam terhenti. Tu maybe sebab tak ada idea or Syira terlalu bz. Insya Allah kalau ada masa n idea Syira sambung. Mngikut permintaan (kalau ada)

4) Kalau la.. (Kalau ok?) korang rasa ada idea utk cerpen boleh la email kat syira. Heeee.. kot Syira rasa boleh buat, syira buat :) email : nilliavanilla@gmail.com

5) Kalau mahu comment, sebaik2nya letak la nama. At least I know ur name. Tak la Syira panggil Annonymous1 or 2 je kan?

And lastly, terima kasih sekali lagi sebab masih sudi datang berkunjung sini~


L O S T

Macam biasa intro setiap kali post,  Bersawang sudah blog ni. Hahahaha, aku tak sempat update. Bukan nak kata tak ada masa sungguh nak main,...