Saturday 16 February 2013

Cerpen : Aku Benci Kau!



 

Tangannya laju mencapai paket-paket jajan yang tersusun rapi di atas rak Kedai Pak Seman. Tiba-tiba dia ditolak oleh seseorang dari arah belakang. Siapa pula yang berani kacau ni?

Matanya merenung tajam ke arah insan yang menganggu 'aktiviti mengambil jajan'nya sebentar tadi. Mamat ni lagi! Kalau tak kacau aku setiap hari memang tak boleh hidup agaknya dia ni.


"Kau apasal?" tanya Aiyani dengan bengang.

"Kau tu yang halang jalan aku.Dah la gemuk!Tak muat aku nak jalan!" Sungguh pedas ayat yang dituturkannya.

Namun Aiyani tidak ambil hati akan kata-kata jejaka tersebut. Sebabnya? Aiyani bukannya gemuk. Cuma mamat tu je yang buta hari ni.

Sejak mereka sekolah rendah lagi mereka memang musuh tradisi.Satu sekolah tahu yang mereka berdua memang tak boleh nak bertembung.Kalau tak, habislah tunggang terbalik sekolah dibuatnya.Mahu bergegar sekolah mendengar pertengkaran mereka.

 Kalah suara orang jual ikan di pasar.Tak payah nak susah-susah pakai microphone nak kuatkan suara.Suara mereka sahaja sudah kuat. Tertelan microphone masa kecil agaknya.

"Dah tu, macam kau tak boleh cari jalan lain!" balas Aiyani.Mamat ni tak boleh dibiarkan menang. Kalau tak mula lah nak melebih-lebih mengejek orang.

"Suka hati aku la! Dah aku pilih jalan ni. Kau tu ke tepi la!" katanya sambil menolak Aiyani kasar.

Mamat ni memang la! Kalau aku belasah karang ada yang kata aku ni mafia pulak.

 Dah la rambut aku pendek macam lelaki. Nasib aku pakai tudung kat sekolah. Tak ada lah nampak rambut aku yang 'sesuai' nak dibuat iklan syampu Rejoice tu. Dengan rambut mengerbang bagai!

Sebab tak suka rambut serabai la aku potong sampai pendek macam ni. Tak ada lah rimas sangat. Simple je bila nak keluar rumah. Tak payah nak godek sana sini cari getah rambut la, sepit rambut la.

Muka pun macam mafia. Garang semacam. Nasib muka aku ni bebas dari parut. Kalau tak,memang aku dah kena cop samseng kampung punyalah.. Punyalah teruk aku describe diri aku. Adui!

Tapi kalau aku jadi mafia pun, mesti aku jadi mafia paling comel di dunia punyalah.. Hehehehehe... puji diri sendiri la pula..


*****

"Yani..." panggil Najwa dengan lenggok gediknya.

Aiyani mengambil nafas sebelum menjawab panggilan Najwa. Ambil nafas sebab nak tahan diri dari termarah Najwa sebab dia baru je habis gaduh dengan musuh tradisinya sebentar tadi.

Karang tak memasal je Najwa jadi mangsa keadaan. Najwa ni pun,agak-agak lah kalau nak tegur orang pun. Mood aku tengah kacau bilau ni. Tak apa. sabar! Sabar kan separuh dari iman..

"Ye Wawa.Ada apa?" tanya Aiyani lembut. Hohoho.. Aku ni the best actres kat dalam kelas ni tau tak.

"Aku nak tanya ni..." Najwa berjeda sebentar.Ambil nafas.Hembus.Ambil nafas. Hembus.

Najwa, kau ni kenapa? Nak cari gaduh? Tanya la cepat cik kak oi. Aku banyak kerja ni.

"Kau rapat tak dengan Pijol?" Ler Najwa ni. Ada ke patut tanya soalan tak munasabah bin sengal tu kat aku?

"Kau rasa?" soalan Najwa dibalas dengan soalan.

"Macam rapat.Hari-hari kau bercakap dengan dia." kata Najwa sambil menghalakan matanya keluar tingkap. Macam rupa orang tengah cemburu.

"Wawa, aku dengan dia tak pernah rapat kau tahu tak? Dia tu yang suka sangat kacau aku.Kalau tak kacau aku boleh mati agaknya dia tu! Huh!"

Najwa memandang Aiyani dengan mata terkebil-kebil. Hui, Aiyani ni macam on the way nak naik angin je.

"Relaks la Yani. Aku tanya je kot."

"Kalau pasal mamat sengal tu, aku memang tak boleh nak relaks. Tapi, kenapa kau tanya pasal dia?" Musykil aku dengan Najwa ni. Yang tiba-tiba sibuk tanya pasal mamat sengal tu kat aku kenapa? Mesti ada something ni..

"Saje.Dah la wei, aku kena siapkan homework math la." kata Najwa sambil berjalan laju ke tempatnya. Macam nak sorok benda je minah ni. Suka kat Pijol ye?


*****

"Pijol!"

"Pe hal?" tanyanya sambil menggosok mata yang merah.

 Baru bangun tidur ke apa mamat ni. Asal masuk kelas je mesti dia nak tidur. Asal nak tidur je mesti kat kelas. Apa nak jadilah dengan kau ni Pijol?

"Nak pinjam buku Sejarah.Homework yang Cikgu Zalina bagi tu aku tak siap lagi la.Please.." kata Azrul sambil membuat muka comel. Alahai Azrul oi, tak payah la nak buat muka macam tu.

 Macam muka nak minta penampar je aku tengok. Kalau kau buat muka macam tu kat perempuan maybe la boleh cair. Kau buat muka comel kat aku ibarat kau minta penampar je wei!

"Kenapa tak buat malam tadi?"

"Kan malam tadi kita lepak kat mamak tengok bola?Kau nyanyuk ke apa?"

"Dah tu, kenapa kau tak siapkan before kita tengok bola? Aku sempat je buat. Kalau malas tu kata je la malas. Tak payah nak salahkan mamak kat Kedai Muthu tu pula." Azrul ni memang kaki alasan.

Try la tanya soalan. Memang banyak la alasan yang akan dia bagi. Sebab tu kalau dengan Azrul, Pijol tak pernah nak bagi can punyalah.

Azrul terdiam. "Ala,aku promise lepas ni aku buat homework before kita hang out okey?" katanya smbil tersenyum manja dengan mata sengaja dikelip-kelipkan.

 Azrul, please la jangan buat muka macam tu. Aku tahu lah kau tu comel macam artis Korea, tapi tak payah la nak buat muka macam tu.

"Nah la. Lain kali buat homework dulu.Kalau tak siap homework jangan menggedik nak keluar rumah." Mula dah Pijol ni. Suka sangat membebel.

Jangan ingat perempuan je suka membebel. Pijol ni pun kaki bebel juga.

 Eloklah tu, kaki bebel kawan dengan kaki alasan. Memang superb la jadinya!


*****


"Yani!"

Aiyani memberhentikan basikalnya. Macam ada orang panggil aku tadi.

"Yani!"

Ler.. mamat ni lagi. Nak apa lagi la dia ni? Penumbuk mahu?

"Tunggulah jiran kau ni." Lupa pula! Pijol ni sebenarnya jiran aku.

Dia tinggal selang dua rumah je dari rumah aku. Kadang-kadang dia yang tolong kejutkan aku pagi-pagi kalau aku terlambat bangun. Kejut dari luar rumah la. Dengan jeritan ala tarzannya.

 Jiran-jiran aku yang lain dah naik lali dengan perangai kita orang ni. So, setiap pagi semua jiran-jiran aku mesti dah sedia kapas kat telinga nak buat sumbat bagi mengelakkan pencemaran bunyi oleh Pijol Si Tarzan. Hehehehehe.

"Cepat la minah!" Suka aku panggil Pijol ni 'minah'. Dia tu panggil aku 'badak' tak apa pulak? Pijol pun tak pernah ambil kisah sangat bila aku panggil dia 'minah'. Lagi pun Pijol ni memang jenis yang lambat bersiap.

Mak dia kata dia ni kalau mandi mahunya nak dekat sejam. Kalah aku yang perempuan ni! Aku mandi pun tak sampai sepuluh minit. Pijol mandi bunga agaknya...

"Weh, tadi Wawa kirim salam." Sempat lagi tu Najwa panggil aku time dia tengah rushing nak kejar bas masa balik tadi. Semuanya sebab dia nak kata 'Kirim salam kat Pijol ek?' dengan muka merah.Tak tahulah sebab dia malu ke sebab dia penat berlari. Aku memang manusia paling loading part nak tafsir perangai manusia ni.

"Oh.. salam apa yang dia bagi? Assalamualaikum? Salam sejahtera? Salam satu Malaysia?" Ada cita-cita nak jadi jadi lawyer agak nye Pijol ni. Suka sangat loya buruk!

"Ntah la.Jawab je la semua salam tu." Kayuhan basikal semakin perlahan. Kan nak naik bukit. Mana ada orang kayuh laju-laju masa nak naik bukit. Buang energy je.

"Okey.Waalaikumussalam.Salam sejahtera.Salam satu Malaysia. Cakap kat dia aku dah balas salam dia tu ye? Karang ada yang hantar santau kat aku sebab tak jawab salam dia." Kata Pijol sambil tersenyum.

 Comel la pula mamat ni. Dah la muka macam Jaejoong. Ada la sikit. Sikit je tau!


*****


"Yani!!!"

Dah pagi ke ni? Kalau suara tarzan dah memekak tu mesti dah pagi kan? Sebab tu aku tak memerlukan khidmat handphone aku untuk kejutkan aku. Aku dah ada Pijol Si Tarzan untuk kejutkan aku.

"Cepatlah Yani! Nanti kena denda lagi!"

 Mamat ni memang tak tahu malu langsung. Suka hati je jerit macam tu pagi-pagi macam ni kat depan rumah orang.Sebab perangai tak tahu malu dia tu la aku boleh bangun pagi pun. Bersyukur la Aiyani oi!

Thanks ye Pijol sebab tak tahu malu! Hehehehehe... Lain macam je pujian aku tu.

"Sabarlah minah! Dalam sepuluh minit aku siap!" Aiyani mejerit di tingkap biliknya.

 Macam mana lah si Pijol tu tak membebel kat aku kalau dia pun kena denda setiap pagi sebab datang lambat?Sebabnye Pijol tu kan pengawas! Ketua Pengawas lagi. Tapi perangai dia.. hrmmm... tutup mata jalan je la...



*****

Kita orang sampai sekolah memang tepat-tepat time loceng sekolah berdering. Nasib baik sempat.

Pijol dah pandang aku semacam. Marah la tu... Tak takut la wei! Muka kau tu tak garang langsung walaupun perangai kau mengalahkan Syafiq si regular customer Cikgu Hisyam a.k.a Cikgu Disiplin.

"Apesal?" Aiyani berpura-pura tanya walaupun dia tahu kenapa Pijol memandangnya begitu. Saja je nak cari gaduh pagi-pagi ni. Nak menghangatkan suasana. Padahal badan dah berpeluh sebab kayuh basikal laju-laju tadi.

Siap ada part merempit versi basikal lagi tadi. Nasib tak accident masa nak masuk jalan dekat rumah Aunty Ling tadi. Tak perasan ada kereta kat situ. Kalau la accident tadi tak sampai sekolah la kita orang. Tidur kat hospital la jawabnye...

"Kau la! Bawa basikal macam nak merempit je gayanya.Kalau accident tadi macam mana?" Tali lehernya yang senget dibetulkan. Rambut yang serabai disikatnya. Almaklumlah Pijol kan pengawas. Mana boleh serabai kan?

"Ala kau ni.. cakap orang merempit, dia tu lagi la tadi. Kau yang start dulu. Aku joint je la. Lagi pun kita tak accident pun kan? Tu pun nak kecoh!" Tu la Aiyani, jolok lagi sarang tebuan. Cari masalah pagi-pagi ni. Kan dah start perang!

"Alhamdulillah sebab tak accident! Kalau accident? Aku kena tak apa, tapi kalau kau yang kena? Aku juga yang susah!" kata Pijol sambil memakai vest pula. Ditepuk-tepuk vestnya bagi menghilangkan debu. Debu kat jalan melekat masa kita orang racing tadi.

Hey.. apa kena mengena aku accident dengan kau pulak yang susah? Sebenarnya tu yang Aiyani nak tanya tapi lain pulak yang keluar dari mulutnya. "Ha?"

"Tak ada apa-apa lah pekak!" kata Pijol sebelum berlalu pergi.



*****


Buku Sejarah dibuka. Tak lama lagi mereka akan menghadapi peperiksaan yang paling besar. SPM!

Kecut perut bila memikirkannya. Rasa macam baru je masuk sekolah ni. Tup tup dah Form 5 dah rupanya dia tahun ni. Cepatnya masa berlalu.

"Yani..." panggil Cikgu Zalina. Tu la cikgu yang paling penyabar yang Aiyani pernah jumpa setakat ni.

 Mana tak penyabar kalau boleh tahan dengan perangai aku yang hulala memanjang ni..dengan perangai budak kelas aku yang sebijik macam kanak-kanak tadika nye lagi. Budak-budak tadika pun lebih matang dari kita orang semua. Yang pasti kita orang lebih comel okey? Hehehehe...

"Ye cikgu." kakinya laju melangkah ke meja guru.

"Awak dah ready untuk SPM ni?" dup dap dup dap.. laju pulak jantung aku racing hari ni.. SPM jangan dibuat main-main weh!

"Insya-Allah dah cikgu." Tu la jawapan yang paling selamat. Kita tak boleh terlalu yakin sangat dengan menjawab 'dah'.

"Saya rasa awak ni ada potensi nak dapat straight A+ just awak kena push up awak punya Sejarah ni la. Apa kata awak study dengan si Hafidzul? Dia tu memang 'taiko' subjek Sejarah ni."  Cikgu Zalina ni nak promote Pijol kat aku ke?

"Insya-Allah,cikgu.Nanti saya belajar dengan dia." balas Aiyani sambil tersenyum manis. Semanis air teh yang diisi dengan 10 sudu gula.


*****


"Kau tak master bab mana?" tanya Pijol serius. Tapi aku memang tak boleh nak takut dengan mamat ni. Kau sikat la rambut macam mana sekalipun, aku tetap tak takut. Kalau kat sekolah tak boleh buat rambut pacak, dia sikat dengan gaya paling skema sekali.

Sebiji macam si Syazwan tu. Syazwan tu budak paling skema kat sekolah. Dengan kaca mata tebal.Rambut belah tepi.Baju kemas memanjang.Kalau jalan tak sah kalau tak ada buku kat tangan. Memang calon pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang la dia tu!

Tapi Si Pijol ni kalau kat rumah, macam-macam style dia buat. Tak cukup dengan rambut dia nak di testing, dengan rambut aku sekali dia nak balun. Dia kata nak bagi aku nampak 'hensem'. Memang nak makan kaki agaknya dia ni.

"Wei,kau dengar tak ni?" tanya Pijol sambil melambai-lambaikan tangannya di depan Aiyani.

Takut Aiyani tak dengar apa dia tanya. Aiyani ni memang suka menggelamun. Ratu Menggelamun. Kadang-kadang tengah bawa basikal pun boleh menggelamun. Bahaya betul minah ni!

"Ha? Apa kau tanya?" tanya Aiyani bagaikan baru bangun dari tidur. Sah dia menggelamun! Aiyani ni memang nak kena.Boleh menggelamun masa tengah study.

"Aku tanya, kau tak master bab mana?" Frekuensi suara makin dikuatkan. Mahu menyedarkan Aiyani. Takut-takut kalau si Aiyani ni mamai lagi walaupun dia bukan baru bangun tidur.

"Aku lemah yang bab belakang-belakang tu.Tak suka la!" Serius bila sampai je part tajuk belakang-belakang tu aku memang lemah.

"Kalau macam tu, apa kata kau baca nota yang aku buat ni? Aku buat masa aku pergi camp dulu." kata Pijol sambil menyuakan beberapa helai kertas.

Aiyani mengambil kertas tersebut lalu melihat nota Pijol.Wah, nota dia! Kalah tulisan aku.Kemas siot tulisan dia.Dah tu, siap ada gambar lagi yang dia lukis.Memang menarik!

"Cantik!" kata Aiyani sambil menunjukkan thumbs up.

Pijol sudah tersenyum bangga.Kembang bunga setaman. "Biasalah.Tengoklah siapa yang buat."

Poyo la pulak mamat ni. Tu baru puji sepatah. Kalau bagi pujian panjang berjela macam karangan bahagian B tu kat dia alamatnya berapa tinggilah tahap kepoyoan makhluk bernama Pijol ni ye?

"Nak pinjam?"

"Kau ambil yang Form 4 dulu la. Aku tak study yang Form 5 lagi la. Boleh tak?"

"No hal la.Janji ada nota percuma." Aiyani memang suka kalau part ada nota-nota percuma ni.

Dia memang malas nak buat nota. Paling tidak pun, mesti dia copy paste dari kawan-kawan je. Part buat nota dia memang malas!

"Kena pulang tu." Potong aura happy je la Pijol ni. Baru nak conteng-conteng nota dia ni. "Tapi kalau kau nak conteng isi yang aku tertinggal boleh je." sambung Pijol lagi.

"Okey,settle!"


*****


"Okey semua. Saya harap kamu semua dah ready. Kalau tak ready pun kena juga masuk dewan peperiksaan ni hari ni. Jangan tension sangat. Kalau tak dapat idea nak jawab, baca doa. Jangan nak pandang kawan kat sebelah walaupun kat kertas ada tulis 'Lihat Sebelah'."  pesan Puan Norlia selaku pengetua sekolah.

 Sempat lagi tu dia nak melawak. Okey la dia melawak sebabnya semua dah cuak bertingkat-tingkat sebab nak masuk dewan kejap lagi.

Ingat lagi masa seminggu before ni. Ada majlis Restu Ilmu. Menangis saja kerjanya. Sedih, sebak, takut semua ada. Minta restu kat cikgu-cikgu semua sebab tanpa restu cikgu dan parents susah kita nak jawab exam.

 Lepas sesi minta maaf kat cikgu, minta maaf kat kawan-kawan pula. Minta maaf kat junior-junior. Manalah tahu kot ada terbuli tanpa sedar.Hehehehe...

Paling tak tahan bila tiba part aku nak minta maaf kat si Pijol. Air mata setitik pun tak keluar. Minta maaf sambil bergaduh. Buat tambah dosa je.

 Tapi mulai hari tu, kita orang dah isytiharkan 'permusuhan' kita orang akan berhenti setakat situ sahaja.

Orang lain pula sibuk je nak mengintai sebalik tiang. Lepas tu tepuk tangan sekuat hati lepas kita orang kata yang kita orang dah tak bermusuh lagi. Cara dia orang tepuk macam aku dengan Pijol ni dah cetuskan satu peperangan yang amat dahsyat! Dah la mengintai.

Tiang tu tak ada lah besar mana tapi ramai pulak nak menyorok di balik tiang tu. Memang kelakar. Macam cartoon! Kan dah kata kita orang ni tak matang. Usia tak menentukan kematangan seseorang okey?


*****

7 Tahun kemudian...


Facebook login.

Matanya membaca status tersebut buat kali ke 3. Biar betul!  Telefonnya diambil lalu nombor seseorang didail.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.." jawab suara di sebelah sana dengan serak. Macam baru bangun tidur je.

"Wei kau dah tahu ke tak budak-budak tu nak buat apa hari Sabtu ni?" tanyanya dengan penuh bersemangat. Semangatnya macam orang nak sambut merdeka je gayanya.

"Budak mana pulak ni?" tanya orang di sebelah sana dengan malas. Lepas tu ada pula dengar orang menguap. Sah memang baru bangun!

"Ler.. kawan-kawan sekolah kita dulu la! Wei bangun la 'badak'!"  kejut Pijol.

 Minah ni tak boleh dibiarkan. Tidur je kerjanya. Asal aku call je mesti dia tengah tidur. Macam la dia tu sibuk sangat sampai nak tidur je.

"Kau tu yang call aku pukul 4 pagi pastu suruh aku bangun pulak! Kau nak makan kaki ke?!!" Hehehehe.. dari cara Aiyani cakap tu dah boleh agak yang mata dia dah segar bugar.

Aku pun terlupa yang sekarang ni kat Malaysia pagi lagi.. Almaklumlah aku bukan kat Malaysia sekarang ni..

"Okey.. sorry la Yani.Kau dah tahu ke belum pasal dia orang nak buat reunion ni?" Jangan nak berperang dengan si Aiyani pagi-pagi. Karang dia off phone pulak. Menangis la aku kat sini.

"Dah.. Kenapa? Kau bukan boleh pergi pun. Kau kan busy dengan fashion show kau tu." Tak sangka aku si Pijol ni jadi Fashion Designer akhirnya. Ingatkan nak jadi lawyer. Kan dia suka loya buruk! Hehehehe..

"Kau tak nak pujuk aku balik ke? Mana la tahu kalau kau pujuk aku nanti aku boleh pergi pula." saja je si Pijol ni nak menggedik dengan Aiyani pagi-pagi tu.

"Nak ke kau balik Malaysia?Kau tu dah 3 bulan tak balik sini. Mak kau hari-hari merungut kat aku pasal kau busy sangat sampai tak ada makwe."

Pijol sudah tersenyum sampai ke telinga. Makwe? Tak ada masa dia nak mencari makwe walaupun ramai yang minat kat dia. Yang minat kat Pijol ni bukan sebarangan orang pulak tu. Semuanya taraf model antarabangsa.Cun!

Tapi apakan daya, hatinya sudah terpaut pada seseorang yang amatlah loading plus pending dalam bab perasaan. Huih..payah! Kena ada strategi yang mantap baru dapat tawan hati si dia yang istimewa tu.

"Ala..kau cakap je kat mak aku tu, nanti aku balik aku bawa makwe aku. Cakap kat mak aku, makwe aku ni memang hot sangat-sangat! Comfirm dia akan suka."

Aiyani sudah menarik muka. Pijol dah ada makwe? Kenapa aku rasa sedih ni?

"Yani? Dengar tak?" tanya Pijol setelah hampir lima minit Aiyani mendiamkan diri. Manalah tahu minah tu tidur pula. Penat je aku cakap sorang-sorang.

"Ye.. Aku nak tidur ni.Assalamualaikum." Setelah mengucapkan salam, Aiyani terus mematikan penggilan.

"Waalaikumussalam" jawab Pijol walaupun Aiyani sudah mematikan panggilan. Salam kan wajib dijawab. Dosa kalau tak jawab salam. Tak nak aku dosa free.


*****

Ramai yang hadir ke majlis reunion yang diadakan di sekolah mereka. Malas nak buat kat luar sebab Wawa kata semua malas nak keluar bajet lebih-lebih. Lagipun nak mengenang nostalgia lama.

Kalau buat reunion kat sekolah kan banyak nostalgia.

Angin sepoi-sepoi membuat tudung Aiyani sedikit terusik. Pantang betul Aiyani kalau tudungnya tak perfect ni. Terus dia bergerak ke tandas untuk membetulkan tudungnya. Betulkan make up.Touch up mana yang patut.

Setelah siap sesi 'menacap' muka, dia terus ke dewan. Ramai yang hadir termasuklah guru-guru mereka. Ada yang makin kurus. Tension ajar budak la tu. Hehehehe... Suka-suka je buat andaian sendiri.

Ada juga kawan-kawan yang dah mendirikan rumah tangga. Contoh yang paling terdekat,Wawa. Kahwin pun dengan classmate sendiri.

Kahwin dengan Syazwan pula tu. Tak sangka langsung yang Syazwan tu minat kat Wawa walaupun Wawa tu orang yang paling suka menyakat Syazwan.

Kalau dah nama pun jodoh,siapa boleh agak kan?

Tiba-tiba lampu dewan terpadam. Masing-masing dah bising. Tak kurang juga ada yang menjerit, refleks okey? Not gedik!

"Jangan gelabah semua. Bertenang." macam aku kenal je suara ni. Familiar pulak!

"Woi,kau Pijol kan?" jerit Azrul. Dah nama pun bestfriend mestilah kenal suara si Pijol tu.

Spotlight menghala ke arah pentas. Pijol berpakaian kasual namun masih nampak ketampanannya. Memang sejak dia menjadi fashion desingner ni dia memang makin bergaya lah. Kalau fashion designer sendiri tak bergaya, siapa nak beli pakaian mereka kan?

"Sebenarnya hari ni saya nak buat satu pengumuman. Mengenai pasangan hidup saya. Mengenai wanita yang telah berjaya mencuri hati saya sehingga saya rasa susah nak hidup tanpanya."

"Sape la tu?" tanya Damia. Damia ni kira ketua Kelab Peminat Pijol la masa dulu.Masa dulu je la. Sekarang ni dia dah ada tunang sendiri. Datang reunion ni pun dia siap bawa tunang dia yang tercinta lagi. Siap edar kad kahwin lagi!

"Sebelum tu, saya nak nyanyikan sebuah lagu untuk dia yang saya sayangi..Terimalah..The Way I Loved You.."




He is sensible and so incredible
And all my single friends are jealous
He says everything I need to hear and it’s like
I couldn’t ask for anything better
He opens up my door and I get into his car
And he says you look beautiful tonight
And I feel perfectly fine
But I miss screaming and fighting and kissing in the rain
And it’s 2am and I’m cursing your name
You’re so in love that you act insane
And that’s the way I loved you
Breakin’ down and coming undone
It’s a roller coaster kinda rush
And I never knew I could feel that much
And that’s the way I loved you…
He respects my space
And never makes me wait
And he calls exactly when he says he will
He’s close to my mother
Talks business with my father
He’s charming and endearing
And I’m comfortable
But I miss screaming and fighting and kissing in the rain
And it’s 2am and I’m cursing your name
You’re so in love that you act insane
And that’s the way I loved you
Breakin’ down and coming undone
It’s a roller coaster kinda rush
And I never knew I could feel that much
And that’s the way I loved you
He can’t see the smile I’m faking
And my heart’s not breaking
Cause I’m not feeling anything at all
And you were wild and crazy
Just so frustrating intoxicating
Complicated, got away by some mistake and now
I miss screaming and fighting and kissing in the rain
It’s 2am and I’m cursing your name
I’m so in love that I acted insane
And that’s the way I loved you
Breaking down and coming undone
It’s a roller coaster kinda rush
And I never knew I could feel that much
And that’s the way I loved you oh, oh
And that’s the way I loved you oh, oh
Never knew I could feel that much
And that’s the way I loved you


"Lupa nak bagitahu.. ni lagu kegemaran dia.. " takut betul Pijol bila lagu tu pasal girl not boy! Takut ada yang tersalah faham bila lagu ni ditujukan kepada lelaki sedang dia yang menyanyi adalah lelaki. Karang, tak memasal je kena cop 'gay boy'!


Tapi kenapa dia nyanyi lagu faveret aku ni? Sedih nye... kenapa lagu makwe dia suka sama macam lagu aku suka?


"Saya rasa dia masih tak faham apa yang saya nak sampaikan. Nasib baik saya dah sediakan slideshow ni." kata Pijol lagi. 


Pijol, kau nak tunjuk apa lagi? Remuk dah hati aku ni.. Cukup-cukup la wei!


Aiyani ternganga melihat isi slideshow Pijol. Semuanya pasal dia. Siap ada gambar dia tidur lagi tu! Mesti mama yang bagi ni. Malu! Nasib baik tak ada air liur basi kat bibir tu..  Kalau tak, jatuh saham aku..


"Yani,kau faham tak? Kau la makwe aku yang aku nak kenalkan kat mak aku tu.." kata Pijol sambil tersenyum. 


 Pijol,kau sedar tak yang kau dah bawa lari hati aku sekarang ni? Boleh kena heart attack aku tengok senyuman kau tu!


Aiyani masih lagi terkaku di tampat duduknya. Matanya masih terkebil-kebil memandang Pijol. Tak percaya sebenarnya. Pijol suka aku?


"Yani! Aku tahu,status kau kat Facebook tadi tu bermaksud sebaliknya kan? Kau marah bila aku kata yang aku nak bawa makwe aku untuk dikenalkan kat mak aku kan? Sebab tu kau tulis status macam tu kan?"


Pijol! Aku bagi kau makan kaki karang baru kau tahu! Sedar tak semua orang ada ni? Malu la aku.


"So,kenapa?"


"Kau benci aku ke?" tanya Pijol sambil tersenyum. 


Mana doktor ni? Saya nak kena heart attack dah ni....


"Haah." Kau faham ke maksud benci aku tu? Aku sayang kau la Pijol!


"Aku pun benci kau!" katanya sambil turun dari pentas lalu menghulurkan sejambak bunga kepada Aiyani. 


"Kita kahwin nak? Mak aku dah sibuk tanya bila aku nak kahwin tu."


Air mata Aiyani laju mengalir membasahi pipinya. "Suka hati je!"


"Setuju je la Yani!" jerit satu dewan. Buat seketika Aiyani terlupa yang ada orang lain dalam dewan ni.


"Will you marry me?" tanya Pijol penuh romantik.


Anggukan dari Aiyani membuatkan dewan riuh dengan sorakan.




-TAMAT-






*Sorry kalau tak best.. Ni idea spontan yang keluar masa tengah tengok tv plus dengan pengalaman sendiri.. Apa2 pun silalah rajinkan diri beri komen untuk cerpen yang tak seberapa ini.. Cerpen ni khas untuk 'Menulis Bersama Dia' yg dianjurkan oleh Monster..



24 comments:

  1. Syira~!!! Huhuhu.. aku suka cerpen nih.. Lagi2 watak pijol~!!!! cerpen kau ni romantik ganas weah!!! Terharu! huhuhu.... Malu tapi mahu.. kikikii... lepas nih kau rajin2 lah buat cerpen aku nak baca ^^.. heee.... like like like *nasib baik takde button like kat sini.. ngee~!! Buat lagi tau!! Owh! Jangan delete Sweet Lollipop~! Aku tak baca lagi! ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah kenapa aku pun rasa aku suka cerita ni... Sweet Lolipop tu nanti aku sambung bila ada idea n Incik Rajin dah balik dari holiday...

      Delete
  2. Ntah2... ehem..ehem... err.. mungkin er.... kenangan kau kot.. kikikiki... bahagianya.... hohoho.. kalau jadi mcm tu dlm hidup kau.. pergh~! jeles aku... Selamat Holiday ^^

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum. straight to the point :-
    1. i like it like it like it
    2. rasanya yang ni cerpen kau yg terbaik sebab aku faham 100% ( yg len pun aku faham jugak)
    3. Yani? warghh, FYI, dulu aku ada nombor phone mamat ni ( i bet, u know him) -,- dn aku letak YANI untuk mengaburi mata mak ayah. malu lah ada nombor laki dlm phone. tpi tidak skrg. my phone is free from any guy's numbers.
    4. i want to know apa status FB yang buat Pijol terkejut trkejut?
    5. it better if you state kat mana Pijol masa diaorang calling tu.
    6. overall is perfect :) touch sikit je dan it will be KEBABOM.
    7. komen no 1 tu merupakan salah satu lirik lagu ni :- http://www.youtube.com/watch?v=zlruBjfjLtc
    8. I decide to put that song as this short story's OST

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...

      ok aku reply utk certain cmmnt kau :)

      4) Yani tls " Aku Benci Kau!" on her FB's status... thats why tajuk nyer cnggini...
      5) Pijol kat mne kau kne bce kat "My Naughty Ajoi"... kat situ ade btau Pijol kat mne... Hehhehehehehe
      6) hehehehe... thanks :)
      7) nnti aku cari lagu tu..
      8)ade ost plak... pun boleh...

      okey, thanks commnt yer laling ~

      Delete
    2. tarahal c:

      Delete
  4. comey je cter nie .. saya suka sya suka .. hehe :D
    btw,, cover pic tu gmbr spa ek ?? artis korea kan? cm sya kenal la .

    ReplyDelete
    Replies
    1. cover tu gambar hero jaejoong ^_^
      thanks sebab baca n cmmnt <3

      Delete
  5. Salam..
    Asyik cintan cintun ajer.. Cube buat something yg fresh.. Ideanya yg lebih tulus.. Boring la.. Series..!!!! Cube buat cerpen yg ade dlm dunia realiti nih.. Hadoiiii.... Sekarang bila saya baca novel atau cerpen cintan cintun, saya ibaratkan mcm satu orang yang sama, tp pakai tukar baju lain setiap hari.. Mcm tuh lah novel/cerpen cinta skunx nih.. Asas sama.. Jalan cerita lain.. Penamat sama.. Sorry to say, CERPEN AWAK BORING!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      X baik awak cakap mcm tuh.. Ya.. Mmg kita sume tau.. Sekarang ni, novel/cerpen cerita dia semua lebih kurang sama.. Tapi awak tak patut ckp mcm tuh skali.. Ini anak melayu yang hendak bekarya.. Biarkan.. Jangan cantas idea dan bakat dia.. Bukan semua orang di beri kelebihan untuk menulis sesuatu cerita.. Pada saya cerpen ni cerpen biasa.. Yang penamatnya mesti bahagia.. Senang cerita "happy ending".. Tp, adik, tahniah kerana mencuba.. Jadikan komen negative tuh sebagai satu semangat untuk adik terus menulis lagi, lagi dan lagi.. Apepun, keep it up... :) .. Mana ade sumenye manis kat dunia nih kanl. ;)

      Delete
    2. ok, thanks sebab sudi baca n komen.. :)

      Delete
  6. slm,.first,cite nie buat sy tringat zaman skolah sy,.sy pun ada kwn mcm pijol tu,asyik cari gdoh ngn sy,pnggl sy mcm2,.stress sy,.kwn2 sy ada gtau yg dy suke sy tp dy xprnh bgtau sy,.best jgk klau dy buat sme mcm pijol buat tu,.hehehe..yg pnting cite awk best n awesome,..tahniahツ

    ReplyDelete
  7. Serius sweet giler!! Teringin nk jdi camtu..
    Melamar dpn org ramai!! Sweet sngt

    ReplyDelete
  8. gile best cerpen, kena buat buku nih

    Jom kita makan Minyak Ikan

    ReplyDelete
  9. mygad!! ini dah tahap sawitt ni!! arghh naik gila dibuatnye sbb baca cerpen ni!! this cerpen was awesome!!

    ReplyDelete
  10. Bosan
    X best
    Mengarut

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok. thanks sudi baca sampai habis walaupun bosan, x best and mengarut. :)

      Delete
  11. Best 👍xpi kalau bole buat laa lagi panjang hehheh

    ReplyDelete
  12. Best 👍xpi kalau bole buat laa lagi panjang hehheh

    ReplyDelete

Notes~

Assalamualaikum semua!

1) Terima kasih sebab sudi nak kunjung blog yang tak seberapa ni :-)

2) Sorry kalau ada karya Syira macam "erghh hampeh gila ayat dia ni!" or " bapak childish cerpen dia!" or apa2 yang sewaktu dengannya. Syira masih baru nak nak belajar menulis penulisan yang bagus n best so I need ur comment :-)

3) Ada cerita yang kalau korg perasan tak ada sambungan macam terhenti. Tu maybe sebab tak ada idea or Syira terlalu bz. Insya Allah kalau ada masa n idea Syira sambung. Mngikut permintaan (kalau ada)

4) Kalau la.. (Kalau ok?) korang rasa ada idea utk cerpen boleh la email kat syira. Heeee.. kot Syira rasa boleh buat, syira buat :) email : nilliavanilla@gmail.com

5) Kalau mahu comment, sebaik2nya letak la nama. At least I know ur name. Tak la Syira panggil Annonymous1 or 2 je kan?

And lastly, terima kasih sekali lagi sebab masih sudi datang berkunjung sini~


L O S T

Macam biasa intro setiap kali post,  Bersawang sudah blog ni. Hahahaha, aku tak sempat update. Bukan nak kata tak ada masa sungguh nak main,...