Saturday, 10 May 2025

Penat

 Bila dah makin meningkat usia ni kan, rasa makin penat.

Lahh, cakap macam tua berapa tahun je kan? Hahahah salam pun lupa nak bagi. Sorry!

Assalamualaikum readers who accidentally read this post! 

Welcome to my blog where most of my posting about me being tired during my adulthood. Duh, sangat tidak bersyukur bunyinya kan?

Bukan tak bersyukur cuma since bekerja (spesifiknya since 2022).

I lost my spark, aku hilang rasa minat membaca. Beli tu beli, baca tu kemain lambat nak habis. Aku tak fokus, aku tak enjoy. I felt like I lost myself, and I hate that.

Aku rasa macam aku bukan aku. 

Ye, mesti kata besar dah takkan la nak sama macam dulu? 

Ye, betul tidaklah saya menafikan fakta tersebut ya Tuan dan Puan, tetapi saya rasa saya bukan diri saya sendiri dan saya tidak gemar akan versi saya yang ini. Sangat memenatkan seperti saya terpaksa memerah usaha yang lebih untuk hidup. Saya penat.

Penat yang bukan saya rasa hilang harapan, tetapi saya penat apabila terpaksa seperti berpura-pura suka apa saya buat. Terpaksa berkejar menyiapkan tugasan yang pada saya kepa perlu diberi pada saat akhir atau tarikh akhirnya adalah pada keesokkan harinya seperti tiada hari lain. 

Maafkan saya, saya rasa kapasiti saya sangat kecil. 

Bukan nak bersifat pick me, tapi saya rasa saya tak sekuat itu. 

Bila saya rasa tenang?

Mungkin bila saya bersama-sama dengan keluarga saya dan tiada sebarang pesanan kerja yang masuk. Walaupun tidak secara terus kepada saya, tetapi apabila ada pesanan kerja, saya jadi tertekan. 

Sebab saya akan berfikir "sampai bila? Dah 2 tahun, masih sama juga caranya. Sentiasa berkejaran, sentiasa kerja saat akhir, sentiasa ditekankan."

 Saya penat.

Mungkin ada sebab lain juga yang menjadi faktor saya tertekan. (Tertekan, bukan depressed. Saya stress sahaja)

Should i start blogging again? 

Since nobody will find me here anyway.

No comments:

Post a Comment

Penat

 Bila dah makin meningkat usia ni kan, rasa makin penat. Lahh, cakap macam tua berapa tahun je kan? Hahahah salam pun lupa nak bagi. Sorry! ...