Sunday, 26 May 2013

Cerpen : I love You Mamat Sengal !!


"Sara! Tunggulah aku!" jerit satu suara dari arah belakang. Sara terus berhenti joging dan memandang ke arah belakangnya.

"Joging tak ingat dunia! Ada ke patut pergi tinggalkan aku kat belakang... Dah tu tak dengar pula bila aku panggil!" Tangannya disilangkan ke dada. Tak cukup dengan itu, bibirnya juga dimuncungkan seperti mulut itik.. Boleh sangat kalau nak sidai baju kat muncung dia.

"Weh.. buruk la rupa kau macam tu. Sikit pun tak comel kau tahu?" Sara bukannya nak memujuk tapi dia lagi menyakat budak seorang ni. Mana tak suka menyakat kalau nama je lelaki tapi suka sangat merajuk tak tentu pasal. Menggedik mengalahkan perempuan. Sara pun tak macam dia.

"Ceh, bukan nak pujuk aku ke apa."

"Pujuk pun bukan aku dapat gaji. Buat membazir tenaga je pujuk kau. Menggedik je kerja!" Terus Sara meneruskan sesi berjogingnya yang terhenti kerana menunggu Ammar sebentar tadi. Ditinggalkan saja Ammar sendiri di situ. Ala, bukan jauh pun kawasan dia berjoging tu. Tak kena culik pun mamat seorang tu. Manja macam kucing, siapalah yang nak culik. Silap hari bulan, penculik tu siap pulangkan kat depan rumah lagi sebab tak tahan dengan perangai mamat seorang ni. Suka menggedik tapi kalau diberi masa membebel, sampai esok pun tak sudah.




"Sampainya hati dia pergi tinggalkan aku tanpa pujuk aku?" Pipinya dikembungkan.Otaknya ligat berfikir tentang taktik yang patut dia laksanakan supaya Sara akan berpatah balik ke arahnya.

Bagaikan ada mentol yang muncul dikepalanya, matanya terus bersinar-sinar. Orang dapat idea la katakan.

"Arrrggghhhh!!!"

Sara terus berpaling. Dilihatnya Ammar sedang memengang kakinya. Kenapa pula dengan budak kecil tu?
Terus Sara berlari ke arah Ammar.

"Kenapa pula kau ni?" Pelik dengan keadaan Ammar sebenarnya. Tadi menjerit mengalahkan orang nak beranak, sekarang bila aku dah ada dekat dengan dia, boleh dia tersengih? Lempang karang, ada yang balik makan bubur je nanti. Kesian Aunty kena masak bubur untuk anak manja dia ni nanti.

"Kau tu, joging tak tunggu aku. Dah la tak pujuk aku."

Grrr.. kalaulah aku ni dinasor, dah lama aku baham mamat ni. Umur dah 25 tahun tapi perangai macam budak umur 5 tahun. Tak padan dengan umur la mamat ni. Kalau aku panggil dia 'budak' dia marah sebab aku muda 2 bulan dari dia. Bulan je kot!

 Kalau aku panggil dia budak tak cukup seringgit karang, dia sekeh kepala aku. Dan dan tu juga dia akan keluarkan dompet untuk tunjukkan duit seringgit dia yang ada dalam dompet. Aduh, mamat ni memang tak faham bahasa. Tak cukup seringgit yang aku maksudkan tu perangai dia, bukannya pasal duit seringgit yang ada dalam dompet dia tu!

*****

 "Ma..." Kepalanya diletakkan di atas riba mamanya. Nak bermanja lah tu. Ish anak aku seorang ni la. Adik dia pun tak macam tu. Dah la dia ni lelaki.. kalau adik dia yang manja macam ni okey la juga sebab adiknya tu perempuan. Ni tak, terbalik pula perangainya!

"Nak apa?" tangan mamanya masih sibuk melipat kain yang menggunung. Mana tak menggunung kalau baju dah elok dilipat tapi dipunggah-punggah macam nak cari baju kat tempat ada jualan murah je gayanya? Main tarik-tarik je. Mangsanya mestilah mamanya yang tercinta ni. Anak dah besar macam ni pun perangai macam budak kecil.


"Tadi Sara tinggalkan Ammar masa kita orang joging.." meleret je suara dia. Tu tak lain tak bukan nak mengadu la tu. Ish, tak padan dengan umur! Benda kecil pun nak mengadu...

"So?"

"Mama tanya 'so' je?"

Mamanya menganggukan kepala.

Matanya dikerdip-kerdipkan. Nak buat muka comel la tu. Alahai anak teruna aku yang sorang ni la. Suka sangat buat muka macam tu. Ni mesti mengikut gen ayah dia ni. Suka sangat buat muka comel kalau orang tak melayan dia.

"Ammar nak mama buat apa?"

"Mama babap la Sara. Sampai hati dia tinggalkan Ammar tadi. Kalau Ammar kena culik macam mana? "

Aiseyman anak aku ni. Dah besar gajah macam ni pun ada orang nak culik ke? Okey, kemungkinan nak kena culik tu mungkin ada, tapi mustahil orang nak menculik kat tempat awam macam tu. Lagi pun mana ada orang nak culik budak besar macam anak aku ni? Dah la manja!

"Abang ni manja sangat la! Gedik melampau!" sampuk adiknya yang baru muncul dari muka pintu biliknya.

"Sibuk la adik!" bantal kecil yang berada berhampiran dengannya dibaling ke arah adiknya. Balingannya tepat mengena pada muka adiknya.

"Abang!!" jerit adiknya tidak berpuas hati.

"Apa?" Ammar menayangkan muka suci bersih bebas dari dosa sebab baling bantal pada adiknya tadi.. Ish, nak je aku debik abang aku ni.

Nafas adiknya turun naik menahan marah. Kalau aku belasah abang aku ni, mahunya seminggu dia merajuk tak nak bercakap dengan aku. Sepatutnya aku yang adik yang kuat merajuk, ni tidak abang aku lagi suka merajuk.

Bantal yang berada di kaki di ambil lalu dibaling semula ke arah abangnya. Hah! Kan dah kena! Tepat kena muka pula tu. Seri!

Muka Ammar sudah mencebik bagai muka orang mahu menangis. Nak suruh mama defend dia la tu!

"Ma..." Kan dah kata.. nak mengadu kat mama la tu.

"Apa?"

"Adik baling bantal kat Ammar.."

Mamanya terus memandang ke arah Amira. Amira dah mula kecut perut. Mama nak marah aku ke? Tapi lain pula yang jadi.. mama buat thumbs up? Bagus?

"Baling je bantal kat abang ni Mira. Biar dia tough sikit. Asyik nak mengadu je kerjanya."

Dengan arahan mama yang tersayang, si adik terus mencapai bantal-bantal yang berada di dalam bilik abangnya untuk dibaling.  Ammar pun tak nak kalah. Adik balik, abangnya balas balik. Sudahnya habis bersepah bilik dengan bantal. Mana datang bantal banyak-banyak tu pun tak tahulah. Mesti ada ambil dari bilik sebelah a.k.a bilik mama mereka.


*****
i Phone 4 yang berada di atas meja di ambil lalu satu nombor di dail.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.. Nak apa?" Macam tahu je kalau aku call mesti nak minta sesuatu.

"Sara.. jom lepak Alamanda Sabtu ni nak?"

"Nak buat apa?"

"Lepak."

"Buang masa."

Ammar tersengih. Lepak tu buang masa la kan? Hehehe.. Tiba-tiba rasa macam nak buang masa pula.

"Alaaa.. jom la.." Ammar masih memujuk Sara.

"Tak mahu..."

"Jom.."

"Tak nak.."

"Jom..."

"Nehi..."

"Jom la.."

"Tak boleh!" Eh, sakit tekak ke Sara ni? Tiba-tiba jadi suara kasar semacam je. "Hello, ni angah. Kau nak bawa adik aku ke mana Sabtu ni?"

Adoi, macam mana boleh ada angah pula ni. Kalau ada angah, payah la nak ajak Sara ke Alamanda. Angah ni kan macam bodyguard Sara.Abang yang sangat melindungi adiknya. Nama pun adik, abang mana tak sayang kan?

"Saya nak ajak dia pergi Alamanda. Boleh?"

"Boleh.." Ammar tersenyum.. Yeay! Lepaking with Sara at Alamanda!

"Angah joint sekali." Sambung Faris. Terus panggilannya diputuskan.

Angah ni kacau je la.. Aku ajak Sara je. Kenapa angah nak menyelit sama? Huhuhu.. payah la aku nak bermanja dengan Sara..

 Bermanja? Eeeeuuuwwww.... Mungkin ayat yang sesuai adalah 'menggedik'?


*****

"Nak makan mana?" Ammar dah mula rasa perutnya mula membuat konsert dondang sayang. 

"Mulut."sepatah Faris menjawab. 

Suka sangat Faris menyakat Ammar sebab dia tahu Ammar jenis macam mana. Mana tak kenal kalau dah membesar pun sama-sama? Dihantar ke rumah pengasuh yang sama. Sekolah pun sekolah yang sama. Hampir semua benda pasal Ammar ada dalam poket Faris.

"Angah!" Muncungnya ditarik. Nak merajuk la tu kononya! Sorrylah Ammar, angah tak layan orang merajuk ni.. "Lapar ni.." tangannya diletakkan ke perut. "kruuukkkk" dalam masa yang sama perutnya berbunyi.

Malunya!

Angah dan Sara menekup tangan ke mulut. Nak tahan gelak. Takut la tak pasal-pasal je mamat ni lari balik rumah tiba-tiba. Merajuk punya pasal!

"Okey.. lapar sangat tu.. jom makan la angah! " ajak Sara pula. Kesian pula dia dengan Ammar. Dah 'Kruuuukk' tu lapar gila la maknanya tu.

"Puasa la.." Ish, angah ni.. tak habis-habis nak menyakat Ammar.

"Angah!" 

"Okey la.. jom makan! Nanti ada yang mangamuk tak dapat makanan."


*****

"Movie jom!" ajak angah secara tiba-tiba. Nama pun kaki wayang, asal datang Alamanda je mesti dia singgah tempat wayang. Adik yang jaga kat kaunter tiket tu pun dah boleh kenal angah. 

"Angah belanja, Sara okey je." Mata Sara masih melekat pada skrin i-padnya. Nampak macam sibuk tapi sebenarnya Sara tengah main game. Alahai Sara.. Mana-mana pun kau boleh bantai main game.

"Ammar?" Faris meminta pendapat Ammar pula.

"Cerita apa?"

"Cerita seram. Dengar kata ada cerita seram baru yang best. Masuk box office tu!"

"Err.." Macam mana ni? Nak tengok cerita seram pula? Aku dah la tak suka cerita gnre macam tu.

"Okey? Settle! Angah beli tiket dulu. Kau orang makan la dulu." terus angah pergi membeli tiket. Sara ditinggalkan bersama-sama Ammar di Rasa. Dua-dua tak siap makan lagi. Tak kan nak heret sama ke sana kot? Lagi pun belum tentu beli terus masuk panggung. Comfirm kena tunggu dalam 2 ke 3 jam lagi sebab sekarang baru pukul berapa. 

 "Ammar, kau bukan tak suka cerita seram ke?" tanya Sara tiba-tiba.

Ammar memandang Sara. "Haah. Tak suka."

"Dah tu, kenapa tak cakap kat angah tadi?"

"Nak ambil hati bakal abang ipar."

"Ammar... geeeeddiiikk!"

"Nak tackle adik kena tackle abang dulu." Ammar mengenyitkan matanya. Nak bajet romantik la tu. Okey.. kita tengok, siapa yang akan menjerit dalam panggung nanti.

 *****

Keluar je dari panggung Sara dan Faris tergelak-gelak. Gelak macam tempat tu mereka yang punya. Penonton yang lain pun pelik tengok dua orang tu gelak. Bukan tadi tu cerita seram ke? Kenapa nak gelak pula? Ke 'Cik Han' dalam cerita tadi ada buat lawak tahap Maharaja Lawak?

"Dah la tu ... " Muka Ammar dah naik merah. Malu tahap Tera kot! Terkantoi terang terangan dengan Faris yang dia tu penakut!


Mana tak kantoi kalau dari mula sampai ke akhir cerita tu, Ammar asyik tutup muka je. Bila 'Cik Han' muncul je dia menyorok muka kat belakang Faris.

"Penakut rupa-rupanya budak ni. Satu info yang baru.." dan idea untuk menyakat yang baru. Faris menyegih. Fikir nak sakat Ammar la tu.

"Lain kali kita keluar sama-sama lagi. Kita tengok cerita seram. Nak?" angah ni memang la.. saja je nak menyakat aku. Dah tahu aku ni jenis tak suka cerita macam tu, lagi mahu tanya ke? Hempuk sekali baru tau..

*****

"Sara, Ammar tu kelakar la!"

"Macam la angah tak tahu Ammar tu macam mana."

"Tak sangka pula sampai ke besar perangai dia macam tu. Ke dia jadi macam tu sebab Sara selalu buli dia masa baby?"

Apa pula nak salahkan aku angah ni? "Tak ada kaitan pun la.." Okey, sebenarnya macam ada kaitan sikit. Sebab masa kecil dulu, agak-agak masa umur aku baru setahun kot, angah kata aku selalu smackdown si Ammar tu. Kalau Ammar nangis tu mesti sebab aku yang buat. Hahaha..

Tu la hasilnya kalau hari-hari tengok smackdown dengan abang-abang aku yang sesuka hati je nak buka rancangan yang tak sesuai untuk tontonan baby macam aku pada masa tu. Baby kan cepat menangkap apa yang dia tengok. Aku pun apa lagi, dah tengok, kita practise la! Mangsa? Tak payah cari jauh-jauh, Ammar kan ada?

Lain pula ceritanya bila kita orang mula masuk darjah satu. Dia jadi budak popular dalam kelas sebab dalam kelas tu dia la yang paling chubby. Paling sedap dibuat bantal peluk. Badan dia.. menarik minat orang untuk memeluk dia. Dengan pipi dia. Hari-hari kena tarik. Hari-hari juga la aku kena dengar dia mengomen "Labuh pipi aku kalau kena tarik macam ni hari-hari."

Aku pun dah tak larat dengar dia mengomen macam tu tiap-tiap hari kat aku. Kalau ayat lain tu tak apa la juga, ni setiap hari ayat yang sama. Macam kaset rosak diulang-ulang ayat yang sama. Disebabkan dah terlampau bengang dengan si montel seorang ni, aku pun bagi la cadangan super bernas. Cadangannya berbunyi begini.

"Apa kata kau kuruskan badan kau. Kalau kurus tak ada lah orang sibuk-sibuk nak main tarik pipi kau lagi. Tak ada lah nak labuh pipi kau nanti kan? Kalau kurus nanti kau dapat banyak girlfriend."

Dia terus terdiam masa aku bagi cadangan tu. Aik, terasa ke apa?

"Hrrmmm.. okey. Nanti aku cuba kuruskan badan. Nak juga jadi hensem. Tapi tak nak orang lain jadi girlfriend aku. Aku nak kau je." 

Oit, gatal betul budak kecik ni. Baru umur 7 tahun. 

"Tapi aku tak nak kat kau." Terus berubah muka Ammar.

"Tak kira, aku akan buat kau nak kat aku juga satu masa nanti." Hui, macam memang betul-betul dah nekad budak ni.

"Ikut kau la.." Malas aku nak layan budak ni. Comfirm dia lupa pasal benda ni nanti..

*****

Sara menilik mukanya di hadapan cermin. Dilihat apa yang pelik mengenai wajahnya pada pagi itu. Rasa macam semua dah perfect. Hrrrmmm.. ha! Jumpa dah! Mata aku ni.. dah berubah jadi mata panda dalam masa sehari. Bukan sehari, tapi dalam masa satu malam. Semuanya sebab apa yang mama cakap masa aku tengah sedap tengok cerita Boboiboy.

Elok je aku tengah tengok Boboiboy nak bertukar jadi tiga, tiba-tiba mama panggil. Angah yang duduk atas sofa dah tersengih-sengih. Apa, dia ingat dia comel ke buat macam tu? Hempuk dengan bantal karang!

"Ye mama." jawabku malas. Punggung dilabuhkan di atas kerusi bersebelahan mama.

"Tadi Aunty Saba datang. " Mataku masih setia pada televisyen.  Gopal nak tukar kapal Adudu jadi makanan! Hahaha.. Nasib kau la Adudu, kapal kau jadi makanan.

"Hei, dengar tak mama cakap apa ni?" tanya mama apabila melihat aku yang ralit menonton televisyen dari tadi.

"Apa dia ma?"

"Setuju ke tak?" Aik, apa yang nak kena setuju ni?

"Nak setuju apa ma?"

Bahuku ditepuk perlahan. "Tu la, lain kali orang bercakap dengar. Ni tak, asyik tengok Boboiboy tu je. "

"Ye ye, Sara dengar ni. Apa mama cakap tadi?"

"Aunty Sara datang..." Apasal la Gopal ni, terjun je la.. Tak tinggi pun la! Ish ish ish.. kesian dia kena tipu dengan Boboiboy. Hahaha..

"So, setuju ke tak ni?" Alamak, aku tak dengar apa mama kata tadi. Kalau nak suruh mama ulang kali ke dua mahunya mama piat telinag aku 360 darjah. Huhuhuhu...

"Setuju la kot."

"Okey la kalau macam tu. Sekarang ni boleh la mama bincang tarikhnya." Eh mama ni, nak bincang tarikh apa pula ni? Terus mama mendail nombor seseorang.

Mataku terus setia menonton Boboiboy. Oh alamak, datang balik Adudu ni. Sibuk je nak kacau Boboiboy.

Tiba-tiba telingaku menangkap apa yang dibualkan mama dengan Aunty Saba.

"Oh, okey. Tetap la ni kan? Tarikh tunang hujung minggu ni."

Siapa pula yang nak bertunang ni? Anak Aunty Saba yang perempuan tu baru habis SPM. Tak kan Aunty dah nak suruh dia bertunang kot? Ke Ammar yang nak bertunang? Ish ish ish, siapalah yang ber'tuah' sangat jadi tunang budak manja tu?

"Okey, Sara siap sedialah hujung minggu ni. "

"Nak siap untuk apa mama?"

"Majlis tunang Sara la." Angah dah bantai gelak dulu. Ish, tak boleh jadi angah ni. Sebiji bantal yang dibuat lapik kepala tadi dibaling pada angah. Alaa.. kenapa tak kena pula? Angah siap boleh sambut pula tu! Ish, nasib aku lah dapat abang goalkeeper ni.

"Ma, Sara nak tunang dengan siapa ni?"

"Dengan Ammar Hijazi la Puteri Qaisara oi! "

Aku? Ammar? Tunang? Oh noooo... Terasa gelap kejap dunia masa tu.


*****


"Sara.. angah nak nasi." pinta angah. Terus aku sendukkan nasi ke dalam pinggannya. Layan je la perangai pemalas angah ni. Macam mana la aku tak kata pemalas kalau sebenarnya bekas nasi tu lagi dekat dengan dia berbanding dengan aku? Saja nak menggedik la tu.

"Sara.. Ammar nak ketam tu sikit." Ni lagi seorang. Elok je lauk ketam tu depan mata. Nak aku juga yang ambilkan?

"Ambil la sendiri."

"Ala..." Mulutnya dimuncungkan. Tangan di silangkan ke dada. Tanda tak puas hati la tu. Ish, dia ni kan dah tua-tua macam ni pun nak menggedik lagi ke?

"Merajuk je kerja dia ni la.Penat orang nak melayan. Nak layan Amirul lagi."

Ammar terus memandang ke arah Sara dengan pandangan tajam. "Suka sangat lebihkan Mirul dari Ammar." perlahan je kata-kata Ammar tu sebenarnya tapi telinga Sara dapat menangkap butir-butirnya. Hahaha.. cemburu la tu.

"Amirul.. nak ketam tak?"

Dia angguk.

"Nak apa lagi?"

"Sayur."

"Lagi?"

"Suap."

"Okey." Baru je nak suap, Ammar terlebih dahulu bangun dari tempat duduknya. Dah rasa panas la tu.

"Sara, pergilah pujuk Ammar tu. Karang dia terjun kolam depan rumah tu tak ke naya Sara nak buat CPR kat dia?"

Yes, memang agak menyusahkan! Dah tahu tak pandai berenang nak juga berenang dalam kolam yang dalam tu. Kan dah menyusahkan aku nak selamatkan dia. Orang buat CPR dia kata orang nak ambil kesempatan kat dia. Alahai Encik Ammar Hijazi, lain betul cara pemikiran awak. 

Puas Sara cari kat kawasan kolam namun tak nampak pula Ammar kat kolam tu. Mana la pula mamat senget ni pergi?

Sara masuk kembali ke dalam rumahnya. Puas dicarinya makhluk bernama Ammar. Mana pula la mamat ni?

"Ammar!"

Sara cari dalam bilik air namun tiada sahutan. Sah, dia tak ada dalam bilik air.

"Ammar!"

Bantal-bantal yang berterabur di ruang tamu di punggah. Manalah tahu kot kot Ammar menyorok di sebalik longgokan bantal yang memang bertimbun di ruang tamu ni. Saja je letak bantal banyak-banyak kat ruang tamu ni. Nak bagi suasana santai sikit.

Tapi Ammar tak ada juga. Ish.. mana pula la mamat ni? Masa makan pula nak main sorok-sorok.

Tiba-tiba telinga Sara menangkap bunyi seseorang sedang gelak. Hrmm.. dari mana datangnya bunyi tu?

Selimut yang berada di atas sofa ditarik. Membulat matanya melihat Ammar sedang tergelak sambil melihat telefon bimbitnya. Tengok apa la sampai tergelak macam tu?

"Tengok apa tu?"

"Adalah." Badannya di pusingkan membelakangi Sara. Nak tunjuk yang dia merajuk la tu. Ish dia ni kan.. aku karate karang, aku pula kena fire dengan parents dia.

"Ammar, makan jom. Angah panggil. " Suaranya dilembutkan. Persis seperti sedang memujuk kanak-kanak.

"Tak mahu!" Matanya masih ralit memandang telefonnya. Entah apalah yang dia tengok tu sampai kadang-kadang bahu dia terhenjut-henjut tahan ketawa.

"Sayang..."

Terus Ammar bangun dari pembaringannya. "Apa dia yang Sara panggil tadi?" Ammar tersengih nakal. Keluar dah aura gatal dia tu.

"Pergi sambung makan la Encik Ammar oi!"

"Tak nak!"

Ish, ni dah macam scene dalam iklan susu la pula. Mak yang payah sangat nak bagi anak makan makanan berkhasiat tu. Sara sebagai mak, Ammar sebagai anak.


"Tak nak sudah. Ketam dah nak habis dah tu."

Ala.. aku dah la memang nak makan ketam.

"Sara suapkan?" pinta Ammar sambil mengerdipkan matanya. Memang tak berubah perangai pak cik seorang ni.

"Tangan ada, suaplah sendiri."

"Amirul tu Sara suapkan. Ammar pun nak juga. "

"Jeles ke ni?"

"Tak ada maknanya."

"Pak cik, tengok apa tu?"

"Tak ada apa."

"Sayang, makan jom!"

"Jom!" Amboi, nak kena panggil 'sayang' baru nak jalan? Ni namanya gedik tahap mega ni.

"Tengok apa tadi?" tanya Sara apabila Ammar mahu menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar.

"Boboiboy."

Mulut Sara ternganga. Layan Boboiboy juga mamat ni.

"Part yang Papa Zola kata 'Lagi banyak pendapatannya, lagi banyaklah pendapatnya.' . Hahaha.. Kelakar tengok Adudu dan Probe! Ada pula nak main cucuk jantung pulak!" Tawa Ammar memenuhi ruang tamu.

" Oit, nak bercerita pasal Boboiboy pun tak payah la sampai lupakan anak korang nak seorang ni. "

Lupa pula pasal Amirul bila melayan pak cik seorang ni. Perangai dia dengan Amirul sama je. Amirul nak manja, dia pun nak manja. Amirul nak makan bersuap, dia pun nak makan bersuap. Amirul tidur berdodoi, dia pun nak orang dodoikan dia juga. Sabar je la dengan perangai Ammar ni.



"Ma, Irul nak mandi."

"Jom! Mama mandi kan ea.." baju Amirul ditanggal.

"Nak mandi juga! " Ammar dah menghentak kaki. Sebiji macam budak kecik. Tak comel, tapi annoying. Sebab dah besar, tapi menggedik mengalahkan budak-budak. Sebab tu annoying.

"Mandi sendiri la bro!" sampuk angah. " Sara, angah balik dulu la. Mama dah call suruh balik. Tak bagi angah kacau kau orang berdua."

"Okey, kirim salam kat mama. Cakap menantu dia ni makin gedik."

"Dia yang gedik cakap kita pula."

"Angah nak cakap anak menantu dua-dua dah gedik."

Sara dan Ammar dua-dua dah tarik muka. Sampai hati angah nak bagitahu mama yang mereka gedik.

"Tak la, angah nak bagitahu kat mama yang kau orang ni bahagia. Angah tengok pun rasa gembira. Tak sangka, kenal dari kecil, hari-hari gaduh. Tup-tup, kahwin dah dua orang adik angah ni. Ammar, jaga adik angah ni baik-baik tau. Jangan bagi dia menangis tau. " pesan angah. Sayang betul dia kat Sara.

"Insya Allah angah. Ammar akan jaga dia sepenuh hati Ammar. Ammar akan jaga Sara dan anak-anak Ammar ni baik-baik. Mereka ni kan harta yang paling berharga yang Ammar ada. " kata Ammar sambil mengusap perut Sara yang sedikit memboyot.

Ammar ni perangai kebudak-budakkan dia tu tak pernah nak berubah. Nak buat macam mana, dah dia memang macam tu, terima je la. Amirul pun macam nak ikut perangai papa dia. Adui.. pening la nak melayan dua orang yang perangai macam ni.

Nak buat macam mana kalau aku sendiri dah terjatuh cinta pada budak yang sengal ni? Suka menangis, suka merajuk, suka bajet comel, suka bermanja , kuat cemburu.. tapi... bila tiba bab romantik, dia la champion!




*****TAMAT*****


Errrrr... rasa pelik sikit bila dh smpai ending. =.=" .. tapi bagi yang baca, silalah rajinkan diri utk mmberi komen.. insya Allah kalau ade apa yang patut diperbaiki akan diperbaiki :) thanks sebab sudi baca...

11 comments:

  1. Huhuhu... Syira~ Comel lah citer nih.. :D
    Tapi pendek sangat... buat novel lah terus... heheh...
    Kelakar lah Ammar tu~ Haha... >_<
    AKu suka :D (Y) Like..like! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. Yana thanks :)

      msk ni dh 2 novel kau request tau x? hehehe..
      1)awk soulmate saya... ke??
      2)I Love You Mamat Sengal..

      insya Allah, kalau ade masa,idea n rajin aku buat la.. ok?
      hehehe.. lpe plak.. SL tu rasanya aku post kat group je kot.. *kot la*

      Delete
  2. tahu anime ni!!! dari Ouran High School Host Club! hihihi , btw i love this cerpen ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. Tamaki Suoh :) comel sangat perangai dia :3

      thanks sbb sudi baca n cmmnt :)

      Delete
  3. Choiiiii.... comel sungguh ::>_<:: actually.. saya suka dgn nama Ammar.. sound romantik? Hehe.. Mna nk dpt .gif ek?
    ~izz

    ReplyDelete
  4. Best nya guna anime ouran high school host club!
    Terbaik

    ReplyDelete

Penat

 Bila dah makin meningkat usia ni kan, rasa makin penat. Lahh, cakap macam tua berapa tahun je kan? Hahahah salam pun lupa nak bagi. Sorry! ...