Sunday, 4 January 2015

Weird?

Aku dah sem 4. Maksudnya sem depan yakni sem 5 dan 6 aku dah mula praktikal. Kat mana tak tahu lagi.

Benda ni buat aku rasa stress sebabnya nanti kena tinggal sekali dengan kawan yang sama kos. Apa masalahnya? Orang lain tak ada masalah, tapi aku ada..

Sebab aku macam.. macam.. macam.. susah bila tinggal dengan budak satu kos. Korang permah tak tak bila kita selalu sangat tengok seseorang tu sampai satu masa kita rasa malas nak tengok dia dah? Rasa macam 'I need my own space!' n ' Kau boleh main jauh-jauh!'.

Aku rasa macam tu. Orang lain pelik, kenapa aku tak suka tapi tu la sebabnya. Aku rasa tak selesa.. Maybe sebab kes sem 2 kot. Aku tak adalah kisah sangat pasal roomate aku pindah Kristal tu, tapi aku rasa tak selesa sebab ada certain people yang suka jiwa suka limpa dorang je masuk bilik tak reti nak bagi salam or at least ketuk dulu ke .. Sivik ada kot ajar benda tu .. Dalam adab pun ada , tak kan tak tahu kot? Aku rasa 'semak gila ko dalam bilik aku ni.'

Rasa nak marah, tapi tak boleh sebab kau kawan aku. Aku tak sampai hati nak cakap sebab aku takut kau terasa . Last-last aku pendam sampai aku jadi macam ni. Aku cuba jauhkan diri aku dari orang yang rapat dari aku (pelik kan?). Maksud rapat tu yang selalu jumpa.

Aku tak ada hal kalau kau reti nak hormat privasi aku, tapi kau tak reti. Perangai kau yang tak reti tu yang buat aku rasa stress tapi tak boleh nak bagitahu kau. Tak pun pesen yang sekarang (aku dah duduk serumah dengan budak engineering) dorang ketuk pintu, nampak aku terus masuk. Hei kawan, awak tahu tak rumah saya ada kawan lain? Paling kurang pun cakaplah "Boleh aku masuk?" Ye, memang nampak macam "rumah kawan kot, tak kan aku nak mntak izin macam tu sekali? Chill la.." Bagi aku tak. Kau kena hormat kawan aku walaupun mungkin dorang tak rasa pape.

Lagi satu benda yang aku tak suka kalau ada kawan datang melepak kat bilik masa aku tengah makan. Aku makan depan laptop ye.. Mase tu la kau nak datang lepastu nak semak sekali kat sebelah aku. Nak tengok sekali. Aku ni dah la jenis suka skip-skip. Malas nak tengok full, lama! Sebab kau ada, aku terpaksa la tengok full.

Kau baik, tapi tu la.. please, masuk ketuk pintu and minta izin pleaseee? And cuba jangan ganggu aku masa tengah makan. Tak tahu, tapi aku memang jenis tak suka orang kacau masa makan. Masa tu je la aku nak release tension pun sebenarnya. Aku okey, kalau kau reti nak hormat aku. Aku tak kata kau tak boleh datang bilik aku, boleh je.. cuma jangan datang masa yang salah. Cth : Masa aku tengah makan terutamanya.

Maaflah kalau kau terasa, tapi ni apa yang aku rasa. Aku harap kau faham walaupun kau tak akan pernah baca ni sebab kau tak layan ig or blog nak skodeng aku pun.

-Sekian-

1 comment:

  1. Uik.... takpe.. kalau susah sgt.. kasi thu je apa yg kau tak puas hati. mcm kitorang... ada satu masa bila semua free... kitorang berkumpul kat ruang tamu. sattle kan semua masalah. luahkan je apa yg tak puas hati. hari tu ada je aku luahkan kat diorang even fathien sendiri pon aku luahkan semuanya. at the end. semua masalah settle sbb dh paham masalah member yg lain. n member pon faham masalah aku. try lah. :)

    ReplyDelete

Notes~

Assalamualaikum semua!

1) Terima kasih sebab sudi nak kunjung blog yang tak seberapa ni :-)

2) Sorry kalau ada karya Syira macam "erghh hampeh gila ayat dia ni!" or " bapak childish cerpen dia!" or apa2 yang sewaktu dengannya. Syira masih baru nak nak belajar menulis penulisan yang bagus n best so I need ur comment :-)

3) Ada cerita yang kalau korg perasan tak ada sambungan macam terhenti. Tu maybe sebab tak ada idea or Syira terlalu bz. Insya Allah kalau ada masa n idea Syira sambung. Mngikut permintaan (kalau ada)

4) Kalau la.. (Kalau ok?) korang rasa ada idea utk cerpen boleh la email kat syira. Heeee.. kot Syira rasa boleh buat, syira buat :) email : nilliavanilla@gmail.com

5) Kalau mahu comment, sebaik2nya letak la nama. At least I know ur name. Tak la Syira panggil Annonymous1 or 2 je kan?

And lastly, terima kasih sekali lagi sebab masih sudi datang berkunjung sini~


L O S T

Macam biasa intro setiap kali post,  Bersawang sudah blog ni. Hahahaha, aku tak sempat update. Bukan nak kata tak ada masa sungguh nak main,...