Monday, 27 April 2015

Semester Break Part 4

 Assalamualaikum~

Dah sminggu duduk rumah and aktiviti sama jer. Boring? Tak la sangat.
Kerja bila duduk rumah ni, makan, tido, tengok tv, tengok movie. Lepas tu ulang balik.

Tak kisah pun..sebab bila boring, Syira pergi Google cerita best then download! Hahahaha.. Habit since masuk U. Heii, budak U memang macam ni la. Dalam otak cuma ada :

1. Running Man
2. Meegi
3. Movie
4. Mesin gedegang
5. Tido

Hrmm .. lagi? But for me, ni la. hahahaha.. Perghhh STUDY tak termasuk dalam list tu. Maafkan saya T_T. Saya jenis study last minit then menangis nak sumbat semua dalam satu malam. Macam masa final baru-baru ni la.

Orang study 4 bulan, Syira khatam dalam satu malam, Mahu tak menangis hengko? Serius la.. nak nangis, menyesal sebab tak study awal. Tapi salah sendiri kan? Menangis sampai banjir satu U pun tak guna. Buat penat je. Baik study, and jangan fikir nak putus asa. mengantuk, minum la Nescafe! Hahahaha. jadi tukang promote kejap Lolzz~

Setiap kali hari nak exam mesti tdo lewat atau langsung tak tido. Semata-mata nak bayar balik 4 bulan tu. Tu la Syira.. duk relaks tak ingat dunia kan dah mengigau nak cari masa nak baca n fahamkan semua benda? Dah la course Syira memang benda yang MENGHAFAL which is Syira tak suka. Tak suka menghafal sebab tu perkataan. One page note yang langsung tak ada gambar n font yang skema. and... banyak sangat perkataan dalam satu slide. Pengsan mak Jemah baca nokss..

Ok, tu namanya salahkan orang lain for my own mistakes.

Sebab tak tido, esoknya terus pergi exam. Nasib baik la semua paper pagi. Pukul 9sampai 11. Nasib baik pagi, kalau petang? Karang terlajak tido? pengsan Syira T_T. Ye la kalau pagitahan la sikit sebab lepas habis paper boleh terus pengsan. Perghh.. balik dari exam , makan and terus tdo tak ingat dunia. Tak sihat betul, patutlah makin gemm gemm..

The best part is, my paper is the last paper in my house. Which means I will be last person that will leave that house. Sangat sedih tau? Sebabnya Syira tak akan ada kat U sem depan dan depannya. Sebab kan pergi praktikal. Yang akan kekal kat situ cuma budak bertujuh tu je la. Seriously, deep in my heart, i feel soo sad for leaving that house. Yeah, kite orang bukannya rapat semua tempat nak melekat sama-sama. (course lain-lain kan?) tapi dah nama pun duduk serumah kan? Mesti lah rasa lain bila sem depan tak jumpa dah.

Lagi-lagi Syida. I will miss her. Dia la kawan pertama Syira. tu pun ibu yang kenalkan. Kelakar kan? Anak masuk U, ibu yang tolong uruskan semua. Even termasuk hal kawan pertama. Saya anak yang saaaaaangaaattt manja kalau nak tahu. Hahaha.. Mohon jangan muntah.

"Nama siapa?"
"Shahida"
"Ohh.. ni Syahirah. Syahirah- Shahida.. senang nak ingat."

Masa tu mak Syida ada sekali. Yeah, I know her before Tiqah. Tiqah datang lepas orientasi. Part ni boleh baca kat sini.  hahahaha.. Kisah Zombie menyerang :p

Masa tu.. kalau tak sebab ibu tanya nama Syida agaknya zaman bila la Syira nak kenal Syida tu haa.. I malu la. Over malu. malu tak bertempat. Tu saya.

Ok, masuk sem 2 Syida sebelah bilik je. Hahahaha.. Serius tak sangka. Syira sebilik dengan budak Farmasi.

Ingat lagi.

"Syida tingkat mana?"
"Tingkat 7"
"Syida, kau bilik mana?"
"7-3 (tak ingat brapa tp 30+) "
"Kite jiran!"

Hahahaha.. Tak pernah jauh pun. Tiqah tercampak tingkat 8 dengan akk senior. Ok, tak la jauh sangat sebabnya kite orang still boleh menyemak pergi kat bilik dia. Tapi sekali dua je la kite orang pergi sana.

Masuk sem 3, kite orang serumah. Sekali dengan 6 orng yang Syira tak kenal. Dapat pulak bilik bukan dengan Syida T_T . Sedeh.. Macam mana nak kenal budak-budak bertiga ni?

Tapi budak sebelah katil Syira ni Syira biasa tengok. Selalu tengok dia sebab muka dia macam muka Fikah. Fikah budah Putra la. Tapi budak ni tak perasan Syira pun walaupun selalu je dia lalu depan bilik Syira nak pergi bilik air. Tandas kat Intak tandas luar bukan macam Kristal, upgrade sikit uollss.

Sem 3 tu kat Kristal. Lupa nak cakap. Then kenal budak sebelah katil ni, nama dia Syahirah. Sama nama! Hahaahahaha.. Tak tahu nak panggil dia macam mana. ye la, nak panggil nama sendiri> Janggal!

Lagi dua orang tu selalu cakap berdua. Syira yang memang jenis susah nak tegur ni tak de la nak tegur pulak kan? Tapi lama-lama ok la dengan budak berdua tu.  Yang seorang tu nama dia Miza, budak Sabah and seorang lagi nama dia Aida budak Kedah. Ok, lama-lama kenal baru tau dorang berdua ni jenis masuk air +_+" ... hhahahaha.. Satu kepala la dengan Syira. Syira ni kalau dah kenal rapat mesti korang makin rasa "Ler.. cenggini budak ni.." Hahahaha.. Mula-mula diam je.. lama-lama kenal.. hamek kau! Hahaha

Bilik Syida sekali dngan akk-akk senior. Kak Toge and Kak Mar. Happy bila dapat kenal akk senior. ye la, senior course sendiri tak dapat nak kenal, dapat kenal senior course lain pun boleh. Hhahaha.. Rasa happy :)

 Masuk Sem4 kite orang sebilik lagi, tapi tanpa Kak Mar and Kak Toge. T_T
Kali ni ada kawan-kawan Miza n Aida yang masuk sekali.
Anis, Mira and Nad.

First tu serius rasa macam insecure sebab budak-budk ni memang dah kenal and lagi-lagi satu course. maksud Syira budak-budak engineer. Mira budak Tourism. Tapi lama-lama ok la. Sebab Anis and Mira tu jenis banyak cakap.. pot pet.. pot pet..  Ceria la bilik tu. Tambah dengan Aida dengan Miza. Plus Syida. Hahaha.. Nad? Tak tau, tapi dia memang tak pernah bercakap dengan Syira. Tak selesa kot? Entah..

First balik lepas exam, Nad, Miza and Aida. Lepas tu Anis and Syahirah.   Lps tu baru Syida. Second last baru Mira. Paper dia habis sebelum Syira.

Hrmm.. tak tahu macam mana nak kata tapi yang pasti ada la rasa sedih tu sebab dah duduk sama-sama lama kan? Makan sama-sama.. tengok movie sama-sama.. tengok running man sama-sama (laptop masing-masing) hahahaha.. Dan pernah gaduh dengan dorng. Gaduh dengan dua orang antara 7 orang ni. Maaf untuk tu.

Hrmm Sem depan tak dapat jumpa korang dah. Tapi aku tak tahu la korang sedih ke tak bila aku tak ada nanti. Happy kot sebab aku yang annoying ni dah tak ada? Mungkin. Huhuhu..



Ni masa kat Tasoh Lake Resort :)











Gua Kelam :)


























 

Ok, tu je kot untuk kali ni. Tak tahu nak merapu apa lagi. Cuma nak taip supaya nanti Syira tak lupa apa yang jadi sepanjang 4 sem kat sana . :)

No comments:

Post a Comment

Notes~

Assalamualaikum semua!

1) Terima kasih sebab sudi nak kunjung blog yang tak seberapa ni :-)

2) Sorry kalau ada karya Syira macam "erghh hampeh gila ayat dia ni!" or " bapak childish cerpen dia!" or apa2 yang sewaktu dengannya. Syira masih baru nak nak belajar menulis penulisan yang bagus n best so I need ur comment :-)

3) Ada cerita yang kalau korg perasan tak ada sambungan macam terhenti. Tu maybe sebab tak ada idea or Syira terlalu bz. Insya Allah kalau ada masa n idea Syira sambung. Mngikut permintaan (kalau ada)

4) Kalau la.. (Kalau ok?) korang rasa ada idea utk cerpen boleh la email kat syira. Heeee.. kot Syira rasa boleh buat, syira buat :) email : nilliavanilla@gmail.com

5) Kalau mahu comment, sebaik2nya letak la nama. At least I know ur name. Tak la Syira panggil Annonymous1 or 2 je kan?

And lastly, terima kasih sekali lagi sebab masih sudi datang berkunjung sini~


L O S T

Macam biasa intro setiap kali post,  Bersawang sudah blog ni. Hahahaha, aku tak sempat update. Bukan nak kata tak ada masa sungguh nak main,...