Friday, 22 January 2016

Holiday : Langkawi


Assalamualaikum semua :)

Masa cuti Keputeraan Sultan Kedah hari tu kite orang berlima pergi bercuti ke Langkawi.  Bak kata ibu, alang-alang dah kat Kedah, pergi la jalan-jalan sekali. Heeee.. Syira dapat kebenaran awal-awal lagi uolls >_<

Moganya post kali ni bermanfaat la untuk semua ye? Heeee.. Kalau tak berkenaan, korang boleh tolak tepi, kot bermanfaat boleh guna in case korang sekarang tengah fikir nak jalan-jalan ke mana bila ke Langkawi tu kan?

Walaupun ramai yang dah jejak ke Langkawi tu tapi Syira nak post jugak! Heee…

Before kite orang pergi tu adalah g survey sikit.
Survey kat internet.. Bukak blog orang (macam sekarang ni) tengok mana tempat menarik nak dituju. Ye la, kite orang cuti 3 hari. So kena rancang betul-betul. Bukannya selalu dapat bercuti dengan kawan-kawan. Errrmmm kalau diikitkan ni first time Syira keluar bercuti dengan kawan-kawan :p Lepas ni dah habis praktikal tak tahu lah bila lagi nak keluar nye kan?

OK.. Selain suvey dari internet, ada la juga pergi tanya staff-staff pejabat tu.  Tanya la hotel mana ok? Harga mana ok? Tempat yang best nak dituju? Nak parking kereta kat mana? Sewa kereta macam mana?

Nasib kita orang baik sebab ada ramai staff yang tahu pasal Langkawi.

En. Mi cadang tempat menarik kat sana (Yang ni dia borak dengan Ayu, so Syira tak tau sangat)

En. Zul n En. Zubir bagi no phone kereta sewa. Paling tak sangka dorang berdua ni bagi no orang yang sama ~ Hahaha.. Tapi tak pe.. At least kita dapat info kan?

En. Midi n En. Mizi pun ada gak suggestkan tempat yang menarik kat sana. Banyak sangat tempat dorang sebut, sampai tak ingat. Huhuhu..

Last2 pergi tanya kat En. Saad,  staff kat Vektor.  Before dia masuk PKD Pendang, dia kerja kat Langkawi (Or dia tinggal kat Langkawi? Not sure la) Dia kata dia kenal orang sana yang buat servis kereta sewa. Makanya kami pun ambik la no phone orang tu dari En. Saad.

Masa survey-survey dari internet tu dapat la no kereta sewa kat sana. (Boleh google taip ' kereta sewa langkawi') So, kite orang pun g la WhatsApp orang-orang yang ada buat servis kereta sewa tu. Banding-banding harga semua .. Mesti la kena pilih yang elok sebab ada je kereta yang sama tapi harga lain-lain. Buat pilihan yang bijak ye semua?

Untuk hotel.. Kite orang survey kat TRIVAGO.  Kat situ korang boleh pilih lokasi hotel/ motel / chalet yang korang nak.  Tengok harga sekali. Lepas dah survey-survey semua kite orang decide nak stay kat Adina Drive Inn Motel. Lokasi dia betul-betul dekat dengan Pantai Chenang <3 Cumanya kena lintas jalan sikit la.


 
Kite orang bertolak awal pagi. Sebabnya tak nak rugi masa. Ye la, masa ada tiga hari je.. So gunakan dengan sebaik-baiknya :)  Parking kereta kat Sekolah Rendah Haji apa ntah.. Tapi yang pasti sekolah tu betul-betul terletak kat depan Jeti Kuala Kedah. Sehari bayar RM 10. Ok la tu.. Selamat sikit, kawasan sekolah tu :)

Harga tiket feri untuk dewasa RM 23 dan untuk kanak RM 17.  Dekat jeti tu pun dah ada jual sunglasses. Kot kalau tak ada sunglasses, boleh la beli :)

Disebabkan kena check in motel dalam pukul 2 so kite orang semua pergi la jalan-jalan dulu. Jalan-jalan ke pantai~ Jalan-jalan sampai pukul 12 kot lepas tu g motel and check la kot-kot boleh chck in before pukul 2. Boleh rupenyeee~ Kiranya first day tu kite orang g jalan-jalan survey harga coklat and jalan-jalan kat pantai. Best!

Yang seronoknya pasal Adina Drive Inn Motel ni sebab kedudukan dia dekat dengan Pantai Chenang so korang yang stay situ boleh la nak jalan-jalan kat pantai merasa angin pantai. Nak buat Dilwale pun boleh :p Aicheehh~ Selain tu, kedai-kedai pun sangat dekat. Berderet ok? Kedai makan, kedai baju, kedai cenderamata.. Senang kata senang la.. Sebab semua ada. Kot la korang risau kalau mandi baju tak cukup ke kan.. Ada je kedai baju kat situ. T-Shirt Langkawi (putih) harga RM 5 Je! Heeee.. Boleh la kan? Ala-ala nak feeling pantai sikit boleh beli topi pantai tu <3




























 
Cuba teka semua ni kat mana?

Jawapan dia : TANJUNG RHU and Pantai Pasir Hitam <3
 Cantik sangat tempat dia! Serius cakap :)

Tapi tempat ni agak penuh dengan omputeh. Mungkin sebab tempat ni agak hujung sikit so tak ramai yang tahu. Tahu tempat ni pun sebab google <3 Thanks to Mr. Google la ~

 Sebenarnya kat TANJUNG RHU ni ada servis bot. Pusing-pusing pulau gituw dalam masa sejam tak silap. Bayaran dia RM 250 sejam. Itu yang orang tu bagi tahu kite orang la. Aktiviti berkayak pun ada jugak kat sini. Jangan risau, orang yang conduct tu ada je kat pantai ni. Korang boleh tanya je dia. Oh ye.. Lupa pulak.. Ada satu station masa korang naik bo tu, korang boleh bagi makan helang. Boleh ambik gambar bagi helang makan.  Bukan boleh buat selalu kan? Kalau pergi sana and ada bajet lebih, pergilah naik bot tu ~ Tambah pengalaman :)

Second day.

Hari kedua tu kite orang pergi naik Cable Car. Ok, untuk yang ni ada package . Boleh pilih :)


 Kite orang pilih package ke dua tu since nak merasa naik cable car and Syira plak teringin nak masuk 3D Art Museum.  Kalau naik cable car, korang boleh berhenti  kat dua station. Tujuan dia kot la korang tiba-tiba lapar ke kan? Nak pergi toilet ke.. Nak ambik gambar ke.  Masa kita orang pergi tu baru je lepas hujan.. Berkabus la jadinya. Huhuhu..  Mungkin bukan rezeki kite orang nak ambik gambar pemandangan kat atas tu.


















 
Tengok cerita Don tak? Yang SRK berlakon tuhh.. Ha~

Tau kan, ada part yang dia baling duit tu.  Part tu dia berlakon kat SKY BRIDGE.  Haaaa… kalau cuaca elok, best giler ambik gambar kat situ! Kalau masa korang naik cable car tu cuaca tengah elok, better pergi la naik SKY BRIDGE tu.

Nak ingatkan awal-awal, kat 3D Art Meseum tu ada tiga tingkat. Banyak sangat tempat untuk korang semua beraksi~ Aicehhh beraksi tuhhh.. (Tak tau nak letak ayat apa.. ) Tapi serius la, kalau nak masuk situ make sure memory card korang kosong. Ye la.. Tengah sedap-sedap ambik gambar tiba-tiba keluar " Memory Full" aduhhhh.. Potong betul! Fufufufuuu























































































 
Lepas penat-penat jalan-jalan eh terselfie dalam 3D Art Meseum tu singgah makan dulu then solat.. Lepas tu pergi kat Telaga Tujuh. Tu pun sebab ada orang suggest. En. Mizi la yang suggest tak silap. Heeee
Serius, sebelum naik tu korang di nasihatkan pakai SPORT SHOES, WARM UP dulu! Kalau tak mendapatlah sakit kaki lepas tu. Mengah tauuuu takk.. Tapi berbaloi la rasanya. Heeee..






Orang belakang tu naik tangga pakai wedges. Bygkan sakit mcm mne?

 
Lepas je habis tenaga kat TELAGA TUJUH  kite orang bergerak ke BERAS TERBAKAR. Tempat apa tu? Tempat shopping. Ala-ala kat Padang Besar tapi tak bertingkat. Bukan dalam banggunan pun. Tapi banyak barang! Harga pun not bad!

Lepas dah cuci mata sambil ringankan dompet kat BERAS TERBAKAR kite orang terus balik. Penat tau tak? Huhuhu.. Tapi masih jugak nak main pantai. Kalau tak main sekarang bila lagi ye dak? Lagi pun ramai yang kata sun set kat Pantai Chenang ni cantik.  Terbukti ciptaan Allah ni sangat indah! Subhanallah >_<

















 

LAST DAY

 Ok, memandangkan dah hari terakhir and kite orang dah pun survey tempat masa first day sampai tu .. Makanya last day ni kerja kita pergi shopping je la <3 Hewhew~

Pagi tu lepas subuh, siap-siap pergi mandi pantai.. Aisehh.. Hahaha awal-awal la sebelum dipenuhi mat saleh. Karang ada mat saleh nampak kami berlima ni ada yang tak balik Pendang. Heeeee .. Gurau gurauuu~

Habis mandi pantai, pergi mandi pool pulak yang ada kat motel tu. Syiok betul dapat mandi pantai sambil belajar terapung. Hehehehe bukan nak belajar berenang, belajar terapung je~

Siap-siap semua lepas tu terus ke jeti beli tiket . Tiket kite orang pukul 2.30. Sempat lagi nak shopping and pergi Dataran Lang. Masa pergi DATARAN LANG tu cuaca tak begitu baik. Nak hujan. Agak berangin. Tapi best jugak! 











 
SHOPPING TIME!








 

Coklat korang boleh cari kat HAJI ISMAIL GROUP or RAMS. Harga pun ok :) (Boleh google kedai lain yang tak di mention )
Selain coklat , ada jual luggage jugak.  Ramai je yang beli luggage sebabnya nak letak coklat yang dorang beli. Beli coklat banyak sangat sampai tak muat tangan nak pegang.

Kalau korang jalan-jalan sana bersama-sama mak-mak or diri sendiri memang gilakan pinggan mangkuk, boleh la ke IDAMAN SURI <3 Syira agak semua mak-mak akan suka prgi sana :)

Okey.. Sekian sahaja post kali ni.  Berlambak gambar dari benda yang ditaip  *emojimonyettutupmata*

Semoga bermanfaat untuk semua. <3


p/s : untuk orang tu, saya sebenarnya memang ada blog dan saya dah post  ( Macam yg awak suggest :p )



5 comments:

  1. Walaweh. Gila best. Yg paling aku minat tang 3D tu bhai
    Hahaha. Nak tnya. Total bujet berapa sepanjang 3 hari tu including shopping?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiket pergi- RM 23
      Kereta Sewa - RM 150
      Motel - RM 200+
      Sky Cab (Package 2) - RM 47
      Coklat - RM 50 (depends la brape beli)
      T-Shirt (Putih) Langkawi - RM 5
      Tiket Balik - RM 23

      Lebih kurang gini la~

      Delete
    2. mcm kereta sewa, motel tu kongsi so x la rasa berat sangat :)

      Delete
  2. P/s: org tu dh baca dan akan update blog dia kejap lagi. Hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aishh.. org tu tak tau pun pasal kite ada blog laaa.. kn ada btau aritu~ aku maksudkan dia :p

      Delete

Notes~

Assalamualaikum semua!

1) Terima kasih sebab sudi nak kunjung blog yang tak seberapa ni :-)

2) Sorry kalau ada karya Syira macam "erghh hampeh gila ayat dia ni!" or " bapak childish cerpen dia!" or apa2 yang sewaktu dengannya. Syira masih baru nak nak belajar menulis penulisan yang bagus n best so I need ur comment :-)

3) Ada cerita yang kalau korg perasan tak ada sambungan macam terhenti. Tu maybe sebab tak ada idea or Syira terlalu bz. Insya Allah kalau ada masa n idea Syira sambung. Mngikut permintaan (kalau ada)

4) Kalau la.. (Kalau ok?) korang rasa ada idea utk cerpen boleh la email kat syira. Heeee.. kot Syira rasa boleh buat, syira buat :) email : nilliavanilla@gmail.com

5) Kalau mahu comment, sebaik2nya letak la nama. At least I know ur name. Tak la Syira panggil Annonymous1 or 2 je kan?

And lastly, terima kasih sekali lagi sebab masih sudi datang berkunjung sini~


L O S T

Macam biasa intro setiap kali post,  Bersawang sudah blog ni. Hahahaha, aku tak sempat update. Bukan nak kata tak ada masa sungguh nak main,...