Tuesday, 8 January 2013

Cerpen : Awak soulmate saya…ke??


“Mummy dengan daddy dah buat keputusan. Hujung tahun ni kamu kena kahwin.” Daddy yang duduk di sebelah mummy hanya mengangguk.

Hampir pengsan dibuatnya bila mummy cakap macam tu. Rasa macam nak tersembur je susu yang ada dalam mulut masa tu.

 Mummy ni pun, carilah masa yang sesuai nak buat pengumuman yang superb tu. 

Ni tidak, masa tengah breakfast juga mummy nak cakap.Masa mulut tengah penuh pulak tu!Nasib je tak tersembur keluar.

“What??”

“Tak dengar ke?”

“Dengar,but…”

“No more excuse! Mummy dah bagi Elia masa untuk cari pakwe, tapi seorang pun Elia tak pernah bawa untuk dikenalkan kat mummy dengan daddy.” Kata Puan Rohana tegas.

Mummy Elia ni pelik sikit dari mak orang lain sebab mak orang lain tak suka kalau anak dia bercouple-couple ni.Tapi mummy dia lagi galakkan adalah.Tujuannya satu je, nak cari menantu. Orang muda lagilah mummy!

Elia sudah menarik muka lapan belas.Bukannya tak nak bawa untuk dikenalkan, tapi kalau orangnya tak ada nak buat macam mana?

“Mummy dah jumpa calon yang sesuai untuk Elia.Hari Sabtu ni kita pergi rumah dia.” Kata mummynya lagi sambil menyuap bihun ke dalam mulut.


*******

“Dan, begitulah ceritanya.” Kata Elia setelah sepuluh minit bercerita.

Rakan-rakannya hanya mampu tercengang.Nak kahwin? Biar betul!

“Kau tipu je kan?” kata Nazrul tidak percaya.Kalau Elia dah nak kahwin, maknanya peluang dia dah melepas.Dia berharap agar kata-kata Elia merupakan suatu pembohongan.

Malangnya Elia menggeleng. “Aku serius ni.” Katanya dengan muka sedih. Tapi muka Elia kalau dia tengah sedih, menangis atau marah, tetap cute!

“Habis tu, kau macam mana?” tanya Farah pula.Farah ni sebenarnya bestfriend Elia sejak di bangku sekolah lagi.Elia dah anggap Farah ni macam kakak dia sendiri sebab Farah tua dua tahun dari dia.

Bahunya diangkat tanda tidak tahu. “Kau baru 23 tahun je kut” kata Wani pula.

“Tu la masalahnya.Mummy aku tu dah berkenan sangat dengan anak kawan dia tu. Apa yang special sangat pasal budak tu sampai dia nak buat menantu pun aku tak tahulah.” Mulutnya diherotkan kekiri dan kekanan tanda protes.

“Siapa anak kawan mummy kau tu?” tanya Nazrul ingin tahu.

 Sebenarnya dia nak tahu siapakah pesaingnya yang nak merebut Elia tu.Lebih hensem dari dia ke? Ceh, dah perah santan la pulak Nazrul ni!

“Entah.Mummy kata hari Sabtu nanti kita orang pergi rumah dia.”

Hai, melepaslah aku… desis hati Nazrul.

*******
“Assalamualaikum.” Puan Rohana memberi salam apabila mereka sampai dihadapan rumah banglo dua tingkat itu.Kata mummy, ni rumah kawan lama dia. Kawan sejak dia zaman universiti lagi.

“Waalaikumussalam.” Jawab seorang wanita yang nampak anggun dengan baju kurung moden. .“Jemputlah masuk.”sambungnya lagi.

Elia melihat setiap inci rumah tersebut dengan penuh rasa kagum. Rasa macam masuk istana.Semuanya warna kuning. Dari karpet sampailah alas meja warna kuning. Nasib ikan dalam akuarium tu tak warna kuning.Kalau warna kuning juga, tak tahulah.

“Oh, ni la Elia ya?” tanya wanita tersebut ketika Elia menyalaminya. Elia tersenyum sambil mengangguk.

“Ni la satu-satunya anak dara yang aku ada pun.” Jawab Puan Rohana sambil tersenyum manis.Eh mummy ni, senyum macam ada something je. Something wrong somewhere ni.

“Sama macam aku la.Cuma aku punya version lelaki la.”katanya lagi sambil ketawa.

 Dia tetap nampak elegan walaupun ketawa.Adab sopannya masih dijaga walaupun sedang ketawa. Tak macam orang lain, nak ketawa tu langsung tak ingat dunia! 

Terus kepalanya digeleng tanpa sedar
.
“Assalamualaikum.” Tiba-tiba kedengaran salam diberi dari luar rumah. Aunty ni ada jemput orang lain ke?

“Dah sampai pun.” Katanya sambil melangkah ke arah pintu. “Dah balik pun anak mama ni.”



******


“Elia ingat tak siapa anak aunty Liya tu?” tanya mummy ketika mereka sedang menonton televisyen. Elia tidak menjawab pertanyaan mummynya.Matanya masih setia pada skrin tv.Mana tak setia, tengok cerita korea la katakan. Lebih kepada tekun melihat si hero sebenarnya.

Terus mummynya mencubit manja paha Elia. 

“Mummy!”

“Tu la, mummy cakap dia tak nak dengar. Sibuk pandang muka Jang Geun Suk tu.” Kata mummynya sambil menyuap keropok ke dalam mulut.

Aik mummy ni.Jang Geun Suk pun mummy kenal? “Mana mummy tahu nama dia Jang Geun Suk?” tanya Elia musykil. Tak kan mummy layan cerita korea kut?

“Ingat Elia je tahu pasal artis Korea?Mummy pun tahulah.Jangan ingat mummy ni tua, mummy tak tahu pasal artis Korea tau!Sebut je artis mana, semua mummy tahu.”

 Elia agak terkedu bila mummynya berkata begitu. Sangkanya mummynya tak berminat dengan artis Korea.

“SNSD?” tanya Elia sekadar ingin menduga.

“Kacang je tu. Girls Generation kan?” tanya mummynya dengan yakin.

Huih… bukan sebarangan mummy ni. Mummy berjiwa muda!

“Suju?”

“Super Junior la. Yang ada Siwon yang hensem, kacak lagi bergaya tu kan?” tanya mummynya dengan penuh teruja.

“Amboi mummy.Hemsem kacak lagi bergaya ya? Daddy tu mummy nak letak mana?”

Mummynya hanya tersengih. Mummy aku ni perangai macam orang muda. Kalau kita orang keluar pun, orang mesti ingat yang aku keluar dengan kakak aku. Padahal aku mana ada kakak. Abang adalah!

    Mummy aku ni awet muda.Tak nampak pun macam orang umur 46 tahun. Tetap vogue macam orang muda walaupun bertudung. Tabik spring kat mummy!

“Sebelum mummy terlupa.Tadi mummy tanya, Elia ingat tak siapa anak Aunty Liya tu?” mummynya mengulang soalan yang sama.

Elia hanya mengangkat bahunya.Elia ni ada masalah ingatan yang agak kronik. Baru jumpa pun dia boleh lupa. Bahaya betul. Mesti sebab banyak makan semut.

“Dia tu kan kawan Elia masa Elia kecil-kecil dulu.Tak kan dah tak ingat kut.”

“Dia tu kawan Elia ke kawan abang? Bukan ke umur dia tu sebaya dengan abang?” Kalau difikirkan balik, bukan ke umur anak Aunty Liya tu 25 tahun? Sebaya dengan abang.

“Dia tu kawan abang yang juga kawan Elia.”

“Macam tu pula.”

*****

Lagu Kenangan terindah nyanyian Samsoms mengejutkan Elia daripada tidur yang lena. Malaun mana pula ni yang call aku pagi pagi buta ni? Pagi ke? Terus dia mencapai jam yang diletakkan di atas meja di sebelah katilnya. Baru pukul 2.30 pagi.

Telefon diangkat. “Hello,Assalamualaikum,Konnichiwa.” Siap dengan tiga bahasa dia menyapa orang yang call dia pagi-pagi buta tu.

“Waalaikumussalam.” Jawab orang tersebut sepatah.

“Siapa ni?” tanya Elia dengan suara serak-serak basah. Biasalah, orang baru bangun tidur.

“Agak-agak siapa?” soalannya tidak berjawab. Sebaliknya dia pula yang diajukan dengan soalan.

“Kalau kau nak main-main, cari orang lain la. Aku nak tidur ni.” Kata Elia malas.

 Matanya memang dah mengantuk sangat.jarinya sudah bersedia mahu menekan butang merah pada handphonenya.

“Eh, kejap la.Ni aku la.”

“Aku mana pulak ni?”

“Anak Aunty Liya.”

“Aunty Liya?” tanya Elia mamai

“Haah.”

“Owh…Sorry, aku tak kenal.Assalamualaikum.” Terus dia mematikan panggilan telefon. 

Malas betul nak layan orang macam ni.Ada ke patut nak call anak dara orang pukul 2.30 pagi? Call la pagi esok ke, ni tidak, waktu orang tengah tidur juga dia nak call. Dia tu burung hantu ke nak berjaga malam?



*****



“Elia,temankan mummy pergi kedai kejap.” Kata mummy ketika Elia baru hendak melabuhkan punggung di sofa.

Lantas Elia memandang wajah mummynya. 

“Pergi kedai? Nak beli apa? Bukan ke kita baru je shopping barang dapur hari Isnin lepas?”


“Adalah.Temankan mummy je. Jangan nak banyak songeh pulak. Cepat siap!” 

Mummy ni pun, bukannya tak tahu yang aku ni mana mandi lagi. 

“Tak payah nak mandi lama sangat.” Pesan mummy lagi.

 Aiseh mummy ni, macam tahu je aku nak mandi lama-lama kat dalam bilik air tu.



****


Mummy ni memang sengaja nak buat aku hot! Mana tak hot kalau mummy  nak keluar dengan aku sebab ada udang di sebalik batu? Boleh pula muncul anak Aunty Liya yang aku tak tahu namanya siapa tu. Sejujurnya, bukan tak tahu tapi tak ingat.

    Dah tu, dia boleh siap tersengih lagi tu. Menambahkan lagi temperature dalam badan aku yang sememangnya tengah naik dengan mendadak.

“Hai awak!” Amboi, bukan main ceria mamat ni. Dengan selamber je dia lambai aku macam la kita orang ni dah bertahun-tahun tak jumpa. Padahal, baru je kenal muka semalam.

Aku pun, tak ingat langsung macam mana rupa dia.Almaklumlah, otak aku ni lain macam sikit sebabnya semua benda yang aku rasa tak penting aku akan lupa.

Terus mummy menyiku aku bila aku tak memberi sebarang respon.

“Oh hai…” balasku dengan senyuman yang memang terang jelas lagi nyata dibuat-buat. Tapi dia tetap tersenyum. Alien ke apa dia ni?

Dari tadi aku tanya mummy kita orang sebenarnya nak pergi shopping apa. Mummy senyum je tanpa menjawab soalan aku. Semenjak bila mummy ni jadi pendiam pun aku tak tahulah.

“Kita tengok wayang nak?” cadang mummy.

Great idea mummy! Elia pun memang dah niat nak ajak mummy tengok wayang pun.

“Ok” balas seseorang dan suara seseorang itulah yang mengingatkan aku yang kita orang bukan sahaja berdua tetapi ada lagi seorang yang ikut sama menyemak.


*****


“Sorry.Mummy ada emergency.Elia tengok movie dengan Is je la ek?”

“Ala… Elia pergi dengan mummy je la.”

“No, ni emergency kat syarikat papa.Mummy kena pergi cepat ni.Bye!” Mummy ni macam sengaja je nak tinggalkan aku dengan mamat ni.Mummy ni tak takut ke kalau ada apa-apa jadi kat aku? Nauzubillahminzalik!

“Weh, apa nama kau ek?” tanya Elia kasar. Bukannya reti nak tanya nama orang tu elok-elok.

“Iskandar.” Pendeknya nama.Senang aku nak ingat. “Pendeknya.”

“Awak nak tahu nama panjang saya ke? Nama panjang saya Muhammad Danial Hafiz Iskandar bin Muhammad Ismail. Tapi untuk senang awak nak panggil saya, panggil je saya Is.Nak lagi mesra panggil saya abang.” Balasnya sambil tersenyum gatal.

 Pergh… nak termuntah aku dengar mamat ni bercakap. “Gila!”

“Betullah.Kan saya ni lagi tua dari awak.So, panggil saya abang pun tak apa.” 

SERIUS, aku memang nak muntah.


*****


“So, how your date today?” tanya mummy ketika aku baru hendak menjejakkan kaki ke bilik.

 Nak tercabut jantung aku bila mummy tiba-tiba je muncul kat belakang aku. Ingatkan tak ada orang dalam rumah tadi.

“What’s your mean by ‘how my date today’ mummy?” rasa macam lain macam je soalan mummy tu.

“Elia buat apa dengan Is sampai baru balik sekarang?” tanya mummy sambil tersengih.Kenapa lain macam je mummy sengih. Senang kata semua yang mummy buat hari ni macam ada udang di sebalik batu.


“Tadi lepas tengok wayang, kita orang makan-makan.Lepas tu terus balik.Kenapa?”

“Elia suka Is tak?Mummy berkenan sangat dengan Is tu.Sopan santun, hormat orang tua, hensem pulak tu.”

“Kalau mummy berkenan sangat, mummy je la kahwin dengan dia.” Ujar Elia geram. Geram dengan Iskandar sebenarnya.

“Tak kuasa mummy!Daddy tu nak campak ke mana? Mummy nak Is tu jadi menantu mummy bukan suami mummy. Mummy dah ada daddy.”

“Ala mummy… Elia tak nak kahwin lagi.”

“Elia dah 23 tahun.Dah boleh kahwin.Elia je anak perempuan yang mummy ada.Mummy dah tak tahan dengar saudara kita asyik mengutuk Elia sebab tak kahwin lagi.”

“Sebab tu je mummy nak Elia kahwin dengan Is?” tanya Elia seperti tidak percaya.

 Sebab saudara aku je? Serius aku tak kisah langsung dia orang nak kutuk aku sebab nanti dia orang yang tanggung dosa dia orang yang menggunung tu.

“Taklah.Mummy rasa Is tu sesuai sangat dengan Elia.Macam pinang dibelah dua.”

*****
Kepala Elia bergerak mengikut alunan muzik yang rancak. Entah lagu apa yang dia dengar pun Iskandar tak tahulah. Nasib baik muka tu comel, kalau tak dah lama orang cop aku seludup orang dari Tanjung Rambutan kat sini.

Mana tidaknya, dengar lagu kat MP3, kepala dia bergerak macamlah dia tengah kat konsert live! Mulut dia tu tak usah dikiralah.Dari tadi asyik terkumat-kamit je, sekali tengok macam orang tengah baca mentera je gayanya tapi version lebih maju sebab guna MP3.

“Elia…”panggil Iskandar dengan lembut. Tangannya lembut menyentuh bahu Elia. Bukan nak menggatal, tapi nak sedarkan Elia yang mereka sedang berada di khalayak ramai.

“Apanya?” Tanya Elia dengan muka garang. Marah kerana ada orang yang menggangu konsentrasinya. Ganggu dia mendengar lagu kegemarannya.

“Kita kat public ni… control la sikit angguk-angguk geleng-gelengnya tu. Saya seganlah Elia.” Kata Iskandar separuh berbisik.

Elia tersenyum nakal apabila mendengar kata-kata Iskandar. Comel la pulak mamat ni.

 Eh… wait! Aku cakap dia comel? Dia comel? Aku tak sihat ke ni? Terus tangannya diletakkan ke dahi. Manalah tahu kot dia demam ke apa.

“Awak tak sihat ke?” tanya Iskandar apabila melihat Elia meletakkan tangannya ke dahi. Demam ke minah ni?

Terus tangannya diletakkan ke dahi Elia. Nak tengok panas ke tak. Apa-apa jadi kat anak dara orang ni, aku juga yang payah nanti.

“Saya okey la.” Jawab Elia perlahan. MP3nya sudah disimpan ke dalam poket. 

“Sebenarnya kita nak ke mana hari ni?” tanya Elia kehairanan.

Pagi tadi, tiba-tiba je Iskandar muncul masa dia baru bangun tidur. Faham-faham je la macam mana rupa orang baru bangun tidur. Dengan rambut yang kusut masainya.

Mama pula, bagi green light kat dia masa dia kata dia nak pinjam aku hari ni. Ingat aku ni barang ke sampai nak pinjam segala?

“Dating.” Jawab Iskandar.

“Saya salah dengar ke ni?”

“No.Betul la saya cakap kita nak dating my dear…” kata Iskandar sambil tersenyum. Mak ai mamat ni, kalau senyum macam manusia normal boleh tak? Ni tidak, senyuman dia tu macam nak bunuh aku je.

 Jantung aku akan bergerak 100km sejam bila dia senyum macam tu.

“Awak ni teruja sangat ke sampai tak boleh bercakap?”

“Banyaklah awak!” katanya sambil mencubit lengan Iskandar. Habis merah lengan anak teruna Aunty Liya dibuatnya.

*****

“Comotlah awak ni.” Kata Iskandar sambil mengesat aiskrim yang bersisa di tepi bibir Elia.

Terus Elia membulatkan matanya memandang Iskandar. Tu tandanya dia tengah marah la tu. Ada ke patut, sesuka hati dia je nak sentuh anak dara orang?Ada yang nak kena karate ni karang.

“Okey, I’m sorry. You know what Elia, I think I have fall in love with you.” Katanya spontan.Kemudian Iskandar cepat-cepat menekup mulutnya. Isy mulut aku ni pun! Tak reti nak jaga rahsia tuan ke?

“Tak dengar la awak. Ulang boleh?” sengaja Elia mahu Iskadar ulang apa yang dia katakan sebentar tadi. 

Jelas dia mendengar pengakuan cinta Iskandar tu tadi, Cuma dia sengaja nak tengok muka malu-malu kucing Iskandar. Comel!

“Tak nak! Saya bukan Astro nak kena ulang-ulang banyak kali.” Katanya dengan muka yang merah. Malu la tu.

“Elia!” siapa pula tu? Terus Elia mencari siapakah yang memanggil namanya itu. La, Nazrul ke?

“ Buat apa kat sini?” tanya Elia ramah. Siap tersenyum manis lagi tu. Iskandar sudah panas hati melihat senyuman Elia.Dengan aku tak ada pula dia nak senyum macam tu.

“Shopping la baby.” Jawab Nazrul. Saja je dia panggil Elia ‘baby’ sebab nak jeleskan Iskandar. 

Rasanya mamat yang duduk kat depan Elia ni Iskandar sebab berdasarkan ciri-ciri yang Elia ceritakan, Iskandar ni boleh tahan hensemnya,tinggi, putih and bermuka garang. Memang betul pun muka mamat ni garang.Macam nak telan aku je rupanya bila aku panggil Elia ‘baby’ tadi.

“Baby?” tanya Elia yang masih blur.

“La baby ni, dah lupa ke awak tu kan baby saya?” kata Nazrul sambil mengerdipkan matanya.Comel je muka Nazrul bila dia buat muka macam tu.

Almaklumlah, Nazrul ni tak hensem tapi dia comel sebab muka dia tu babyface. Dia cakap dia budak sekolah menengah pun orang percaya.

Iskandar yang duduk berhadapan dengan Elia sudah berasap.Bengang je rasanya bila dengar orang panggil Elia baby.

*****

Masuk hari ni dah seminggu Iskandar tak telefon aku. Kenapa dia tak telefon aku? Merajuk ke? Biasanya dia la yang paling rajin kalau bab nak telefon orang ni walaupun pukul 2 pagi.

Aku call dia sampai nak patah jari pun, dia still tak nak angkat. Eh, wait a minute! Kenapa aku pulak yang tergedik-gedik tunggu panggilan dia ni?

Tiba-tiba mummy panggil aku turun ke bawah.

“Kenapa mummy?” tanya Elia melihatkan wajah mummy yang keruh.Macam ada benda tak baik je ni.

“Is accident.”


*****



Sayu hati Elia melihat Iskandar terbaring di katil hospital dengan kepalanya berbalut.

 Kata Aunty Liya, seminggu ni Iskandar busy sebab dia ada kerja kat Sabah. Line pula selalu tak ada.  Tu sebabnya bila aku call, dia tak angkat.

“Dia kata, dia nak hadiahkan Elia cincin ni bila dia balik dari Sabah nanti.” Kata Aunty Liya sambil menghulurkan Elia sebentuk cincin.Cantik!

“Dia cakap kat Aunty, dia nak bertunang dengan Elia secepat mungkin.” Sambung Aunty Liya lagi. Elia hanya mampu mendengar sahaja kata-kata Aunty Liya.

“Liya, kita turun makan nak?Awak tak makan lagi kan?” kata mummy sambil memimpin tangan Aunty Liya keluar dari bilik yang dihuni Iskandar.

“Awak,bangunlah cepat.Jangan buat saya rasa serba salah sebab terpaksa menipu awak pasal Nazrul.Sebenarnya Nazrul tu bukan pakwe saya.Dia tu bestfriend saya je.” Kata Elia sambil mengalirkan air matanya. “Bangunlah,awak.”

“Kalau saya bangun awak nak buat apa?” tiba-tiba Elia terdengar seperti suara Iskandar bercakap.Terus dia menangkat kepalanya memandang Iskandar. Terus dia mengesat kesan air mata di pipinya.

“Awak!” matanya sudah berkaca melihatkan Iskandar sudah sedar.

“Awak tak jawab pun soalan saya tadi.” Kata Iskandar sambil memuncungkan bibirnya. Buruk betullah tengok orang tua ni merajuk.

“Awak tanya apa ek?” kata Elia sambil membuat gaya seperti orang sedang berfikir.

“Saya tanya, kalau saya bangun awak nak buat apa?” soalnya buat kali ke dua. Macam kaset rosak pulak aku ni, nak kena rewind.

“Entah.” Jawab Elia jujur.

“Kita kahwin nak? Boleh saya bawa awak kalau saya outstation kat luar.Tak adalah saya boring sangat.”

 Eh mamat ni, aku karate karang naya je anak orang ni aku buat. Sakit-sakit pun still nak mengatal lagi? Tak padan dengan sakit!

*****

Semalam Iskandar baru je dibenarkan keluar dari hospital.  Rasa macam nak tumbuk  je  Iskandar bila teringatkan apa yang terjadi semalam.

“Mama…” panggil Iskandar dengan suara manjanya. Anak mak la tu!

“Ya sayang.” Kata Aunty Liya dengan senyuman.

“Kalau Is tak nak tunang lama-lama dengan Elia boleh tak?” tanyanya sambil memandang ke arah Elia yang sedang menolak kerusi rodanya.

“Elia nak ke?” tanya Aunty Liya sambil tersenyum penuh maksud. Senyuman yang amat mengharapkan agar Elia memberikan jawapan ‘Ya,Elia setuju.’.

“Ikut Mummy la.”

“La, ingat ni main lari berganti ke? Passing sana, passing sini.” Kata mummy pula.

 “Ikut suka Elia la.Tapi bagi mummy la, mummy lagi suka kalau korang terus nikah je.Cepat sikit.”

 Pulak!

“Aunty setuju!”

“Is pun setuju!”

Terus Elia mencubit lengan Iskandar. 

“Tengok tu Ana, serasi betul anak-anak kita tu.” Kata Aunty Liya kepada mummy. 

Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata? Menyesal aku tanya mummy tadi.

Tapi dalam diam Elia memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dia akhirnya sudah bertemu dengan soulmate yang ditunggu-tunggu selama ini. 

Mungkin dia dan Iskandar ada banyak perbezaan namun perbezaan itulah yang akan menjadi rencah yang bakal mewarnai hidupnya kelak.

~TAMAT~

4 comments:

  1. :D weah! Best pulak cerita nih... Kenapa tak buat novel je terus? Heheh... sis, papehal aku sokong kau dlm dunia penulisan. Semoga berjaya! Aku cuba promote blog ni eh.. ^.^ Nice job~! Jadi tutor aku eh.. keh keh keh...

    ReplyDelete
  2. good job miss writer... thumbs up :)
    btw, tq masukkn blog saya dalam blog list awak :) *wink*

    ReplyDelete
  3. Yuhuuuu writer!! Gud job! Thumbs up!! Next cerpen plss :*

    ReplyDelete

Penat

 Bila dah makin meningkat usia ni kan, rasa makin penat. Lahh, cakap macam tua berapa tahun je kan? Hahahah salam pun lupa nak bagi. Sorry! ...