Monday, 18 February 2013

My Special Boys

 Assalamualaikum....

Kali ni tiba2 rasa macam ada mood nak tulis pasal boys.. Hehehehehe... Jangan salah faham pulak! Bukan pasal boyfriend/balak/pakwe or perkataan lain yang seerti dengannya..

Tapi nak cerita pasal adik2 Syira la... Heehehehehe... tak ada tujuan apa-apa pun sebenarnya..


Sengaja je nak buat macam Intro kami 8 tu.. cuma yang ni versi adik2 pula..

Ok,mari kita mula! Maka mula la penjelasan serta pengenalan tentang Syira punya boys...



 Adik kedua (I sulung ok?) namanya Taufik.. Tapi lagi suka panggil Topek.. Dia ni muda 2 tahun dr Syira..

Masalahnye kalau orang nampak Syira dengan dia je mesti orang kata "Ni abang dia..".. Mentang2la dia tu tinggi dr Syira.. Hohohoho.. pe kesah? Duit raya Syira lagi banyak dr dia sbb Syira kan 'adik'..



Ni 'abang' saya!

Masalahnye.. ada juga yang cakap yang dia ni 'kembar' Syira. Masa sekolah dulu kawan Topek selalu kata "Eh, Topek versi perempuan la!" bila Syira lalu depan dorang... Ape la masalah korang?


Same ke kita orang ni?




Then, adik yang ke tiga namanya Aiman.Tapi ibu suka singkatkan nama dia sampai jadi Aim.. Heeee...
Sekali dengar macam nama perempuan..

Aiman ni muda 4 tahun dr Syira..Aiman ni jenis yang tak kisah sangat.. Sangat la blurr orangnye.. Syira selaku kakak suka sangat buli dia.Asal ibu suruh pergi kedai je, dia la mangsa Syira..

Tapi Syira nak bg WARNING sekeras-kerasnye di sini, jangan ada sesiapa yang berani nak buli dia okey? Kalau nak merasa penangan Syira buatlah...

Pernah je gaduh dgn sorg budak kat sekolah dulu.. Cikgu geleng je la,sebab memang salah budak tu pun.. (tak de la teruk mana pun..takat belasah ciput(??) ) <---nak tahu berapa teruk kita orang gaduh kena tanya MAMAT yang Syira gaduh tu la...




Comel je kan Aiman ni? Tapi sekarang dia lagi 'comel'!





Adik yang ke empat ni namanya Akram.. Dia ni special.. Yang ni pun,kalau ada sesiapa berani nak buli, memang nak tempah penumbuk Syira la..

 Kalau dia merajuk memang payah sikit nak pujuk.. tapi kalau pujuk kena gayanya dia okey la.. Dia ni ape je yang Aqeeb suruh mesti dia buat.. Badan dia kecik je, sebab tu tak sangka yang dia dah darjah 3 tahun ni...

Comel je kan? *Tak ingat umur dia brape masa ni*






Disebabkan Syira ni anak perempuan tunggal so, kdg2 Akram & Aqeeb akan jd mangsa model tudung >_<




Yang ni adik Syira yang last.. Naqeeb.. Syira lg suka panggil dia Aqeeb or Qeeb je.. Kadang2 panggil dia 'Adik'.. Mulut dia ni.. Sebiji macam mak joyah! Bising sangat! Riuh kalau dia ada.. Semua benda nak ditanyanye..

Lagi satu, dia ni suka cakap manis.. Cthnye kalau nak prgi kdai, dia ckp "Ala.. Aqeeb tak nak beli apa2 pun." Sudahnya nanti time balik dari kedai mesti kat tangan dia ada mainan.. Tak pun aiskrim.. Aiskrim mahal je plak tu! Sekarang ni dia dah ketagih nak makan pizza pulak!

Lagi satu,dia ni memang mangsa yg plg kerap Syira pakai kalau nak amik pict.. Dia pun mmg ske bab amik pict ni.. Tapi kalau dia penat, nanti hasilnye dapat muka masam dia je la...






Suka sangat tangkap pict Qeeb.. Walaupun dia akan mrh2 (kdg2)

Bergaya tak? Ada yg ingt dia ni girl! heeee... cian >_<

Ni Video time Aqeeb & Akram kecik2 dulu.. Comey je..






Comel je kan dorang? (puji adik sendiri).. Kadang2 dorang ni tersangatlah ANNOYING... Memang menyakitkan hati... Tapi kalau tak de dorang rasa sunyi pulak... Hehehehehe...

Disebabkan adik2 Syira semuanya boy so, Syira pun, ada la sikit (sikit je) keboy-an tu...


My adik-beradik.. Ini sahaja ok? 


WARNING!

*Syira memang seorang kuat jeles.. So, adik-beradik angkat yang diambil oleh parents memang tak akan dibenarkan! Melainkan yang Syira amik sendiri secara suka2.. Tu okey la...  Hehehehehe...  >_<


1 comment:

  1. amboi.. buat serangan balas kau eh.. best lah! ^^
    Ada video pulak tu... Tabik sama lu! ^^

    ReplyDelete

Penat

 Bila dah makin meningkat usia ni kan, rasa makin penat. Lahh, cakap macam tua berapa tahun je kan? Hahahah salam pun lupa nak bagi. Sorry! ...