Jam tangan jenama Polo dilihat untuk kali yang kelima.8.30 pagi.Dah
lambat sangat ni!
“Err… Nama?” tanya seorang pengawas lelaki dengan teragak-agak.Mana
tidaknya, budak yang datang lewat pada kali ini merupakan salah seorang ‘taiko’
di sekolah itu.
“Nama?” soalan yang sama diulang buat kali yang ke dua.
“Muhammad Izham Haikal bin Iskandar.” Katanya sambil memandang tepat
wajah si pengawas tersebut.Berpeluh-peluh pengawas tersebut dibuatnya.
Laju tangannya menulis nama tersebut pada buku rekod kehadiran lewat.
“Lain kali, ingat nama aku!” katanya sebelum berlalu pergi. Bajet macam
dia tu selebriti pula nak kena ingat nama dia!
******
“Kelas, saya mahu awak semua tumpu sepenuh perhatian pada peperiksaan
percubaan kamu pada minggu depan. Kalau boleh, berhenti tengok tv,tengok wayang
dan…” kata-kata Cikgu Hasrul terhenti apabila melihat seorang pelajar memasuki
kelasnya.
“Awak dari mana ni?” tanya Cikgu Hasrul sambil bercekak pinggang. Dia
paling pantang kalau ada antara pelajarnya yang datang lewat semasa kelasnya.
“Saya baru sampai.” Jawab Izham selamba.Bukannya dia tidak tahu kalau
cikgu muda tersebut mengamuk bagaimana. Mahunya terbalik sekolah tu dibuatnya.
Muka Cikgu Hasrul sudah merah menahan marah. “Awak tahu tak sekarang ni
pukul berapa?” tanyanya sambil tunjuk ke arah jam dinding kelas mereka. Jelas
menunjukkan sudah jam 8.40 pagi.
Izham hanya mendiamkan diri. Malas mahu bertikam lidah dengan gurunya.
“Awak tahu tak…” belum sempat Cikgu Hasrul membebel panjang, loceng
sekolah telah pun berbunyi menandakan kelasnya sudah tamat.
Cikgu Amanda yang mengajar matapelajaran Matematik telah pun bersedia
menunggu di luar kelas. Mahu tak mahu, terpaksalah Cikgu Hasrul menundakan sesi
membebelnya.
“Terima kasih kelas.” Katanya sebelum berlalu pergi. Matanya merenung tajam ke arah Izham. Hatinya berasa geram setiap kali terpandang wajah
Izham. Mana tidaknya,Izham sering membuat masalah semasa kelasnya.
*****
“Bro, apasal kau lewat hari ni? Macam kau tak tahu hari ni kita ada kelas
Fizik dengan Cikgu Hasrul.” Tanya Syamil.
“Terlajak tidur la der.” Jawab Izham sambil menguap.
Syamil hanya menggelengkan kepala melihat perlakuan sahabat baiknya itu.
Izham tak tutup mulut pun masa menguap tadi. Maka banyaklah syaitan yang
berpelung masuk ke dalam badannya. Haih…
“Weh,kau sedar tak tahu ni kita dah nak SPM?” tanya Syamil dengan riak
wajah risau.
“Sedar… kot.” Jawab Izham sambil lewa. Mamat ni mana pernah nak
serius. Semua dia nak buat main-main. Apa nak jadilah?
“Ye, aku tahu apa kau nak
cakap. Kau nak suruh aku study betul-betul kan?” Biasa dah aku dengar Syamil ni bagi ceramah
free bila dia tengok aku ni main-main bila nak dekat SPM ni.
“Then?Takkan kau tak nak berubah kot?”
“Belum sampai seru la bro!” jawabnya sambil mengeluarkan komik yang
dibawa dari rumah yang disimpan di dalam beg sekolahnya. Orang bila dah dekat
dengan SPM baca buku belajar, Izham pula? Baca komik je… Izham, bila lah agaknya
seru kau tu nak sampai ye?
******
“Izham, saya rasa awak kena ubah perangai awak tu.Matang la sikit.Awak
sedar tak awak tu dah 17 tahun? Dah boleh jadi ayah budak dah pun.”
Izham hanya mempamerkan muka ‘slenga’ apabila dileteri Cikgu Dahlia.
Satu-satunya cikgu yang boleh bersabar apabila berhadapan dengan dirinya.
“Izham, awak dengar tak apa yang saya cakap ni?”
Izham mengangguk. Angguk je la, kalau tak nanti bertambah pula masa
cikgu ni membebel kat aku.
“Disebabkan markah awak sangat teruk, saya sudah carikan seorang tutor
untuk awak. Dia akan ajar awak matapelajaran yang awak tak faham.”
Tutor? Tak berkesanlah cikgu! Saya ni murid yang paling susah sekali nak
diajar kat muka bumi ni.
“Saya dah amanahkan Farzana dari kelas 5 Sains Pintar untuk menjadi
tutor awak.”
What??? Farzana? Hatinya mula menangis apabila terdengar nama Farzana.
Mana tidaknya, minah tu kan top student kat sekolah ni… dan ada satu benda yang
cikgu tak tahu pasal dia.
Nampak je muka comel tapi garang nak mampus! Habislah aku... Tanpa sedar
dia menggeleng kepalanya perlahan.
“Apa yang kamu gelengkan tu?” pertanyaan Cikgu Dahlia mematikan lamunanya.
“Nothing!” jawab Izham sebelum melangkah keluar dari bilik guru.
******
Kepalanya menggaru kepala yang tidak gatal. Sudah penat otaknya berfikir
untuk menyelesaikan soalan tersebut,namun dia gagal untuk mendapatkan jawapan
yang diperlukan. Wahai otakku sayang, kenapa kau tak nak tolong tuanmu yang
hensem ,kacak dan bergaya ni? Ceh, masuk bakul angkat sendiri lah pula.
“Woi, dah siap ke belum?” tanya tutornya garang. Kalah singa kat Zoo Negara
tu.
“Belum. Aku tak faham la soalan ni.” Rungut Izham. Serius dia tak faham
soalan tu. Bukannya dia sengaja nak main-main.
“Soalan mana?” tanyanya sambil melihat kertas latihan Izham dengan lebih
dekat. Almaklumlah Farzana kan rabun, tapi dia tak pakai spec.
“Oh… yang ni ke? Senang je la. Kau ingat TOA SOH CAH je. TOA tu untuk
Tangent = Opposite over Adjecent, SOH untuk Sin = Opposite over Hypothenus and
CAH untuk Cos= Adjacent over Hypothanus.” Katanya sambil tersenyum puas.
Comel la pula minah garang ni.
“Der… dengar tak apa yang aku cakap ni?” pertanyaannya mematikan lamunan
Izham. Laju kepalanya mengangguk faham.
Terus tangannya ligat menulis jawapan. Senang je rupanya Matematik ni.
Kenapalah aku sampai nak pecah otak fikir pasal soalan ni.
“Kau tahu tak minggu depan kita ada ujian?” tanya Farzana tiba-tiba.
Exam?Oh.. yela! Macam manalah aku boleh terlupa pasal benda penting ni?
“Memandangkan kita ada ujian minggu depan, aku tak dapat nak ajar kau
time petang-petang macam ni. Aku kena study kat rumah. So, kalau kau ada
apa-apa nak tanya aku, kau tanya aku kat kelas aku je la.” Katanya lagi sambil
mengemas alat tulisnya.
“Kau tak nak balik ke? Dah pukul 5 ni.” Sambungnya lagi
bila melihat tiada tanda-tanda Izham mahu berangkat pulang.
“Oh..ha.. Nak balik la ni.” Balas Izham dengan blurnya.
*****
“Nama yang saya panggil ni sila ke hadapan.”
Aduh… kenapa pula kena panggil ni? Biasanya kalau
kena panggil ni tak lain tak bukan mesti pasal exam gagal teruk. Masak la aku!
Bukan Izham je yang gelisah apabila melihat kehadiran Puan Salina iaitu guru
kelas mereka merangkap penyelaras tingkatan 5 tatapi semua rakan-rakan
kelasnya. Jangan mipilah nak main-main kalau Puan Salina tengah mengamuk.
Mahunya dia wrestling orang! Naya je.
“Kamarul,Puteri,Izham,Syamil.” Hatinya bagaikan
mahu gugur sahaja saat namanya dipanggil. Tapi, kenapa selain aku, yang lain
semuanya pelajar top?
Tangan aku dah menggeletar tahap orang Parkinson
dah sebab takut sangat punya pasal.
“Awak tahu kenapa saya panggil awak?” tanya Puan
Salina dengan wajah serius. Memang jarang sangat Puan Salina ni senyum. Muka
ketat je memanjang.
“Tak tahu.” Jawab Izham jujur.
Kemudian Puan Salina tersenyum. Senyum? Aku
tengah mimpi ke apa? Terus dia menggosok matanya.Ye la, mana tahu dia
berhalusinasi je. Dah la malam pun tak cukup tidur.
“Awak punya markah peperiksaan banyak meningkat.
Tahniah! Saya tak tahu apa yang menyebabkan awak begitu bermotivasi tapi, saya
nak awak teruskan usaha awak.”
Motivasi? Rasanya saya jadi macam ni sebab tutor
saya garang macam singa dan… muka dia yang comel bila dia tersenyum.
“Insyaallah cikgu, saya akan tingkatkan usaha
saya.”
*****
Rasa macam senang pula soalan Chemistry tajuk Electrochemistry ni. Dulu
aku paling malas nak jawab kalau Teacher Yeap bagi soalan tajuk ni. Paling
banyak yang aku jawab pun 5 soalan je dari 10 soalan yang ditanya. Kalau
sekarang, tu la tajuk yang paling aku nanti-nantikan.
“Buat apa tu?” La, minah ni rupanya. Ingatkan siapa.Dah la datang tak
bagi salam.
“Assalamualaikum.” Saja je aku nak kenakan minah ni. Dulu masa pertama
kali aku jumpa dia, aku tegur dia pakai ‘hello’,
dia buat dunno je.
Mulanya aku tak
tahu kenapa lepas tu aku try bagi
salam baru la dia jawab. Ada kod tertentu rupanya kalau nak cakap dengan
Farzana ni.
“Waalaikumussalam.” Jawabnya dengan muka yang merah. “Buat apa tu?”
diulangnya soalan yang sama buat kali yang ke dua.
Terus Izham suakan buku latihan Chemistry.
“Good! Ada improvement.” Katanya sambil tersenyum senang. Kemudia dia
meletakkan beg sandangnya dan mengeluarkan buku latihannya.
Belum pernah lagi
aku nampak dia bazirkan masa dengan buat benda yang tak berfaedah. Paling tidak
pun, mesti dia akan buka buku rujukan kalau dia malas nak buat latihan.
Katanya, kalau sehari dia tak study, dia rasa rugi sangat.
“Farzana,terima kasih sebab sabar mengajar aku walaupun aku ni
kadang-kadang slow sikit.” And.. thanks sebab jadi pakar motivasi tak
bertauliah kat aku setiap petang dengan bagi ceramah free. Part tu aku cakap
dalam hati je la sebab kalau dia dengar nanti dia belasah aku pulak.
Muka je comel tapi ganas! Mana tidaknya peminat setia The Rock!
Muka je comel tapi ganas! Mana tidaknya peminat setia The Rock!
“Bukan slow sikit tapi banyak!” Izham sudah menarik muncung. Nama je
gagster tapi dalam hati ada taman. Sikit je pun dah tersentap.
“Gurau je la bro! Tu pun nak tersentap ke?” tanyanya apabila melihat
muka Izham. Bukan comel pun kalau buat macam tu. Serius, muka dia memang hodoh
kalau buat muka macam tu.
Izham diam je. Minah ni cakap tak pernah nak pakai penapis.
“Kalau kau nak merajuk, aku nak balik je la. Malas aku duduk sini mengajar
kau. Dah la esok aku ada exam lagi.” Katanya sambil mengemas buku-bukunya.
“La, kalau kau pergi, siapa nak ajar aku.Sampai hati kau tinggalkan
murid kau ni sendiri?” kata Izham bila melihatkan Farzana seperti benar-benar
mahu pulang. Naya je kalau minah ni balik. Siapa nak ajar aku nanti?
“Tahu takut!”
“Kau sedar tak lagi dua minggu kita dah nak SPM?” macam terbalik pulak
situasi sekarang ni. Biasanya orang lain yang tanya aku tapi sekarang ni aku
pulak yang tanya orang.
“Sedar. Kenapa?” tanyanya sambil berkerut dahi.
“Saja. Macam mana kau study eh? Nak juga aku tahu rahsia kau belajar.”
“Buat latihan banyak-banyak, tanya cikgu kalau tak faham and yang paling
penting sentiasa doa agar setiap urusan yang kita lakukan dipermudahkan oleh
Allah. Barulah kau senang faham apa cikgu ajar.”
******
Telefonnya bergegar tanda ada mesej masuk. Terus dia mengeluarkan Samsung Galaxy Ace Duos S6802 dari poket seluar.
Weh, salt apa yang tak
larut? –Izham-
Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman. Semenjak mamat ni dapat markah
tinggi, terus dia bersemangat nak belajar. Bagus betul la mamat ni.
Cari kat bku nota kau
la.Kan kau dah tls ari tu…
Terus dia menekan butang send. Semenjak aku jadi tutor dia, kerja Izham
ni asyik nak bertanya kat aku je. Sampai dia malas nak cari jawapan sendiri.
Semua benda nak tanya kat aku, bukan nak guna buku rujukan ke apa. Kalau aku
terbuat ajaran sesat karang, dia juga yang susah.
Tak sampai seminit telefonnya bergegar tanda ada mesej baru.
K,aku dh jumpe.Thanks! -Izham-
Welcome.Study betul2,
jgn nak main2 je krjanya.K, aq nk study nie.Tata.
Laju jarinya menekan butang send. Ikhlas dia katakan, dia memang berasa
amat gembira dengan perubahan dalam diri Izham.Tanpa sedar bibirnya mengukir
senyuman.
*****
Dup dap dup dap...
Kuat pula jantung aku racing hari ni. Rasa macam bila-bila masa je boleh terkeluar ni.
"Seterusnya saya umumkan pelajar yang mendapat straight A."
Makin laju jantung aku bila cikgu cakap macam tu. Macam tak percaya yang hari ni dah tiba. Hari yang paling bermakna bagi pelajar yang mengambil peperiksaan SPM.
"Nur Farzana binti Azman." Aku dapat melihat matanya berair. Aku pasti itu adalah tangisan kegembiraan. Sejak awal lagi aku dah agak yang Farzana mesti boleh dapat straight A. Dari cara dia mengajar aku pun aku boleh agak dia tu memang ada ciri-ciri pelajar cemerlang.
Aku hanya memberikan tumpuan untuk nama pelajar cemerlang yang pertama sahaja. 18 nama yang seterusnya bagaikan angin yang masuk ke telinga kanan keluar telinga kiri. Malas aku nak ambil tahu.
"Tahniah beb!" kata Syamil sambil menepuk-nepuk bahuku.
Tahniah? Kenapa tahniah kat aku? Tiba-tiba aku rasa yang aku mula lost dengan apa yang berlaku di dalam dewan kerana aku terlalu asyik melihat wajah gembira Farzana.
"Tak faham ek?" tanya Syamil melihatkan wajah aku yang blur.
Laju Izham menganggukkan kepalanya. Serius aku memang blur. Tiba-tiba nak wish tahniah kat aku kenapa? Rasanya cikgu tak ada panggil nama aku tadi. Rasanya lah.. aku mana dengar sangat apa cikgu cakap kat depan tu. Nama-nama yang ada dalam slide show tu pun aku tak tengok. Aku yakin nama aku tak ada dalam list pelajar cemerlang.
"Kau dapat 8 A la!" jerit Syamil dengan riak wajah yang gembira. Izham melopong buat seketika. Rasa-rasanya besar mulut dia terbuka tu boleh muat kasut yang Syamil pakai.
"Woi, tutup la mulut tu. By the way, congrates!" satu suara yang amat Izham kenali menegurnya. Laju Izham mencari pemilik suara tersebut.
Izham hanya tersenyum malu. Tiba-tiba pula dia boleh jadi pemalu. Alahai macam dia pula anak dara.
"Izham, congrates!" laju Liyana mengucapkan tahniah kepada sahabatnya itu. "Kau pun sama Farzana. Congrates!" Memang ceria muka minah ni hari ni. Mana tak ceria kalau slip peperiksaan kat tangan tu penuh dengan A?
"Baiklah, saya nak jumpa pelajar-pelajar yang mendapat 10 A, 9A,8A dan 7A ke hadapan. Kita akan adakan sesi bergambar."
Setelah habis sesi bergambar, Cikgu Dahlia memanggil aku dan Farzana. Cikgu ni nak apa? Tak kan nak marah aku sebab tak dapat straight kot? Hati aku berdebar menanti apa yang Cikgu Dahlia ingin sampaikan.
"Tahniah kepada kamu berdua sebab berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Lagi-lagi kamu Izham. Cikgu memang amat gembira dengan pencapaian kamu. Terima kasih kepada Farzana sebab sudi menjadi tutor kepada Izham. Tahniah sebab awak berjaya membuat si nakal ni berubah." kata Cikgu Dahlia sambil tersenyum.
"Sama-sama cikgu." ujar Farzana penuh sopan.
"Awak pula Izham, awak tak menyesal kan dapat Farzana ni sebagai tutor awak? Walaupun saya tahu yang dia ni memang garang mengalahkan cikgu disiplin kita tu." kata Cikgu Dahlia sambil menjuihkan bibirnya ke arah Cikgu Roslan yang menyandang jawatan Ketua Guru Disiplin di sekolah kami.
"Tak menyesal langsung cikgu! Rasa seronok kenal dengan Farzana ni. Garang-garang dia pun, dia ni comel. Rasa takut tu terus hilang bila tengok muka comel dia ni." kata Izham dengan selamba.
Tidak lama kemudia baru Izham tersedar yang dia telah terlepas kata di hadapan Farzana dan Cikgu Dahlia apabila kedua-duanya memandangnya dengan pandangan kurang mengerti. Cikgu Dahlia hampir tergelak melihat wajah Izham yang malu-malu. Habis merah wajahnya.
Farzana pula cuba berlagak cool bagaikan tiada apa yang berlaku. Padahal dalam hati... dupdapdupdap.. rentak jantung sudah semakin laju. Air yang berada di atas meja diteguk bagi menghilangkan rasa gugup apabila Izham berkata begitu.
"Ikut suka kamu la nak buat apa lepas ni. Kamu dah habis sekolah pun. Jangan buat benda tak senonoh sudah." pesan Cikgu Dahlia sebelum berlalu pergi.
"Err... kau nak buat apa lepas ni?" tanya Izham setelah hampir 5 minit mereka berdiam diri. Nak hilang rasa kekok sebenarnya.
"Layan anime." Eh, aku salah dengar ke ni? Farzana yang serius dan garang ni nak layan anime? Biar betik??
"Ye.. aku layan anime." Dia ni ada deria keenam ke apa? Tahu je apa yang aku fikir.
"Nampaknya aku dah tahu something yang baru pasal kau. Aku rasa aku nak tahu lebih banyak lagi pasal kau." tanpa segan silu Izham menuturkannya. Buat apa nak segan, orang lain bukan dengar pun.
*****
"Woi mak nenek, jalan tu cepat la sikit. Lambat la kau ni." bebel Farzana apabila melihat Izham berjalan slow dan terhuyung hayang bagaikan zombi.
"Sabarlah.." Izham masih lagi mamai. Mana tak mamai kalau masa Farzana kejutkan dia still tidur lagi. Farzana kejut pakai call okey?
"Slow motion betul la kau ni." rungut Farzana lagi. Perangainya tetap tak berubah. Dia memang benci lewat masuk ke kelas kerana kalau dia kata kalau kita lewat kelas dan lecturer tak senang hati dengan kita, ilmu kita tak berkat.
Banyak yang aku belajar dengan Farzana ni. Sikap dia yang serius tu sebenarnya dia cuma akn tunjukkan pada orang yang rapat dengan dia je. Tapi aku still sayang dia juga. Sebab aku tahu segarang-garang dia, dia still ada kelembutan dalam hati dia.
Tengok je la macam mana dia boleh menangis bila tengok drama Korea. Aku tahu pun sebab Aira yang cerita. Aira tu roomate Farzana.
"Ala... slow motion pun siapa punya tunang?" jawab Izham sambil tersenyum gatal.
Farzana manghadiahkan jelingan tajam kepada Izham. Apa tunang-tunang? Orang dah lambat macam ni dia nak menggatal lagi. Memang tak kena timing la Encik Izham oi.
"Nah." Izham menghulurkan sekeping kad kepada Farzana sebelum laju meninggalkannya. Boleh pula tu dia melambai sambil berlari. Kalau jatuh bergolek nanti aku gelak je. Tak dapat aku nak tolong..
Farzana menguntum senyuman apabila membaca isi kad yang Izham berikan kepadanya tadi. Romantik juga mamat sengal ni rupanya. Dia tak marah langsung aku tak panggil dia panggilan yang sepatutnya aku panggil dia sebagai tunang.
Ye la, mana boleh main redah je panggil aku-kau bila dah tunang ni kan? Nampak macam pelik pula. Orang berkapel pun panggilannya mampu menggelikan tekak orang yang mendengar. Apatah lagi yang dah bertunang ni.
Walaupun kita orang dah bertunang, kita orang still menjaga batas-batas kita orang. Tunang tak bermakna boleh main touch-touch. Kalau dah kahwin tu lain cerita lah.
"Sayang, cepat la sikit.." jerit Izham yang sudah berada jauh di hadapan. "Kata tadi dah lambat." sambungnya lagi.
Langsung tak malu apabila ramai yang memandang ke arahnya. Aku pula yang malu sorang-sorang kat belakang ni. Sabar je la dengan mamat seorang ni.
Dah la sesuka hati je panggil aku 'sayang'. Geli la! Aku still tak dapat biasakan diri dengan panggilan macam tu lagi.
"Sayang...." jeritnya lagi.
Rasa macam nak bagi penumbuk je la kat Izham ni. Suka sangat cari pasal dengan aku masa kat depan orang ramai ni. Kalau tak ada orang ramai, dia tak berani nak kacau aku. Cakap pun, berlapik sampai aku pun tak faham apa dia cakap sebab dia takut aku belasah dia. Macam la aku ni gangster.
Terus aku menunjukkan penumbuk aku yang tak seberapa besar ni kepadanya. Besar tak besar jugalah, kalau kena mahu lebam seminggu.
Sebenarnya aku pun tak tahu macam mana la aku boleh tersangkut kat mamat senget ni. Nak kata dia handsome, muka dia tu kira macam muka Yoon Seung Ho. Lebih kepada comel sebenarnya.
Tapi nak buat macam mana, segala yang berlaku adalah mengikut ketentuan-Nya. Kita sebagai hamba hanya perlu mengikut segala 'perjalanan' yang telah Dia tetapkan sejak azali lagi. Macam tu juga la kisah aku dan Izham ni.
-Tamat-
Sudah baca harap komen.. Agar segala kekurangan dapat diperbaiki. n TOLONG doakan NURSYAHIRAH HUSNA dpt straight A (kalau blh A+) utk SPM... Amin...
Assalamualaikum... >_<
Perghh! Mantap! Hands down..rasanya, this is the most interesting short stories ever I read. Keep it up, dude :)Seung Ho? Haha !
ReplyDeletehehehehe... thanks monster.. cter kau lg best.. cter aku cm bdk2 jer..
DeleteSeung Ho? tu sebab the heroin ask me to use his pic as the hero.. BTW, thanks~ >_<
Amin.... DOAKAN NURLIYANA ATHIRAH jugak ye.. SPM STARIGHT A~! *Kalau boleh A+* Amin..Amin... In Sya Allah :) <3
ReplyDeleteWeah comellah citer ni;...!!!!! huhuhu.. Farzana taiko >_< hahaha :D GEMPAK~!!!!!!
Amin... Aku doakan Nurliyana Athirah, Fathien Ameera, Nur Farzana, Nur Adiba, Nur Anisah, Nurul Wahida n Zahidah dapat straight A...
Deletecter ni comel sebab the heroin is cute..
Best cite ni..
ReplyDelete