Arghh!! Tak tahan!! Melihatkan senyumannya membuatkan aku rasa jantung aku dah hampir terkeluar dari badan sebab berdenyut terlapau cepat. Kalah F1..
"Hai.." tegurnya sambil tersenyum. Fullamak, hensem siot dia ni kalau tengok dekat-dekat macam ni. Eh, kejap... semenjak bila Edward ni reti cakap BM?
"Saya dah set kat otak saya supaya cakap BM kalau saya dengan awak." katanya bagaikan mampu untuk membaca apa yang berada di fikiran aku masa tu.
Opss.. terlupa pula, Edward ni kan boleh baca fikiran orang.
"Mana Bella?" Kalau ada Edward semestinya ada Bella. Impossible sangatlah Edward ni nak tinggalkan Bella.
"Oh.. awak cakap pasal nenek tua tu ke? Dia ada kat rumah. Tengah tidur. Tak larat nak jalan katanya. Almaklumlah, Bella kan dah tua. Saya ni yang muda selamanya." balas Edward selamba.
Telinga aku ni ada problem ke? Rasanya baru semalam aku korek. Edward panggil Bella nenek tua? Sampainya hati! Walaupun ada la sikit rasa gembira sebab tak ada Bella yang akan turut menyemak dalam sesi dating rahsia ni.
"Habis tu, awak nak saya panggil dia apa? ' Bella sayang'? Oh.. please la, saya ni muda belia dia tu tua kerepot. Tunggu masa je.. then saya say bye-bye je kat dia." kata Edward sambil tersengih. Giler punya kejam mamat ni.
Kalau Bella dengar ni memang kena terajang bongsu la Edward ni.
"Hei, siapa nenek tua ha?"
Muncul pula seorang nenek yang berjalan menggunakan tongkat. Siapa nenek ni? Setelah diteliti dengan penuh kepayahan akhirnya aku dapat meneka siapakah nenek tersebut.
"Bella?" tanyaku tidak percaya.
"Ye la, siapa lagi." jawabnya. Macam tak puas hati je rupa dia ni. Hehehe.. lupa pula, mana dia tak marah aku kan tengah date dengan my handsome vampire dia.
"Hai Bella." tegur Edward sambil bergerak laju ke arah Bella. "Awak buat apa kat sini sayang?" tanyanya dengan lembut.
"Tak ada apa. Saja je .. Dah la, jom balik.."
"Jom." kemudia kedua-duanya melambai ke arahku seperti tiada apa-apa yang terjadi sebelumnya. Bagaikan Bella tidak tahu yang Edward curang dengannya dan Edward masih berpura-pura menyayangi Bella yang dipanggil sebagai 'nenek tua' apabila dia berada di belakang Bella.
Apakah ini? Aku hanya tercengang di situ. Tak memahami apa yang berlaku sebenarnya. Iklan ke tadi tu?
*****
Aku melangkah ke kelas dengan mata yang hampir terkatup. Jalan pun macam orang mabuk. Kalau ada orang langgar aku ni, comfirm aku akan cium lantai yang dah sebulan tak di mop ni.
"Fiya!" tegur satu suara sambil menepuk bahuku kuat. Aku yang memang tengah jalan ala-ala orang mabuk terus terjatuh ke lantai akibat tolakannya yang super kuat. Makan apa la agaknya minah ni. Kuat macam badang walaupun badan tu kecil.
"Eh, Fiya, kau okey ke tak ni?" tanya Farah kalut. Mana tak kalut kalau aku jatuh lepas tu aku terlentang macam tu je selama 5 minit. Tak ada tanda langsung aku nak bangun. "Kau hidup lagi tak ni?" tanya sambil cuba memapah aku ke tempat duduk. Rakan-rakan yang lain hanya memandang.
"Kalau kau lambat seminit angkat aku tadi aku rasa aku dah mati kot." Dah tahu aku jatuh, boleh pula si Farah ni buat derk je? Hello Farah, saya kiss lantai tu pun sebab awak. Dah tu, boleh pula Farah nak tunggu aku bangun sendiri. Malu beb!
Kalau ikut plan aku la, kalau Farah tak papah aku tadi aku nak pura-pura pengsan je. Buat-buat macam aku tak sedar. Tak adalah malu sangat. Jatuh terkiss lantai ni dah mengurangkan saham aku yang sememangnya seciput ni.
Aku ni dah la gaya ala-ala boyish. Dengan cap kat kepala, pakai selipar Jepun je pergi kelas, jalan pun langsung tak ada gaya perempuan walaupun aku ni normal. Kalau perempuan lain tu sibuk pergi tandas berjam lamanya semata-mata nak betulkan mekap, aku secalit mekap pun tak pakai. Paling up pun aku pakai bedak Baby Johnson je buat tepek kat muka ni. Malas nak mekap-mekap ni.
"Kau kenapa ni?" Eh.. lupa pula si Farah ni ada kat sebelah.
"Mengantuk.Tidur lambat." seketul-seketul jawapan yang diberikannya.
"Kau buat apa sampai mengantuk ni? Siapkan assingment? Kalau part siapkan assingment awal-awal ni aku rasa kau bukan jenis yang macam tu. Dalam kelas ni, kau la yang paling last hantar kalau Prof minta." Eh, membebel pula minah ni. Aku dah la mengantuk tahap gaban ni. Nak buka mata pun berat gila-gila ni.
Kalau ikutkan pagi tadi aku tak nak pergi kelas hari ni. Malas! Tapi aku pergi juga sebab pagi-pagi tu aku dapat free ceramah dari mak aku yang tercinta. Elok mata aku tertutup terus terbuka.Elok aku baring golek-golek atas katil terus aku bangun. Hebat penangan leteran mak aku ni. Satu kampung tahu betapa hebatnya mak aku. Mak aku kan usahawan jamu yang berjaya.
Kalau tak berjaya meyakinkan pelanggan dengan ayat-ayat yang super duper power, bukan namanya Zubaidah Harun la! Mak selalu kata macam tu depan cermin sebelum dia jalan keliling kampung untuk jual jamu.
Sebenarnya mak bukan sekadar jual kat kampung tu je, mak jual online lagi tu. Jadi banyaklah kenalan serta pelanggan yang bermacam ragam. Bila balik rumah je mesti mak akan cerita pasal pelanggan-pelanggan dia. Ada yang macam ni la... macam tu la..
Aku sebagai anak tunggal ni tadahkan telinga je la. Mak nak cerita kat siapa lagi kalau bukan aku? Nak cerita kat abah? Sorry naik lorry la, abah comfirm akan cari alasan sebelum mak sempat bercerita. Abah memang malas nak dengar mak bercerita pasal penggan dia tu. Aku pun malas nak dengar sebabnya mak suka cerita detail-detail. So, masa mak bercerita akan memakan masa yang amat panjang.
Abah bukan tak nak dengar tapi malas nak melayan mak tu. Mak kalau bercerita macam tak ada full stop. Penat lagi orang yang mendengar dari dia yang bercerita. Mak tak penat pun walaupun dah sejam bercakap tanpa henti.
"Woi! Berangan lagi ke?" Laju tangan Farah mencubit lenganku. Pergh, berbisa siot!
"Kau ni apasal?" tanyaku sambil mengosok-gosok lengan yang sudah merah dicubit Farah. Memang nampak gila merah tu sebab kulit aku ni putih. Bukan nak memuji diri sendiri la, tapi tu memang kenyataanya. Hehehehe.. Alhamdulillah bersyukur dengan apa sahaja kurniaan Allah.
"Kau la, aku tanya kau diam je. Berangan ke siapa? Dah tu masuk kelas dengan mata panda pula tu."
Aku hanya tersengih. Tak kan aku nak cakap aku layan Twilight malam tadi sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Kelakar bila membayang mimpi malam tadi. Sangat-sangatlah tak logik di akal! Tapi dah nama pun mimpi.. Nak logik ke bendanya? Mimpi kan mainan tidur.
Farah memandang aku dengan geram kerana sekali lagi aku berangan semasa dia menyoal soalan yang sama buat kali ke dua. Nasib kau la dapat kawan macam aku ni Farah oi! Sabar je la...
*****
"Alhamdulillah.. kenyang." habis sepinggan nasi goreng cina masakan Mak Cik Gayah aku makan. Makanan kat kafeteria ni boleh tahan sedapnya.
"Fiya, kau ada dengar tak pasal budak baru yang masuk kelas kita tu?" Hrmm.. start dah Cik Farah kita ni. Menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang reporter plus detektif yang tak bertauliah.
Hampir semua benda yang terjadi dalam kampus ni Farah tahu. Aku ni je yang bagaikan katak bawah tempurung. Tak tahu apa-apa. Sampaikan ada satu hari tu ada exam pun aku tak tahu. Prof pun satu, suka hati je bagi tahu pasal exam tu kat Facebook.
Macam la aku ni selalu on Facebook tu. Malas nak on sebabnya nanti yang akan memenuhkan peti cik 'noti' aku tu Farah je. Sebab tu aku malas nak on. Kawan aku kat Facebook pun seciput je.
Aku ni jenis antisosial sikit. Yang kawan dengan aku dalam kelas tu pun cuma budak-budak yang senasib dengan aku. Opss... bukan senasib sebab anti sosial tapi sebab budak kelas aku suka mengamalkan budaya 'kawan hanya dengan yang femes sahaja.'
Farah tu sebenarnya bukan budak yang biasa-biasa kat kampus ni. Dia tu antara top 10 perempuan paling cun kat sini. Aku pun tak tahu macam manalah dia boleh nak kawan dengan aku ni. Tapi lama-lama aku perasan yang walaupun Farah ni nampak je lemah-lembut tapi... ganas sebenarnya. Tengok je la apa dia buat pagi tadi.
"Sofiya Adriyana binti Kamal!" suaranya sudah naik volume. Dah tu siap panggil nama penuh aku pulak tu.
"Ye sayang.." jawabku sambil tersengih. Biasanya kalau aku buat suara macam tu, redalah angin monsun Farah. Angin monsun yang hanya akan muncul kalau dia hanya berada dengan aku. Tak berani dia nak berangin monsum macam tu depan orang lain. Takut saham jatuh katanya.
"Kau dengar tak apa aku tanya tadi?"
Aku tersengih kemudian menggeleng. Sorry la Farah, aku memang macam ni. Nasib kau la kawan dengan orang macam aku.
Farah mendegus geram. Tak takut pun...
"Aku cakap pasal budak baru dalam kelas kita tu la."
Aku cuba untuk membayangkan situasi di dalam kelas tadi. Ada pertambahan penduduk ke dalam kelas tu? Hrmmm... tak perasan la pula.
"Bila masa ada budak baru ni?"
"Baru masuk hari ni. Tak silap aku dia baru balik dari Jepun." kata Farah sambil mengerak-gerakkan keningnya. Tanda 'awesome kan?'.
"So?" tanpa feeling aku bertanya. Serius aku memang kurang ambil port dalam hal-hal macam ni. Kalau diikutkan hampir semua benda aku tak ambil port. Malas nak ambil tahu pasal orang lain melainkan hal yang berkaitan dengan aku.
"Dia hot beb!"
"Dia kena bakar ke?" tanyaku denga lurus selurusnya.
"Banyak la kau! Dia tu handsome gila-gila. Muka pun ala-ala mat Korea."
Korea? Patut la pun si Farah ni excited semacam je masa nak cerita pasal budak baru tu. Farah ni memang peminat fanatik K-Pop. Kalau pergi kat rumah dia, penuh satu rak dengan VCD Korea sahaja.
*****
Aku langsung tak dapat nak fokus untuk membaca buku yang berada di hadapanku. Farah asyik menyiku aku dari tadi tanpa henti. Tak faham la aku dengan minah ni.
"Nak apa Farah?" tanyaku dengan perlahan. Kalau jerit kuat-kuat karang kena marah pula dengan orang lain yang tengah membaca dalam library ni.
"Nampak tak........?"
"Cik Farah, can you please ask me with a complete sentence?"
Farah tersengih sambil menghalakan jarinya ke satu sudut. Apa bendalah yang penting sangat tu sampai Farah ni dari tadi berusaha dengan sangat gigih menggangu aku membaca buku.
Mataku terpaku melihatkan seorang jejaka yang sedang tidur di meja belakang kita orang. Siap dengan air liur pulak tu. Cover la sikit cik abang oi!
"Fiya,not that guy la. Aku tunjuk yang tu haa..." jari Farah ditala ke arah seseorang yang sedang memilih buku di bahagian buku rujukan. Sekali lagi aku terpaku. Melihat wajahnya yang... Wow!
Muka yang memang cukup pakej untuk membuatkan sesiapa sahaja cair. Comfirm perempuan-perempuan yang bertembung dengannya akan berkata "Oh, I'm melting!" seperti yang biasa mereka katakan apabila bercerita mengenai artis lelaki kegemaran mereka.
Badan dia pulak tak payah nak kata apa la. Memang body macam model! Orang yang pandang dia comfirm tak akan berpaling ke arah lain lagi. Muka dia.. sebiji macam muka Jang Keun Suk. Ala, hero darama He's Beautiful tu..
Semakin lama aku tenung mamat ni aku rasa lain macam. Rasa macam... macam...
"Hai.." tanpa aku sedari dia sudah pun muncul di hadapan kita orang dengan buku-bukunya. "Duduk sini boleh?"
Farah mengangguk laju. Amboi Farah, awalnya kau take action!
"Saya Farah, nama awak ?" Farah memulakan sesi berkenalannya. Tiba-tiba rasa macam masa tadika dulu la pula.
Dia hanya tersenyum kemudian berkata "Rasanya Ad tahu nama saya."
Ad? Macam mana dia tahu nama tu? Jarang sangat orang kat bumi ni panggil aku Ad. Kalau ada pun...
Terus aku memandang ke arahnya.
Sengihan di bibirnya semakin melebar.
"Kau ni Ajoi ke?" tanyaku tidak percaya.
Dia mengangguk laju. Aku ternganga sekejap. Serius aku memang tak sangka dapat jumpa dia kat sini.
"Korang ni memang dah kenal ke?" Farah pelik melihatkan reaksi dua makhluk di hadapannya. Sorang menganga sorang menyengih. Sewel ke apa?
*****
"So, macam mana kau boleh tersesat sampai ke sini?" Aku tanpa membuang masa terus bertanya soalan pertama yang muncul di kepala.
"Aku ikut map kau bagi la." Map mana pula aku bagi ni?
Ajoi tersengih bila aku mengerutkan dahi. Aku tengah berfikir dia boleh sengih? Bagi free penumbuk karang!
"Kau ni memang tak pernah berubah kan?Still macam dulu juga. Kalau berfikir mesti kena berkerut." katanya sambil tergelak.
Dulu? Hehehehe...
Sebenarnya aku dah lama kenal Azrul atau aku lebih suka panggil Ajoi ni. Aku kenal dia sejak aku umur 5 tahun lagi. Aku kenal pun sebab dia ni kawan sepupu aku si Hafidzul tu. Sebab mak selalu ziarah rumah mak cik aku a.k.a mak Hafidzul selalu la aku jumpa si Ajoi ni.
Mak kan perlu masa yang lama untuk berborak, so kami selaku anak-anak yang cute ni dengan baik hatinya akan bagi masa untuk mak-mak kami berborak sambil berkongsi gosip-gosip terkini.
Setiap kali aku dengan Hafidzul yang dipanggil Pijol main kat taman permainan mesti ada Ajoi ni. Tak ketinggalan juga Aiyani. Kiranya kita orang berempat ni kawan since kecil la. Memang rapat la walaupun kalau orang nampak kita orang mesti masing-masing dah sedia kapas kat tangan. Malas nak dengar kita orang memekak masa bergaduh. Biasalah budak-budak, kalau tak gaduh tak sah.
Pijol gaduh dengan Yani, aku gaduh dengan Ajoi. Semestinya kalau gaduh juaranya akan jatuh kepada kami yang perempuan ni la. Kenapa? Sebab Ajoi dengan Pijol tak sanggup nak tadah telinga dengar kita orang memekak kuat-kuat pastu kena bebel dengan mak masing-masing sebab 'buli' aku dengan Yani.
Depan parents kita orang, aku dengan Yani suka buat muka tak bersalah lepas tu dengan selamba badaknya akan salahkan mamat berdua tu kalau kita orang gaduh.
Nakal kan kita orang? Hehehehe.. tu la, jangan pandang sebelah mata tau kat aku dengan Yani. Walaupun kita orang ni perempuan, kita orang tak lemah tau. Aku tengok walaupun Pijol dengan Yani selalu gaduh tapi dia orang okey je.
Hari ni gaduh, esok dah okey balik walaupun dorang punya 'fighting' tu lebih dahsyat dari aku dengan Ajoi. Aku dengan Ajoi gaduh-gaduh manja je la, tak macam Pijol dengan Yani. Dia orang gaduh macam nak masuk WWE!
"Pijol apa khabar sekarang?" Ingat lagi rupanya dia ni kat bestfriend dia tu. Ingatkan dah lupa. Almaklumlah lepas SPM je dia terus fly ke Jepun. Sekarang baru nak balik.
"Pijol sekarang kat Paris." Tak sangka aku Pijol tu boleh sampai ke Paris. Sebab masa kita orang kecil dulu kita orang selalu berangan nak pergi sana semata-mata nak tengok Eiffel Tower.
"Ikut kau la nak percaya ke tak. Kau memang dah tak contact dia langsung eh lepas korang ambil result dulu?"
Ajoi tersengih. "Tak. Aku busy la. Yang aku tahu akhir bulan ni dia orang nak buat reunion. Kau nak joint tak?"
Ajoi ajak aku pergi reunion? Dia lupa ke aku dengan dia orang lain sekolah dulu?
"Aku segan la nak datang sana sorang. At least kalau kau ada boleh juga dibuat borak. Aku rasa kekok la sebab dah lama tak jumpa dia orang semua."
Nak joint ke tak nak eh? Macam malas je...
"Ala.. temankan aku.." Eh mamat ni! Dia tahu ke aku tengah fikir apa?
Kalau tak pergi karang kesian pulak si Ajoi ni. Kalau pergi nanti mesti dia orang pelik tengok aku. Dah la aku bukan ex student sekolah dia. Tiba-tiba muncul pula masa reunion dia orang. Nanti ada yang kata aku menyemak pula. Hisy, aku dalam dilema! Hahahaha... dilema la sangat!
"Jom la.."
Patut ke aku pergi?
*****
Baju kurung yang dipakai aku telek buat kali ke 10. Okey ke aku pakai baju ni? Tak nampak pelik ke? Siap dengan lipstick,eye shadow, pemerah pipi, celak semua aku pakai hari ni. Mak la yang sibuk nak mekapkan aku masa aku kata aku nak pergi reunion dengan Ajoi tadi.
Masa mak keluarkan dia punya beg mekap, aku mampu telan air liur je tengok longgokan barangan kosmetik yang terdiri daripada pelbagai jenama tu. Mak dengan rajinnya tawarkan diri nak jadi jurumekap aku. Aku pun dengan paksa relanya bagi la muka aku untuk di tonyoh dengan mekap yang tak pernah aku pakai sebelum ni.
Fiya, cepat la.. Aku dah kt depan rumah kau nie..
Mesej daripada Ajoi membuatkan aku berasa lebih gementar. Takut dia pengsan tengok aku yang bermekap tebal ni. Mak kata "Ni mekap paling basic la. Mak tak buat lebih-lebih pun." Tapi aku still takut.
Masa aku buka pintu, Ajoi yang berada kat depan pintu tercengang. Mulut dia terbuka luas sampaikan muat kalau aku nak masukkan high heels aku yang merah menyala ni. Opss.. bukan high heels aku tapi mak punya.
"Ajoi.." kataku sambil melambai-lambaikan tangan di hadapannya. Okey ke tak Ajoi ni?
"Kau nampak lain..."
Ha... kan aku dah kata, mesti aku nampak hodoh kalau pakai mekap macam ni. Terus aku menanggalkan high heels dari kaki dan terus berlari masuk ke dalam rumah. Nak cuci mekap. Nanti kalau orang lain nampak dia orang kata nampak cik ponti pulak. Hehehehe... Cik Ponti yang berbaju kurung.
"Hei, kau nak pergi mana tu?" tanya Ajoi apabila melihat aku kelam kabut ingin masuk ke dalam rumah semula.
"Nak cuci mekap la. Hodoh la.. Kau pun kata aku nampak lain."
"Okey je la.. Cantik sangat kau hari ni. Serius aku kata, kau nampak sangat comel dengan baju kurung tu. Siap dengan high heels lagi. Biasa pakai sneakers je" katanya sambil tersenyum. Jantung aku macam dah nak keluar dah ni. Rentaknya pun dah macam lari. Laju sangat berdegupnya.
"Ni mak aku punya kerja la." kata ku perlahan. Lebih kepada merungut sebenarnya.
"Oh, kalau macam tu thanks to your mom! Mak kau dah transform Fiya yang boyish kepada Fiya yang cute, anggun dan ..." Saja je Ajoi buat ayat tergantung macam tu.
"Dan apa?"
"Dan... mampu membuat jantung aku nak meletup!" Terus aku mencubit lengannya. Ambil kau! Suka sangat main-main dengan aku.
Dia hanya tergelak bila aku mencubitnya. Macam aku geletek dia pula gayanya. Kalau ada orang tengok dia sekarang ni mesti orang kata yang dia ni mereng.
*****
Tak sangka aku yang Pijol nak balik Malaysia hari ni. Tiba-tiba je dia muncul atas pentas tadi. Siap menyanyi lagi. Aku ingatkan suara dia tu macam katak yang panggil hujan tapi... suara dia memang merdu.
Yani siap menangis lagi masa Pijol lamar dia tadi. Aku pula yang tumpang terharu. Tak sangka gaduh-gaduh pun, kahwin juga dia orang berdua tu.
Ajoi sejak balik dari reunion diam je aku tengok. Muka macam stress je. "Kau kenapa?"
Satu keluhan berat dilepaskan. "Menyesal aku."
"Kenapa?" Dia nak menyesal apa? Ada apa-apa jadi ke tadi? Hrmmm... musykil aku la dengan mamat ni.
Ajoi hanya mendiamkan diri. Yang hanya kedengaran hanyalah suara Dj radio berceloteh. Boring la... Bila boring, dengan automatiknya aku akan mengatuk.
"Fiya!" terkejut aku bila Ajoi panggil nama aku macam tu. Mata aku yang baru nak tertutup pun terus segar. Kalau aku ada sakit jantung dah 'jalan' agaknya.
Aku hanya diam bagi memberi laluan Ajoi bercakap.
"Sweet kan Pijol tadi?" Ler, panggil aku semata-mata nak cakap pasal Pijol tadi je?
Aku mengangguk je. Malas nak bagi apa-apa komen. Aku still dalam mood mengatuk.
"Kita kapel jom?" katanya dengan muka selamber nya. Matanya masih memandang ke depan. Ye la, kalau pandang arah lain karang accident pulak..
"Ha?" Aku salah dengar ke tadi tu?
"Kita kahwin?" Aik, soalan dia macam dah di tukar je ni.. Bukan tadi ajak kapel ke? Lepas tu dia ajak kahwin pulak.
Aku memandangnya dengan muka penuh tanda tanya. Muka meminta penjelasan. Ajoi juga yang kata dulu, orang boleh agak apa aku nak cakap berdasarkan mimik muka aku je. So, aku malas nak cakap kalau mimik muka aku dah menjelaskan segalanya.
"Kita kahwin nak?"
Erk... Ajoi, kau ni serius ke??
*****
"Mummy,Adam nak susu." pinta Adam sambil menghulurkan botol susunya kepadaku.
"Kejap ye.. Ala, anak mummy ni lapar eh?" Adam yang berada di kaki aku dukung dan aku bawa ke ruang tamu. "Duduk dengan daddy kejap ye. Bahaya la duduk kat dapur tu." kataku sambil menghulurkan Adam kepada Ajoi.
Opss, tak patut dipanggil Ajoi dah dia ni. Sekarang ni Ajoi dah makin naughty jadi nama dia dah dipanjangkan menjadi Ajoi the Naughty Man. Hehehehe...
Lepas je dia dia ajak aku kahwin tiba-tiba tu, dia terus jumpa mak dengan abah aku then terus straight to the point je. Dia kata "Saya nak kahwin dengan Fiya. Saya harap pak cik dengan mak cik setuju."
Mula-mula tu aku ingat mak dengan abah nak menentang sebab muka ketat semacam je aku tengok. Then, tiba-tiba je dia orang tersenyum.
Abah dengan baik hatinya bagi green light. Mak pula, setelah berceramah tentang tanggungjawab setelah menjadi suami isteri selama 1 jam baru la bagi green light.
Betul la kata abah, mak memang suka bagi ceramah free kat orang. Sabar je la. Mak kata kita orang tunang sebulan then terus nikah. Mak kata tak baik asyik usung anak dara orang tanpa ikatan yang sah lama-lama.
Ajoi pun senyum je la. Dia datang rumah aku pun semata-mata nak minta izin dari mak dengan abah aku. Bila dah dapat green light, senyum selebar highway la dia.
Sebenarnya mak dengan abah tak hairan langsung kalau Ajoi nak kahwin dengan aku pun. Sebabnya mak dengan abah memang dah niat nak jodohkan kita orang berdua. Mak dengan abah aku pun memang rapat dengan mama dengan papa Ajoi. Bestfriend gitu..
Disebabkan tak nak persahabatan mereka terputus jadi dia orang putuskan untuk jodohkan kita orang berdua bila kita orang dah besar. Itu pun kalau masing-masing tak ada pasangan lagi.
Kata mak lagi, dia dah siap plan nak bagi kejutan kat aku pasal plan dia nak jodohkan kita orang berdua ni. Tup-tup dia yang dapat suprise.. Hehehehehe... Calon bakal menantu sendiri minta nak kahwin dengan anak daranya.
"Sayang, susu Adam dah siap ke tu?"
"Kejap." kataku sambil menggongcang botol susu Adam.
"Nah." kataku sambil menyua botol susu tersebut kepada Ajoi. Adam terus tertidur apabila susunya sudah habis. Habis bersepah satu rumah bila Adam dan Ajoi main kejar-kejar. Perangai Ajoi mengalahkan Adam.
Kalau anakya naughty, daddynya lagi naughty! Bila aku puji Adam comel, Ajoi mesti kata "Daddy Adam tak comel ke?"
Malas betul aku nak melayan Ajoi yang nakal ni. Sebenarnya lagi penat nak melayan Ajoi dari melayan Adam. Sekurang-kurangnya kalau Adam merajuk aku tahu nak pujuk macam mana tapi kalau Ajoi merajuk.. Nak pujuk dia tu macam nak pujuk tuan puteri je. Macam- macam kehendaknya.
Ada sekali tu, dia merajuk lepas tu mintak aku suapkan dia makan selama seminggu. Ada tangan tapi nak orang suap. Mengada-ngada betul orang tua ni!
Nasib aku la dapat suami macam ni. Tapi syukur Alhamdulillah aku bahagia. Bila dia manja, dia akan jadi manja lebih dari kucing. Bila dia romantik, memang jadi mat Romeo first class la. Macam mana naughty dia pun, dia tak pernah lupa tanggungjawab dia sebagai seorang ayah kepada Adam dan suami kepada Puan Sofiya Adriyana ni.
-Tamat-
* Sorry crta ni tak best sngt.. then, tajuk die sbnrnye tatau nak ltk ape... Cover pun mls nk buat.. kalau rajin Nillia akn buat (kalau rajin)..Tapi silalah rajinkan diri bagi komen... >_< nanti boleh di betulkan apa yang salah, di tambah apa yang kurang.. Okey, Assalamualaikum...
Baiklah.. disebabkan saya rajin nak komen.. Heheeh..
ReplyDeleteSaya cuma nak komen...
Pasal citer yang awak buat ni Nillia...
--------
SAYA SANGAT BERPUAS HATI~!
SUPER DUPER PUAS HATI!!!>..
Nak tnya.. Ni mcm sambungan yg cerpen Nillia je.. hehehe....
Aku sukalah!! Comel!!! :D ^-^
Sangat2 COMEL~!!
Love this story!!! <3
Bkn mcm,tp memang.. Ajoi is Pijol's bf...(bestfriend k?)..
DeleteOk, thanks for your cmmnt~~
wehhhh, cerpen ni best siot. tak macam cerpen yg sebelum ni ( kecuali aku benci kau) rasa mcm, bukan kau yg tulis.
ReplyDeletegood job!
Ehehehehehehe... thanks.. :)
Deletenanti kalau mr rajin n miss idea balik dari honeymoon aku tls la crta baru..
tunggu~~
Comel pula cerpen ni lawak pun ade... tapi tetap best
ReplyDeletehehehehe thanks lisanna :)
DeleteKeep it up. Nice and great idea 😊
ReplyDelete