Naik turun nafasnya menahan marah. Agaknya orang yang melihatnya pasti perasan akan warna mukanya pada ketika itu. Merah padam! Ye la, tak kan nak jadi hijau pula kan? Dia bukannya Hulk yang akan bertukar hijau apabila marah. Dia manusia normal.
"Kenapa ni?" tanya Tasha dengan teragak-agak. Ye la, mana tahu kot nanti dia jadi tempias sebab salah orang lain. Tak ke naya?
Nafasnya diatur agar kembali ke ritma biasa. 'Tenang.. tenang..tenang..' pesannyanya pada diri sendiri. Tak adil kalau orang lain yang jadi mangsanya semata-mata disebabkan perasaan marahnya. Orang lain tidak bersalah, tetapi makhluk yang duduk di dalam bilik di hadapannya itu yang bersalah.
Kalau tak difikirkan kedudukannya dan si dia yang menjadi punca dia naik angin tu, dia tak akan teragak-agak nak bagi semburan pedas. Nasib kau la sekarang ni kat syarikat ayah kau, kalau la ni syarikat ayah aku, dah lama aku humban kau dalam longkang. Biar hanyut sampai tak ada orang jumpa.
"Biasalah..." jawabnya perlahan. Rasa macam nak nangis je, tapi disabarkan hati.
"Sabar lah." Bahunya ditepuk perlahan. "Monster seekor tu memang macam tu." dengan selambanya Tasha memanggil orang yang berada di dalam bilik di hadapannya sebagai monster.
Keningnya diangkat. Tak takut kena pecat ke cik kak?
"Tak apa, selagi dia tak dengar kita selamat. Mampus aku kalau dia dengar aku panggil dia monster. Nanti tak pasal-pasal je esok aku dapat love letter dari dia."
Tahu pun. Monster seekor tu kalau mengamuk, semua benda jadi salah. Walaupun punca yang menyebabkan dia mengamuk tu, dia sendiri. Nasib aku la dapat bos tak centre. Period je memanjang walaupun dia tu lelaki. Tersalah hormon agaknya. Kesian...
*****
"Assalamualaikum..." salam diberi apabila pintu rumah dibuka.
"Waalaikumussalam.." jawab Lili perlahan. Eh, suara dengar tapi orangnya mana?
Bukk..
"Woi, kau okey ke tak ni Lili?" tanya Fathien apabila melihat Lili jatuh dari sofa. Mata dia merah pula tu.
"Aku okey la.. Mengantuk jer." Isy Lili ni, kalau nak menguap tu tutuplah sikit mulut tu. "Kau dah makan ke ni?" tanya Lili sambil membetulkan rambutnya yang sedikit kusut.
"Makan?" Patutlah perut aku asyik main lagu rock dari tadi. "Belum."
"Jom kita pergi merayap kat kedai makan kat Presint 15 tu nak? Malas nak masak la..." keningnya diangkat bagaikan meminta persetujuan Fathien.
Hrmm.. Presint 15? Malas sebenarnya nak merayap sampai ke sana sebab badan aku dah penat sangat ni. "Kau drive.." Nak bawa kereta pun aku takut karang ada pula kereta masuk longkang. Mata aku pun kalau kena aircond masa penat-penat macam ni, memang selamat berlabuh la. Oleh yang demikian, sebelum berlaku kemalangan disebabkan kecuaian aku, baik aku suruh Lili yang pandu kereta.
"On je.Dah la, kau pergi siap-siap. " arah Lili sambil menolak tubuh Fathien masuk ke bilik. Kalau tak ditolak, jalan macam kura-kura pula dia nanti. Macam la Lili tak perasan mata kawan tu dah kuyu.
*****
"Order nasi goreng dua ye dik.." laju tangan pelayan tersebut menyalin pesanan Lili. "Kau nak minum apa Fath?"
"Milo ais."
"Fath, kau ni ada problem kat tempat kerja ke tadi?" tanya Lili setelah pelayan tadi pergi. Mana pula la minah ni tahu pula ni?
Kepalanya digelengkan. Malas nak komen apa-apa pasal apa yang dah jadi hari ni. Rasa marah, sakit hati, sakit jiwa semua nya ada. Rasa nak tumbuk orang pun ada sebenarnya. Ingat senang ke kerja aku ni?
Susah! Lagi-lagi kalau dapat bos yang tak berapa nak betul. Mereng!Aku tahu la aku ni pembantu peribadi dia tapi tak kan lah sampai hal tu pun aku kena settle kan? Aku ingat pembantu peribadi tu cuma bantu bos dalam hal pejabat je. Tapi aku pula?
Hal dia dengan skandal-skandal dia pun aku yang kena uruskan. Bila dia nak date, dengan siapa dia nak date.. pendek kata, hal-hal yang peribadi macam tu la yang aku kena selesaikan. Sakit kepala aku dengan bos aku yang sorang ni.
Sebenarnya hal siang tadi tu memang salah aku. Tapi dia la yang buat aku keliru. Dia kata nak date dengan Kristina pukul 9 lepas tu pukul 11 dengan Measara. Aku pun catat je la apa yang dia pesan tu. Bila sampai masa, aku bagi tahu la kat dia. Almaklumlah, bos aku tu banyak sangat skandalnya sampai dia boleh terlupa nama-nama mereka.
Masa aku call nak bagi tahu pasal date dia tu, dia pun pergilah berjumpa kekasih hati dia tu. Malangnya sebenarnya sepatutnya pukul 9 tu dia keluar dengan Measara. Boleh pula dia tersasul nama "Kristina". Kan dah kata tadi, skandal bos aku ni ramai, so memang kompem dia akan terlupa nama-nama mereka.
Bila balik je, dia terus panggil aku masuk bilik dia. Aku macam dah boleh agak yang dia nak mengamuk. Tapi aku tak tahu la pula apa masalahnya.
"Saya cakap pukul 9 saya date dengan siapa?"
Terus aku semak pada buku nota aku. "Hrmmm.. Kristina bos."
"Bila masa pula aku kata Kristina, aku kata Measara la!"
"Tapi bos, memang tadi bos kata pukul 9 dengan Kristina pukul 11 dengan Measara." jawabku dengan berani. Kalau tak salah, buat apa aku nak takut.
"Tapi yang datang tadi tu, Measara bukan Kristina. Awak tahu tak, disebabkan awak lah saya dengan Measara break up!" Eh, apahal nak melenting kat aku pula ni? Salah aku pulak! Cakap je la, kau tersasul nama orang lain masa date tadi. Aku tahu kau tu ade masalah ingatan kalau membabitkan skandal-skandal kau tu. Tu la, kalau nak buat koleksi sekalipun, tak payah la sampai berpuluh-puluh orang. Kan dah naya bila dah terlupa nama mereka.
"Tapi..." belum sempat aku nak membalas, dia terlebih dahulu mencelah. " Kau jangan nak melawan la! Dah la, kau pergi la keluar!"
Aku pun terus keluar dari biliknya dengan perasaan sebal. Kalau la dia tu kuli, dah lama aku lenyekkan dia dengan streamroll tu . Biar bagi penyek!
*****
"Meera.." manja je bunyinya. Kalau la dia ni kucing, agaknya ia dah menggesel dah kat aku. Nasib baik dia ni manusia.
"Ye bos." Mataku yang fokus di skrin komputer sejak tadi mula di alih ke mukanya. Kalau bos tengah bercakap, kita kenalah pandang muka dia kan? Kalau tak pandang nanti, dia kata kita ni eksyen pula..
"Maaf pasal semalam." rendah je suaranya menuturkan perkataan 'maaf' tu. Macam nak tak nak je ungkap perkataan 'maaf' tu. Ceh, minta maaf bagi ikhlas la.
"Apa dia bos? Saya kurang dengar la bos. Telinga tak korek semalam." dengan selambanya aku berkata yang aku tak dengar. Tak apa, aku tahu bos aku ni macam mana. Marah aku macam pun, kalau dah sampai bab minta maaf, dia akan cuba minta maaf kat aku sampai aku maafkan dia. Walaupun dia suka sangat ulang kesalahan dia tu berulang-ulang kali.
"I'm sorry about yesterday." Matanya sengaja dikerdip-kerdipkan. Alahai.. bos, tolonglah jangan buat mata macam tu. Sebiji macam muka Meow kat rumah saya bila dia lapar. Asal lapar je mesti menggesel kat kaki aku. Mata pula.. hrmmm memang tak tahan! Super duper cute! Tu gaya tahap profesional nak memujuk. Bos belajar dari Meow saya ke?
"Buat apa bos minta maaf? Kan semalam tu salah saya... Ke, bos dah ada mangsa baru?" Biasanya setiap kali dia minta maaf mesti ada dua sebab. Pertama, sebab dia rasa bersalah lepas dia di'brainwash' oleh kakak dia yang merupakan CEO di syarikat ni. Almaklumlah, bos aku ni nampak je garang tapi manja yang amat dengan kakak dia yang seorang tu. Dah nama pun tu je satu-satunya kakak yang dia ada, tak kan lah tak sayang pula kan?
Okey, sebab yang kedua pula dia memerlukan aku untuk menguruskan skandal-skandal dia yang baru. Dia memerlukan seseorang yang memahami dia untuk melakukan kerja tu. Maksudnya aku ni memahami dia la kan? Hahaha... tak sangat sebenarnya. Kalau ada dua skandal dia datang pejabat ni dalam satu masa, aku terpaksa lah jadi penyelamat bos sebabnya aku je yang tahu pasal hal-hal berkenaan skandal-skandal dia. Orang lain mana tahu. Tu la sebabnya aku dengan bos ni 'kamceng'.
"Mana awak tahu ni?" ujarnya sambil tersengih-sengih. Bos, awak tu dah memang comel, tolonglah jangan buat muka macam tu. Saya tarik pipi bos baru bos tahu. Tak pasal-pasal je esok muka aku masuk Metro bawah tajuk "Setiausaha Menyerang Bosnya Kerana Bosnya Terlalu Comel." Sungguh tak masuk akal tajuknya nanti. Hehehe..
Tanpa sedar dia tersenyum-senyum sendiri. Bosnya pula hanya memandang Fathien dangan pandangan pelik. Kenapa pula dengan minah ni? Terus dia melambai-lambaikan tangannya dihadapan Fathien. "Okey tak ni?"
"Ha? Oh.. Okey.." balas Fathien sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Biasalah, tu tindakan refleks bila dah malu.
"Sebelum saya terlupa, ni biodata mereka. Awak tolong aturkan date untuk saya dengan mereka. Jangan smpai terclash masa pula!" Satu sampul surat bersaiz A4 diletakkan diatas mejaku. Biasa sangatlah ni. Asal nak date je muka aku la yang dia cari.
"Ameera, awak tak payah buat apa yang Raiqal suruh tu."
Bos terus memandang ke arah kakaknya yang sedang bergerak menuju ke arahnya. Ni mesti nak bagi ceramah free lagi.
"Bagi saya apa yang Raiqal bagi awak tadi." pintanya sambil menghulurkan tangan. Aku memandang ke arah Encik Raiqal untuk meminta persetujuan. Mata dia macam kata 'jangan bagi' tapi kakak dia kata 'bagi sini benda tu'. Aku dalam dilema! Tersepit diantara dua adik-beradik. Nak bagi ke tidak ni? Nanti tak pasal-pasal je dua orang ni bergaduh. Ala, gaduh-gaduh manja biasalah .. Nama pun adik-beradik.
Hrmmm.. nak bagi ke tak ni?
*****
"Semua salah awak la Ameera! Sekarang mummy saya dah suruh saya kahwin pula."
Eh, salah dia suka hati je nak tunding jari kat orang lain. Ni namanya tak sedar diri. Semua salah nak letak kat aku. Aku wrestling dia ni ada yang jadi lempeng baru dia tahu.
"Kahwin je la. Apa susahnya bos?" aku mengeluarkan idea yang aku rasakan paling bernas yang boleh aku keluarkan pada waktu ini. Ye la, bos ni pun kan pencinta wanita yang sejati . Sepatutnya tak ada hal punya kalau dah suruh kahwin pun. Mummy dia pun ah bagi green light suruh kahwin. Apa lagi? Pergi la pilih salah satu skandal bos tu nak dibuat isteri. Susah sangat ke?
"Masalahnya, saya tak ada calon yang sesuai lagi."
Bos ni penipu betul la! Yang list nama skandal panjang berjela-jela tu apa benda? Tak kan dalam ramai-ramai tu tak ada satu pun yang dia suka?
"So, macam mana saya nak selesaikan masalah ni? Saya tak nak kahwin dengan orang yang saya tak suka dan orang yang tak memahami saya. Sebenarnya dalam kepala saya ni dah ada calon emergency. Kot la kan, kalau mummy suruh saya bagi satu nama saya akan bagi nama dia je. Tapi saya tak tahulah dia setuju ke tak."
Matanya memandang ke arahku. Riak wajahnya memang macam orang tak bersalah! "Saya ke bos?" aku manghalakan jariku ke arah muka ku sendiri.
Dia mengagguk. "Awak kena lah bertanggungjawab. Dah awak yang serahkan fail tu pada kakak saya semalam. Kalau dia tak tengok, mesti dia tak report kat mummy, and mummy pun mesti tak akan suruh saya kahwin."
Tengok tu... sesedap hati dia je nak salahkan orang lain. Salah dia langsung dia tak nampak. "Bos ingat kahwin tu macam main masak-masak ke? Ni benda serius tahu tak?"
Dia terdiam sebentar. Air kopi yang aku bancuh sebentar tadi dikacau perlahan. Kemudian dia minum dengan perlahan-lahan.Ye la, dah nama pun air panas. Kalau minum macam tu je karang ada yang melecur lidah.
*****
"Aku terima nikahnya Fathien Ameera binti Yusriza ......"
Bos kelihatan agak gementar sewaktu akad nikah tadi. Muka dia yang gabra tu, comel!
"Sah?"
"Sah.."
Dengan itu, sah la aku sebagai isteri Muhammad Raiqal bin Iskandar a.k.a. bos tak berhati perut aku tu. Tak sangka langsung aku boleh terima dia ni. Mula-mula tu serius aku memang tak nak kat dia ni. Muka je comel tapi perangai? Ya ampun! Panas baran! Salah sikit nak marah,salah sikit nak marah...
Tapi lepas mummy dia suruh kahwin tu, perangai dia berubah sikit demi sedikit. Dah sampai seru nak berubah agaknya. Nak tunjuk kat mummy dia yang dia dah berubah dan mummy dia tak perlu nak cari jodoh untuk dia.
Hampir sebulan juga la dia jadi good man dalam pejabat tu. Semua orang dah rasa lain macam. Buang tabiat ke bos ni?
Sampailah satu hari tu...
"Eh, mana bos you?" dah la tak bagi salam, senyum pun tidak. Baju jangan di katalah, sendat sana sini. Skirt pun, pendek sampai nampak betis dia yang tak berapa nak putih melepak tu. Urgh, menyampah aku dengan orang macam ni la!
"Cik ada buat temu janji dengan dia ke?" tanyaku dengan senyuman yang dipaksa. Etika kena jaga.
Perempuan tu langsung tak dengar apa yang aku kata sebaliknya dia terus menuju ke pintu bilik bos. Kalau kau kena sembur dengan bos aku tak nak tanggung. Nasib kau la masuk dalam bilik 'penyeksaan' tu. Siapa sahaja yang masuk dalam bilik tu mesti akan keluar dengan muka yang masam mencuka.
"I dah bertunang la! You tak faham ke?" kuatnya bos tengking dia. Sampai keluar ni kita orang boleh dengar.
Tak lama kemudia bos keluar dari biliknya sambil menarik tangan perempuan tersebut. Agak kasar sebenarnya cara bos tarik tangan perempuan tu sebab bila bos lepaskan tangan dia aku perasan ada kesan merah kat tangan dia. Argh... lantak kau la.. kisah apa aku?
"Ni..." jari telunjuk bos diarahkan ke arah aku. "tunang I." sambungnya lagi.
"Ha???" satu pejabat terkejut dengan pernyataan yang baru bos katakan tadi. Aku pun terkejut. Aku tak ingat pun aku pernah bertunang dengan dia ni. Jari aku pun free lagi dari sebarang jenis cincin.
"You! I akan pastikan you tak akan bahagia!" kata perempuan tersebut sebelum pergi.
"Bos?" aku cuba memanggil bos yang sedang ralit memandang perempaun itu pergi sambil melambai-lambai. Entah pada siapalah lambaian dia tu ditujukan. Perempuan tu mana nampak bos melambai. Pelik la perangai bos aku ni.
"Esok awak ambil cuti. Family saya nak datang hantar rombongan merisik." ujarnya selamba. Dia ni demam ke apa?
"Apa?" manalah tahu dia tak sedar apa dia cakap tadi. Baik aku tanya buat kali yang ke dua. Dua kali baru cukup syarat..
"Family saya nak datang rumah awak nak hantar rombongan merisik. Kenapa?" Eh, kita tanya dia, dia tanya kita balik. "Terima je tau. Saya tahu awak still single. Saya pun single lagi. Okey la tu kan. Sama comel sama padan."
Puji diri sendiri la pula bos ni.
Akhirnya setelah 2 tahun bertunang, barulah kami tekad untuk berkahwin. Dalam tempoh tu pun, kita orang dah banyak bergaduh lepas tu baik balik. Naik boring aku..
Kalau gaduh tu semestinya berpunca dari dia sendiri. Cemburu tak kena tempat! Ada ke patut dengan Savi tu pun dia nak cemburu? Macam la dia tak tahu aku memang selalu pergi kedai si Savi tu nak makan kari dia yang memang sedap kebabom tu..
"Dah la tu... kita kahwin je la. Cerita antara kita sepanjang kita bertunang ni kalau la ada orang record dah boleh buat sebuah novel dah awak tahu?" macam tu je cara dia lamar aku. Lamar aku masa aku tengah cabut kasut nak baling dekat dia. Sabar je la..
~TAMAT~
****************************************
Ok, tau... citer ni pelik.. tapi sila lah rajin kan diri memberi komen ye.. hehehe..
Assalamualaikum.. :)
****************************************
HAHAHA. best best. Bila nak ending tu agak tk fhm gak, tpi bila dh habis baca, okey dah faham. SANGAT KELAKAR part nak melamar. Comel ~
ReplyDeleteHehehe... thanks.. sayang Sab! <3
DeleteHahaha.. SELESAI SUDAH! Comel lah puLAK!! (Sempat lagi tu selitkan "Dia2 sama comel" dlm tu..hhehe.. BTW! Aku suka! Lelaki tu manja rupanya! Hahah. Untunglah Fath~ Hew hew hew. Weah. teruskan buat cerita lagi ye? heheh. ^^ (Dgn Savi pon cemburu) <- Tiba2 teringat cerita SUAMI AKU USTAZ.. heheh
ReplyDeleteTahniah sebab dah habis baca >_<
Deleteapa kaitan Savi dengan SUAMI AKU USTAZ?
*kurang memahami*
best gak coi n nxt time wt pnjg cikit ehk...
ReplyDeletetq >_<
Deleteape cerita dgn perempuan yg dtg kat opis raiqal tu? kalau buat novel, bagus ni... nanti si perempuan yg dtg opis tu jadi jahat pastu bagi diorang derita.. haa.. kan dah TERbagi Idea tu.. hehe..but it so sweet..keep it up! boleh jadi novel.. lawak lah part melamar tu.. baling je kasut tu sedap wohh.. hehe ^_^
ReplyDeleteBest😊
ReplyDelete