"Sha, kau panggil la si Dina tu joint kita. Dari tadi aku tengok dia asyik menghadap langit je. Risau aku tengok dia."
Raisha bangkit dari duduknya kemudian bergerak menuju ke arah Irdina yang sedang duduk di atas batu besar sambil memerhatikan langit malam. Sejak dari tadi lagi dia begitu. Seperti sedang memikirkan masalah.
"Dina, kau buat apa ni? Jom joint kita orang kat unggun api sana tu."
Irdina tersenyum. "Tak apalah, aku nak menghayati keindahan ciptaan Allah. Cantiknya langit pada waktu malam ni. Bintang-bintangnya. Subhanallah, memang cantik!"
Ya, langit malam memang sangat indah. Cantik. Suasana pada waktu malam pun agak tenang berbanding waktu siang. Lebih tenang dan sunyi.
"Dina, kau ada masalah ke?"Raisha cuba mengorek rahsia. Mana lah tahu dia boleh membantu Irdina sekiranya sahabatnya itu menghadapi masalah. Irdina yang dia kenali memang seorang yang suka tersenyum. Manis sekali senyumannya.
Senyumannya itu membuatkan semua yang melihatnya terasa sejuk hati memandang. Katanya senyum itu sedekah, sebab itu dia selalu tersenyum. Orang mendengki kepadanya pun dia masih boleh tersenyum sambil berkata " Tak apa, selagi boleh bersabar aku sabar. Tak baik kita gaduh sesama Islam."
Sungguh, kami memang amat menghormati Irdina. Dikala orang lain sibuk merungut apabila dihujani tesis yang banyak, dia masih lagi boleh tersenyum. Senyuman memang tak pernah lekang daripada wajahnya. Dikala orang lain sibuk berhabis wang membeli alat solek, dia hanya memakai bedak biasa. Namun, dia masih lagi kekal menarik walaupun dia tidak memakai pakaian yang menjolok mata. Irdina lebih selesa memakai baju kurung yang dijahit sendiri oleh uminya.
"Aku tak ada masalah la.. Aku okey je." balasnya sambil tersenyum lagi. Kan dah kata, Irdina memang suka tersenyum. Itu yang membuatkan dia ramai kawan. Ramai peminat juga.
"Sure kau okey ni?" Raisha bertanya lagi untuk mendapatkan kepastian. Dia mahu memastikan sahabatnya itu benar-benar okey. Sekiranya Irdina mempunyai masalah, dia pasti akan membantunya sebagaimana Irdina membantunya dahulu.
Semasa mereka di sekolah rendah, pernah sekali Raisha dituduh menipu dalam peperiksaan. Semuanya gara-gara nota yang diletakkan di dalam buku milik murid lain terjatuh di bawah meja Raisha. Guru yang bertugas pada waktu itu pula terlihat nota tersebut lalu tanpa bertanya kepada Raisha apa yang sebenarnya terjadi, dia terus menuduh Raisha meniru dalam peperiksaan.
Kesannya, Raisha telah dibawa ke pengetua dan dia hampir sahaja digantung sekolah. Nasib baiklah, ada Irdina yang datang menjelaskan tentang hal yang sebenarnya. Irdina turut membawa Ammar, pemilik nota tersebut. Ammar memberitahu yang kertas tersebut sebenarnya telah terkeluar dari buku teksnya semasa dia menyimpan buku ke dalam beg sekolah sebelum peperiksaan bermula.
Raisha berasa amat terhutang budi kepada Irdina kerana telah membantunya. Penat dia menjelaskan, namun kata-katanya bagaikan angin sahaja bagi guru tersebut. Bagi mereka Raisha hanyalah seorang murid yang sedang memberikan alasan agar terlepas daripada hukuman. Mereka langsung tiak mahu mendengar penjelasan Raisha.
Mungkin mereka tidak mahu kejadian yang sama berulang kembali kerana sebelum ini terdapat juga kes begini. Namun kerana mempercayai murid tersebut, mereka telah melepaskannya. Perkara tersebut terbongkar setelah ibu bapa murid tersebut sendiri datang memaklumkan tentang perkara tersebut.
" I'm very sure my dear. Dah la, jom kita ke sana. Rasa sejuk la pula kat sini."katanya sambil menggosok lengannya. Mana tak sejuk kalau duduk jauh dari unggun api waktu malam-malam macam ni.
*****
"Dina. kau okey tak ni?" tanya Raisha apabila melihat Irdina kerap kali memicit kepalanya.
"Aku okey.." balasnya. Tesis yang diberi oleh Prof Hannan terus tekun disiapkan tanpa sebarang rungutan.
"Kalau kau tak sihat, bagi tahu aku tau. " Risau juga kalau Irdina tak sihat. Kalau dia tak sihat pun, bukannya nak bagitahu orang lain. Irdina lebih senang untuk menahan sakit sendiri. Sebab tu kena tengok Irdina ni, kalau tak tahu-tahu je dia dah tumbang atas katil dengan badan yang panas. Macam ada satu malam tu, Raisha agak pelik dengan Irdina kerana malam itu Irdina lebih banyak menghabiskan masa di atas katil. Dia bangun pun untuk solat.
Apabila ditanya, Irdina hanya menyatakan bahawa dia penat. Mungkin penat sebab baru balik camping. Tetapi apabila Raisha mendengar bunyi Irdina seperti mengerang, dia cepat-cepat masuk ke dalam bilik Irdina dan badan Irdina kelihatan terketar-ketar. Laju tangannya diletakkan di dahi Irdina. Panas! Sepantas kilat Raisha bersiap untuk menghantar Irdina ke klinik.
"Nasib baik cik cepat hantar kawan cik ni ke klinik, kalau tak, mungkin dia boleh terkena sawan kerana suhu badannya terlampau panas." ujar doktor yang memeriksa Irdina.
Irdina hanya tersengih bila doktor kata macam tu. Tahu la tu kejap lagi Raisha nak membebel.
*****
"Sha, kalau jadi apa-apa kat aku kau jangan sedih tau. Aku tak nak tengok kau menangis. Aku tak suka tengok kau menangis sebab kalau kau menangis muka kau hodoh!" dengan selambanya Irdina kata macam tu semasa mereka sedang makan di cafe.
"Suka hati je nak kata muka aku hodoh! " terus lengan Irdina dicubit perlahan. Ye la, setakat gaduh-gaduh manja. Apalah sangat.. Tak payah nak serius sampai nak bermasam muka sampai seminggu.
Irdina hanya tersenyum seraya berkata "Aku gurau je la. Ingat tau apa aku kata tadi. Jangan menangis!"
"Nak nangis juga!" bentak Raisha keras. Kalau nak nangis mana boleh tahan-tahan. Kalau air mata tu brtakung, nak campak mana?
Irdina tergelak melihat memek muka Raisha yang bagaikan bayi merajuk itu. Comel saja pada pandangan matanya.
"Tapi, kenapa kau tiba-tiba cakap macam tu?"
"Saja. Nak bagi warning awal-awal. Aku tak nak kau menangis. Kalau kau sedih, aku lebih sedih bila tengok kau menangis."
Sebenarnya Raisha pelik mendengar permintaan Irdina pada waktu itu. Tiba-tiba cakap pasal benda pelik. Macam ada benda yang bakal terjadi. Irdina seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripadanya.
*****
"Dina, kau nak air ke?" tanya Raisha apabila dia melihat Irdina seperti sedang mencari sesuatu. Muka Irdina sungguh pucat.
Irdina hanya mengangguk.
Sudah sebulan Irdina ditahan di hospital. Sungguh Raisha langsung tidak menyangka sebenarnya Irdina mempunyai penyakit yang serius. Raisha hanya mengetahui mengenai penyakit yang Irdina hidapi tu pun sebab doktor yang maklumkan padanya.
Barulah Raisha tahu sebab sebenar Irdina sering mengalami sakit kepala. Rupa-rupanya Irdina mempunyai ketumbuhan di dalam otak. Irdina sebenarnya sudah lama tahu tentang penyakitnya namun dia tidak pernah langsung mahu bercerita kepada sesiapa tentangnya. Malahan, ibu bapanya sendiri tidak tahu. Ibu bapanya hanya tahu ketika dia pulang ke kampung ketika cuti semester yang lepas. Tu pun sebab Irdina pengsan secara tiba-tiba dan ayahnya menghantarnya ke klinik.
"Dina, kenapa kau tak pernah bagitahu aku pasal ni?"
Irdina hanya tersenyum. Senyuman yang dia lemparkan tidak seperti senyuman orang sakit. "Aku tak suka orang lain susah hati sebab aku."
Kenapalah kau selalu fikir pasal orang lain melebihi diri kau sendiri? Dina, kita orang ni kawan kau, kau sepatutnya bagi tahu kita orang kalau kau ada masalah. Namun kata-kata tersebut hanya bermain di fikiran Raisha sahaja. Tak mampu dia mengungkapkannya terhaap Irdina. Dia tidak mahu Irdina menghabiskan tenaga dengan bergaduh dengannya.
Aku rasa bagaikan aku telah mengalami satu mimpi ngeri apabila doktor memberitahuku sebenarnya ketumbuhan di dalam otak Irdina sebenarnya sudah di tahap empat! Masa yang tinggal untuknya tidak lama. Doktor menganggarkan dia hanya boleh bertahan selama 2 bulan sahaja lagi.
Sungguh, aku tak sanggup kehilangan kawan baik seperti Irdina. Kawan yang amat aku sayangi. Kawan yang mungkin satu dalam sejuta yang aku akan jumpa. Tanpa aku sedar, air mata mula mengalir di pipiku.
"Sha, kenapa nangis ni?" tanya Irdina dengan riak risau. Mug yang dia pegang diletakkan kembali ke atas meja.
"Tak ada apa lah. Mata aku masuk habuk." Raisha cuba beralih. Dia masih ingat pesanan Irdina dulu. Irdina tidak mahu dia menangis dan bersedih. Ya, sekarang dia faham kenapa Irdina berpesan begitu. Jika dia sedih, pasti Irdina lebih sedih melihatnya menangis. Dia perlu menjadi penguat semangat Irdina.
"Kau nak apa-apa tak?"
Irdina menggeleng. Mukanya makin hari makin pucat. Namun, bibirnya tetap setia memberikan senyuman. Raisha sangat kagum dengan semangat yang Irdina miliki.
"Sha,kalau esok kita pergi piknik nak? Kat pantai. Aku dah lama tak pergi piknik. Kita kumpul ramai-ramai dengan kawan-kawan yang lain. Takut nanti dah tak sempat."
Raisha terkedu sebentar mendengar kata-kata Irdina. Air mata yang hampir jatuh ditahan. "Nanti aku kumpul kan mereka semua ya? Aku nak pergi tandas kejap tau. Kau jangan nak main lompat-lompat dalam ni. Kau tu kalau sakit, tak serupa macam orang sakit! Perangai mengalahkan orang sihat." Sengaja Raisha bergurau begitu. Dia tidak mahu mood suram menyelubungi mereka.
"Ye la.." balas Irdina sambil tersenyum. Novel yang teletak di sebelahnya di ambil lalu dibaca.
"Aku keluar dulu tau." Terus Raisha keluar dari bilik Irdina. Keluar sahaja dari bilik tersebut, air matanya terus keluar tanpa ditahan lagi. Ya Allah,kau panjangkanlah umur sahabatku itu. Aku tak sanggup kehilangannya.
*****
"Dina, kau dah ready ke ni?" tanya Raisha apabila dia melihat Irdina sedang mengemaskan barang-barangya. Rasa macam banyak je barang yang Irdina masuk dalam beg tu.
"Dah.."
"Jom la. Izz dengan Minn dah tunggu kat bawah." Raisha memimpin Irdina untuk berjalan.
"Macam mana doktor bagi aku keluar?"
"Doktor tu steady la. Dia kata, asalkan kau balik sebelum pukul 6 dia okey je."
Sebenarnya semalam doktor tu memang melarang sekeras-kerasnya untuk membawa Irdina keluar. Pesakit seperti Irdina tidak mungkin akan dilepaskan keluar dengan mudah. Pihak hospital amat bimbang sekiranya ada apa-apa terjadi kepada mereka tanpa pengawasan pihak hospita.
Namun Raisha tetap merayu kepada doktor tersebut untuk melepaskan Irdina pada hari itu. Dia mahu penuhi semua permintaan Irdina. Dia mahu Irdina gembira paa saat-saat akhir ini. Dia mahu membalas segala kebaikan Irdina kepadanya walaupun dia tahu dia tak mungkin dapat membalasnya.
"Doktor, saya mahu penuhi semua permintaannya sebelum terlambat. Saya mahu dia sentiasa gembira. Saya.. saya.. saya.." kata-kata Raisha tersekat di situ sahaja kerana air matanya terlebih dahulu keluar.
Akhirnya doktor itu bersetuju. Tapi dia mesti membawa Irdina pulang ke hospital sebelum pukul 6 petang.
Turun sahaja di bawah, sebuah kereta Myvi telah sedia menanti mereka. Minn yang duduk di tempat pemandu tersenyum sambil melambai ke arah Irdina dan Raisha. "Cepatlah! Izz ni dah panas punggung tunggu korang!" Izz yang duduk di sebelah Minn laju mencubit lengan Minn yang gebu.
"Auch, sakit lah minah! kau ingat lengan aku ni apa?" sempat lagi Minn dengan Izz bergaduh dalam kereta. Irdina tergelak melihat melihat kelakuan mereka.
*****
" Dina, bangun.. Kita dah sampai ni." Raisha mengejutkan Irdina yang sedang tidur. Sejak mula mereka bergerak tadi lagi Irdina sudah mula tidur. Mungkin dia penat.
"Dina.." kejut Raisha lagi. Bahu Irdina digoncang perlahan. Namun masih tiada reaksi. Irdina masih kekal begitu. Raisha segera memegang tangan Irdina. Sejuk!
Nadi Irdina diperiksa.
"Kenapa Sha?" tanya Minn cemas.
Raisha terdiam.
"Sha, kenapa dengan Dina?"
"Dina dah tak ada..."
*****
"Sha, sebelum Dina keluar dengan kamu hari tu, dia ada pesan kat mak cik supaya bagi surat ni pada kamu kalau apa-apa jadi pada dia.."
Wajah umi Irdina kelihatan tenang walaupun dia baru sahaja kehilangan anak kesayangannya. Katanya, tak baik kita meraung untuk sesuatu yang telah tiada. Kita sebagai hamba-Nya wajib menerima segala ketentuan-Nya.
Sampul surat berwarna pink bertukar tangan. Raisha tersenyum sendiri melihat sampul surat tersebut. Mustahil dia tidak kenal sampul tersebut. Sampul tersebut merupakan sampul yang dia berikan kepada Irdina. Irdina memang suka mengumpul sampul surat. Memang itu hobinya. Kalau orang lain minat kumpul setem, dia lebih berminat kumpul sampulnya.
Sampul tersebut dibuka perlahan. Dia mahu menyimpan sampul tersebut. Tidak mahu ianya terkoyak.
Surat di dalamnya di buka lalu di baca.
Assalamualaikum..
Kalau kau tengah baca surat ni maknanya masa ni aku dah tiada. Aku harap kau masih ingat permintaan aku. Aku tak mahu kau bersedih dengan pemergiaan aku.. Kalau kau sedih, aku pun akan sedih.. Aku nak kau sentiasa tersenyum walau apa jua masalah melanda kau.. Ingat, Allah masih ada untuk kau..
Aku nak minta maaf kalau aku ada buat salah.. kalau aku ada buat kau sakit hati.. kalau aku ada terguna barang kau tanpa kebenaran.. tolong sampaikan salam maaf aku pada kawan-kawan yang lain tau..
Halalkan segala hutang aku.. Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku yang terbaik.. terima kasih sebab kau sudi jaga aku sepanjang aku berada di hospital.. maafkan aku sebab aku rahsiakan tentang penyakit aku.. tiada niat aku nak menyembunyikan tentang penyakit aku, cuma aku tak suka tengok orang susah hati kerana aku.. sebab tu aku sentiasa senyum pada korang semua.
Aku pasrah sekiranya nyawa aku diambil..Mati itu pasti, cuma masanya saja kita tak tahu.. terima kasih untuk segala-galanya.. Maaf untuk segala kesilapan aku..
-Irdina -
-TAMAT-
my comment ( don't take it serious) : 1 - okey ;) menarik. cuma, tak dpt gambaran kat mana dorang belajar? macam kat oversea je. tapi bila baca perkataan Myvi, oh..kat Malaysia.
ReplyDelete2 - kalau banyak konflik, lagi best sebab kat situ kita boleh tgok ikan persahabatan yg lebih kuat, teguh, setia.
3- lagi panjang, lagi feel
4 - overall, it's nice to read more and more
5 - ahh, negatif betul komen, jangan kisah sangat komen aku ni.
6 - keep it up. I'll be ur first reader always and alwayss
hehehehe.. first of all thanks sebab cmmnt.. :)
Deletenk lagi panjang, aku takut nanti melalut.. aku tgh kekeringan idea..
n my 'd' btton hving problemo.. so, ketensionan berganda.. tp x pe.. aku akan perbaiki.. hehehe..
sory aku mmg lemah bab sad story.. sbb tu x pernh buat..
komen kau mmbina la.. x kisah pun.. thanks :)
wargh. jangan marah weh. aku ikhlas komen ;)
Deletex marah la... serius.. jgn terasa plak..
DeleteAlright! It's my turn! (Huhu... why lah I'm always jadi org yg ke-3 yg koMEN) huhu...
ReplyDeleteSo syira... Ikhlas daripada aku.. ;)
1. Aku suka jalan cerita dia... Jelas tema dalam cerita ni... "Persahabatan"
2. Aku suka dgn ayat yang kau guna.. Boleh rasa kesedihan nya.. :')
3. Kau kiranya dah berjaya buat cerita sedih... Aku harap kau buat lagi. Buat panjang2 tau.. hehe.. biar aku tak tidur malam.. Haha (Lepas tu, sebelum tidur.. mengada2 nak nanges) hehe..
4. Ntah kenapa.. aku rasa jln cerita ni mcm pernah berlaku.. (Huhu.. tak tau knp) :'(
5. Kesimpulan.... overall.. aku suka cerita ni! :D LIKE LIKE LIKE...
6. Lepas ni buat agi tau... ;)
7. Hehe...Panjangnya komen. hohoho..
8. Lagu yang sesuai utk cerita ni..... IU ft. Kim Kwang Jin - Searching For A Star (별을 찾는 아이)
9. Nak jugak tu. heheh. k lah.. bye2.. :D
10. Assalamualaikum. ;)
kau org ke 2 la syg.. adoyai..
ReplyDeleteaku tukang reply jer..
ok, thanks sbb bce n sudi cmmnt..
pasal seih ke x or feel smpai ke x.. sorry la.. aku mmg x amik phd lg part sad story ni.. kekekeke.. :p
jalan cerita pernah berlaku? hehehe.. kt mne tu??
ttbe aku tringt kawan aku.. yg mnggal sbb ktumbuhan otak or smthng yg berkaitan dgn otak..Al Fatihah untuk dia..
ok, promote lagu plak die.. nnti aku dgr lgu tu ye??
Waalaikumussalam... :)
Hahaha.......... :D
ReplyDeleteAl-Fatihah :)
gud job ^^ keep it up ;)
ReplyDeletethanks :)
Delete