Sunday, 13 October 2013

I Miss Them!

Assalamualaikum semua!

Akhirnya.. cuti sem pun dah bermula.. Syira last exam Jumaat lepas. Then balik Putrajaya Sabtu..

Agak sedih masa nak hantar Syida (my beloved roomate a.k.a. my 'mak') balik pagi jumaat tu. Dia habis exam hari Khamis. Kiranya dia habis sehari awal la ..

Rasa macam tak nak bagi dia balik je. Masa tolong angkat barang-barang dia bawak turun bawah pun rasa berat je hati. Almaklumlah, kita orang dah duduk sebilik 4 bulan. Dalam masa tu mengadap muka yang sama. Mana tak rapat?

Banyak kenangan yang kita orang dapat sepanjang duduk sama-sama ni. Karok dalam bilik sama-sama. Study sama-sama. Makan sama-sama.Huhuhu.. Rasa nak nangis bila nak berpisah dengan dorang berdua.

Ni la gaya masa study.. menghadap laptop.. Malas nak print lect's notes

Paling sedih semestinya masa last night before Syira balik sini. Sebab?

Mak tak ada.. Dah la dia punya katil kat depan katil Syira. Asal Syira bangun tido je mesti dia dulu yang Syira tengok. *angkat kepala je dah nampak dia* hehehehe

Tapi kali ni? Angkat kepala nampak katil kosong je.




Masa tu Syira ingat Tiqah tido kat bilik kitaorang malam tu. Tiba-tiba dia dapat call, ade orang kata dia kena tidur kat Kolej Kristal  sebab esoknya (Sabtu) Tiqah kena gerak pergi Kedah ada program kelab EHSAN ..

Lagi la rasa nak nangis. No Tiqah n Mak in the room! I'm the only one in that room that night!

Lepas kita orang habis2 hantar barang kat stor bawah , kita orang pergi hantar barang Tiqah pulak ke Kristal.

Malam tu, Syira pergi menumpang tido kat bilik Nad.. Alah, Nad budak Terengganu tu.. Bilik dia pun ade 2 katil kosong sebab roomate dia dah balik.

Malam tu serius susah nak tidur! Maybe sebab tak biasa.

Pagi esoknya, Syira bangun awal. Agak lah.. pkl 6 dh bangun. kira awal la tu..Bangun, solat subuh kat bilik sendiri n then tengok Running Man. Lepas tu gelak sensorang..

Lepas tu dalam pukul 7 lebih, Tiqah call.. Dia kata "Syira, kalau nak makan turun la bawah, kafe bukak." Masa tu serius Syira rasa terharu. Sayang juga kau kat aku.. Pasal aku turun makan pun kau amik kisah. mana tak nya, I'm the laziest person to go to that cafe. Makanan ok, just malas nak turun.

Dalam pukul 12 lebih tu, Nad ketuk pintu, dia ajak makan. Ok, ini namanya orang mengantuk disorongkan bantal. Saya tengah lapar, awak offer nak turun makan.

Ayah sampai masa Syira tepat-tepat dah habis makan. N lepas ayah n Topek habis makan, kita orang pun gerak.. Dan begitulah ringkasan cerita saya.. Nak cerita banyak, karang tak terbaca..

Tapi.. Apa yang pasti, sepanjang Sem 1 ni Syira dapat kawan-kawan yang sangat sempoi, memahami but kadang-kadang annoying. Tapi nama pun kawan kan.. Kita kena terima baik buruknya dia. Tak boleh kawan bila dia ok je. Bila dia bad mood?

Pemandangan senja dr tingkap Syira..




'I don't want to study, But I don't want to FAIL' tu Nad yang tulis..


 #Last day's pic#alone#missthem#

2 comments:

  1. Ececece... Bagus lah kalau kau okey kat situ ^^
    Bersedia lah utk melangkah ke SEM 2!! Aku tgh merasa ni... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... grrr.. nnti sem 2 lagi bnyak subjek kne study.. Gud Luck Yana.. study elok2.. :)

      Delete

Penat

 Bila dah makin meningkat usia ni kan, rasa makin penat. Lahh, cakap macam tua berapa tahun je kan? Hahahah salam pun lupa nak bagi. Sorry! ...