Tuesday, 31 December 2013

Anyeong 2013! Hello 2014!

Assalamualaikum..

Hari ni 31 disember 2013, jam 9 malam.. Ada lagi berapa jam je lagi nak masuk tahun baru..

Rasa macam cepat sangat masa berlalu.. Tahun 2013 banyak memberi memori buat Syira..

Tahun 2013 :

 >>  Jadi 'tukang tanam anggur terhormat' kat rumah..

>>  Mula serius dalam bidang penulisan walaupun sometime idea stuck in the middle of the stories..

>> Terpaksa memilih untuk masuk ke UNIKL or UITM.. Ni yang paling susah..

>>  Mula jejak kaki kat Penang..

>> Amik course yang Syira memang tak pernah terfikir akan ambil..

>> Berjauhan dengan family buat kali pertama..

>> Mula kenal kawan-kawan baru..

>>  Jauh dari KAMI 8

>> Balik Terengganu lepas 5 tahun tak balik..

>> Belajar loghat Terengganu dr kawan..

>> Beli novel banyak-banyak walaupun stok melambak..<-- yg ni kes membazir -_-'

>> Start beli baju sendiri.. >_<

>> Mula berdikari (?)

Yang penting Tahun 2013 banyak memberi memori buat Syira.. manis dan pahit.. suka duka.. semua ada.. setiap tahun pun.. cuma this year, Syira mula menjejakkan kaki ke alam yang baru.. Before ni alam persekolahan sekarang?? Saya dah jadi budak U!! Macam tak percaya, sekarang Syira dah masuk U..

Bila masuk U, pensyarah suka tanya "Dari mana?" Syira nak jawab dari mana? Tu soalan untuk tempat lahir or saya datang dari mana before saya jejak tempat ni?? Tu la yang Syira dok kompius..

" Saya lahir kat PAHANG, tapi saya tinggal di KLANG, kemudian pindah ke PUTRAJAYA dan akhirnya saya belajar di PULAU PINANG.."

Rasa jawapan tu sangat complete kalau nak terangkan 'saya dari mana' tu.. hehehehe..

Rasa macam baru sangat masuk sekolah 9(2).. baru lagi pindah dari RL.. Masa berlalu dengan pantas...

Okey, azam baru untuk tahun baru..

* Nak study betul-betul sampai dapat pointer yang lebih baik dari Sem 1.. nak jadi macam Izzah.. pointer best! heheehehe

* Nak jadi better than today..





No comments:

Post a Comment

Penat

 Bila dah makin meningkat usia ni kan, rasa makin penat. Lahh, cakap macam tua berapa tahun je kan? Hahahah salam pun lupa nak bagi. Sorry! ...