"Apa mummy?"
"Tak korek telinga ke along?" tiba-tiba Aina menyemak sama.
Adam dah buat muka tak puas hati. "Tapi kenapa dia? "
"Sebab dia tu Nur Ain Najiha la mummy pinangkan dia untuk along. Kalau bukan Nur Ain Najiha mummy tak pinang." Jawab Puan Sofiya tanpa mengalihkan matanya dari kaca televisyen. Mummy ni kan kalau dah menghadap drama Korea dia, sanggup dia berjaga sampai pukul 3 pagi. Tu pun kalau boleh mummy tak nak tidur. Daddy juga la yang akan datang pujuk mummy supaya tidur. Sabar je la daddy!
"Tapi kenapa mesti dia? Kan banyak lagi calon lain mummy boleh kenenkan dengan along."
"Sebab mummy along ni dah bagi along 6 bulan untuk bawa calon tapi sampai sekarang along tak bawa. Sebab tu la mummy buat macam ni." Tiba-tiba daddy yang baru turun tangga menyampuk.
Daddy terus mendapatkan tempat di sebelah mummy. Aina mencebik. "Daddy, orang nak bermanja dengan mummy la!"
"Angah kat kiri , daddy kat kanan. Daddy pun nak manja dengan mummy juga apa.." penuh selamba daddy berkata. Mummy hanya tersengih.
Betullah kata mummy, daddy ni memang manja. Tapi manja dengan mummy je la. Nak mati manja-manja dengan orang lain? Silap hari bulan patah tulang daddy kena karate dengan mummy. Mummy kan ala-ala brutal gitu!
Eh kejap! Lupa pula pada topik asal tadi.
"Mummy, boleh tak kalau mummy tukar yang lain? Adam tak berkenanlah dengan si Gee tu!"
"Eh siapa pula Gee tu?"
"Gee tu Najiha la mummy."
"Mana datangnya Gee tu? Elok je nama dia Najiha. N.A.J.I.H.A. " Tu dia.. siap eja lagi nama 'bakal menantu'.
"Dia yang suruh panggil Gee la mummy.."
"Ha.. dah siap bagi along panggil dia guna nama manja dia. Kira okey la tu! "
"Mummy.." Please.. along tak nak kahwin dengan Najiha tu. Dia tu dah la tak macam perempuan lain. Sanggup mummy lepaskan along kat tangan monster kecik tu?
"Along dah terlambat. Sebarang pujuk rayuan tidak akan dibalas. Nampak gayanya mummy dah nekad nak ambil Kak Najiha tu sebagai menantu. Hahaha.." Aina yang sedang berbaring di atas paha Puan Sofiya menyampuk.
"Along tak tanya angah la! Mummy.."
"Jangan kacau mummy la along! Mummy tengah lengok Lee Min Ho ni. "
Mummy ni kan, kalau meghadap drama Korea, memang aku ni tak akan dilayan la. Ish, apalah yang best sangat pasal mamat nama Lee Min Ho tu?
*****
"What?? Kau serius ni?"
"'Lima'rius aku bagi kau!"
Agak-agak la kalau mengamuk pun. Sampai 'lima'rius kau nak bagi aku.
"Okey. Tak payahlah dengan aku pun kau nak angin satu badan. Ni dengan siapa mak kau nak kenenkan ni?"
"Gee."
"OMG! Why Gee?"
"Apa main seru nama aku ni?" tiba-tiba Najiha muncul. Eh mana datangnya minah ni? Tadi rasanya tak ada pula nampak dia.
"Aku gerak dulu la Adam. Aku ada kelas." Bertuah punya kawan. Bila minah ni muncul laju je dia lari macam lipas kudung. Ada kelas apa kejadahnya kalau kelas dia lepas ni sama dengan kelas aku kejap lagi.
"Gee, kau tahu tak pasal .. " teragak-agak Adam hendak tanya.
"Apa?"
"Mummy aku datang pinang kau untuk aku."
"Tahu."
"Kau setuju ke?"
"Tak sebenarnya."
Yes! Kalau dia tak setuju maknanya tak adalah dia kahwin dengan aku nanti.Selamat aku dari monster kecil ni.
"Tapi.. mak aku minta aku setuju. Mak aku kata kalau aku nak tolak kau aku kena senaraikan 100 sebab kenapa aku tak suka kau. "
Kenapalah mama dengan mummy aku tu macam beria-ia sangat nak kita orang ni bersatu? Dah tu siap minta 100 sebab lagi tu.
"Jadi macam mana?"
"Tak ada 100 sebab kita kena kahwin la jawabnya. Tu pun tak faham ke?"
"Kau readylah dengan 100 sebab kau tu. Tak kan lah kau nak kahwin dengan aku ni pulak kan?"
"Why not? Kau kan hot, kaya, baik. Pendek kata semua pakej memang ada kat kau la. Kenapa aku nak lepaskan peluang ni pulak?"
Kenapa pula minah ni? Please, jangan minat kat aku. Bukan aku perasan diri ni hot stuff la, tapi sebab ramai yang terkejar-kejar nak kat aku la sampai sekarang aku tak bawa calon kat mummy. Yang terkejar-kejarkan aku tu semuanya pelik-pelik. Sebab tu aku fobia kalau bab nak berkawan rapat dengan perempuan. Satu-satunya yang memang boleh ngam dengan aku pun si Gee ni je. Tu pun sebab perangai dia yang memang selamber habis dan aku memang kenal dia dari kecil. Parents kita orang pun bestfriend sejak kecil lagi.
"Jangan main-main la Najiha! Kita kan bestfriend."
Najiha membulatkan matanya. Agaknya kalau anime, dah lama ada asap muncul kat telinga dia. Mesti dia marah sebab dia memang tak suka kalau orang panggil dia dengan nama 'Najiha' sebab dia kata nampak macam perempuan Melayu terakhir pula. Aku pun tak faham kenapa dia nak marah. Ye la, bukan ke perempuan suka kalau ada orang kata dia macam perempuan Melayu terakhir?
"First, Gee la not Najiha!" kan dah kata. Kompem dia marah..
"Second, bestfriend? Yes, tapi tak ada orang kata bestfriend tu tak boleh kahwin kan?"
What?? Statement kau macam kau sebenarnya setuju je.. Adam mula gelisah. Tak kan lah aku kena kahwin dengan Gee kot?
Okey, dia ni bukannya teruk sangat pun. Cute sangat orangnya. Muka pun bersih je, bebas dari sebarang parut jerawat. Cuma tu la.. dia ni agak brutal sikit dari perempuan lain. Kalau perempuan lain dah menjerit lari lintang pukang kalau nampak katak, dia boleh lagi ambil katak tu buat main-main. Last-last katak tu yang lari dari dia. Agaknya kalau katak tu boleh bercakap dah lama dia cakap 'Ampun, lepas ni aku tak akan muncul depan korang lagi.'
Lagi satu perangai Gee ni yang aku suka. Dia ni jenis yang suka berterus terang. Kalau dia tak suka, dia memang akan kata tak suka. Tak adanya dia nak kata suka tapi dalam hati duduk mengutuk. Karang free je dapat dosa Gee kata.
"So,macam mana ni? Kau macam setuju je?"
"Kau ada idea ke nak batalkan?"
*****
"Aunty, mari sini saya tolong potongkan sayur tu." pinta Najiha. Masuk dapur orang kenalah tolong apa yang patut. karang free je kena cop ana dara pemalas. Sebrutal-brutal aku, aku tahu memasak tau! Jangan pandah rendah pada aku yang kiut miut ni!
"Eh, tak apalah Jiha.. Jiha kan tetamu. Pergi la duduk depan tu berborak dengan Adam. Aina pun aada hari ni. kejap lagi dia balik."
"Eh, tak apalah aunty.. lagi pun Adam tengah berborak kat telefon tu. Girlfriend dia call."
Terus Puan Sofiya berpaling memandang ke arah Najiha. "Girlfriend?"
"Haah.."
"Tipu lah.. Adam mana ada girlfriend. Kalau tak mesti dia dah bagi tahu aunty."
"Kalau aunty tak percaya, cuba aunty dengar kat depan tu."
Puan Sofiya terus membasuh tangannya dan berlalu pergi ke ruang tamu. Betul ke kata Najiha ni? Kalau betul, kesian dia. Ye la, aku dan sibuk pinangkan dia untuk Adam tiba-tiba anak aku dah ada buah hati pula. Adam, jangan buat hal!
"Ye.. Saya ada kat rumah ni. Tak buat apa pun, tengah tengok Naruto ni."
Hrmm.. tu tak menunjukkan yang dia tengah berbual dengan girlfriend. Tak ada sebut 'baby' ke, 'ayang' ke .. Biasa kan anak-anak muda suka sangat guna panggilan yang manja-manja gi tu. Ni cakap dengan kawan ni.
"Nak jumpa? Ala.. Gee ada kat rumah saya sekarang ni. Jumpa esok?"
Eh.. apa nama Gee pula naik ni? Makin lama makin dekat pula jarak Puan Sofiya dengan tempat Adam duduk. Mulanya nak mengintip dari jauh.
"Sayang.. esok kita jumpa okey? Okey, muaaahhhh!!!"
Erk, ada ke cakap dengan kawan sampai bagi kiss through the phone sampai macam tu sekali? Mencurigakan ni..
Adam terus meletakkan Samsung Galaxy S4 nya di meja yang berada di hadapannya. Lalu Rota diambil dan di'ngap' kedalam mulut. Nyam nyam.. makan sambil tengok Naruto. Memang tak bergeraklah kemana-manalah jawabnya.
"Eh, mummy!" diusap dadanya perlahan. Mana tidaknya, pusing belakang je terus nampak mummy tengah tenung dirinya. Huii.. berhenti jantung aku 10 saat.
"Mummy buat apa kat sini? Tiba-tiba je pula tu.."
"Tak ada apa. Saja je." Puan Sofiya terus bergerak kembali ke dapur untuk meneruskan aktiviti memasaknya yang tergendala gara-gara nak mengintip perbualan anak terunanya tadi. Adam dah ada girlfriend ke? Kenapalah dia tak cakap dengan aku awal-awal? Kalau betullah memang ada, kenapa baru sekarang dia nak munculnya? kenapa buka 6 bulan lepas? Berkerut-kerut dahi Puan Sofiya memikirkannya.
Adam hanya memandang mummynya ke dapur. Kemudian dia tersenyum. Lalu Samsung Galaxy S4 diambil dan nombor seseorang dicari. Mesej ditaip lalu dihantar. Adam tersenyum lagi sambil membaca mesej yang baru dihantarnya tadi.
Nampak macam berjaya. Next mission!
*****
Mulutnya menguap besar. Nikmatnya dapat tidur macam ni.Tak payah fikir nak bangun awal nak pergi kelas sebab hari ni dah start cuti sem! Yahooo! Kalau boleh nak je dia melompat-lompat di atas katil pagi tu.
"Ain! Dah bangun belum?" pintu biliknya diketuk. Nasib baik tak melompat.. kalau tak mesti kena ceramah 2 jam tak berbayar.
"Dah, ibu."
"Cepat siap. Kita nak pergi rumah Aunty Sofiya ni."
Kena pergi juga ke? Ala.. malasnya nak mandi. Ingatkan hari ni nak mengadap laptop tengok drama Korea je.
Dengan langkah yang malas Najiha mangambil tuala lalu kaki dihala ke bilik air. Lagi selangkah nak masuk bilik air, tefon bimbitnya berdering. Ish, siapa pula la yang rajin sangat call aku awal pagi ni? Jadi satu kerja pula aku nak kena gerak balik ke katil tu. Dah la katil tu macam tengah goda aku suruh tidur balik.
"Assalamualaikum.." suara seraknya memberi salam. Bagi salam kan sunat. Dapat pahala. Senang je sebenanya nak kutip pahala kalau kita betul-betul praktikkan cara hidup seperti yang Islam dah tetapkan.
"Waalaikumussalam. Gee, kejap lagi kau datang rumah aku kan?"
"Ye la kot. Ibu cakap tadi. Apasal?"
"Kau bagi alasan apa pun asalkan kau tak payah datang sini."
Semacam je Adam ni. "Kenapa pula ni?"
"Kau tahu tak kenapa dia orang nak jumpa hari ni?"
"Tak."
"Mummy kata nak bincang pasal majlis tunang kita."
"Adam, plan B?"
*****
Beberapa hari sebelumnya..
"Kau ada idea ke nak batalkan?"
Adam menggaru dagunya gaya bagaikan orang sedang berfikir. Cuba untuk mencari idea yang paling bernas untuk menentang perkahwinan yang dirancang oleh kedua ibu bapa mereka.
"Ada tak?" gesa Najiha. Ish, aku memang pantang kalau aku tanya tapi orang buat derk je. Memang secara automatiknya darah aku akan menyirap naik.
"Sabarlah." Adam masih lagi berfikir. Kalau aku masih tak dapat idea, memang sah-sah la aku kena kahwin dengan Gee ni. Gee ni okey je tapi aku rasa macam lain pula bila memikirkan yang aku akan kahwin dengan Gee. Gee?? Dia bestfriend aku kot? Susah la nak bayangkan kawan baik sendiri jadi isteri aku nanti.
Tiba-tiba Adam merasakan bagai ada mentol lampu yang muncul dikepalanya. Ha! Tu dia.. idea sudah mari..
"Apa kata.. "
"Kata apa?" sampuk Najiha.
"Kau ni.. aku tengah nak bentang idea ni.. "
"Okey.." tangannya diangkat ke atas tanda surrender. kalau aku menyampuk karang dia suruh aku pula yang fikir. Dh la otak aku sekarang ni tengah kering kontang. Kering dari sebarang idea yang boleh dikatakan cerdik atau bernas untuk menentang perkahwinan kita orang yang dirancang oleh kedua ibu bapa kita orang.
“Apa kata
kalau..”
Najiha
menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap apa yang bakal Adam katakan.
“Aku pretend
macam aku ada girlfriend? Nanti mesti mummy rasa serba salah sebab tak kan dia
nak korbankan aku pula bila dia tahu yang aku dah ada girlfriend kan?”
Najiha cuba
menimbang-nimbang idea Adam. Macam okey. “Tapi.. macam mana kalau Aunty tak
percaya? Kau tu bukan pandai berlakon sangat pun. Kalau kantoi?”
“Kalau kantoi,
kita guna plan B lah..”
Sejak bila pula
ada plan B pulak ni? Plan A pun dah penat memerah otak fikir ni kan pula Plan
B.
“Mana datangnya
Plan B pulak ni?” Kepala yang tidak gatal digaru. Muka Najiha memang terserlah
ke’blur’annya.
“Plan A dari
aku, plan B mestilah dari kau..”
“Tapi aku tak
ada idea..”
“Aku ada idea..
sama macam plan A. Cuma kali ni kau pula yang ada partner. Ye lah.. ibu kau kan
lemah lembut orangnya. Takkan dia nak paksa kau kahwin dengan aku kalau kau dah
ada orang lain kan?”
“Masalahnya
sekarang, ibu aku memang tahu aku ni macam mana. Aku bukan jenis yang suka
kawan dengan lelaki. Satu-satunya yang aku rapat, kau je!” Jarinya ditunding ke
arah Adam.
“Masalah..”
Adam mengeleng kepalanya. “Alaaa.. kita try aje la.. Kalau dua-dua plan tak
menjadi, nampak gayanya memang kita kena reda je la..”
Pergh.. tu dah
ayat pasrah namanya. Najiha mencebik. “Tak ke pelik kalau kita..” tangannya
menunjukkan Adam dan dirinya “kahwin?”
Adam
menganggukkan kepalanya. “Agaklah. Pelik juga rasanya nanti. Kita dah lama
kenal kot. Semua pasal kau aku tahu. Pasal perangai kau yang orang lain tak
tahu.. Yang kau tu ada Ailurophobia.”
“Diamlah!” Ish, perlu ke sebut pasal fobia aku tu? Nampak pelik
sangat kalau aku yang kononya brutal ni tiba-tiba ada Ailurophobia pula. Kalau katak aku boleh dengan selambanya pegang, main-main
tapi.. bila yang tu je memang aku lari awal-awal.
“Okey, kalau dua-dua plan tu tak menjadi.. kita memang kena ikut
perancangan parents kita la kan?”
Adam menganggukan kepalanya. “Macam tu la nampaknya..”
******
Puan Marina
sudah lama sampai di rumah Adam bersama-sama suaminya sejak pagi tadi. Kata
mereka, Najiha akan datang ke rumah mereka sendiri sebab Najiha ada hal yang
perlu di selesaikan.
Tapi sekarang
dah pukul 11 pagi. Batang hidung Najiha pun dia tak nampak lagi. Mana pula la
dia ni? Kot la memang tak datang mesej la aku.. at least aku tak risau. Memang
la tadi aku yang kata jangan datang rumah aku tapi jangannlah sampai aku call
tak angkat, aku mesej tak balas. Buat aku risau je la Gee ni.
“Maaf la ye,
saya tak tahu pula mana perginya Najiha ni. Dari tadi saya call dia tak angkat.
Biasanya dia angkat je.” Puan Marina masih lagi mencuba mendail nombor anak
daranya. Risau! Najiha bukannya jenis
yang liat mengangkat telefon bila ada orang call.
“Kejap lagi dia
sampai la tu..” Puan Sofiya tersenyum untuk menyedapkan hati Puan Marina.
Tiba-tiba telefon Puan Marina berdering. “Hello?”“Ibu..” suara Najiha jelas seperti orang yang sedang ketakutan.
“Kenapa ni?” Puan Marina dah mula menggelabah. Ya Allah, janganlah ada apa-apa yang buruk jadi pada anak aku..
Adam yang mendengar intonasi Puan Marina seperti ada yang tidak kena dengan secara automatiknya merapati Puan Marina. Mulutnya bertanya tanpa suara. “Kenapa aunty?”
Puan Marina angkat bahu. “Kenapa ni Ain?”
“Ada..” suara Gee seperti tersekat-sekat. “Argghhh!!!” terus panggilannya terpadam. Puan Marina pantas mendail semula nombor Najiha namun hampa nombornya tidak dapat disambung.
“Ain? Ain?” Puan Marina makin cemas. Apa yang jadi kat anak aku ni?
“Kenapa aunty?” Adam dah makin risau. Dari muka Puan Marina je dia tahu mesti ada apa-apa jadi pada Gee.
“Tak tahu.. tiba-tiba je terputus. Aunty risau ni.”
Tanpa melengahkan masa Adam terus berlari keluar. Risau kalau ada apa-apa yang terjadi pada kawan baiknya itu.
*****
“Gee! Gee! Kau ada kat dalam tak?” jerit Adam dari luar rumah. Dia pun tak tahu kenapa dia terus je menuju ke rumah Najiha tadi. Tahu-tahu je dah sampai depan rumah Najiha.
Pintu rumah Najiha diketuk kasar. Masih tiada sahutan. Lalu dia mencuba membuka pintu. Tak kunci.. ada perompak ke?
“Eh, kenapa kamu masuk rumah tu?” tanya seorang pak cik yang kebetulan lalu di hadapan rumah Najiha. Mahu tak terkejut orang tua tu bila tiba-tiba ada orang gegar kan pintu rumah orang lain. Risau la kot tu perompak ke kan?
“Kawan saya kat dalam. Ibu dia risau dia tak angkat pun call.”
“Okey. Pak cik ikut kamu sekali.” Nak kena pastikan betul-betul yang tu bukan pencuri. Kalau ye? Naya je..
Dengan penuh berhati-hati Adam memasuki rumah tersebut. Di tangannya dah tersedia kayu besbol yang memang disimpan di dalam kereta. Kalau ada apa-apa, aku ketuk je dengan kayu ni.
Dia terus menaiki tangga menuju ke bilik Najiha. Pintu biliknya dibuka dengan penuh berhati-hati. Matanya terpaku apabila melihat Najiha sudah terbaring di lantai biliknya. Telefonnya pula masih berada di tangan.
“Gee!” Bahu Najiha digoncang. “Weh, bangunlah!”
Tiba-tiba ada seekor makhluk berbulu muncul dari bawah katil Najiha. Snow! Macam mana pula Snow boleh ada dalam bilik ni? Bukan Snow ada dalam bilik dia ke?
Blackberry dari dalam kocek dikeluarkan.Lantas nombor Puan Marina dicari.
“Assalamualaikum.. Aunty, Gee ada kat rumah ni. Dia pengsan!”
“Okey, aunty on the way ke sana.”
"Pak cik, kejap lagi ibu dia sampai sini." Ujarnya Adam pada pak cik yang dari tadi asyik memandangnya dari belakang. Ye la, sekarang ni mana boleh beza dah orang baik ke orang jahat kan. Tu pasal la, pak cik tu usyar Adam semacam je. Agaknya kalau aku boleh ditelan, dah lama dia telan aku.
"Okey, pak cik tunggu sini sampai ibu dia sampai." Putus pak cik tu.
Ikut suka pak cik la.. Asalkan Gee saya ni selamat dah la. Kejap! Gee saya?
*****
"Ibu risau tau tak bila Ain tak angkat call tadi. Lain kali jangan buat macam tu dah okey sayang?" Kata Puan Marina sambil memeluk anaknya erat. Mahu tercabut jantungnya tadi bila Najiha tak angkat panggilan. Risau kalau ada apa-apa yang buruk terjadi pada anak tunggalnya itu.
"Ala ibu ni, orang dah pengsan mana boleh angkat phone?" selama Najiha menjawab. "Lagi satu, macam mana Snow boleh keluar dari bilik dia? Tadi masa Ain dah siap mandi tiba-tiba je rasa ada benda menggesel kat kaki. Apa lagi meloncat la Ain atas katil tu ha. Masa tu la Ain call ibu. Tapi Snow pula selamba je naik atas katil Ain macam tau-tau je Ain tak suka dia. Rasa nak tembak je Snow ni tau! Sebab dia lah Ain tersadung jatuh katil sampai pengsan tadi!"
Puan Marina tergelak. "Amboi sampai macam tu sekali? Snow nak manja dengan Ain je lah.." Kepala anaknya di usap perlahan.
Adam yang berada di muka pintu dah tergelak. Macam manalah Gee yang kononnya brutal tu takut kat kau kan Snow? Kau ni dah la comel. Mata biru pula tu. Bulu lebat Snow diusap perlahan.
![]() |
Snow |
"Kau tak tahu apa jadi kat aku masa kecil dulu. Habis tangan aku kena cakar dengan kucing. Sebab tu la aku trauma sampai sekarang."
"Aku kan ada.. Tak payah nak trauma lagi la." Ujar Adam sambil mengenyitkan matanya.
Lajunya jantung aku berdegup. Macam aku baru lari seratus meter je gayanya. Terus dadanya dipegang.
"Kenapa ni?" tanya Adam risau. Dia meletakkan Snow kebawah lalu menghampiri Najiha. Karang kalau dia bawa Snow dekat dengan Najiha, mahunya dengan dia sekali kena tendang sampai pintu depan.
Muka Najiha dah makin merah bila Adam semakin menghampirinya. Puan Marina dan Puan Sofiya perasan apa yang terjadi. Faham sangat kalau kenapa muka boleh bertukar warna merah macam tu.
"Mummy rasa kan, kita patut cepatkan je tarikh tunang korang ni.Cepat tunang, cepat lah kahwinya." Puan Marina tersenyum sambil mengangguk.
"Eh, kenapa pulak??" Tak puas hati Gee jadinya. Punyalah payah dia dan Adam fikir idea nak lari dari kahwin, tiba-tiba mummy Adam nak cepatkan tarikh pula? Adam pun ... mengangguk je? Tak nak bantah ke ?
"Adam?" Najiha memanggil Adam nak pastikan yang Adam tak mamai masa mengangguk tu. manalah tahu mamat seorang ni tak dengar apa mummy dia cakap lepas tu main pakai angguk je.
"Ye?" Snow yang berada di lantai diambil lalu diletakkan diata ribanya. Alahai Snow ni, manja pula dia dengan aku hari ni. Kalau tak, asal nampak aku je mesti dia dah lari dulu. Ala-ala gadis pemalu pula gayanya. Ni mesti kes dia tahu yang aku ni bakal sebahagian dari keluarga ni nanti. Hahahaha.. Tanpa sedar Adam tergelak perlahan.
"Kau..setuju?" Najiha dah berkerut dahi. Sesenang ni je dia setuju?
"Haah."
*****
Biar betul ni?
Jarinya ditilik buat kali yang ke berapa pun dia tak tahu. Memang tak percaya lah. Macam manalah Adam boleh setuju? Yang lagi pelik, aku pun setuju je.. Hai cik hati, apa yang awak buat ni?
Telefonnya berdering meminta untuk diangkat. Dilihatnya nama pemanggil. Hrrmmm.. Adam.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Sepatah dia menjawab. Tak tahu nak tanya atau cakap apa dengan Adam yang baru sahaja bergelar tunangannya.
"Nak tahu tak kenapa saya tak bantah?"
"Kenapa?" Curious tau tak. Dia yang melebih nak bantah awal-awal tiba-tiba dia pula yang selamba kucing parsi je terima. Tersampuk alien planet Marikh ke apa?
"Sebab masa saya jumpa awak pengsan tu, saya rasa sedih sangat. Terbayang macam hidup saya kalau tak ada awak di sisi saya. Sunyi."
Ceh, ayat romantik melebihi had. Cair..cair!
"Awak?" Adam pula bertanya.
"Apa?"
"Kenapa terima?"
"Err.." Jujurnya aku pun tak tahu kenapa aku terima. Boleh je kan kalau aku nak bantah masa tu kan? Tapi kenapa aku terima? Aku pun tak tahu.
"Gee.. ada lagi tak tu?" Lama sangat Najiha diam. Manalah tahu kot Snow masuk bilik dia lagi. Mana lah tahu pengsan lagi Gee aku tu.
"Ada."
"So,kenapa?"
"Tak ada sebab yang spesifik. Tak tahu kenapa ak.." aku nak bahasakan diri aku apa ni? Saya? I? Hamba? Gua? Sayang? Euwww.. Tak biasa!
Tak semena-mena Adam tergelak. gelak seolah-olah dia senang melihat persembahan badut sarkas je bunyinya.
"Ni apasal gelak tiba-tiba ni?"
"Kelakar. Awak tak tahu nak bahasakan diri apa kan? Sama la dengan saya. Rasa kekok. Biasanya kan kita main hentam aku-kau je , tiba-tiba hari ni saya-awak pula."
Najiha pun bantai gelak sama akhirnya. Masing-masing rasa kekok sebenarnya. Tapi tu lah, tak manis kalau dah bergelar tunang tapi masih gunakan aku-kau kan? Better saya-awak.
"Awak percaya tak esok kita bakal diijab kabulkan?"
Err.. sebenarnya aku rasa tempoh pertungan kita orang ni macam terlampau cepat. Sehari je kita orang bertunang. Esok, terus akad nikah. Cepat kan?
"Diam tu tandanya tak percayalah tu. Sama je la kita ni. Tapi tak apa, kita ada banyak lagi masa lepas ni untuk hilangkan rasa kekok kita ni."
Najiha menganggukkan kepalanya tanda setuju walaupun dia tahu Adam tak nampak anggukkannya itu.
*****
Jantung aku dah rasa nak terkeluar dah ni. Tapi aku tengok Adam relaks je depan tok kadi tu. Cik jantung, sila berdegup seperti biasa ye? Saya tak main lumba lari hari ni..
"Aku terima nikahnya..."
dup..dup..
"Sah?" tanya tok kadi kepada saksi-saksi.
"Sah!"
Terus mengalir air mata aku masa tu. Sekarang aku dah sah menjadi isteri kepada Muhammad Adam bin Azrul a.k.a bestfriend aku sendiri. Kawan yang aku dah kenal sejak kecil lagi! Rasa macam tak percaya je!
"Ain.. janganlah nangis macam ni. Comot!" Ujar ibu sambil mengelap air mataku.
"Ibu pun nangis juga .." Ujar Najiha sambil mencebik.
Puan Marina tersenyum. "Ni nangis bahagia tahu tak? Anak ibu ni dah kahwin hari ni. Dah jadi milik orang lain."
"Ain tetap milik ibu dan ayah selama-lamanya. Cuma sekarang Ain dah tambah penjaga baru je." Ujar Najiha sambil tersenyum.
*****
"Malam ni kita punggah semua hadiah nak tak?" Cadang Adam.
Najiha pun setuju je. Dia memang suka bab buka hadiah ni. Mana tidaknya, sampaikan hadiah orang lain pun kadang-kadang dia yang pergi buka dulu. Kesian orang yang dapat hadiah tu, tak suprise dah dia bila Najiha yang buka dulu hadiah dia. Siapa lagi mangsanya kalau bukan Adam?
Hadiah yang paling besar dibuka. Lembut je ni.. Tekan-tekan dari pembalut je dah dapat teka apa benda kat dalam. Ha.. kan dah kata, toto! Gambar Disney Princess pula tu.
"Ha, buat apa tu?" Tanya mummy yang berada di muka pintu.
"Punggah hadiah mummy." penuh ceria Adam menjawab. Tangannya masih lagi sedang membuka balutan hadiah yang diterima.
"Kenapa tak kunci pintu? Karang tak memasal je ada orang nampak apa yang tak sepatutnya. Malam ni kan malam..." Mummy tersengih.
Malam apa? Malam Ahad?
"Dah la tu awaknya. Jangan nak mengacau orang malam-malam buta ni." Aik, bila masa pula ada daddy ada kat belakang mummy ni?
"Alah, saya nak ingatkan je..Okeylah, mummy tidur dulu la ye. Good night! Selamat pengantin baru!"
"Meow!" Macam suara Snow je tu, tapi mana datangnya Snow kat rumah mummy ni? Terus kepalanya dipalingkan ke arah Adam. "Awak ke yang bawa Snow ke sini?"
Adam tersengih. "Tadi masa nak ke rumah mummy Snow bergesel kat kaki saya.Tu tandanya dia nak ikut kita sekali la kan? Ibu pun bagi je saya bawa Snow sini."
Mesti ke ada Snow kat rumah mummy ni? Di buatnya Snow tiba-tiba muncul dalam bilik ni, mahunya aku tak tidur malam ni. Adam, kenapa awak bawa dia ke sini?
"Jangan risau la. Kalau Snow datang, saya suruh dia tidur luar. Tak kan lah saya nak isteri saya yang kononnya brutal ni tak tidur malam ni kan? I'm your knight remember?"
Makin lama makin dekat pula Adam ni dengan aku. Jantung aku pun makin laju. Macam nak tercabut keluar pun ada! Aku dah rasa macam dah boleh bernafas ni. Kenapa Adam ada aura ala-ala nak menggoda aku malam ni?
Adam pula bila dah nampak muka Najiha makin merah, makin giat lah dia menyakat. Suka sangat tengok muka Najiha merah macam tu. Cute sangat!
"Saya rasa macam nak menyanyi la pula malam ni. Boleh tak?" Pulak!
"Nanti kacau mummy dengan daddy la.."
"Tak ada lah. Mummy dengan daddy tak akan dengar punya. Bilik dia orang kan kat tingkat atas." Ujar Adam sambil mengambil gitarnya. "Nak nyanyi lagu apa ya?" Hek eleh, gaya macam baru nak fikir nyanyi lagu apa tapi aku kompem la, dia dah plan awal-awal nak nyanyi lagu apa sebab dia bukan pandai nyanyi sangat pun.
Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagiaku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku
Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir
Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu
"Macam mana? Ada macam Nomad tak?" Gitarnya diletakkan di sisi meja.
Najiha masih terdiam. Dia menunduk.
"Gee.. kenapa ni?" Risau dibuatnya. kot la lagu tu ada mengingatkan Gee pada ex dia ke kan?
"Tak, saya terharu."
"Sebab?"
"Awak sanggup nyanyi walaupun.. suara awak tu macam katak nak panggil hujan je." Najiha tersengih.
Adam dah tarik muncung. Ceh, punyalah sepenuh hati aku nyanyi untuk dia, dia kata suara aku suara katak panggil hujan?
"Hei, apa muncung-muncung ni?" Adam masih lagi buat tak tahu. Masih lagi meneruskan sesi rajuknya. "Nak tahu nak hujan tu petanda apa?"
Keningnya diangkat. Malas nak bertanya guna suara. Tengah dalam mood merajuk ni..
"Hujan rahmat membawa berkat..
Bukan sebarangan katak puru..
Saya tahu awak suka makan coklat..
I Love you.."
Terkesima sebentar Adam dibuatnya.Tapi tak lama kemudian Adam pula yang tersengih bagaikan ada agenda yang berada di fikirannya.
"Saya pun ada pantun untuk awak! Dengar tau.."
"Dari kecil hingga ke besar,
Asal jumpa mesti bergaduh,
Dah lama saya nak bagitahu awak,
I love you so much! "
"Malam ni malam berpantun ke? Dah la cara kita cipta pantun macam nak buat sasterawan menangis je gayanya."
Adam tersengih. "Nak buat macam mana, kita berdua bukan nya budak sastera yang pandai cipta pantun. Hentam je sudah!"
Ceh, suka suki dia je. Nak buat macam mana, aku pun lebih kurang sama je. Pakai main hentam je buat pantun pelik tu. Nak buat macam mana, kalau aku kata dia pelik, sebenarnya aku pun 2 x 5 je sama perangai dengan Si Adam ni.
"Awak nak tahu tak, pantun awak tu la pantun paling sweet pernah saya dengar."
"Tahu." kembang hidung kejap! Hahaha.. "Awak punya pun!"
"Awak tahu tak tadi ada orang bagi hadiah anak kucing?"
Membulat mata Najiha. Kucing? Mana nak letak kucing tu? Rumah aku? Tidak!
"Siapa bagi?"
"Saya."
"Jangan gurau la!" Ada juga yang kena tendang sampai pintu gate malam ni karang.
"Tak.. serius ni."
"Kenapa?"
"Sebab awak takut kucing."
Memang sah la Adam ni nak kena tendang sampai gate depan tu. Dah tahu aku takut kucing dia lagi nak bela kucing? Bela tak apa, jangan kucing tu kacau aku dah la. Sekali kalau kucing muncul depan aku, bukan kucing tu yang lari tapi aku yang lari dulu! Haisshh.. sampai macam tu sekali fobia aku. Agaknya bila la aku nak okey dengan kucing ni ye?
TAMAT
******
Ni la cerita yang paling tension Syira pernah buat sebab lappy asyik hang je! Memang rasa nak hempuk2 je lappy ni! Tapi lappy saya ni baik (?) About the 'brutal'.. tak nampak mne brutalnye kan? sorry about that.. hehehe..
ok, papehal drop your comment ok? Sorry kalau rasa boring bila baca.. Dah lama gila tak tulis cerpen sebab busy T_T
Okey, thanks for reading :)
so far ok...nic when you put my faberet song...heheheh gud jobs....
ReplyDeletethanks :)
DeleteAhhaaaa..finally, you did the comeback. Comel je :D keep it up :)
ReplyDeletethanks :) !
DeleteNice story,tak bosan pom bace...good luck writer..@:
ReplyDeleteNice.. wlaupun xsuit ngan title die. Gee seems xbrutal sngt.. huhu.. keep it up writer.. :*
ReplyDelete-Leena
Mmg best...suka bca..part yg akhr tu lawak bantah habis sya ktwa....
ReplyDeleteAnyway...i like it :-) :-D