"Girl.. bila nak balik sini? I miss you already la." Suara yang di sana dah merengek manja. Yang mendengar dah tersengih sengih. Nak buat suara manja tak kena dengan umur tau orang yang sana tu!
"Maybe next week girl balik la kot. Cuti raya kan?" Kalau ikutkan memang nak balik setiap minggu. Namun apakan daya, assignment yang berlambak menghalang niat yang satu tu.
"Girl balik sini siap-siap beli baju raya ke nak beli sini dengan daddy?"
"Girl beli sana dengan you la daddy. Baru matching gitu!" Gaya borang macam dengan siapa je. Daddy aku tu! Kalau orang lain dengar mesti dah cair taik telinga dengar aku cakap macam ni. Gaya macam cakap dengan sugar daddy pun ada. Tapi ni daddy kandung okey?
"Good! Daddy pun dah survey nak warna apa tahun ni. Balik nanti call tau. Biar daddy ambik dekat airport. Tak payah nak suprise, tiba-tiba muncul depan pintu!"
"Okey daddy. Nak balik nanti orang call daddy. Ermm.. orang ada assignment nak siapkan ni."
"Okey, daddy pun ada meeting kejap lagi ni. Apa-apa hal call daddy. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
*****
"Tiha, kau balik nanti dengan siapa?" Yaya, bestfriend merangkap roomate aku bertanya sambil mengacau milo panas di pantri. Nak stay up la tu.
"Balik naik bas la. Mana ada driver nak datang ambil." Tekak ni nak minum milo la pula bila nampak Yaya bancuh milo. Cepat terpengaruh betul!
"Tak, maksud aku nak ke jeti tu. Macam la aku tak tahu kau tu kan takut kalau nak ke sana sendiri." Acer dibuka. Buku Anatomi dan Fisiologi dibuka. Tak boring ke dia study subjek tu?
"Aku kena pergi sendiri la. Kau dengan Naz balik pagi tu kan? Aku balik malam. 12.30 pulak tu!" Kalau ikutkan aku memang selalu balik dengan kawan satu course tapi di sebabkan dia orang balik lambat sikit, memang aku kena beranikan diri la ke sana sendiri.
"Kesian kau. Balik nanti hati-hati okey? Kalau boleh bawa payung sekali! Apa-apa hal ketuk je dengan payung. Jangan lupa bawak spray lada yang aku bagi tu. Ada lagi tak?" Sekali Yaya bagi nasihat sebijik macam mak nenek. Panjang berjela. Tapi tak apa, panjang berjela pun sebab risaukan aku.
"Ada. Ni.." Spray lada yang elok disimpan di dalam laci di keluarkan. "Tapi boleh pakai lagi ke?" Kot la benda macam ni pun ada expired date jugak.
"Insya Allah boleh pakai lagi. Cuba spray kat tangan kau. Kalau pedih boleh lagi la tu."
Meh sini kita spray sikit kat tangan. Penutup dibuka dan terus ditekan.
"Arghhhh!!" Aku menjerit lantang. Pedih!
"Kau ni dah kenapa?"
"Salah spray!" Laju kaki melangkah ke sinki nak basuh air lada tu. Tapi makin panas adalah.
"Nah ais ni. Letak kat muka tu. Insya Allah kurang la kot sikit pedih tu." Ais yang diletak di dalam sapu tangan itu diambil dah diletak di kawasan yang terkena air lada. Uhh lega! "Lain kali tegok la mana nak spray tu. Bahaya la kau ni!"
"Mana nak tahu aku salah spray."
"Tak payah nak duckface sangatlah! Tak comel okey?"
Tak comel pun kawan kau juga.. Hehehe. Eh lupa! Tadi kata nak buat milo. Spray lada punya pasal sampai lupa nak buat milo.
"Yaya, air panas sikit!"
Yaya angguk.
"Milo jugak!"
"Ambil je la Cik Fatihah oi. Bukan ke kat tupperware tu aku dah letak note siap-siap ?"
Aku sengih je. Kan dah kena. Kacau lagi dia study. Dah terang-terang Yaya tulis dengan marker merah kat atas kertas yang dah ditampal atas tupperware tu "SIAPA NAK AMBIK JE :) "
*****
"Okey class, selama cuti ni jaga diri elok-elok. Jangan lupa kasi share cerita pasal apa kita belajar ni kat kawan-kawan masa raya nanti." Ujar Sir Rajan, lecturer CDC (Communicable Disease Control). Semenjak nak dekat-dekat raya ni, makin rajin dia ingatkan semua budak-budak course aku macam tu.
"Ye sir.. ye.." Tiqa yang berada di barisan paling hadapan memberi respond.
"Jangan ye je.. buat!"
"Iye sir!" Tangannya diangkat bagai tanda salute. Comel je Tiqa buat macam tu!
"Sir, tak nak bagi duit raya kat kita orang ke?" Nani pula bertanya. Nani ni nampak je kecik tapi jangan pandang rendah pada dia. Tu la budak paling genius dalam kelas. Tidur macam mana pun setiap sem dapat dekan.
" Awak semua dah besar la. Mana boleh dapat duit raya dah. Ish, melayan awak semua ni kan, sampai esok pun tak habis! Saya pergi dulu la, ada kelas dengan budak sem 1 pulak lepas ni."
"Korang, cepat sikit! Bas dah nak sampai tu. Kalau lambat tinggal!" Jerit Azrin, budak yang bertanggungjawab pasal hal bas. Almaklumlah nama je tinggal kat Permatang pauh tapi belajarnya dekat Bertam. Memang naik bas la jawabnya. Orang lain kelas pukul sembilan, pukul lapan duk guling atas katil lagi. kita orang? Sebelum pukul tujuh dah terpacak menunngu bas. Tu kalau tak nak kena tinggal la. Kalau lambat juga prebet la jawabnya.
*****
--Dalam Bas--
Paling menyampah bila terpaksa kongsi bas dengan budak sem 1. Urghh!! Kalau perangai tu normal tak apa lah juga. Ni tak, duk berborak sebelah gaya macam kawan dia duduk jauh nun sebatu! Adik, fahamilah kakak awak ni nak tidur!
Sudahnya aku keluarkan headphone dari dalam beg. Memang dah prepare awal-awal, kot benda macam ni akan jadi. Fisya dah lama terbang ke alam mimpi dari bas belum gerak lagi. Duduk terus dia tidur. Penat sangat kot.
Tiba-tiba aku rasa bahu aku disentuh seseorang. Terus aku berpaling ke belakang. Headphone dibuka. "Kenapa?"
"Tidur ke?"
Aku geleng. "Apsal?"
"Tengok Return Of The Superman tak?" Iman tersengih. Apa ke benda nye tu? Ada movie baru ke?
"Apa tu?"
"Lebih kurang macam Running Man la. Tapi yang ni pasal bapak jaga anak. Kalau kau ada, aku nak copy." Ha.. ni lagi seorang! Kalau nak copy cerita je aku la yang dicarinya. Tapi aku tak kisah pun sebab dia orang copy dari aku, aku copy balik yang dia orang punya. Sharing is caring kan? Hahahaha.. Ada pula guna konsep tu dalam nak copy movie?
"Owh.. tak tengok. Sorry."
"Tak pe tak pe.. aku tanya je. kot la kau ada."
*****
"Dah call Pak Cik Kamal?" Ni yang buat aku sayang Yaya lebih! Dia dah sampai rumah rumah pun ingat lagi nak call aku. Risau pasal aku yang tak balik lagi ni.
"Dah. Aku pergi pukul sembilan kejap lagi la kot." Memang best la lepas tu aku kena melangok tiga jam setengah tunggu bas. Sendiri pulak tu!
"Ingat, spray lada tu simpan dalam poket. Apa-apa hal, sembur je!"
"Iye maaakk..."
"Ish budak ni!"
Aku gelak je la. Nak mengusik lagi karang kalau dia off phone siapa yang menyesal? Aku jugak!
" Semua barang dah simpan? Kad matrik? Keluar nanti jangan lupa kunci rumah!" Nasiblah aku jadi orang last yang balik dalam rumah ni. Akak senior awal-awal dah balik.
"Lagi?"
"Jaga diri, sampai nanti call! "
"Ai ai mem!"
Tadi aku cakap dengan Pak Cik Kamal aku nak keluar ikut gate belakang. Ni dah pukul 8.30. Baik aku turun sekarang. Kejap lagi kalau turun lambat, mula lah aku nak kalut itu ini. Tu terlupa la.. ni tertinggal la.. Aku ni kadang-kadang ngokngek jugak! Hadoii..
Laptop? Check! Bateri dah kasi full..
Headphone? Check! dah letak kat leher pun.
Handphone? Check! Duduk dalam poket ni diam-diam.
Hrmm... apa lagi? Haaa!! Kad matrik!
Lantas aku berlari semula ke dalam bilik. Nasib baik Yaya ingatkan tadi, kalau tak mampus aku nak patah balik ke bilik semata-mata nak ambil kad matrik ni. Polis bantuan kat belakang tu kalau tak ada kad matrik, memang mimpilah kau nak keluar!
Okey, rasanya dah complete barang aku. Lepas pastikan semua suis elektrik dan paip dah tutup, aku kunci pintu. Okey, setel!
Daddy... wait for me!
*****
Nasib baik la aku ada copy movie baru dalam laptop ni tadi. Kalau tak mahu bosan aku dalam bas ni. Semua tidur. Mata aku pula dah payah nak tidur sebab ni bukan masa aku tidur. Biasa aku tidur pukul dua tiga pagi. Tu yang susah nak lelap ni.
Sebab Iman kata The Return Of Superman ni best, jadi aku pun minta la dia copy tadi. Nak juga la aku tengok macam mana tahap 'best' nye.
First episod je aku dah terkekeh ketawa. Nasib baik tempat aku ni jauh ke belakang dan tak ramai yang ada dalam bas ni. Kalau tak, mahu aku kena marah sebab bising.
Gila comel bila tengok si ayah yang jaga anak-anak. Yang anak-anaknya pun .. comel! Lagi-lagi kembar tiga tu! Urghh geram tengok pipi dia orang!
Haru pun.. besar! Tak serupa macam budak empat tahun. Rupa-rupanya ni la Haru yang Iman asyik mention kat aku tu. Haru comel la.. itu la.. ini la.. Kali ni aku sendiri yang mengaku, memang comel pun! Hehehehe..
Bila tengok, aku teringat kat daddy. Susah macam ni ke daddy nak besarkan kita orang?
*****
Alhamdulillah, sampai pun aku kat rumah. Ye ye je daddy suruh aku call dia kalau aku nak balik. Tapi bila aku call tadi dia tak angkat pula. Yang rajin duk menjawab si operator tu. Huh!
Sudahnya aku balik sendiri ke rumah naik teksi. Ala, bukan jauh mana pun rumah aku dari bus stop ni. Jalan kaki pun boleh tapi masalahnya aku penat. Penat sebab tidur je 7 jam dalam bas. Hehehe.. Membuta pun penat tau!
Ni lagi satu hal bila aku balik tak ada orang ni apa cerita? Daddy mungkinlah pergi kerja, sampai Faiz pun tak ada ni apa cerita? Bukan budak sekolah dah mula cuti ke? Disebabkan aku pun malas nak fikir mana semua orang pergi, aku terus je la masuk rumah dengan kunci pendua yang aku ada. Daddy memang bagi aku kunci pendua ni kat aku, takut la masa aku nak balik dia atau orang lain tak ada. Macam hari ni.
Lepas siap mandi, aku pergi ruang tamu. Nak tengok kot la ada yang dah balik. Malangnya tak ada siapa pun yang ada. Mana pergilah semua orang ni?
Nombor daddy di dail. Daddy, please pick up the phone!
"Hello?" Faiz?
"Assalamualaikum. Korang kat mana?" Kalau Faiz yang angkat, sah-sah la dia dengan daddy kan?
"Waalaikumussalam.. kita orang dekat..."
"Luar. Kejap lagi kita orang balik." Kenapa suara daddy macam lemah? Daddy penat kot..
"Okey, hati-hati tau.."
*****
"Sorry tau daddy tak dapat nak ambik Tiha pagi tadi. Daddy ada hal penting."
"Tak ada hal la daddy. Tiha boleh je ambil teksi." Rasanya tak perlu la kot aku asyik nak bergantung kat daddy je 24 jam kan? Mana yang aku boleh buat sendiri tu aku cuba buat sendiri.
"Ni kita nak kemana? Klang ke Shah Alam?"
"Klang la daddy!" Faiz, kalau pasal nak beli baju raya dia la yang paling semangat sekali. Lebih dari aku! Daddy pun ikut je la kehendak si Faiz. Aku pun tak adalah nak dengki apa, sebabnya bagi aku dapat raya sama-sama pun dah kira bersyukur. Kalau pasal baju raya, pakai baju tahun lepas pun aku sanggup. Boleh dikira berapa lama aku pakai baju tu. Pagi je kot aku pakai, petang dah pakai tracksuit dengan t-shirt. Kes malas nak beraya rumah orang.
*****
Takbir yang bergema membuatkan aku berasa sebak. Tak tahu kenapa, tapi memang macam ni setiap tahun. Asal dengar takbir raya je, aku rasa sebak. Mungkin sebab aku mengenangkan kita orang memang sentiasa beraya bertiga kot.
Ada la rasa sayu bila tengok orang lain beraya sekali dengan mak dia orang. Kita orang?
"Daddy, Faiz minta maaf kalau Faiz ada buat salah. Halalkan segala makan dan minum Faiz. Terima kasih sebab jaga dan besarkan Faiz dengan penuh kasih sayang. Love you daddy!" Tangan Daddy dikucup. Tak cukup tangan, kedua-dua belah pipi daddy pun Faiz kucup.
"Iye.. daddy maafkan. Faiz pun anak yang baik. I love you more son."
"Copy paste ayat Faiz daddy.." Aku tersengih. Memang habis dah modal aku nak minta maaf. Ayat aku sama je dengan Faiz.
"Ceit, copy cat! Tak payah bagi duit raya kat kakak Daddy!" Elehh, gaya macam dia yang bagi duit raya kat aku.
"Okey okey.. Daddy, Tiha nak minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki di atas segala salah dan silap Tiha selama daddy besarkan Tiha. Halalkan segala makan, minum dan ilmu yang daddy curahkan kepada Tiha. Terima kasih sebab besarkan kita orang dengan penuh kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Terima kasih untuk segala-galanya daddy! I love you soo much! "
"Ish Tiha ni! Buat daddy nak nangis la pulak." Daddy kesat air mata yang baru nak tumpah. Control macho sungguh daddy aku ni. "Tiha, kalau hari ni daddy nak buat satu permintaan boleh?"
"Apa?"
"Daddy nak Tiha maafkan mummy?" Dalam banyak-banyak benda yang aku boleh buat, ni je satu-satunya benda yang memang berat sangat aku nak buat. Bukan tak boleh, tapi bila aku nak maafkan, aku teringat dan terbayang apa yang jadi dulu.
Bukan senang aku nak maafkan dan lupakan apa yang dah terjadi. Bukan semudah tu aku nak lupakan semuanya. Daddy yang menanggung semua tu. Daddy yang terpaksa jaga aku dengan Faiz siang malam. Mummy?
Jenguk kita orang pun tak. Call? Sebulan sekali pun payah. Agaknya dalam setahun, adalah dalam sekali kot dia call. Call semata-mata nak wish birthday. Sekadar ' Happy Birthday sayang!' lepas tu terus off phone. Tipulah kalau aku tak terasa. Tipu!
"Daddy boleh minta apa sahaja, tapi bukan yang tu." Terus aku bangun nak berlari ke bilik. Tak sanggup aku nak ingat semula apa yang dah berlaku 15 tahun lepas. Sejarah paling hitam, paling aku ingin lupakan.
*****
--15 tahun sebelum--
"Saya dah tak larat dah nak hidup macam ni. Saya penat awak tahu tak?" Mummy hempas beg atas sofa. Baju-baju di dalam almari dikemaskan ke dalam beg besar. Mummy nak pergi mana?
"Qis, janganlah macam ni. Abang janji, abang akan cuba perbaiki hidup kita ni. Abang janji!"
"Cuba. Tu la yang awak asyik ulang. Saya dah bosan awak tahu tak? Saya bosan hidup macam ni! Hidup hutang keliling pinggang, nak makan pun susah! Kalau awak sayangkan saya, awak lepaskan saya!"
Habis saja mummy kemaskan baju ke dalam beg, dia terus melangkah keluar rumah. Daddy cuba mengejar mummy sampai ke muka pintu. Malangnya daddy tersadung dan terjatuh. Kepala daddy berdarah. Aku terus berlari ke arah daddy. "Daddy, darah!"
Daddy hanya tersenyum dan meminta aku menjaga Faiz yang sedang tidur. Selepas itu daddy terus keluar.
Malam baru daddy balik rumah. "Daddy, mummy mana?"
"Tiha, maafkan daddy. Maafkan daddy sebab mummy tinggalkan kita. Maafkan daddy." Kata daddy sambil memelukku erat.
Sejak hari tu aku cuba berkali-kali menelefon mummy namun tiada siapa yang menjawab. Kenapa mummy tak jawab panggilan aku? Kenapa? Apa salah aku?
Semakin lama aku semakin memahami situasi yang berlaku. Mummy sebenarnya bosan hidup miskin. Dia mahukan hidup mewah tanpa kami di sisinya. Lagi pun dia sudah jumpa orang lain. Tak lain tak bukan bekas kekasih mummy masa zaman universiti dulu.
Sungguhlah aku kesian pada daddy. Kenapa mesti mummy buat macam ni pada daddy? Hidup kita orang masa tu pun bukan susah mana. Cukup la nak makan dan pakai. Dari saat itu aku mula membenci mummy kerana mummy seorang yang pentingkan diri sendiri! Sanggup dia tinggalkan kami di saat kesusahan?
*****
"Tiha?"
Popular sangat ke aku ni sampaikan orang yang aku tak kenal ni pun boleh kenal aku? Muka boleh tahan.. hrmmm...
Tiba-tiba dia tergelak. Eh, mereng ke apa?
"Sorry sorry! Saya tahu awak tak kenal saya, tapi saya kenal awak. Saya Amran." Tangannya dihulur mahu bersalam.
Aku cuma mampu tersenyum dan menunduk sedikit. Tanda hormat dan sebagai tanda aku tidak boleh bersalaman dengannya. iyelah, bukan ke kalau bukan muhrim tak boleh salam? Harammm..
"Maaf." Mukanya mula bertukar merah.
Aku cuma tersenyum sambil menggelengkan kepala.
" Jangan risau, saya bukan nak tackle awak. Saya dah kahwin pun." Ceh, bajet aku nak tangkap cintan dengan dia la tu? Tapi.. boleh jadi juga kalau dia tak bagitahu yang dia dah kahwin aku boleh terjatuh hati jiwa raga dekat mamat ni. Muka dah la hensem! Hailahhh hati perempuan..
"So, awak nak apa?"
"Boleh awak ikut saya? Ada orang nak sangat jumpa awak sekarang ni." Boleh percaya ke mamat ni? Zaman sekarang ni bukan boleh percaya siapa-siapa. Kadang-kadang tu, muka je baik tapi... perangai nauzubillah! Ya Allah lindungilah aku!
"Aw..awak.. nak suruh saya ikut ke mana pulak ni?" Aku undur beberapa langkah ke belakang. Kalau apa-apa hal aku lari je sekuat hati sambil jerit minta tolong nanti. Jantung aku pun dah macam nak terkeluar je ni. Spray lada yang Yaya bagi aku keluarkan dan ready bila-bila masa je nak sembur.
"Tak.." Kedua-dua tangannya diangkat ke atas tanda surrender. "Saya bukan orang jahat la. Saya.. saya.. abang awak!" Erk! Zaman mana pulak aku ada abang ni? Aku kan anak sulung daddy dengan mummy? Apa benda mamat ni merapu pulak ni?
"Saya abang tiri awak." Oh.. maksudnya mummy dah kahwin baru la lepas berpisah dengan daddy? Tahniah la mummy.. Tahniah sebab sanggup tinggalkan daddy dan kahwin dengan orang kesayangan mummy tu!
"So?" Terus berubah nada suara aku. Terus jadi marah.
"Mummy sakit. Dia nak jumpa awak. Dia dah tenat tu."
"Saya tak akan tertipu dengan helah mummy.. takkan!" Tanpa menunggu balasan mamat yang baru saja mengaku sebagai 'abang' aku tadi, aku terus berlari meninggalkan dia. Hati aku dah terlalu rapuh untuk menerima mummy. Maafkan Tiha mummy..
*****
"Tiha..I'm sorry okey? Mummy tahu mummy salah, mummy tinggalkan Tiha dengan Faiz bila mummy ada masalah dengan daddy. Tapi mummy nak Tiha tahu yang mummy tak pernah lupakan Tiha dan Faiz selama 15 tahun ni." Air mata mummy mengalir deras.
Mummy, senang je kan mummy nak minta maaf bila dah buat hati Tiha berkecai macam ni? Tiha sakit bila tengok daddy nangis malam-malam. Hati Tiha sakit mummy!
"Mummy cuma nak minta kemaafan dari Tiha je sebelum mummy pergi. Mummy tak ada masa lagi Tiha. Mummy boleh 'pergi' bila-bila masa sahaja." Kata mummy sebelum rebah.
"Mummy!"Aku berlari menuju ke arah mummy. Tapi mummy dah tak bernafas. Tubuhnya juga sejuk. Kaku. Mummy? Don't leave me again!
"Semua salah kau! Kenapa kau tak nak maafkan mummy! Kalau kau maafkan mummy dia tak akan sakit sampai macam ni! Semua salah kau!" Amran dah tolak aku jauh dari mummy. Tubuh mummy dipeluknya.
Daddy hanya memandang aku sayu. Tak berkata apa. Mukanya seperti dia kesal dengan aku yang tidak memaafkan mummy.
Andainya aku boleh mengundur masa, aku ingin peluk mummy, cium pipi mummy dan katakan yang aku sangat sayangkan dan rindukan dia! Mummy, Tiha minta maaf! Tiha sayang mummy! Jangan tinggalkan Tiha lagi mummy!!
*****
"Malam tadi Tiha mengigau." Senada suara daddy. "Setahu daddy, Tiha bukan jenis yang senang mengigau masa tidur kan? Tiha ada fikirkan sesuatu ke?"
Aku tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa nak berfikir. "Mummy sakit apa daddy?"
"Dia ada barah payudara. Dah stage ke tiga." Muka daddy berubah keruh. "Dia kata dia nak jumpa Tiha before dia buat operation. " Daddy capai tangan aku. "Please Tiha.. jumpa dia. Walau apa pun yang terjadi, dia tetap orang yang kandungkan Tiha selama 9 bulan, yang lahirkan Tiha, yang jaga Tiha. Tak kan sebab silap dia yang satu tu Tiha tergamak nak benci mummy?"
Satu benda dalam dunia ni yang paling aku tak boleh nak tahan ialah bila daddy mula sebut 'please' pada aku. Sungguhlah aku rasa sangat lemah bila daddy sebut perkataan tu. Seolah-olah daddy merayu pada aku ; dan aku tak mampu nak tunaikan permintaan daddy yang banyak berjasa pada aku dan Faiz.
"Okey, Tiha cuba. Ni semua untuk daddy."
*****
Pintu bilik mummy aku ketuk. Aku sebenarnya belum bersedia nak jumpa mummy. Tak tahu nak kata apa kalau aku jumpa mummy.
"Masuklah." Suara lemah mummy menjawab ketukan pintu aku. "Tiha?" Mummy cuba untuk bangun dari baringannya bila nampak aku masuk.
"Mummy baring je. Tak payah bangun. Mummy kan sakit." Aku mengambil tempat di sebelah katil mummy. Bilik VIP, satu katil je la. Lebih privasi.
"Tiha... mummy minta maaf sayang. Mummy rasa bersalah sangat-sangat sebab tinggalkan Tiha dengan Faiz bila mummy ada masalah. Mummy minta maaf!"
Aku menarik nafas berat. Tak tahu nak cakap apa dengan mummy. Bukan aku marah, tapi.. aku kekok. Kekok nak bercakap dengan mummy yang dah lama aku tak jumpa. Tak tahu nak berbual dan bertanya tentang apa.
"Tiha marahkan mummy lagi?" Tanya mummy bila tengok aku hanya mendiamkan diri.
"Tak.. Tiha cuma nak tanya mummy satu soalan."
"Apa dia?"
"Pernah tak mummy teringatkan kami selama mummy tinggalkan daddy?"
*****
"Saya rasa awak dah dapat kan jawapan yang awak nak?" Rupa-rupanya Amran ni doktor. Aku terserempak dengan dia masa aku pergi kantin hospital tadi.
"Tapi.."
"Awak tak yakin?"
Aku hanya mengangguk. Ya, aku tak yakin dengan jawapan mummy. Betul ke tu perasaan mummy bila dia tinggalkan kami bertiga dulu?
"Mummy memang betul-betul sayangkan awak dengan Faiz. Kalau awak nak tahu, masa mummy kahwin dengan abi saya sebenarnya dia ada terfikir nak datang melawat awak dengan Faiz tapi dia terpaksa halang niat dia bila dapat tahu yang awak mengalami depression yang teramat teruk. Awak akan mengamuk bila daddy awak sebut tentang mummy kan? Mummy menangis bila dia tahu tentang keadaan awak. Mummy salahkan diri dia bila dapat tahu awak jadi macam tu. Dia fikir, kalau dia dekat dengan awak, mungkin keadaan awak akan bertambah teruk. Jadi dia ambil keputusan untuk hanya memerhati awak dari jauh."
Aku rasa seperti tubir mataku semakin panas. Seteruk itukah aku masa dulu?
"Jadi, saya nak sangat minta supaya awak maafkan mummy. Dia sangat menyesal dia atas apa yang dia dah buat 15 tahun lepas. Saya harap sangat awak dapat tunaikan permintaan mummy. Tunaikan sementara awak masih ada peluang." Katanya sebelum berlalu pergi.
*****
Pintu bilik mummy aku buka perlahan. Kerusi yang berada di sisi katil mummy aku duduk. Tangan tua mummy aku gengam dan dikucup perlahan. "Mummy.."
"Tiha minta maaf. Tiha tak patut marahkan mummy sampai macam ni sekali kan sepatutnya? Mummy, Tiha sayangkan mummy! Sangat!"
"Terima kasih Tiha. Terima kasih sebab sudi terima mummy lagi dalam hidup Tiha. Terima kasih.." Ujar mummy lemah.
"Mummy mesti kuat. Tiha tahu mummy kuat. I love you mummy!" Tubuh mummy aku peluk erat.
Ya Allah, kau berikanlah kesembuhan buat mummy ku ini. Ampunkanlah hambamu ini yang telah banyak membuat dosa kepadanya. Kau berilah aku kesempatan untuk berbakti kepada dia.
*****
Alhamdulillah pembedahan mummy berjalan dengan lancar. Walaupun pada awalnya doktor hanya memberikan 50/50 sahaja harapan untuk mummy berjaya namun takdir Allah tiada siapa yang mampu melawannya kan? Terima kasih Ya Allah! Terima kasih kerana memberi aku peluang kedua untuk berbakti kepada orang tuaku.
"Mummy.."
"Iye.. Tiha nak makan apa hari ni? Mummy masakkan."
"Hari ni biar Tiha dengan Kak Lia je yang memasak. Mummy duduk je kat depan tengok tv dengan abi. Kesian abi duduk sendiri kat depan tu. Pergi la date dengan abi kat depan tv tu." Kata aku sambil mengenyit mata.
Mummy dah malu-malu bila aku kata macam tu. "Ada-ada je Tiha ni. Apa-apa hal tanya mummy kat depan okey?"
Aku angguk je. Kak Lia pun senyum je. Kak Lia ni isteri Abang Amran. Aku rasa sangat bahagia sebab sekarang aku dah ada keluarga yang besar. Aku ada daddy,mummy, abi, Faiz, Abang Amran, Kak Lia dan tak lama lagi insya Allah aku bakal mendapat anak saudara. Meriah kan keluarga baru aku ni?
Alhamdulillah, hati aku semakin lapang dan gembira selepas aku mula berbaik dengan mummy. Mungkin mummy pernah buat kesilapan masa dahulu, tapi dia juga berhak menerima peluang ke dua kan? Semua orang pernah buat salah, tak ada sesiapa pun di atas muka bumi ni yang perfect kan? Semua orang berhak mendapat peluang yang kedua. Apa yang berlaku semuanya ketentuan Allah, dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku keluarga yang bahagia ni. Sungguh aku rasa teramat bahagia dengan keluarga baharu aku ni.
--TAMAT--
-------------------------------------------
Benda paling payah = nak buat cerita yang sedih.
Maafkan Syira kalau cerita ni spoil and mengarut.
Or mcm tak sampai maksud?
*picit2 kepala* Peningg buat cerpen ni.
Berat nak buat cerita macam ni.
Pressure~ ToT
____________________________
Terima kasih kepada semua yang membaca sehingga tamat.
Jangan lupa drop your comment :-)
____________________________
Best je.....cuma first2 ckp daddy dia nk ambik dia kat air port,tpi dia balik dgn bas...errr..mungkin typing error kot...kan?kan?
ReplyDelete