Saturday, 30 May 2015

Special : ILYMS Raya

 Tadaaaa!   ILYMS Raya (Jet jet jer) Hahahaha.. Saja nak sambung pasal Ammar and Sara. Nak sambung yang versi 'panjang' idea kedekut nak keluar. Ada tapi tersekat. So, ni dulu ea?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







   "Tak kira! Nak juga tu!" Kakinya dihentak kuat. Kalau diikutkan dia nak berguling-guling dah kat depan kedai ni tapi tangan Sara yang sedang memegang kuat tangannya menghalang niat di hati.


"No! Membazir tahu tak?"

"Ala.. mama kata beli je apa kita rasa nak kan?"

Penat aku nak melayan orang tua seorang ni la. Mama suruh beli barang raya, dia? Pergi merewang tempat lain! Sibuk masuk kedai mainan. Pening kepala aku! Sabar Sara.. bulan puasa ni.

"Ammar sayang.." Muka dimaniskan sebaik mungkin. Taktik nak memujuk orang manja ni je. Tak ada yang lain dah.

"Iyee.."

"Mama pesan beli apa tadi?"

"Mama suruh beli barang raya."

"Ni barang raya ke?" Barang yang Ammar beria sangat nak beli tadi diangkat tinggi dihadapan Ammar.

"Tak.." Muncung ditarik. Faham dah, kalau tanya macam tu maknanya memang tak bagi beli. Apa lah nasib, dah jumpa tak boleh beli pula.

"Kat rumah banyak dah kan? Lagi besar pun ada. Tak payah la nak muncung bagai. Buruk tahu tak?" Pipi Ammar ditarik lembut. Suka sangat tayang muka cute kalau orang tak bagi dia beli sesuatu yang dia nak. Haish, dah jadi suami orang pun perangai tak berubah.

"Tapi tak sama macam ni. Yang ni lagi gebu. Best buat peluk." Teddy bear 1 meter tersebut diambil dari Sara lalu dipeluk erat. Tanda tidak mahu lepaskan.

   Jurujual yang berada di dalam kedai tekun melihat gelagat Sara dan Ammar. Mana tak tengok kalau dari tadi asyik bising pasal teddy bear tu. kalau yang si perempuan merengek nak beli boleh tahan lagi. Ni si lelaki yang beria nak beli?


"Dah tu Sara ni?" Sara dah kelip-kelip mata. Nak mengumpan Ammar.

Tak sangka pula Sara ni reti nak buat muka comel. "Kenapa dengan Sara?"

"Buat apa peluk teddy bear kalau ada Sara?"

Terus merah pipi Ammar. Kenapa aku pula yang malu ni?

"Ermm.. ermmm.."

Dalam diam Sara tersenyum. Yes, umpan menjadi!

"Jom!" Tangan Ammar digamit perlahan. Teddy bear tadi diletakkan di tempatnya semula. " Lain kali okey?"

"Kalau beli untuk Sara?" Tak putus asa lagi Ammar ni rupanya. Nak juga beli teddy bear gemuk tu.

"Tak payah la kot sebab Sara ada 'Ammar bear' yang lagi besar dan gebu." Hidung Ammar ditarik perlahan. Serentak, muka Ammar terus bertukar warna. Segan.. segan.. Tak pernah Sara manja-manja macam ni depan orang ramai.

"Okey." Kali ni Ammar yang tarik tangan Sara keluar dari kedai tersebut. Lagi lama duduk dalam kedai tu lagi la rasa sedih sebab tak dapat nak beli teddy bear yang gemuk tu. Tapi bila difikirkan balik, Sara kan ada? Buat apa nak beli teddy bear lagi kan? Hahaha..

*****

"Ada tak barang yang mama pesan tadi?" tanya Puan Sabariah sejurus mereka masuk ke dalam rumah.

"Ada ma.." ujar Ammar sambil menjinjit beg plastik yang berisi ayam dan daging.

"Tapi kan ma.. tadi ada orang tu nak beli teddy baru."

Ish Sara ni kan! Tak reti nak simapan cerita lagsung. Mama memang anti sikit kalau dia tahu aku nak beli teddy ni sebab dia kata teddy aku dah cukup banyak dah. Lagi banyak dari Mira pula tu!

"Ammar..." Oppss.. Jelingan mama tu kalau boleh tembus badan aku dah lama badan aku ni berlubang. "Mama pesan apa?"

"No teddy. Beli barang raya and barang yang mama pesan je." Dah gaya budak 5 tahun kena marah je Ammar. Nasiblah kau Ammar.

"Ingat pun. Kenapa nak beli juga?"

"For our future baby?"

Erkkk.. baby?

Mama dah berubah wajah. Terkejut. "Baby?"  Pandangan mama beralih kepada Sara. "Tak cakap dengan mama pun."

"Macam mana Sara nak cakap dengan mama kalau Sara pun tak tahu." Pandai pula Ammar ni main tukar topik dengan mama. Dari topik teddy ke topik anak pula dia tukar. Bijak sungguh laki aku ni!

"Future mama.. not now." Ammar dah perasan muka Sara yang memberi tanda ' Siaplah Ammar kejap lagi!' Air liur ditelan kesat. Nampak gaya, aku kena tidur luar la malam ni. Tak Merasalah aku nak peluk Sara malam ni.

"Tapi kalau ada pun best juga. Mama nak juga merasa ada budak kecil kat rumah ni."

"Apa kata mama bagi Ammar adik lagi seorang. Boring la ada Amira je.. ada adik baby pun okey juga."

Habis je Ammar bagi idea yang dia anggap bernas tu, terus mama ketuk kepala dia. Ketuk perlahan je la, kalau kuat karang ada juga yang biul. "Ada ke dia minta mama pula beranak lagi. Mama nak cucu, bukan nak tambah anak."

Anak aku yang seorang ni pun, ada ke patut dia nak aku yang dah tua ni beranak lagi? Okey, aku tak adalah tua mana. Baru 55 tahun. Vouge lagi tau!

***** 

“Sure tak nak pergi klinik ni?” Muka Sara dipandang serius. Alahai isteri aku yang comel ni, suka sangat buat muka macam tu kalau orang ajak pergi klinik.

“Tak nak..” Sara merengek  manja. Teddy bear milik Ammar dipeluk erat.

“Kata tak nak teddy bear, peluk juga orang punya tu.”

“Tak nak kongsi tak apa.” Teddy bear besar tersebut ditolak jauh. Terasa sebenarnya. Pasal teddy bear pun nak berkira?

“No..” Ammar kembali duduk di sisi Sara. “ Maksud Ammar, kenapa Sara sekarang ni sibuk nak peluk teddy bear, sedangkan ‘Ammar Bear’ kan ada?” Matanya sengaja dikerdip-kerdipkan.

Ceh, guna lagi muka comel tu. Geram pulak kita tengok muka dia tu! Gigit karang!

Tapi dalam duk bising dalam hati, laju je Sara memeluk Ammar. Gebu! Gebu disini bukan bermakna Ammar ni gemuk ye!

“Kenapa sejak kebelakangan ni Ammar tengok Sara macam sensitif semacam je eh? Makan pun macam nak tak nak je..” Bahu Sara diusap perlahan. Ubun-ubun Sara dikucup.

Haah kan, kenapa tiba-tiba sensitif? “On the way nak period kot..”

“Ammar nak pergi kerja dulu ni. Pape hal call tau! Ke nak duduk rumah mama?” Risau juga nak tinggalkan buah hati ni sendiri. Dah la nampak tak sihat, jadi apa-apa karang kan susah..

“Hrmm tak payah la kot. Sara nak lepak dengan Danny ni..” Teddy bear besar Ammar diambil lalu dipeluk.

“Sure tak nak?” Ammar meminta kepastian sekali lagi. Mana la tahu kot tadi Sara mamai ke kan?

“Tak mau..” Kepalanya digelengkan.

“Jaga diri baik-baik tau.. Danny, jaga bucuk Ammar elok-elok tau!” Sara tergelak mendengar pesanan Ammar. Ada ke suruh teddy bear gemuk ni jaga aku?

“Yess boss! Tak nak kiss ke?” Kata Sara di sebalik teddy bear tersebut. Bibirnya dimuncungkan.

“Nakal!”

“Nakal pun ikut siapa?” mata sengaja dikelip-kelipkan. Ni pun belajar dari Ammar. Ilmu untuk menjadi comel! Jarang sangat orang dapat belajar ilmu ni tau! Hahaha..

***** 


Sehelai tisu diambil. Hingus dihembus.

Orang yang disebelah dah menjeling. Tapi dia masih buat tak tahu. Dia tak faham. 

“Dah la awaknya pun. Cerita je pun. Scene kucing mati je kot.”

“Sedih tau!” Kali ni dengan kotak tisu sekali Ammar ambil dari tangan Sara. Ada ke patut dia gelak bila nampak aku nangis? Tak sensitive langsung la sayang aku ni.

“Alolo.. cedihnya dia. Meh sini..” Paha ditepuk perlahan tanda mahu Ammar berbaring di situ. Bila Ammar dah baring, Sara usap-usap rambut Ammar. 

“Kita bukan kucing la awak.” 

Alolo husband aku ni.. suka sangat la guna suara budak-budak dia tu. “Mana ada kita kata awak kucing. Kucing kita si Kitty tu.” Muncung dihalakan ke meja di hadapan mereka. 

Kiranya Kitty la kucing paling beruntung dalam dunia sebab ada bilik sendiri. Mewah kan hidup dia? Kucing lain tidur dalam kotak je, dia sampai ada bilik sendiri siap ada papan nama depan pintu bilik lagi!

“Sayang kita tak?” Ammar ralit bermain dengan jari Sara. Sekali tengok perangai Ammar ni memang macam Kitty. Kalau orang sibuk belai-belai rambut dia, tangan dia mula la nak main tangan orang.

"Sayang.."

"Kita rasa sunyi la awak.."

"Kita kan ada?" Ni aku ada pun dia nak sunyi lagi ke? Jangan dia nak keluar usul nak kahwin lagi dah la. Karang ada yang kena tikam 44 kali. Tak memasal je muka aku yang cute ni masuk Metro. Huisshh imaginasi! Melampau!

"Kita nak baby." Terus Ammar menukar posisi baringannya. Muka menghala ke arah perut Sara. Perut kempis itu diusap perlahan. "Kalau ada Sara Junior atau Ammar Junior mesti best kan?"

"Kalau ada rezeki ada la.. Kita kena terus berusaha dan berdoa. Kan?"

Tipu la kalau aku kata tak nak anak. Cemburu tau bila tengok orang dukung baby. Memang automatik agaknya kalau dah kahwin ni naluri keibuan tu akan makin kuat.


*****


"Ammar... bangun la." Bahu Ammar ditepuk perlahan. Tak ada langsung tanda-tanda Ammar nak bangun. Ammar celik mata lepas tu tarik selimut ada la. Haishh, payah sungguh la husband aku ni nak bangun sahur. Ni dah masuk minngu-minggu akhir puasa pun payah lagi dia nak bangun sahur.

Bagaikan ada mentol menyala muncul, Sara tersenyum. Kalau aku buat macam ni aku yakin dia bangun. Hehehe..

Selimut yang menutup penuh muka Ammar ditarik perlahan. Tengok tu, dia tahan mata dia dari buka. Perlahan tapak kaki Ammar digeletek. Apa lagi, terkekeh la pak cik seorang tu. Terkekeh ketawa tapi mata tu pejam lagi. Berat sungguh mata dia ni.

"Bangun la.."

"5 minit." Selimut kembali ditarik menutupi muka. Silau kena lampu!

"Hello Inche Suamiku sayang, bangunlah. Adinda dah siapkan makanan sahur. Jom bangun!" Tak boleh jadi Ammar ni. Karang tak memasal sebab nak memujuk dia bangun sahur habis terlepas sesi sahur hari ni. Tak memasal je kena manghadap zombi macam hari petama puasa. Siapa lagi zombi tu kalau bukan Ammar?

Satu hari tu dia baring je kat depan tv sambil tayang muka kesia dia. Dah tu siap minta orang bagi makanan pula tu! Adoilah suami aku yang terchenta ni! Macam budak umur 5 tahun baru nak belajar puasa je gayanya.



Lantas tangan Ammar ditarik. Ammar pun nak tak nak terpaksa jugaklah melangkah bangun dari tempat tidur. Tapi macam biasalah, kaki dia je yang berjalan mata tu? Tutup!

"Nak lauk apa?"

"Ha?" Laa.. dah sampai meja makan rupanya. Kronik betul aku ni. Duduk atas kerusi pun boleh tidur lagi.

"Nak lauk apa?"

"Apa-apa je."

"Sayang, basuh muka tu. Kita nak sahur ni." Ujar Sara sambil tangannya tangkas mengambil lauk buat sang suami yang mengantuk.

Sesudah membasuh muka di sinki, Ammar kembali duduk di meja makan. "Suapkan?"

Hrmm.. mula dah! Suka sangat la nak main suap-suap masa makan dia ni. "Makan la sendiri."

Ammar tolak perlahan pinggan jauh dari dirinya.

Amboi, protes nampak! Tak dapat nak bayangkan kalau ada anak nanti. Mahunya aku pening nak melayan si anak dengan si ayahnya. Dua-dua sama manja! Pening.. pening..

"Meh la sini." Sara mengambil tempat di sebelah Ammar. Pinggan Ammar diambil. "Meh sini kita suap awak ye?"

"Yeayyy!! Sara suap!"

Tak faham betul aku dengan dia ni la. Suka sangat makan bersuap. Nasiblah aku dapat suami yang manja terlebih ni.

*****

"Lagi seminggu nak raya."

"Tau."

"Baju.."

"Guna tahu lepas punya."

Ammar dah tarik muka. Dah agak dh mesti dia tak puas hati punyalah kalau orang suruh dia pakai yang tahun lepas punya.

"Tapi tu tahun lepas punyaaaaaaa.."

Sara dah tarik senyum. "Tahun lepas punya tapi pakai untuk sejam je. Tu pun untuk gambar family je kan?"

Ammar tarik muncung pula. Alaaa.. nama pun raya, mestilah nak baju baru! Apa kes raya pakai baju tahun lepas? Tak syok la raya ni. Tak ada feel raya la macam tu!

Main tarik muncung pula? Hahaha.. tak pe tak pe kita pedulikan dulu baby tua ni dulu. Banyak lagi kerja nak buat. Biskut raya tak siap lagi. Laju kakinya menghala ke arah dapur meninggalkan Ammar berseorangan. Bukan niat tak nak peduli tapi kalau dia lama-lama kat situ takut nanti dia termakan pujukan Ammar.

Hishh godaan dia besar tau tak!

*****

Dah kenapa laki aku ni? Tadi masa aku pergi dapur nak masak lauk berbuka elok je dia terkekeh ketawa tengok tv. Ni nangis pulak?

"Ammar, kenapa ni? Sakit ke?" Aku lekap tangan ke pipi Ammar. Nak tengok muka dia.

"Sedih.." Muncung lagi. Aduss, lemah aku tengok muncung comel dia tu tau! Tisu diambil dan dihulurkan kepada Ammar.

"Kenapa? Apa yang sedih sangat ni?" Dia tengok cerita apa petang-petang macam ni? 

"Sedih.. Probe baru ingat kat Adudu." Hingus dihembus pada tisu.

Eh, kejap! Probe? Adudu? "Lerrr, tengok Boboiboy ke?"

Ammar angguk. Punyalah aku risau, nangis pasal Boboiboy rupa-rupanya. 

"Sedih sangat ke?"

"Sedih."

"Apa sedihnya? Cerita je pun."

"Terbayang.."

"Apa?"

"Kalau satu hari nanti Sara hilang ingatan tak ingat Ammar." Hemo-hemo betul la Ammar  ni. Kenapalah boleh sampai sejauh tu dia fikir? Tengok Boboiboy tapi bayangkan aku pulak yang hilang ingatan.

"Kalau Sara hilang ingatan, Ammar nak buat apa?"

"Tak tahu. Yang pasti mesti nanti Ammar lost."

"Tak payah nak lost sangatlah! Tak kira macam mana pun, Ammar kena juga usaha supaya Sara ingat kat Ammar. Yang hilang ingatan tu otak, bukan hati. Hati Sara ni tak akan pernah lupakan Ammar. Insya Allah."

Serta merta dia peluk aku. Eh eh dia ni.. peluk orang pulak. Segan aku!

"Jangan lupakan Ammar tau!"

"Iye.." Belakang Ammar aku gosok perlahan. Nak bagi dia rasa tenang sikit. Tak faham aku kenapa nak emo sangat petang-petang ni. Haishh..

"Sara.." 

"Iye?"

"Masak apa tadi?"

Masak apa? Alamakk!! Terus aku berlari ke dapur. Macam manalah aku boleh lupa aku sebenarnya tengah goreng ikan? Habis dah ikan ni. 

"Tak pe la, kita tak payah makan ikan la berbuka ni. Lauk lain ada kan?" Bahu aku diusap perlahan. 

Ikan goreng yang dah hangus tu dipandang sepi. Haih, bukan rezeki nak makan ikan berbuka ni.

*****

"Sara..." 

Mula dah dia.. Sara, control hati! Jangan mudah tergoda dengan godaan Ammar masa bulan puasa ni!

"Sara.." rengeknya lagi. Kali ni siap tarik lengan baju Sara lagi. Orang panggil, dia buat muka stone gaya orang tak dengar pulak! Sakit pulak hati kita ni.

"Iye.." Ustaz kata tak baik tak jawab panggilan suami. Kan dan belajar masa kursus dulu? Masalahnya kalau dah mula melayan, takut tergoda la pula dengan permintaan Ammar ni.

"Boleh tak kalau..."

"Tak boleh!" Sara bangun beralih ke sofa yang lagi satu. Single punya. Tak mahu rapat dengan Ammar. 

"Sampai hati Sara .." 

Kali ni tak pula Ammar main tarik muncung itik dia tu, tapi dia terus bangun keluar dari rumah. Nampak gaya macam marah betul ni. Alahai sayang aku yang seorang ni, makin pandai merajuk ek? 

Tak sampai seminit Ammar masuk rumah balik. Dia naik atas lepas tu keluar balik. "Ammar balik malam nanti. " 

Teruk merajuk dia kali ni. Sampai keluar suara 'ais-sejuk-beku' sampai aku boleh rasa sejuk naik bulu roma dengar suara dia macam tu. Melampau sangat ke aku tolak permintaan Ammar tu? Hrmm.. macam mana la aku nak pujuk baby tua aku tu? Alahai Ammar Hijazi, makin kuat awak merajuk sekarang kan? Pasal baju raya pun nak merajuk. Aduhai..

***** 

Dah dekat 5 jam aku keluar rumah, kenapa Sara langsung tak call aku ni? Setiap minit aku check phone kot la ada orang call ke.. tak pun text pun jadi lah. Nampak sangat Sara tak sayang aku.

Kalau dia call, aku balik. Kalau tak, aku tak nak balik! Huh! 

Dj radio ni pun.. perlu ke dia mainkan lagu-lagu jiwang masa macam ni? Terus aku tutup radio. Lagu jiwang.. dengan hujan kat luar kereta ni .. tambah lagi dengan hati aku yang tengah sedih.  Memang banjir juga kereta ni kejap lagi!





We smiled, that's how it all started
And you came right in time
When I needed someone
And we said hello
Suddenly, my heart was beating fast

Aik, bila masa pula aku letak lagu ni dalam phone? Bukan ni lagu...

"Sara suka lagu ni!"

"Sebab?"

"Adalah... tapi Sara nak dedicated kan lagu ni untuk Inche Suamiku yang tercinta ni."

Lagu kegemaran Sara.

Kata sayang Ammar, tapi kenapa tak call? Sadis betul la kalau isteri buat tak tahu bila aku merajuk ni. Terpaksa lah aku pujuk diri sendiri. Masalahnya sekarang kenapa pasal benda kecil pun aku nak emo kenapa? Ishh.. kau ni Ammar!

*****

Ting tong!

Masuk kali ni dah tiga kali aku tekan loceng rumah, tapi tak ada yang menyahut pun. Mana pula isteri aku ni? Nasib baik tadi ada terfikir nak bawa kunci spare masa keluar.

"Sara?"  Nak kata Sara keluar, elok je kasut dia semua tersusun kat rak kasut depan tu. 

"Sara?" Jangan ada benda buruk jadi kat Sara. Pleaseee.

"Sara?" Tiga kali aku panggil masih tak ada yang menjawab. Gedebuk gedebak juga jantung ni bila otak dah mula fikir benda buruk. Ya Allah, jauhkanlah perkara buruk ni dari isteri aku.

Pintu bilik dibuka. Laa.. sini rupanya dia. Ingatkan kat mana.

"Sayang.."

"Hrmmm.."

"Kenapa tidur waktu nak dekat berbuka ni? "

"Mengantuk, tadi ingat nak tutup mata kejap.. pukul berapa ni?"

"6.30."

Laju Sara bangun dari tidur dan bergegas hendak turun dari katil.

"Kenapa rushing sangat ni?"

"Lauk berbuka tak masak lagi."

"Tak pe la, hari ni kita berbuka kat luar okey?"

"Okey!"

Sebenarnya ada benda aku nak tanya, tapi tak apa la. Nanti je la aku tanya. 

*****

Rasa macam makan sendiri pun ada sekarang ni. Sara diam, aku diam. Yang dengar cuma bunyi sudu dengan garfu berlanggar. Kekok.

"Sara.."

Sara angkat muka dengan muka pelik. Dari tadi resah semacam macam kucing hilang anak kenapa laki aku ni? Tipulah kalau aku tak perasan dia dari tadi duk pandang aku, tapi nak buat macam mana perut aku yang diutamakan dulu. Lapar kot!


"Kenapa?" Habis licin pinggan baru aku pandang muka Ammar. Bulat prut makan kat sini. Kenyang! Nama je puasa, tapi melantak makan banyak masa berbuka. Hisshh.. syaitonnirrajimmm...


"Ermm.. ermm.." Jari Ammar mengetuk meja. Tu kalau dah keluar perangai ketuk meja macam tu maknanya ada la benda yang dia nak sangat bagi tahu tapi berat hati nak cakap. Faham sangat dah perangai Ammar ni.

"Iye?" Jus oren yang masih berbaki disedut.

"Sara memang tak nak beli baju raya ke tahun ni?" Aisehh.. ingat dah tak nak bangkit topik baju raya lagi. Bagi aku membazir je beli baju raya setiap tahun kalau pakainya cuma masa bergambar pagi raya je. Lepas tu pergi bantai pakai baju lain. 

"Tapi janji dengan Sara, kalau kita beli kena pakai sampai petang. Lepas ambil gambar pun. Boleh?" Dari nak mengadap muka muncung baby tua ni lama-lama baik setuju je la. Bukan duit aku pun, duit Ammar jugak. Hehehe..

"Promise!" Jari kelingking disua. Ayoyo.. apsal la awak ni comel sangat Ammar Hijazi? 

*****

--Pagi Raya--

"Maafkan segala kesalahan Sara. Halalkan segala makan minum Sara selama ni."

"Ammar maafkan.. Sara tak ada salah apa pun. 0-0."

"Macam main bola pulak nak 0-0."

"Biarlah.. Ammar pun nak minta maaf juga kalau ada buat salah kat Sara sepanjang kita berkahwin ni. Mungkin manja Ammar ni agak ekstrem sampai Sara naik menyampah."

Sara gelak je. Ekstrem tu tak la.. masih boleh dikawal manja Ammar ni. Still under control lagi.

"Hei, yang berdua tu.. belum habis lagi ke sesi bermaaf-maafan nye tu? Tak nak minta maaf dengan angah?" Ceitt angah ni, potong je la! Serentak Sara dengan Ammar tarik muka.

Along yang duduk disebelah angah dah tergelak melihat adik dan adik iparnya itu. Along ni bukan selalu ada kat rumah tu sebab jarang jumpa. Rapat je dengan Sara tapi kerja kan.. tak boleh la nak mengendeng dengan Sara macam angah tu.


"Angah tu.. dah minta maaf ke dengah along?" Kening along diangkat. Hambek kau angah.. ingat angah je ke yang paling tua kat sini lepas mama dengan abah? Hahaha..


"Ye la... ye la.." 

"Angah minta maaf untuk semua salah dan silap angah. Hurmmm raya tahun ni bagi la duit raya tebal sikit ye?" Amboi angah ni, siot je siap minta duit raya. Sekeh sekali baru tau.

"Kalau korang semua dah siap sesi maaf bermafan tu jemput lah makan sini. " Mama dengan ibu dah buat muka boring tengok kita orang berempat. Orang lain dah lama siap, nak tunggu makan je.

"Sara nak makan apa?" 

"Nak Nasi Impit dengan kuah kacang." Dari malam tadi teringin nak makan nasi impit tu masa tengok ibu dengan mama masak tapi tak sempat nak makan. Lepas siap masak terus masuk tidur, penat sangat masak kuih raya dengan rendang. Masak banyak la sebabnya rumah ni ramai yang datang bertandang.

"Tak nak tanya angah nak makan apa?"

"Angah nak makan ambik sendiri la.. Orang ambik untuk Sara je. "

Angah buat muka menyampah. Bajet sweet je budak berdua ni. Tak pernah tak sweet. Menyampah tengok, jelessss! Nak ajak Khai kahwin la lepas ni. Boleh buat sweet macam ni depan Ammar dengan Sara nanti. Ingat korang je reti sweet sweet ni?


*****

Masuk kali ni dah 10 kali Sara ulang alik ke tandas. Nasib baik dah dekat rumah sendiri bukan dekat rumah orang lain. 

"Okey tak ni?" tanya Ammar sambil mengurut belakang Sara. Risau tengok Sara asyik ulang alik ke tandas dari tadi. Muntah je kerjanya. Salah makan ke? Tapi aku pun makan benda yang sama.

"Pening.." Kepalanya dipicit perlahan. "Klinik jom?"

Senang pulak dia nak ke klinik kali ni. Biasanya Sara la manusia yang paling liat kalau bab nak ke klinik ni. Tak suka bau klinik dia kata. Macam-macam la alasan kalau tak suka pergi klinik tu.

"Jom." Tudung Sara yang tersangkut di kepala katil di ambil dan disua kepada Sara.

*****

"Kenapa dengan isteri saya doktor? Dia ok ke? Dia ada sakit apa? Kena masuk hospital tak?" 

Doktor yang memakai nametag Hayati tersebut mengambil nafas sebelum menjawab pertanyaan-pertanyaan Ammar itu. Sekali tanya macam machine gun! Sabar je la Hayati oi.. Dah la kena kerja masa raya.

"Isteri Encik Ammar sebenarnya terkena buatan orang. Mungkin keadaan akan menjadi lebih teruk lagi dalam masa 2 bulan ni. Saya harap Encik Ammar boleh bersabar la ye."

Sara yang duduk di sebelah Ammar hanya memandang Ammar kosong. Muka tak ada reaksi. Ammar dah kalut bila dengar doktor cakap macam tu. Terkena buatan orang? Serius ke doktor ni?

Doktor Hayati tergelak kecil melihat perubahan reaksi pada wajah kedua pasangan tersebut. Tak dapat nak tangkap lagi ke? Hadoi...

"Isteri Encik Ammar mengandung 6 minggu. Tahniah!"

Apalagi, menjerit la dua manusia kat depan tu. Doktor pun tak mampu nak buat apa, memang tu la senario bila berita gembira macam ni disampaikan. Ada yang sampai pengsan sebab gembira sangat. Alahai bakal parents..

*****

 Patutlah semenjak dua menjak ni aku perasan Sara macam manja semacam je... Ye la, biasanya dia tu jenis tak layan perangai aku ni. Ni asyik nak berkepit je, kalau aku pergi kerja dia berkepit dengan Danny, teddy bear gemuk aku tu. Padahal Sara tu sebenarnya punyalah tak suka Danny sebab Danny tu besar, makan ruang atas katil tempat Sara nak tidur kata Sara dulu.

Sekarang? Sanggup Sara suruh aku tidur bawah kat atas toto semata-mata nak peluk Danny. Huh, ada yang lagi gebu ni nak Danny kapas tu jugak. Benci la!

Tadi masa bagi tau mama dengan ibu yang Sara mengandung, punyalah happy dua orang tu. Siap bagi list panjang berjela lagi apa kena buat, apa kena elak, exercise macam mana, surah apa kena baca.. paling tak boleh blah, list nama anak pun bagi siap! 

Haa.. nampak tak betapa cekapnya mama dengan ibu? Semua tu diberi dalam masa tak sampai sehari. Abah dengan ayah cool je, tapi senyumnya sampai ke telinga. Cucu pertama la kata kan..

Angah? Dia la yang paling happy sekali tadi. Siap lompat-lompat macam budak umur 5 tahun! Hadoilah angah pun.. Aku sebenarnya dah lama nak tanya angah, bila la dia nak kahwin? Bukannya dia tak laku, laku je aku tengok. Ada je awek kirim salam bila lalu depan rumah mama. Tapi satu pun angah tak berkenan. Choosy sangat ni!

"Ammar..." Tu dia.. madam dah panggil.

"Ye.."

"Nanti kan bila baby dah ada.. jangan lupakan Sara tau." Muncung itik comel dia ditarik. Aisehh.. belum apa-apa dah bagi pesanan.

"Insya Allah tak. Sara kan isteri Ammar, mana boleh lupa. Baby tu baby la.. Sara ni Sara. Sayang tu tak akan berbelah bahagi. Berganda ada la." Cakap macam tu baru Sara nak senyum. 

Baby, nanti bila dah lahir masuk gang papa buli mama. Buli manja tak apa baby sebabnya mama awak ni tough. Mana aci asyik mama je buli papa ye tak? Hehehe..

___

TAMAT
___




 
______________________________________
** Kadang2 Syira sendiri konpius kejap mama.. kejap ibu. Hahaha.. Mama tu mak Sara. Ibu tu mak Ammar. Clear?**

 
P/S : Kali ni banyak dialog sebab tak tau nak tulis macam mana dah
p/s/s : Sebenarnya si cerita tahun lepas, baru siap sekarang.  -_-"
 
Maybe ni last sebelum Syira practical.
 Maaf di atas segala kekurangan, kindly drop your comment below >_<

No comments:

Post a Comment

Notes~

Assalamualaikum semua!

1) Terima kasih sebab sudi nak kunjung blog yang tak seberapa ni :-)

2) Sorry kalau ada karya Syira macam "erghh hampeh gila ayat dia ni!" or " bapak childish cerpen dia!" or apa2 yang sewaktu dengannya. Syira masih baru nak nak belajar menulis penulisan yang bagus n best so I need ur comment :-)

3) Ada cerita yang kalau korg perasan tak ada sambungan macam terhenti. Tu maybe sebab tak ada idea or Syira terlalu bz. Insya Allah kalau ada masa n idea Syira sambung. Mngikut permintaan (kalau ada)

4) Kalau la.. (Kalau ok?) korang rasa ada idea utk cerpen boleh la email kat syira. Heeee.. kot Syira rasa boleh buat, syira buat :) email : nilliavanilla@gmail.com

5) Kalau mahu comment, sebaik2nya letak la nama. At least I know ur name. Tak la Syira panggil Annonymous1 or 2 je kan?

And lastly, terima kasih sekali lagi sebab masih sudi datang berkunjung sini~


L O S T

Macam biasa intro setiap kali post,  Bersawang sudah blog ni. Hahahaha, aku tak sempat update. Bukan nak kata tak ada masa sungguh nak main,...