Wednesday, 13 April 2016

Finally I'm Free!

Alhamdulillah, tamat dah pun 3 tahun diploma kat UiTM Permatang Pauh tu akhirnya~~

Rasa macam baru je merungut pasal tak nak masuk sana dulu kot. Pejam celik, pejam celik eh habis dah? Ok, tipuuuu.. manade pejam celik, pejam celik terus habissss..

Ayat yang betul sebenarnya pejam mata, mimpi yang tak kira la mimpi indah or mimpi scary tahap nak menangis, bangun pagi, mandi, pakai baju, pakai kasut, call kawan tanya ' weh, kau kat mana, aku dah kat bawah!', tunggu bas sama-sama dengan kawan, tidur dalam bas sebab ambik masa 30 minit nak ke Bertam, bukak mata, turun bas, bukak pintu, naik tangga, bukak pintu lagi, carik tempat duduk, duduk, main-main telephone ( ajet busy), tunggu lecturer, keluarkan buku nota (actually kertas sahaja sebab selalu tinggal buku nota and hasilnya taraaaaaa.. nota saya bersepah dan hanya boleh ditemui pada malam esoknya ada exam!) dan diakhiri dengan habis kelas, dan balik semua ke Permatang Pauh.

Aicheh, cerita tu pun dah berbaris. Huhu.

Nak share macam mana pengalaman selama 3 tahun diploma ni sebenarnya (Macam la orang lain tak tau feel macam mana -_- ) Tak kisah, nak citer jugak! Huh!!

First sampai sana rasa macam 'wuiiiii jauhnya aku nak belajar.. selama ni belajar mana pernah duduk asrama, duduk celah ketiak ibu je la' .. Tiba-tiba bila dapat masuk U, tercampak nun di utara. Penang nuu haaaa... Dah la kita ni jenis tak pernah jauh dari family, agak nanti mesti banjir gittuw.

Malangnya semua tu imaginasi je. Kau masuk U, daftar, keluar beli barang dengan family, then nak lunch dengan family TAPI malangnya kedai tu pulak slow mengalahkan siput ****. Perut mula berkeroncong lagu black metal menunggu lauk yang pesan tu. Dan-dan tu hujan la pulak. Dengan hati yang berat kau pun pergi la masuk balik U sebab orientasi dah nak mula. Kau agak sempat ke nak menangis? Tak. Tak sama sekali ye kawan-kawan! Kau masuk, tukar tudung, dengan hakak PM duk potpet mende entah. Yang aku tau, aku lapar.

Dah la masa orientasi tu asyik-asyik duk sebut ' Siswi, pantas!' Time dengar akak PM duk cakap tu rasa macam nak cekik-cekik je dorang.

Korang bayang kan eh.Setiap kali nak berjalan duk PANTAS SISWI!
 Naik geram jadinye weh! Korang tengah lapar then baru je sesuap dua nasi masuk dalam mulut, dorang dah mula PANTAS SISWI! Giler kot. Biar la sedap mana pun makanan tu dorang hidang tapi bila je dorang sebut PANTAS SISWI! terus rasa nak tercekik sebab kena makan cepat-cepat. Ready pergi Pusat Islam (PI) pulak nak solat. Makanan baru elok nak masuk dalam perut terus naik balik sebab duk jalan laju-laju. Eceh.

Balik dari aktiviti orientasi tu ada la dalam pukul 12 ke pukul 1 gitu. Kalau awal pun mesti akan ada something kena buat kat depan kolej. Percayalah. Orientasi tu bagai minggu kena buli pun ada. Tapi bukan semua orientasi teruk. Ni pengalaman sendiri. Hurrmm.. sampai kena gastrik kau! Duk muntah dalam toilet. Nasib baik ada kawan. Thanks Khai! Hehe..

Tapi time orientasi ni la buat aku sedar, pandai jugak aku ni berborak dengan orang. Kalau tak memanjang duk berkepit dengan orang yang sama. Huhu.. Jumpa kawan ni, sembang, jumpa kawan ni sembang.. Kawan pergi PI lain, kawan duduk dalam dewan lain, kawan makan lain, kawan nak solat zohor lain, kawan masuk dewan balik lain dah, kawan nak g solat asar lain, masuk dewan dengan kawan lain tau tau je dah habis then tutup mata. lepas tu mana jumpa dah. Lupa terus! Huhu.. maafkanlah kawan korang yang pelupa ni guyss..  and yeah, baru tau diri ni berbakat jadi Zombie~ Lolzz

Ok, setakat tu cerita orentasi yang Syira kira errmmm teruk? Sebab tak pernah ada pengalaman. Huhu.. Kot korang pernah mesti rasa ni semua biasa je sambil tangan ke bahu mata ke atas kan?

Habis orientasi bermula lah hidup sebagai student. Student sem 1 yang baru nak mengenal dunia universiti. Skema gituw.. kad matrik kena selalu pakai kalau tak kena saman RM 50! Kena pakai kasut bertutup, kalau tak kena saman lagi. Pakai baju kurung. Kat tangan mesti kena ada kelek buku. Gitu kau tahap skema dia.

Masuk sem 2,3, 4 lupa terus semua peraturan tu. Aichewahh.. tak adalah lupa terus amnesia tuhh tapi ada la benda yang tak buat tu sebab we olls dah tak se skema dulu. Kad metrik? campak mana entah. (Dalam beg.. saya tak suka sepah merata menatang ni kang free kena saman!), baju kurung? Tak akan pakai melainkan hari Isnin dan Jumaat sebab tu hari official. Selain hari tu, seluar jeans, baju biasa plus jaket fakulti. Bukan sebab tak nak nampak skema sebenarnya tapi sebab yang tepat lagi jitu sebenanya malas nak gosok baju. Tudung pun pakai pashmina je, nampak sangat la malas tahap gaban nak gosok. Kalau kawan duk kalut gosok baju nak pakai esok, Syira relaks je tidur. Selagi ada baju and tudung yang boleh pakai tak bergosok memang tu la pilihan utama! Nampak sangat malassss.. Heee

Ok, skip.. skip.. skipp... cerita dalam kelas kita skippp...

Habis sem 4, masuk la kita ke sem 5 dan 6. Sem dimana ramai student course ni anggap masa untuk yahooo (cengkononnya) sebab tak payah menghadap buku tapi kena pergi praktikal. Citer praktikal ni yang paling tak boleh blah. Kalau dapat study kat Pulau Pinang, praktikal lagi jauh kena campah. Kedah nuuu haaa.. kat Pendang. Wuaaaaaaaaaaa.. Ibu cheq tak mauuuu (aikkk?)

Nasib baik la group Syira yakni group bebudak Pendang ada Ayuni, budak Kedah * emoji smiley kiss* Ayu la yang tolong cari kan rumah kat area Pendang tu. Nasib kita orang baik sebab dapat rumah betul-betul dekat dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pendang. Serius! Dalam 5 minit sampai la~ Heeeeee..

Banyak sangat kenangan yang dapat kat sana. Yang paling best semestinya sebab dapat keluar. Kerja sebagai Inspektor Kesihatan (IK) ni bukan sejenis kerja yang kau perlu duduk dan 24 jam keje depan komputer. Tidak ye kawan-kawan.. Kerja dia macam polis la.. kalau inspektor polis kan pergi siasat kes jenayah tu semua kan, IK ni pulak kerjanya pergi siasat kes berkaitan penyakit. Kalau ada TB, kau pergilah cari pesakit tu sama ada dia kat rumah, or hospital kau pergilah cari dia. Sebab kena tahu mana dia dapat penyakit tu. Kang tersebar kat orang lain sampai outbreak kang payah. Banyak lagi penyakit, bukan TB je.

Selain tu kalau ada outbreak food pun kena siasat jugak. Kena pergi tempat yang outbreak tu.. carik yang kena keracunan makanan amek dorang punya menu and bla.. bla..bla... (proses dia sampai habiss). Ada sekali opss silap! Dua kali tu jadi outbreak masa lunch. Mak aiii.. perut gua berkeroncong lagu apa pun tak tau la. Paling best kita ni pulak yang kena tanya depa tu "Ya.. adik makan apa tarikh ni?" adik tu pun "Makan ayam masak merah, nasik tomato..and bla..bla.. bla.." yang kita ni dah telan air liur. Masa tu ada jugak fikir, memang outbreak selalu jadi masa lunch eh? Nasib lah Jemah, bukan kau je nak lunch! Budak sekolah, orang pejabat waima orang duduk rumah pun lunch jugak!

Ok, sis kena redhaaaaaa.. *kriuuuuuuuukkk*

Selain dari buat kerja tu ini.. kita orang juga errmm.. ok la gak dengan staff-staff kat situ. Keluar nak g kenduri tu kira boleh la nak pergi sama-sama tu. Main point dia kau kena baik dengan orang. Takkan la tiba-tiba kau nak minta tolong orang lain kalau selama ni hari-hari kau jeling semua orang macam kau tu harimau lapar kan? Kesimpulannya kau kena la baik dengan semua orang ok? Kalau kau memang betul-betul tak tahan dengan perangai orang-orang tu kau ignore je dorang.. Jalan dunno je dah la.

P/S : Korang boleh google la kot apa tugas IK ni kalau nak lebih terperinci sini cuma citer ciput pengalaman je.

Tak ada kereta tak apa sebab kau boleh tumpang naik kereta pejabat masa nak buat operasi or pape aktiviti melibatkan pejabat. Makan pun kadang-kadang ada staff belanja. Kalau nak keluar jalan-jalan pun kadang-kadang ada staff ajak join. Tak tau tempat makan yang sedap? Jangan risau! Kau keluar buat kerja dengan dorang, kompem akan keluar makan. yela, mana ada orang buat kerja perut kosong kan? Kalau tak makan kang tak memasal je kau pergi rumah mak cik tu " Mak cik, ada....." tak sempat tanya dah pengsan dulu! Hehehe

Sebab buat kerja sama-sama la kita orang dapat tau kedai mana sedap kat area Pendang. lebih specific Mukim Ayer Puteh. Setakat duduk sana kedai yang rasa cam memang sedap giler nak g makan tu kedai Sup Rempah (tak ingat nama tapi ada perkataan rempah tu) and kedai Nana Ikan Bakar. Sedap wooooo.. Kat kedai tu sup dia waalllaaaa! Umph gittuw! Kite orang selalu mintak sup lebih, kicap pedas lebih and sos lebih. Pendek kata semua nak lebih. Hehehe.. sedap weh, rugi tak try!

Lepas praktikal selama 10 bulan kat PKD Pendang akhirnya tamatlah sesi latihan praktikal kat situ. Sedih la jugak tapi masa last day tu air mata tak keluar pun maybe sebab kite ni bukan yang selalu kena tegur kat situ so kita agak berjauh hati sikit? Huhu.. Entahlah. Tapi semua oang baik. Erm..

Ha.. ok, tata. Saya dah freeee!!



No comments:

Post a Comment

Notes~

Assalamualaikum semua!

1) Terima kasih sebab sudi nak kunjung blog yang tak seberapa ni :-)

2) Sorry kalau ada karya Syira macam "erghh hampeh gila ayat dia ni!" or " bapak childish cerpen dia!" or apa2 yang sewaktu dengannya. Syira masih baru nak nak belajar menulis penulisan yang bagus n best so I need ur comment :-)

3) Ada cerita yang kalau korg perasan tak ada sambungan macam terhenti. Tu maybe sebab tak ada idea or Syira terlalu bz. Insya Allah kalau ada masa n idea Syira sambung. Mngikut permintaan (kalau ada)

4) Kalau la.. (Kalau ok?) korang rasa ada idea utk cerpen boleh la email kat syira. Heeee.. kot Syira rasa boleh buat, syira buat :) email : nilliavanilla@gmail.com

5) Kalau mahu comment, sebaik2nya letak la nama. At least I know ur name. Tak la Syira panggil Annonymous1 or 2 je kan?

And lastly, terima kasih sekali lagi sebab masih sudi datang berkunjung sini~


L O S T

Macam biasa intro setiap kali post,  Bersawang sudah blog ni. Hahahaha, aku tak sempat update. Bukan nak kata tak ada masa sungguh nak main,...