Thursday, 18 August 2016

Next : Degree

Assalamualaikum :)

Okey, hari tu result penerapan dah dapat. Berdebar gila kot masa nak tengok. Most people akan berdebar but for me, no. Entah.

Mungkin sebab masih keliru kot. Sesat sendiri. Huhu.

Okey, berbalik pada tadi. Alhamdulillah dapat Course Environmental Safety and Health (tak ingat kod kursus but never mind). Check whatsapp group, sah-sah la dah bising dulu.

Budak ni course ni, budak ni course tu. tempat pun tak la jauh mana. Tak Puncak Alam, Shah Alam. Kira okey la kan? Couse yang aku dapat ni kat Puncak Alam.

Bagi orang yang kena campak Penang masa diploma ni, bila dapat kat Puncak Alam rasa macam wow! Dekatt!! Padahal orang kata jauh. Well, try la kau belajar jauh ke Penang. (Aip, jangan nak bash kalau korang study oversea). 

Okey la kan, at least boleh balik hujung minggu. Tu pun kalau ayah ada, tak outstation, rajin nak ambik. Or ada transport nak balik rumah. Kira ni masanya untuk seorang Syahirah merasa macam mana bila study dekat dengan rumah. Not soooo dekat but still :p

Banyak benda kena buat. Padahal masa diploma dulu sama je. Bezanya masa diploma dulu benda-benda macam ni ada orang tolong, bincang sekali. Masa tu sibuk pilih course sama-sama kan (dengan UPU) so masa dapat result untuk kemasukan diploma pun sama-sama la bincang. Siap skype memalam sambil google info lagi. Tak terer mana pun, tapi eh suka hati la.


Macam borang apa nak kena ada? 
Ni kena print tak? 
Yuran bayar macam mana? 
Gambar bape keping?
Barang apa nak bawak?
Betul ke kena pakai kasut bertutup?
And so on (list berjelaaaaa)


Untuk degree , lepas je tengok course yang ditawarkan aku tak terus tekan TERIMA. Mungkin sebab masih keliru. Ceit, aku dengan keliru, blurr dan pening memang kawan baik selamanya. Tak berpisah!

Bila kawan ni call kata kawan-kawan lain dapat course sama, lega sikit. Dunno why. Sebab ada yang dikenali kot. FYI, aku ni jenis susah nak berkawan. Aicheh! Tak, tu dulu la. Sekarang ni aku rasa okey dah kot. 

Lepas skip beberapa part (yang aku malas nak taip) aku pun tekan butang TERIMA . Redha je la, mungkin ini yang terbaik. Kalau tak ambik yang ni aku pun tak tahu nak ambik apa. Nampak tak? Aku ni macam follow je tapi tak tahu depan ada apa. Harap one day aku dapat clear image aku ni nak ke mana.

Masa tu SERIUS aku tak teringat langsung pasal sebenarnya ada MEDICAL CHECK UP , borang ni borang tu and kena ada ini ada tu. Okey semua benda tu benda simple je tapi rasa la 'berdikari' nya aku bila mampu print benda-benda yang berkaitan. Sebab dulu buat dengan orang, now sendiri. Agak bangga disitu. Heh.

Settle print semua benda tu, ambik pengesahan dari yang berkaitan then tetiba fikir pasal PTPTN la pulak. Aduh. Satu lagi benda. Lupa procedure!

Nasib ada yang membantu.' Tak tau tanya' . Iye, aku tanya. Cuma macam biasa lah kan aku kata aku, keliru,blurr dan pening ni kawan baik. Keliru bila nak apply sebab yang ni kata macam tu, yang ni kata macam ni. Yang ni kata kena call, yang ni kata tak perlu. Argh sudah!

Okey, last sekali (last la kononnya) aku google je! Tengok apa yang orang kata/ kat laman web sendiri. Masalahnya aku baca banyak kali pun aku tak faham. Aku pun google then jumpa blog orang ni. 

Senyum aku baca sebab blog dia tu memang tersangatlah membantu aku yang super duper blur bab ni. Ada la dia cerita macam mana nak apply.

Okey, untuk pengetahuan korang, aku kan pernah minta PTPTN masa diploma dulu so kena log in je la. Masalahnya sekarang aku tak ingat password! Serius la, kena ingat eh? Gelabah aku. Bila aku gelabah aku mudah sangat nak mengamuk. Serabut tau?

Then aku call je hotline dia. Memang 'hot' la sebab banyak kali call tak berangkat. Okey. Then check jam. Derr, siapa je stay pejabat masa rehat? *tepuk dahi kuat-kuat* Lepas tu aku call semula. Again and again. Baru la berjawab.

Weh, aku bukan nak cerita step minta PTPTN tau sekarang ni. Aku tengah menaip apa entah pasal aku yang on the way masuk degree ( aku taip dalam mengantuk ). So, mohon faham kalau aku taip cam tunggang terbalik. =_=

Tak tau la life degree nanti macam mana. Orang kata payah. Hurmm.. tak susah tak thrill la kan? Heee :p

Untuk siapa yang berjaya baca sampai ke titik terakhir post ni aku ucapkan terima kasih and tahniah sebab berjaya baca (ke kau skip-skip?) sampai habis. Heee.. oh ya, ni BLOG yang aku skodeng masa aku pening-pening manja pasal PTPTN tu. 

Sekian sahaja post yang ditaip dalam mengantuk tapi nak juga update. =_=




No comments:

Post a Comment

Notes~

Assalamualaikum semua!

1) Terima kasih sebab sudi nak kunjung blog yang tak seberapa ni :-)

2) Sorry kalau ada karya Syira macam "erghh hampeh gila ayat dia ni!" or " bapak childish cerpen dia!" or apa2 yang sewaktu dengannya. Syira masih baru nak nak belajar menulis penulisan yang bagus n best so I need ur comment :-)

3) Ada cerita yang kalau korg perasan tak ada sambungan macam terhenti. Tu maybe sebab tak ada idea or Syira terlalu bz. Insya Allah kalau ada masa n idea Syira sambung. Mngikut permintaan (kalau ada)

4) Kalau la.. (Kalau ok?) korang rasa ada idea utk cerpen boleh la email kat syira. Heeee.. kot Syira rasa boleh buat, syira buat :) email : nilliavanilla@gmail.com

5) Kalau mahu comment, sebaik2nya letak la nama. At least I know ur name. Tak la Syira panggil Annonymous1 or 2 je kan?

And lastly, terima kasih sekali lagi sebab masih sudi datang berkunjung sini~


L O S T

Macam biasa intro setiap kali post,  Bersawang sudah blog ni. Hahahaha, aku tak sempat update. Bukan nak kata tak ada masa sungguh nak main,...