Assalamualaikum.
Apa kes la aku duk update pepagi buta pukul 4.30 pagi la kan? Heee.. terbangun and terrrbukak laptop la pulak. Ceit, alasan tak menahan! Sabar je la jemah.
Okey, done medical check up untuk preparation masuk degree ni. Ye, memang la masa diploma dulu dah pernah buat but hey dulu aku buat dengan kawan so cam rasa selamat gittuw pergi dengan kawan-kawan. Buat benda sama kan, kalau tentinggal itu ini aku tau. Nampak sangat aku ni jenis bergantung pada orang. Wadunh nenggg!!
Okey, untuk kali ni semestinya mangsa yang paling akan ditarik (apa jenis ayat daaa) adalah Aiman. Dia cuti, so boleh la drag dia sekali. Lulz. Alkisahnya hari ni nak beli no pin pt sebab masa yang first tu beli dah tapi salah no ic pulak dah. Heh. Lepas tu beli setem hasil sekali. Aku malas nak buat kerja dua tiga kali ni. Alang-alang dah pergi Alamanda tu meh aku buat semua sekali.
First semestinya pergi klinik dulu sebab memikirkan kang kalau ABC baru reti erti penyesalan sebab lambat buat. Mula la kelam kabut. Pergi macam biasa la, cakap nak buat medical check up untuk masuk u. Tak payah risau la doctor tak tau apa benda kena check sebabnya memang biasa budak bakal masuk u buat check up pun. Normalnya doc check tekanan darah, tinggi, berat, x-ray and air kencing. Make sure la korang minum banyak air sebelum tu kalau tak jenuh pulak nak tunggu 'rasa' tu sampai. Heh.
Nebes akak bila check berat. And guess what, berat tak berubah pun. Aku tak tau la penimbang dia rosak ke apa kan, tapi berat aku sama je macam masa masuk diploma dulu. Hehehe.. tak tau nak sedih ke nak bangga. Jenis payah nak turun tapi senang naik aku ni. Oleh itu aku minum detox tea by Medina Desire. Kecik paha aku! Paha je? Berat pun boleh turun tauu.. Eh, terpromote!
Okey, settle medical check up, aku pergi post office pulak nak beli setem hasil tu. Satu setem RM 10 kena beli dua so RM20 la. Aku fikir kan ramai la orang kat situ sama macam aku nak hantar hardcover masa haritu tapi kali ni ciput je orang. Aku ambik nombor then duduk tak sampai seminit dah turn aku! Hehehe.. happy jemah rasa! Mungkin sebab dah lunch hour so semua pakat serbu kedai makan dan bukan post office tu yang tak ramai.
Habis setel semua kat Alamanda, aku serbu MPH pulak sebab nak cari satu novel ni tapi malangnya tak ada. Hurmm.. akak is kuciwa. Novel tu best kot! Hero comel tahap tak hengat. And heroin dia lawyer. To be honest aku tak la suka sangat cerita lawyer tapi yeah, tutup mata pasal lawyer sebab hero comel. Lepas baca (sikit je pun tapi dah menarik tertarik kau memang daboom) tak la teruk sangat lawyernya except boipren gedik nak jeles sebab gelpren dapat project berjuta. Meehh.. sabar je la dengan Syira ni. Hiks.
(NOTE: Boipren jeles tu bukan hero comel yang aku suka. Hero comel tu orang lain. Heeee)
Tak apa la, mungkin bukan rezeki nak beli and aku kena save duit. Nak masuk u semula kan? Aku dah la tak kerja masa cuti berbulan-bulan ni. Orang keliling duk tanya "Tak kerja ke?" aku geleng je la. Paling tak boleh blah sir pun tanya. Sir marah tak kerja sebab dia kata tak ada 'feel' nanti untuk study bersungguh-sungguh. Sir, adakah anda tahu jaga budak ni buat saya berfikir untuk kumpul duit banyak-banyak and boleh beli apa sahaja tanpa fikir harga? Sir tak tahu tu. Sebab dia, saya simpan sendiri.
Tadi cerita pasal medical check up tetiba pasal kerja ni apesal Syirah oi? Heeeee sorry suka melalut jauh-jauh. Mohon bertabahlah awak yang membaca ni. Kalau ada la.Korang tau, sepanjang aku duk rumah ni kerja aku apa? Jaga budak, goyang kaki sambil main phone. Aip! Siapa kata aku main pokemon go tu aku tibai jap lagi padan muka. Jadah la aku main pokemon tu sambil duduk tak bergerak en? Huu.. Tak, aku buat business online la. Bukan barang aku, tapi jadi dropship orang. Masyuk gak la. Step by step.
Ok la tu dari aku duduk rumah, tidur, jaga budak, tengok laptop, makan lepas tu ulang benda sama je setiap hari. Duit tak masuk-masuk jugak. Menternak lemak je la citer dia kalau gitu. So one day, selepas ibu duk cadang akak buat la dropship ni dropship tu aku pun buat la. Ajak ibu sekali tak mau. waduh.. Tak pe, kita try.
Eh kejap! Citer ni aku citer kat next post la. Kalau aku rajin plus ada masa okey? Heeee..Don't worry mungkin tak ada masa aku tu, sehari kemudian dah ada update. Korang nak ke tak nak ke, aku update jugak. Lulz.
Dah, tata.
No comments:
Post a Comment