Assalamualaikum semuaaa~~ (Jawab jangan tak jawab kalau nak pahala)
Eheee.. macam yang aku dah mention in previous post, post kali ni tentang dropship. Alaa.. alang-alang aku join ni nak juga la aku bebel sikit pasal dropship ni kan. Takkan hari-hari aku kena bebel itu ini pasal dropship ni depan ibu je kan? Makanya.. awak ye awak yang baca ni la mangsa membaca coretan aku ni. Membaca la since aku menaip bukan bercakap.
Sebenarnya aku pun bukannya tahu sangat pun apa benda la dropship ni memula join. Actually tak minat pun sebab kena reveal phone number and kena hadap ragam manusia yang pelbagai. Eh hello, perangai setiap manusia ni lain-lain tau. Kalau dapat yang elok, sopan alhamdulillah. Kalau jenis penggesa? Sabar je la.
Okey, kan aku ada kata aku tak kerja kan masa cuti diploma dulu? Haaa.. masa tu la ibu suggest aku join dropship. Dropship produk yang tengah hot masa tu semestinya. First tu aku tak nak sebab ye la, benda tak biasa plus aku mana reti nak reply whatsapp orang elok-elok. Maksud aku cara macam seller layan customer la. beli online pun jarang. Topek lain la, hantu online.
Apa itu dropship? (Ini mengikut fahaman aku la. Kalau salah maafkan beta)
Dropship tu kau jadi orang bawahan agent or main boss dia. Tapi korang tak bayar modal, tak pegang barang, tak post barang tapi korang kaut untung. Haaaa.. tu maksud dropship. Pasal ada yuran ke tak, tu depends on kedai or agent korang la. Yang aku punya ada je yang minta yuran. Sebab aku rasa berbaloi so aku masuk je la. Tapi kalau yang pesen aku tengok macam payaahh je nak jual aku tak join la. Korang kena bijak menilai disini sebab ada kalanya korang bayar yuran tapi korang tak ada sale and ada kemungkinan akan ditendang dari jadi dropship. Rugi je gitu.
Macam aku memula tu join dropship dengan kawan dulu sebab dia yang open dulu memula. Kita join je la kan? Oh ya, dropshipper juga adakalanya boleh letak sendiri harga or kadang-kadang agent yang letakkan harga and kau kena ikut. Itu pun depends on korang punya agent. Boleh tanya dia la masa memula korang nak join tu. Ok? Lepas join yang kawan tu join yang lain pula sebab ye la, aku ni jenis tamak sikit. Ehemm.. bukan tamak apa, cuma bila aku rasa benda yang aku jual tu macam slow sikit nak jual aku ambil inisiatif lain pulak. benda yang orang tengok then akan scroll your ig then berfikir " aku nak beli la ni, macam lawa" haaaaa... kan best gitu.
Produk apa yang kalau orang tengok akan rasa senang nk beli? Yang ni korang bayangkan korang as customer. Apa yang korang nak? Kalau korang nampak benda ni korang rasa nak beli tak? Kalau aku kata aku jual cendol korang nak ke beli online sedangkan aku duduk putrajaya tapi korang kat sabah serawak sana? Itu contoh, jangan nak serius sangat pleaseeee.. Biasanya benda basic needs la yang orang senang tertarik. Aku bagi hint dah tu.
Okey, then bila join banyak-banyak dropship ni kau jangan tertukar masuk acc bank pulak bila nak transfer duit. Kang naya jer! Huhuhu.. Setakat ni alhamdulillah aku tak tersilap lagi. Heeee.. sebabnya barang-barang yang igshop aku jual semuanya benda lain-lain. So okey la. Cuma haru bila aku tak ada internet lepastu ada order masuk. Masa tu mula la keluar whastaa "Kenapa relpy lambat sis?" Perghhh naik angin sekejap.
Siapa yang cipta "customer always right " tu? Hurrmm actually bagi pendapat peribadi aku sendiri, salah ayat tu. Bukan always, certain time je. Kadang-kadang kalau kau dah bagi saiz betul siap dengan table lagi which listed all the data about the item tapi dorang pilih salah size and the minta refund. Bila tak bagi and terangkan tentang kita dah bagi saiz siap-siap depa nak salahkan kita pula. Right lagi kah itu? Aku cakap pasal ayat tu, and tentang certain customer sahaja bukan semua. Sila highlight ayat tu. Bukan semua customer aneh macam tu. Dalam 100 person hanya 15 yang macam tu.
And satu lagi bila kau start jual barang. Kawan kau. Ehemm *Clear throat*
Sometimes kawan kau jenis yang suka sangat minta murah. Eheee ini biasa. Kata kawan so kena la bagi murah kan? Hurmm bagi aku ye, memang akan bagi murah tapi jangannlah each time nak membeli minta murah kan? Mana datangnya untung kawan kau tu? Kan? Berfikir macam kau duduk kat tempat kawan kau yang jual barang please? And lagi satu jenis yang errrmm tanya berapa banyak komisen kau dapat? Mesti banyak kan?
Did you know, susah untuk kami si dropship nak letak harga. Lai-lagi bila kita ni memang dapat harga perrghhh menggunung tinggi menggapai awan harganya. Dah tu kalau dah memang dapat mahal kau nak aku letak berapa? Contoh la kan, agent bagi harga RM 125 kau nak letak berapa? RM 130? Bagi aku tu reasonable lagi kalau kau nak banding dengan harga luar. Kalau kau jenis suka google harga pasaran luar berapa la. -_- But, bila baru mark up RM5 dah kena kondem. Hurrmmm please please and please fahami or at least cuba fikirkan diri kami. Korang tak nak beli tak apa. Tapi jangan tanya berapa korang amek komisen tu. Seolah maca kau ingat aku ni memang tak pernah fikir orang kan? Aku pun fikir la sebab setiap kali aku nak mark up, aku akan letakkan diri aku kat tempat pembeli." Benda ni berbaloi tak kalau aku beli harga ni?" Aku ada fikir and selepas fikir tu baru aku letak harga tu. Bukan sewenag-wenangnya aku letak.
Hahaha.. maaflah post kali ni macam teruk nau bunyinya tapi itu realiti. Makin lama kau join makin banyak perangai kau jumpa. Manusia banyak ragam kan? Itu hakikatnya. Pasal kes kawan ke apa ke aku tak pernah kena teruk lagi except part komisyen. Satu nasihat aku kalau ada yang nak join , korang kena bijak layan customer and jaga igshop or any medium yang korang guna untuk menjual. Tips? Kena selalu ada data kalau tak customer melepas sebab tak ada yang melayan. Cust ni ibarat air yang mengalir la. Korang kena tangguk (orang panggil apa eh?) baru boleh ambil air tu kalau tak dia akan mengalir je la.
Perghh macam makin mengarut pulak post aku kali ni. Sebelum makin mengarut dan makin pening aku berundur dulu la. Ada orang nak guna laptop malam ni. Daaa~~
Have a nice day and keep calm.
Selamat Hari Raya Aidil Adha to all muslims :)
No comments:
Post a Comment