Saturday, 29 October 2016

Seronok ke life as student degree ni?

Assalamualaikum semua!

Sorry lama tak update. Bersawang dah haa.. nah, bulu ayam sapu sikit :p

Tak la, tengah busy sebenarnya sekarang ni. Ingatkan masa masuk dulu degree ni sama la macam diploma ke kan. Masa diploma kan banyak je masa nak main sana - sini. Tapi rupanya aku tersilap. Adodoii..

Tak la silap jauh sangat tapi errm.. agak la rasa beza tu. Macam mana beza dia?

Okey, masa degree ni la korang akan tau untuk berdiri atas kaki sendiri. Kawan aku kata, kalau u lain semua susun jadual sendiri kan? Sebab aku memang dari diploma jadual orang suap je so aku ingat semua sama. Rupanya tak. Aku jenis tak banyak tanya orang pasal life kat u ni so apa aku cerita ni apa yang aku rasa and apa yang aku lalui. So setiap orang lain-lain la cerita dia.

Pasal jadual, sebenarnya ada je yang kena buat jadual sendiri macam housemate aku la si Sha tu. Serius weh, dia kena buat jadual and susun sendiri. Kalau aku la yang kena tak tau la nak survive macam mana. Like yeah, kau daru u lain then masuk sini without any friends lepas tu kena settle semua sendiri. Serius dalam diam aku kagum dengan dia. 

Kenapa aku kata berdiri atas kaki sendiri? Sebab in case la kan kalau korang termasuk dalam golongan macam Sha tadi, korang kena settle semua benda sendiri start from subjek apa korang akan ambil, daftar, kelas mana nak masuk and kelas kat mana. Mesti korang akan pening tapi percayalah cakap aku, benda susah yang korang rasa ni tak lama. Mindset itu penting guysss~

Okey then pasal kawan. Masa degree ni kena pandai-pandai cari kawan. Kawan yang sekarang mungkin tak sama macam yang dulu. Alhamdulillah kawan-kawan aku okey :) Kenapa aku cakap macam tu? Sebab masa degree ni korang akan ada banyak kerja yang memerlukan discussion dengan kawan-kawan. So korang kena pilih kawan yang reti buat kerja and boleh bagi kerjasama.  Aku tak nak ulas benda ni panjan sebab aku pun bukan baik mana. Selalu je lambat datang kat bilik bacaan bawah tu. Meh -_-

Lepas tu kau kena BERUBAH. Berubah apa nye? Kau kena ubah attitude kau yang suka buat kerja last minit tu. Serius weh sepanjang aku kat sini, aku rasa macam kalau buat benda last minit kepala otak macam nak cramp je weh! Huhuhu.. Sebab kan yang aku perasan kalau satu minggu tu ada test, masa tu la nak start lab, masa tu la nak present, masa tu la nak busy dengan program kejadahnya. Waduh.. tapi bila lagi kau nak merasa life yang busy macam ni  kalau bukan sekarang kan? So bertahan je la eh? Jangan terfikir nak berhenti sebab nanti kau yang menyesal.

Sekarang ni pun aku tengah busy giler buat assignment dengan presentation untul ELC. Kes buat last minit la. Tu la, tak reti nak berubah lagi. Aigoo.. So aku nasihatkan korang jangan buat last minit kalau tak jadi macam aku. Heh. Oh, ye, masa degree ni korang jangan sesekali hanya berharap pad lecture notes sahaja tau. Sebabnya benda yang diajar tu cuma berapa percent sahaja dari yang masuk exam/test. So korang kena cari maklumat tambahan dekat internet or buku. Rajin-rajinkan la diri tu pergi library weh. 

So, aku rasa sampai sini je kot aku membebel. Sebab kerja aku tak siap lagi tapi aku nak juga post benda kat blog. Eheeee.. k, daaaaa~

#akunaktido #nakcuti



No comments:

Post a Comment

Notes~

Assalamualaikum semua!

1) Terima kasih sebab sudi nak kunjung blog yang tak seberapa ni :-)

2) Sorry kalau ada karya Syira macam "erghh hampeh gila ayat dia ni!" or " bapak childish cerpen dia!" or apa2 yang sewaktu dengannya. Syira masih baru nak nak belajar menulis penulisan yang bagus n best so I need ur comment :-)

3) Ada cerita yang kalau korg perasan tak ada sambungan macam terhenti. Tu maybe sebab tak ada idea or Syira terlalu bz. Insya Allah kalau ada masa n idea Syira sambung. Mngikut permintaan (kalau ada)

4) Kalau la.. (Kalau ok?) korang rasa ada idea utk cerpen boleh la email kat syira. Heeee.. kot Syira rasa boleh buat, syira buat :) email : nilliavanilla@gmail.com

5) Kalau mahu comment, sebaik2nya letak la nama. At least I know ur name. Tak la Syira panggil Annonymous1 or 2 je kan?

And lastly, terima kasih sekali lagi sebab masih sudi datang berkunjung sini~


L O S T

Macam biasa intro setiap kali post,  Bersawang sudah blog ni. Hahahaha, aku tak sempat update. Bukan nak kata tak ada masa sungguh nak main,...