Assalamualaikum uolls~
Eheee... tengok tajuk pun boleh tau nak bebel mende dah en? Hiks
Agakla, for me yang tak pernah try derma darah rasa macam ' Oh ok, macam ni rasanya derma darah." Hehehe.. Aku takut tau tak?
Lagi lagi bila last time ada kempen derma darah tak silap, then my friend suggest "Weh, jom try derma darah nak?" Memula aku memang tak mau. Takut tau? Then ok la, kerana kawan aku terpaksa relakan. Aichewahh.. Then, pagi tu aku makan la sebab kena makan before derma kan. Then, masa pergi tempat nak derma darah tu mak aiiii bapak gila ramai dalam tu. Sampaikan form habis kot! Then" Ok, tak pe kita tak payah derma la." Perghh masa tu aku rasa lega gila kot! Hehehee.. sorry kawan! Aku takut.
Then beberapa minggu kemudian, ada program under club kita orang which is Environment Green Week or for short EGW je la. Aku, Mir and Julan jaga checkpoint 3. And group yang main pun ada 3 je. Meh.. Bertabahlah hati. Aku tak nak cerita pasal game apa or denda apa la. Cumanya point aku kat sini, game kat checkpoint kita orang ni habis awal so kita orang dapat la naik atas awal. Naik atas tu bukan naik bilik ye awak. Naik atas or nak lebih jelas naik TANGGA KEJAYAAN ye?
Masa berjalan tu Julan tiba-tiba la cadang "Why not kita pergi SIS derma darah? Macam best!" Aku cam aigooo tamau boleh? Tapi Mir okey je. Disebabkan aku mengikut je, so aku pun terjebak sama. Masuk SIS, daftar. Tahu tak tujuan utama aku datang situ sebab apa? Sebab nak tau jenis darah shaja :p Lolz. Selama 21 tahaun ni aku tak pernah tahu jenis darah aku apa. Disebabkan rasa curious tu aku pergi la jugak akhirnya.
Masa kita orang datang tu tak ramai pun. Tak ada yang beratur tunggu turn pun. So, line teramatlah clear. Memula tu Mir pergi dulu. Aku cam dah berdebar gila dah masa tu. Tengok jarum aigooo awat besaq sangat ni? Tak pe, chill syira chill! Then turn aku , kebetulan sebelah Mir kosong so aku duduk situ.
Masa cucuk tu rasa debar tahap apa ntah. Aku kan jenis tak suka kena cucuk ni. Yang pasti masa nak kena cucuk tu aku duk pandan belah Mir. Kelakar betul. Tangan aku pun sejuk! Ala, sama macam nak pergi buat presentation la. Huhu.. Masa jarum masuk, rasa cm eh ada something masuk tangan aku la. Tapi serius tak sakit pun. Rasa macam kena cucuk biasa kat bahu tu. Just yan ni dia cucuk tak cabut. Tu je la.
Paling tak boleh blah tetiba masa tengah ambil darah tu, aku boleh terfikir pasal kena sedut darah dengan vampire. Almaklumlah aku kan minat cerita vampire ni. (Vampire yang hensem la). Sooo typical girl! hehe..
Masa dah siap tu nurse cakap, "Urat awak ni lembut so masa cucuk tadi tercucuk kat muscle awak. tapi tak ada apa, kena tuam je ni." Urmm ok. Takut pulak aku dengar salah cucuk ni. Tapi nampak la bengkak naik. Terus nurse ambil ice pack tuam kat situ. Mir pulak terpaksa tunggu lama sebab aku la suruh tunggu. Sorry Mir!
Orang yang lepas Mir pun siap lagi awal dari aku kot. Nebes aku. Tapi best la derma darah ni. At least sekarang aku tau macam mana rasa derma darah tu. Tengok sendiri blood bag tu berisi dengan darah kita. Hehehe.. Okey la, at least lepas ni kalau orang tanya aku darah apa aku boleh bagi tau dengan yakin :) Hehehehe..
Ok, sekian saja sesi bebelan di petang hari. Kalau ada kempen derma darah kat tempat korang, korang join la. Tak rugi pun :)
No comments:
Post a Comment