Patutnya benda ni nak post masa bulan 8 hari tu tapi tu la, suka sangat lambat - lambat plus laptop tetiba buat hal. Memang kena tunda la cerita dia. Memang la ada komputer kat depan tu ha, tapi I is maluuu nak taip depan orang. Tapi kalau orang baca je kat blog tak pe. Tapi jangan nak mention depan muka kalau jumpa. Komen kat blog tak apa. Cenggitu kekdahnya >_<
Serius la rasa macam alahai cepatnya aku masuk 22. Like, macam baru je aku post pasal aku 19 tu. Cepatnya alahai masa berlalu. Tup tup dah 22 dah aku ni. Memang la 22 tu still muda remaja lagi tapi tu la aku duk fikir apa yang aku dah berjaya capai selama aku hidup ni. Haaaaa.. jawapan masih samar-samar lagi. Nak tanya cita-cita aku apa?
Masa aku kecik-kecik, semestinya jawapan aku klise macam orang lain la. Semestinya doktor! Rasa cool gittuw kalau jadi doktor padahal aku ni jenis benci ubat, tak suka jarum plus bagi aku hospital tu bau taugeh. Okey, before aku kena kecam, aku nak ingatkan tu pendapat aku masa aku kanak-kanak and aku suka taugeh. Maksud aku dengan 'taugeh' tu, hospital tu membuatkan aku bau makanan plain a.k.a sihat untuk orang sakit.
Dan sampailah aku masuk sekolah menengah still dengan cita-cita doktor atas alasan jadi doktor nampak cool. Mungkin sebab terpengaruh cerita agaknya sampai aku boleh bayang macam tu. Sampailah one day tu, cikgu tanya "Apa cita-cita kamu?" Jawab je "Doktor" Cikgu tanya lagi "Doktor apa?" aku macam .. ermm actually aku tak pernah nak specific nak jadi doctor apa. Bagi aku, doktor tu doktor la. Tapi sebab cikgu tanya aku pun kopipes jawapan crush masa tu. "Doktor bedah", walhal aku sangatlah tak boleh bayang seorang Syahirah nak operate orang. Aku tengok gambar luka teruk pun rasa lain macam apatah lagi kalau nak face in real life. Mungkin tu antara hikmah aku tak dapat result yang baik untuk Biologi?
Entah la, sebenarnya kan, aku macam tak berapa suka sangat apa-apa yang berkait dengan sains ni. Maksud aku subjek sains. Masa aku UPSR pun Sains aku B kot. Biasa yang aku tak minat ni memang akan rendah sikit dari yang lain. Cuma masa PMR okey sikit la. Masuk SPM, ambil Bio kan. Jujur aku kata sepanjang aku form 5, memang aku fail subjek Bio tu sepanjang tahun. Yup fail atau dalam Bahasa Melayu nya aku gagal. Bukan nak membangga sebab aku gagal sepanjang tahun tapi entah la, mungkin sebab mind set aku yang selalu kata 'tak minat' 'tak suka' tu la yang buat aku tak sesemangat nak belajar BM, Math and Add Math.
Serius aku suka sangat BM, sebab bagi aku untuk karangan aku boleh tulis apa sahaja aku nak. Tapi semestinya berpandukan apa soalan nak la. Yang penting kau kena ada bunga-bunga dia dan ayat kena elok la. Jangan la kau tibai buat ayat wechat, memang kelaut la karangan kau. Plus jangan sesekali buat ayat Bm nak campur BI. Paling-paling kalau nak masuk ayat BI, letak la bukak dan tutup kata tu. Still acceptable. Tetiba cakap pasal karangan la pulak kan? Pasal Math and Add Math pulak sebab kena kira je. Bagi aku la, masa tu aku fikir macam tu. Kau kira pakai kalkulator, yang penting ingat formula. Insya Allah kau okey. Walaupun masa SPM aku tak jawab sampai jawapan. Nasib aku mungkin baik sebab tu dapat result yang buat aku nak tersenyum :) Terbalas segala penat cikgu ajar, walaupun aku kena "bodoh" masa awal-awal belajar. Aku slow dan aku mengaku tu.
Tapi untuk bio, aku memang dah hilang harapan dari mula. Aku jadi gelap bila pasal bio ni. Padahal cikgu bio form 5 aku baik gila kot. Lembut sangat orangnya. Korang boleh tengok post aku pasal result tu kalau nak tau nama cikgu ni. Dia sangaaaat la baik and lembut. Nak marah student tu aku rasa tak pernah kot. Tambah lagi, dia tu mentor aku. Tak tau la nak sorok mana form 5 tu sebabnya aku selalu gagal bio. Maafkan saya cikgu! Huhuhuhu. Masa result SPM keluar cikgu ni la yang buat aku suspens. Dia geleng kepala nampak aku. Aku serius cuak tengok dia macam tu weh. Kelas aku 17 orang je weh kalau gagal tau sangat siapa. At least aku boleh agak yang menyumbang untuk jatuhkan peratus lulus tu siapa. Dan tak tipu, masa kata 100% lulus aku dah nak nangis dah. Yang nangis teruk tu sebab Yana lebih dari aku. Hek, Syira sooo jeles! But I'm proud of her. :)
Lepas tu kisah nak masuk U pulak. Aku kan jenis susah nak berkawan, tu yang susah bila kena pilih u ni. Malam-malam duk Skype dengan Kamilapan nak bincang pasal nak masuk course apa ni la. Sampaikan Aqeeb kata ada kawan dalam bilik akak sebab dengar aku borak sakan padahal duk main skype. Hehehehe.. Sudahnya aku masuk UiTM setelah diganggu masa makan. Dan aku redha je la, pilihan family mesti terbaik kan. And aku happy kat Penang walaupun home sick dia.. tak teruk pun. Cumanya payah nak balik lepas tu kalau nak balik aku selalu kena fikir duit. Malu la weh nak cakap duit tak ada. Pandai la kau budget duit kat sana, tapi aku selalu ada je lebih duit masa diploma. Duduk kolej berapa sangat aku pakai pun. Kolej free, pergi Bertam naik bas UiTM. Mana duit aku pergi? Kat makanan je la banyaknya.
Lupa, masa aku dalam form 5 mungkin aku dah tukar cita-cita. Aku nak jadi pakar psikologi sebabnya aku rasa tu macam best. Boleh baca fikiran orang (?) Macam seronok sebab dapat dengar orang cerita pasal masalah diaorang. Tapi bab nak selesai masalah orang tu aku tak rasa aku berbakat, walaupun sebenarnya kena belajar. Heh. Tapi ada sorang je kot yang macam galakkan aku part jadi pakar psikologi ni. Sebab dia tak nampak aku dalam bidang aku ambil sekarang kot. Entah la, tapi sebenarnya aku tak la into this course pun. Like belajar, untuk exam. Kawan aku duk sibuk buat segala kerja kat tempat praktikal macam nak kerja, aku duk buat sebab tu ada dalam buku. Untuk tandatangan. Tengok cara aku pun salah kan? Niat tak betul tu yang payah nak faham belajar.
Masuk degree ni Dayah pulak berhenti belajar sebab dapat kerja. Masa tu aku fikir, agaknya bila aku dah habis belajar nanti aku nak kerja apa la? Sebab aku belajar macam tu la. belajar sebab exam, bukan sebab nak guna masa kerja nanti. Doakan kan la aku kuat nak belajar and betulkan semula niat. Tempat sekarang memang dekat dengan rumah tapi rasa macam kosong.
Sebab jauh dalam hutan kot?
Susah nak keluar.
Sebab setempat.
Pusing-pusing tu je.
Stress aku.
Ni dah nak masuk Sem 5, doanya aku kuat dan dapat naikkan lagi CGPA aku walaupun semangat tu kadang-kadang seciput je. Walaupun ada masa tu aku rasa nak nangis je bila ada benda aku tak faham lepas tu tak tau nak luah kat siapa dah dan walaupun rasa nak muntah telan benda sama setiap hari.
Dan..
Jangan lupa doakan agar seorang Syahirah ni jelas cita-cita dia nak jadi apa sebenarnya. :-)
No comments:
Post a Comment