Wednesday, 22 November 2017

Abang Meegi vs Minah Kelisa





   Dengar kata dua hari lepas aku dapat jiran baru. Mahu tak tahu kalau Iman asyik duk pot pet memekak sebab orang sebelah bising masa masuk pindah hari tu. Nasib baik aku tak ada masa dia orang baru pindah masuk sebabnya aku balik rumah umi. Kalau la aku ada sekali masa tu, mahunya dengan aku sekali duk pot pet sampai sekarang macam si Iman tu.

Pot pet cakap susah nak tidur la.. susah nak buat assignments la.. susah nak makan la.. aik? Susah nak makan ni lain macam. Apa kaitan? Arghh.. lantak kau la Iman.

"Oi kau dengar tak apa aku cakap ni Kay?" Iman tayang muka bengang kat aku. Ingat aku tak dengar la tu. 

"Dengar la pak cik. Ayat yang sama kau duk ulang dari aku baru jejak masuk rumah."  Mana pulak perginya meegi kari aku ni. Dua kali dah aku periksa tak jumpa jugak. Misteri nusantara pulak hilang meegi aku ni. Nak kata Iman makan, memang tidaklah sebabnya mamat tu anti meegi kari.

"Cari apa tu?"

"Meegi aku la. Rasa ada sebungkus lagi sebelum aku balik hari tu."

Tiba-tiba aku perasan Iman macam tarik sengih. Sengih oran bersalah. Haa.. bayangkan!

"Err.. er.. meegi kau habis dah. Jo makan." 

"Ganti balik!" Kalau boleh aku nak hentak kaki time time ni jugak. Hei, tu makanan aku okey? No one can touch my food! Terutamanya meegi tu. Dah la tong beras dah kosong, perut aku pulak melalak minta diisi. Haduii..

"Alaa.. esok aku ganti la. Dah malam ni. Malas nak keluar. Roti ada, makan laa.."

Ha.. jangan tak tahu, aku ni jenis picky sikit bab makanan ni. Aku makan meegi, tapi tak makan roti. Nampak racist disitu. Makanan tak sihat diutamakan. Nasib je kepala aku tak jadi botak sebab makan meegi. Kalau tak jatuh saham. Huhuhu..

"Bak sini kunci motor." 

Aku capai je sweater yang tersadai atas sofa dekat ruang tamu tu. Malas dah nak naik bilik pakai baju. Nasib baik pakai seluar, kalau pakai kain pelekat .. mahu terkejut cashier kedai nampak orang pakai sweater kat bawah pakai kain pelekat. Nampak 'kemelayuan' di situ. Ecewahh.. cover jangan tak cover dik non!

*****

"RM 8.60."

Allah! Dompet tinggal pulak. Tu la Kay, duk kalut nak makan meegi sampai lupa nak ambil dompet. Agak-agak kalau aku cakap dengan akak cashier ni nak balik kejap ambil dompet aci tak? Tebal jugak la muka ni. 

"Encik?" 

"Err.. dompet saya tinggal. Nanti saya datang balik, boleh?"

"Tak boleh, ni dah key in dalam machine." Muka akak cashier tu pun macam dah serba salah. Alaa.. apa aku nak buat ni. Dalam kocek ni paling kurang pun aku yakin dan pasti cuma ada  dua puluh sen je baki beli HACKS hari tu.

"Tak pe akak, kira sekali dengan saya." 

Tak semena-mena muncul pulak seorang hamba Allah dari belakang aku. Rasa bersyukur sangat, rasa macam nampak Ultraman selamatkan bumi! Ceit, pengaruh cerita zaman kanak-kanak!

Habis je dia bayar, aku ambil plastik aku, dia ambil plastik dia. Aku segan sebenarnya. Tak tahu nak cakap apa. Kalau aku cakap "Jom ikut saya balik dulu, saya nak ambil duit." nanti karang dia kata aku perogol bersiri pulak. Dah la ni malam.

"Tak pe la, duit tu kira halal la. Rezeki awak malam ni." Katanya sambil tersenyum. Orangnya kecil je, paras dada aku je kot.

"Ehh.. tak sedaplah pulak macam tu. Apa kata awak bagi nombor akaun bank. Nanti saya bank in duit."

Dia tergelak. Sopan je gelaknya.Tak la macam Mak Lampir tu. 

"Takat RM 8. 60 tak payah la. Tak pe, saya ikhlas. Ni masa awak, nanti mana tahu tiba masa saya pulak kan?" Katanya sebelum terus berlalu pergi ke kereta Kelisa yang dari tadi duk hon. Mengganggu betul! Baru nak tanya nama dia sebenarnya. Ececeh Kay, sempat lagi nak mengayat!

*****

"Kay, berapa lama tempoh inkubasi untuk demam kuning? Aku lupa la.." Aku cepuk jugak Jo ni karang. Tanya soalan tak kena silibus dekat aku. 

"Dei, aku mana belajar benda-benda medic macam ni. Kalau minta aku ambil gambar boleh la.." Sah Jo dah biul belajar CDC dia tu sampai aku yang tak berkait dengan course dia pun dia boleh mengigau nak tanya. Haihh.. Parah!

"Mana tau kalau kau ingat. Aku malas nak bukak buku."

"6 ke 10 hari la Jo." Jawab Iman sambil belek buku CDC Jo. 

"Thanks bro!" 

"Thanks je? Belanja teh tarik la." kening diangkat tinggi. Peminat Ziana Zain tegar ni sampaikan trademark pun nak tiru. Alahai Iman..

"Tak ikhlas. Jomlah!"

Siap je kemas barang-barang kita orang terus bergegas pergi food court.  Karang kalau ramai nak kena menapak pergi kedai luar. Mahal! Dalam U jugak yang murah.

"Jo, kau tau tak semalam ada orang mengamuk tak dapat makan meegi?"

Aku agak kalau pandangan aku ni 3D dah lama badan Iman ni terbelah dua. Benda kecik pun nak cerita ke? Buat malu kaum je.

"Laa.. sorry la Kay, aku datang rumah korang hari tu. Iman kata beras tak ada, aku nampak meegi aku ambik je la."

"Tak ada hal la." Pasal meegi tu la aku dapat jumpa awek kecik comel tu. Malangnya tak sempat nak tanya nama. Sadis..

Brrrr.. brrrr.. 

Lupa pula nak tukar mode silent ni tadi. Geli paha bila phone bergetar dalam poket seluar.

"Haa.. ye umi."

*****

Disaster!

Tu je perkataan yang muncul dalam kepala aku bila aku dengar apa yang umi cakap pagi tadi. Sejak umi call tu semua benda aku nak buat tak tenang. Tengah dalam kuliah tu boleh aku berangan nampak muka 'orang tu'. Nightmare!

"Woi, kau ni dah kenapa? Letak garam setabung dalam air milo aku ni?"  Tak pasal-pasal je Fadhil jadi mangsa aku. Tu la, suruh lagi aku buat air masa otak aku tak fokus. Tu nasib baik letak garam, bukan serbuk cili. Kronik betul aku ni. Risau tahap Tera sampaikan terletak garam dalam air housemate aku.

"Tak ada apa la. Sorry la, tak perasan."
 
Nanti Dina nak datang sana. Tolong tengok-tengokkan dia ye? 

Sebaris ayat umi tu membuatkan aku keras macam batu bila dengar. Satu, Dina nak datang. Dua, datang sini? Tiga, aku kena tengok-tengokkan dia???


Umi, umi tahu tak umi baru masukkan anak umi yang kacak bergaya ni masuk dalam gua nenek kebayan tu? Okey, nampak over la pula kalau aku panggil minah tu nenek kebayan.  Turun sikit, mak kebayan sebab dia tak tua.

Masalah aku?

Dia. Manusia yang bernama Dina tu masalah aku. Kalau dia macam perempuan biasa tu tak apa la juga. Masih boleh diterima. tapi dia tak! Dia tu pelik, tak sama macam perempuan lain. Bukan pembunuh bersiri la! Tapi dia ni.. stalker tahap James Bond pun boleh surrender. 

Dia nak stalk siapa lagi kalau bukan aku? Bukan nak berlagak la, tapi dia tu peminat aku. Ulang lagi, bukan nak berlagak tapi tu kenyataan.

*****

Darjah 5

"Weh budak perempuan tu ikut kau la!" bisik Fiqri perlahan. 

Ish minah ni la, tak pernah nak bagi aku aman. Ada je nak menyemak kat mana aku pergi. Aku nak datang sini pun dia nak ikut? Mak dia tak marah ke dia balik rumah lambat macam ni? Aku lain la, dah lali sangat kena tibai dengan rotan abah tu. 

"Tak apa la, kau peduli kan je dia tu. Bukan dia boleh buat apa pun." Baju sekolah aku buka dan tukar kepada T-shirt biasa. karang pakai baju sekolah kena banyak soal pulak.

"Adik buat apa kat sini sendiri ni? Nak pak cik temankan?" datang dah suara gatal kacau dia. Hish, menyusahkan aku betul la minah ni. Suka ganggu aku! 

Pedulikan dia Kay.. padan muka dia, suka sangat ikut kau kan?

Tapi..

"Lepaskan saya lah!" dia meronta-ronta. Apalah sangat kudrat budak kecik macam tu nak lawan orang dewasa yang mabuk macam pak cik tu? Orang lain pun tengok je.. buat apa nak peduli bukan hal dia orang pun nak ambil kisah.

"Fiq, aku balik dulu la." 

"Dina!" aku jerit nama dia sambil tarik tangan dia kuat. "Lari!!" Laju mana sangatlah pak cik mabuk tu kalau nak dibandingkan dengan kita orang yang muda lagi waras tak mabuk ni? 

Sampai je rumah, memang selamatlah kita orang. Tak, yang selamat tu dia. Aku? Telinga aku selamat kena piat dengan umi. Merah jugak la telinga aku. Semua sebab kau Dina!

"Umi kata balik rumah terus, bukan pergi melepak kat CC tu!"

*****

Tu kisah darjah 5, belum kira masa Form 5 lagi. 

"Kau sure ke nak ponteng ni?"

Eleh, tanya aku macam dia tak biasa buat. Padahal dia lagi biasa ponteng.

Dunhill dikeluarkan dan dihisap penuh nikmat. Fuhhh.. "Tak ada yang lebih sure dari ponteng sekolah."

Lepas dah pastikan line dah clear aku terus bergerak menuju ke pagar belakang sekolah. Bukan tinggi pun pagarnya. 

Aku pandang lagi. Kot la ada pak guard kan? Free je kena tangkap. Tapi.. dia ada kat situ. Haishh.. suka sangat ikut aku la!

"Kay, cepat lah!" Botak dah mula bising. 

"Sabarlah!"

"Kay!!!" Adui, yang kau pergi jerit aku macam pakai microphone tu dah kenapa? Aku cepuk jugak minah ni karang!

"Kau nak apa? Balik la.. jangan nak menyemak ikut aku!" Aku dah sedia nak lari. Lantak kau la minah, nak terbalik ke.. tertonggeng ke kat situ. Yang aku tahu aku dah keluar dari kawasan sekolah.

"Aduh!" 

"Kay, apa lagi tu? Apasal lembab sangat kau ni! Pak guard dah sampai tu! Aku chow dulu la!" Tak padan dengan badan gemuk, laju je Botak lari. Masa lumba lari tak pula nak lari laju si gemuk ni! Huh!

"Kamu berdua nak ponteng ke mana ha?" Garang muka pak guard tu. Tapi tetap tak boleh nak kalahkan umi aku. Umi still nombor satu.

Dina dah terkebil-kebil pandang aku. Dina, sebab kau lagi aku kantoi!

"Umi malu dengan mak Dina tahu tak? Sebab Kay, Dina pun kena gantung sekolah. Siap luka kaki lagi tu!"

Dina, kau memang suka menyusahkan aku!

Memang la Dina pun kena gantung, tapi seminggu je. Aku ni yang kena dua minggu, campur dengan merokok lagi. 

*****

Sejak hari yang umi call kata Dina ada kat sini aku jadi makin takut nak keluar rumah. Mana tahu minah tu ada dekat-dekat sini ke kan? Kalau diikutkan aku dah lama tak jumpa minah tu. Ada la dalam 7 tahun? Habis je SPM, dia terus fly ke India. Klise la reason kenapa dia ke sana tu; dia ambik medic.

Aku? Memerap je la kat rumah. Tunggu result keluar.

Yang aku pelik tu kenapa Dina tiba-tiba nak datang sini? Umi ke yang bagi tahu aku ada kat sini? Eh, tak kot.. Minah tu kan minah stalker. Giler kau tak stalker kalau semua benda yang aku buat dia tahu? Aku update apa kat fb pun dia tahu. Tu okey lagi, ni sampai aku nak pergi berasap masa sekolah pun di boleh tahu.. perghh tu dah kira dasyat! Cikgu disiplin pun tak dapat nak spot aku kat mana. Dina ada letak GPS ke kat badan aku ni? Musykil kejap aku.

 Tapi kan.. dia pergi India belajar medic, mesti sekarang dah jadi doktor kan? Hrmm.. mesti tak stalker macam dulu ye tak? Educated dah kan..

Tapi macam mana aku nak tahu dia ada dekat kawasan mana? Umi cuma kata 'Dina nak datang sana, tolong tengok-tengokkan dia.' Bukan nak bagi tahu aku Dina tu duduk mana. Haishh..

Jangan tiba-tiba Dina muncul kat sebelah rumah ni sudah. Mahu aku lari balik rumah umi!

*****

Kay, Dina ada something nak bgtahu ni.

 Okey, muncul dah minah stalker ni. Menyesal pulak aku log in Facebook ni tadi.

Kay, Dina tahu Kay online. Reply me!

Mendesak orang je kerja. 

Ok, Dina tahu Dina ni stalker. I know that. I'm sorry but I can't stop from stalking you...

Terus aku log out Facebook. Makin scary minah stalker ni. Naik bulu roma aku.

"Hoi, aku tengok kau dua tiga menjak ni macam orang sembelit je kenapa? Muka tak senang duduk."  Ceit, muka hensem macam aku dia kata muka orang sembelit?

"Tak ada apa la.."

*****

"Umi nak Kay balik kampung minggu depan. Ada benda umi nak bagi tahu."

Aku mula rasa tak sedap hati bila umi cakap macam tu. Dalam kepala aku duk bayang scene kena kahwin paksa macam dalam novel. Ni semua salah Aya la ni, asyik cerita pasal novel yang dia baca kat aku. 

"Nak bagi tahu apa umi?"

Umi ambil nafas sebelum jawab soalan aku. Aisehh.. macam benda berat je umi nak bagi tahu ni. Debuk debak jugak la jantung ni.

"Dina.. dia nak kahwin?"

"Ha?? Dengan siapa?"

"Yang Kay ni dah kenapa? Terkejut babun sangat bila umi cakap macam tu?" Kesian umi, mesti umi sakit telinga bila dengar aku jerit kuat macam tu. Refleks okey?

"Tak la.. terkejut. Dina nak kahwin dengan siapa?"

"Kamu la... "

Umi, tu tak lawak.

*****

Macam aku kata, ni macam scene dalam novel. Balik kampung, kena kahwin. Tapi bukan kahwin paksa, kahwin ikut pilihan keluarga. redha je la..

Tengok pengantin perempuan relaks je. Siap senyum-senyum je dari tadi aku tengok. Takkan aku pulak yang nak buat muka masam ye tak?

"Kay, yang duk termenung ni kenapa?"

"Mana ada duduk, Kay berdiri ni." Sekali sedas aku kena lepuk belakang bahu. Sakit wooo.. kuasa tangan umi, ultramen pun kalah! Kompem merah bahu ni.

"Tu la.. loyer buruk lagi."

Bahu yang sakit aku usap perlahan. Umi pun.. time-time ni la nak cepuk aku pun. 

"Kay okey tak ni?" Dina tanya dengan suara lemah lembutnya. Dina dah banyak berubah dari zaman dia sekolah dulu. Makin kurus, makin putih, makin cantik. Sekali tengok memang tak ingat la yang dia tu suka stalk aku.

"Okey. Dina dah makan?"

Dina gelak. Lawak ke soalan aku tu? Dina. dah. makan.? Mana satu ayat aku yang lawak?

"Kenapa gelak?"

"Tadi tu kan dah makan. Makan bersuap dengan husband." Makin cantik pulak Dina ni bila blushing. Rasa nak tarik-tarik je pipi dia.

"Ehem.. ehem.."

"Abang!" ceria muka Dina nampak lelaki yang 'ehem.. ehem..' tadi. Mahu tak senyum kalau lelaki tu hensem? Tambah-tambah lagi tu la husband Dina.

Hahaha.. Ni bukan majlis aku la! Ni majlis perkahwinan Dina dengan Shafiq, calon pilihan keluarga Dina. Nama je calon pilihan, tapi sebenarnya Dina kenal je Shafiq tu masa study India dulu. Kawan sama course. Kira ni doktor sama doktor la..

Pasal umi kata Dina nak kahwin dengan aku tu? Tu propa je la! Saja nak buat jantung aku tercabut. Umi pun.. sejak tengok Bintang Mencari Bintang makin pandai nak melawak dengan aku. Lawak yang membuatkan aku demam tiga hari. Perghh.. penangan lawak umi!

"Kay bila nak kahwin?"

"Bila dah sampai jodoh, Kay kahwin la.. " Aku tarik senyum. Calon tak ada, nak kahwin apa bendanya?

"Tu.. jiran sebelah rumah kan ada.." Dina muncungkan bibirnya menghala ke satu sudut. Eh.. kejap! Tu bukan ke awek Kelisa ? Awek kecik yang bayarkan meegi aku dulu tu.

"Macam mana..?"

Dina sengih tengok muka keliru aku. Eh dia ni kan geram pulak aku! Nasib je suami dia ada kat sebelah kalau tak aku sekeh dah dia. Macam berani sangat kan? 

"Hai abang meegi!" Dalam banyak-banyak nama , perlu ke panggil aku 'abang meegi' ? Adakah kisah aku ni akan jadi kisah klise cintan cintun macam berlanggar kertas terbang kemudian jatuh cinta? Tapi dalam kes aku, meegi la. 

"Pergi la berkenalan dengan jiran sebelah tu. Eh, by the way hari tu Dina message kat fb bukan nak mengorat pun, saja nak mengusik Kay. Tup-tup terus offline. Simpan sikit perasan tu eh, Dina dah ada abang hensem ni." Shafiq kat sebelah senyum je la. Dina memang macam tu, dia dah sedia maklum lagi pun puji dia juga kan? Kembang sikit hidung bila dengar 'hensem' tu.

"Hai!"

"Err.. hai?"

"Nama?"

"Khairul."

"Panggil?"

Belum sempat aku menjawab dia dulu menyampuk. " Panggil abang meegi la."

Dalam geram aku sengih je la. Tak kan nak mengamuk pulak kan? 

"Nama awak?"

Belum sempat dia menjawab, aku dulu potong " Minah Kelisa la"

Nak dipendekkan cerita hari tu tak sempat pun aku berkenalan dengan minah kelisa tu sebabnya tiba-tiba mak dia panggil. Aku syak minah kelisa tu saudara dengan si Shafiq la kot sebab muka dia tak familiar pun kat kampung ni. 

Tapi kan bila fikir-fikir semula idea Dina tu kan... macam boleh pakai juga kan? Dalam diam aku tersengih sendiri bila terbayang kalau idea Dina si stalker zaman aku sekolah dulu menjadi nyata.


                -- TAMAT--


________
Cerita ni sebenarnya lama dah since 2015. Dah publish then unpublish balik. >_< sebab rasa apakehe la lambat nau update nya? Sorry, busy sikit sejak masuk degree ni. Huhuhu Idea nak menulis makin karat dan hutang cerpenss sebelum ni pun tak sudah2 lagi. Miannn T_T







2 comments:

Penat

 Bila dah makin meningkat usia ni kan, rasa makin penat. Lahh, cakap macam tua berapa tahun je kan? Hahahah salam pun lupa nak bagi. Sorry! ...