Thursday 6 September 2018

Semester 6



Malas nak cakap pasal blog dah bersawang sebab aku tau memang lama dah aku tak update apa-apa dalam blog ni. Sebab sibuk! Tak la sibuk sampai tak sempat tengok movie. Tapi sibuk la sampai mood nak menaip tu semakin menjauh pergi.

Pergh nasib baik Semester 6 dah berlalu pergi dengan jayanya. Alhamdulillah, semua lulus :)

Setakat ni kalau tanya aku sem mana paling aku rasa kecundang paling teruk, aku akan jawab sem 6! Lepas ni aku tak tahu la aku jawab sem berapa pulak kan. Sebab apa aku cakap sem 6?

Sebab masa sem 6 ni la nak DRP nya. Apa ke bendanya DRP tu jenon? DRP tu Defence Research Proposal. Final Year Project (FYP) punya presentation la kiranya tu. Serius weh sem 6 tu aku stress gila. Baru masuk je aku dah stress. Mungkin sebab aku tak prepare apa-apa untuk FYP aku masa cuti tu. Like aku google ap patut tapi sebenarnya aku tak nampak arah mana patut aku tuju. Tak narrow down pun apa benda sebenarnya aku kena buat.

Salah aku juga la tak jumpa madam sebelum balik cuti sem tu kan? My bad! Lepas tu naik cuti dah ada DRP (after a few months tu la bukan naik terus DRP, pengsan aku kalau gitu). Masalahnya bila dah naik cuti aku duk la bincang dengan partner aku pasal FYP kita orang. Yup, FYP kita orang ni by partner. Tapi ada la benda yang membezakan kita orang.

Mula-mula ingatkan buat benda ni, rupa-rupanya alahai kita orang salah faham. Lepas macam dah jelas apa kita orang kena buat, kita orang pun pilih la tajuk pasal sampah kat market (night market and wet market).
About a week before DRP madam tanya,

"You guys ok ke tajuk ni sebenarnya?"

Nak jawab tak ok, DRP dah hampir sangat dah. Tapi jujurnya untuk buat tajuk ni susah for both of us since study about waste at night and wet market tak banyak and memerlukan kos yang banyak. Ye la, kos kereta sewa, minyak, masa lagi. Kena stay sana sepanjang market beroperasi weh, gila kau! Aku ada kelas kot! Tapi tu mungkin boleh adjust la kan. Cumanya balik pasar mestilah dalam 11 malam kan? Sekali balik tu kena tahan dengan PB kat depan  tu. Cun je kena soal jawab pulak kan.

Then kita orang sengih je la kat madam. Dah dua ketul ni duk sengih depan madam, madam suggest la

"Apa kata you buat dalam UiTM je?"

Pergh mudah rasanya kan? Lega kita orang! Masalahnya, DRP dalam seminggu je weh! Sempat ke? Kita orang punya proposal hampir dah siap cuma ada la lompong sana sini sikit nak kena touch up.

Tanya Izzah macam mana, dia kata okey je cuma kena double la usaha tu. Ye la, orang lain benda dah fikir dari cuti kau baru nak buat seminggu sebelum DRP. Fengsan jemah!

But we managed to complete the proposal. Alhamdulillah :) (Big clap pleaseee!)

Selain pasal FYP, bagi aku sem 6 ni serius restless gila! Even housemate pun perasan aku busy last sem.

"Syira busy gila kot sem ni!"

Dengan assignment macam hujan lebat je jenisnya. Menangis aku nak hadap.

Sem lepas kira paling dahsyat la sebab aku rajin gila whatsapp orang nak luah. Walaupun indirectly. Haha.

Paling ketara sebelum aku pergi pesta buku tu la. Aku punya stress sampai tahap update facebook pasal tak dapat pergi sebab aku kena join kawad untuk wakil kelab kursus aku. pergh pakai main tarik je nama mana aci kan? Tak la main tarik je tapi ambik nama yang tak join mana-mana games. Then undi pulak. urgh at that time aku benci gila gila gila ayat 'Jom undi!' tu weh! Entah la, that word macam taboo you know? And i hate that. 

Dan malangnya aku jugak la yang terpilih dengan a few more people. Siot! Naik darah aku masa tu.Nak salahkan siapa? Tak ada orang salah pun cumanya entah aku geram, kalau boleh semua orang aku nak tumbuk lagi-lagi yang buat muka lega sebab terlepas. Ha, sorry! Aku cakap dah aku geram kan.

Kebetulan before tu ada orang datang bagi talk pasal mental illness. Aku serius nak pergi. At that time aku macam down as down gila! Aku nak keluar tak boleh, aku nak balik ada hal pulak. Benda aku tak suka pulak tu! Ah benci!!

Masa aku dengar talk tu I dont know why aku nak nangis. Apa ke benda la aku duk emo semacam dengar orang tu bagi talk. Nasib Diba tak perasan. Tapi aku lega sikit lepas dengar talk tu. Haha, hajat tercapai la katakan.

Lepas je habis program sukan antara fakulti tu, ibu ajak pergi pesta buku. Aku macam serius la?

Meman ya pun serius. Ibu dan ayah datang bawak aku pergi sana. Ya Allah, happynya aku masa tu weh sebab dapat keluar dan buat benda aku nak. Aku plan dari awal kot nak pergi sana. Ye la, memang la every year aku pergi pesta buku tu cumanya kali ni special sikit sebab ada penulis aku suka datang! Aku plan nak datang masa dia ada la, cumanya aku tak dapat datang tarikh tu. But sokay la, dapat datang pun dah cukup baik.

Balik dari pesta buku tu mood aku dah okey sikit.

Benda lain yang tak settle tu serius memang penat lagi memeningkan dan memerlukan masa untuk settlekan. Nasib baik sempat siap semua.

Masa final ni ada satu paper yang aku buat sambil rasa nak menangis sebab otak aku tiba-tiba blank. Padahal bagi aku soalan dia serius straight to the point. Tak belok-belok pun. Aku je tak baca.

Siap minta ibu ayah doa lagi balik tu. Balik exam paper tu aku duk la sendiri sambil emo-emo whatsapp Dayah dengan Ibu. Cakap itu ini.

Harapan aku cuma satu ; LULUS SEMUA PAPER.

Alhamdulillah aku lulus. Harapnya sem 7 ni aku okey la.

Tak stress teruk-teruk.
Boleh study dengan tenang
FYP berjalan lancar
dan sebagainya lah.

Sampai sini je la aku bebel kali ni.
Esok lusa aku sambung balik :p


No comments:

Post a Comment

Notes~

Assalamualaikum semua!

1) Terima kasih sebab sudi nak kunjung blog yang tak seberapa ni :-)

2) Sorry kalau ada karya Syira macam "erghh hampeh gila ayat dia ni!" or " bapak childish cerpen dia!" or apa2 yang sewaktu dengannya. Syira masih baru nak nak belajar menulis penulisan yang bagus n best so I need ur comment :-)

3) Ada cerita yang kalau korg perasan tak ada sambungan macam terhenti. Tu maybe sebab tak ada idea or Syira terlalu bz. Insya Allah kalau ada masa n idea Syira sambung. Mngikut permintaan (kalau ada)

4) Kalau la.. (Kalau ok?) korang rasa ada idea utk cerpen boleh la email kat syira. Heeee.. kot Syira rasa boleh buat, syira buat :) email : nilliavanilla@gmail.com

5) Kalau mahu comment, sebaik2nya letak la nama. At least I know ur name. Tak la Syira panggil Annonymous1 or 2 je kan?

And lastly, terima kasih sekali lagi sebab masih sudi datang berkunjung sini~


L O S T

Macam biasa intro setiap kali post,  Bersawang sudah blog ni. Hahahaha, aku tak sempat update. Bukan nak kata tak ada masa sungguh nak main,...