Monday 12 August 2019

Intern Degree

Hai!

Lama kan tak post sini? Ye tau, berapa banyak kali dah aku taip ayat tu. Haha. Ampunnn!

Aku tak tau nak cerita apa walaupun hakikatnya banyak benda jadi sepanjang aku nak habis intern. Both bad and good memories. Heh.

Sebelum bateri laptop ni kong sebab tadi dah balun tengok Sweet Dreams, aku nak share sikit la sedikit memories yang aku ada masa intern degree ni.

First sekali, beza ke dari masa diploma dulu?

Semestinya berbeza weh!

Masa diploma, otak aku (dan orang sekeliling) meletakkan diri kita orang ni sebagai seorang kanak-kanak or somebody yang will not be taken as worker? Ke ayat aku pening? Seangnya masa diploma orang layan kita orang macam kanak-kanak je. Hahahaha eve kita orang pun banyak main masa intern dulu.

Masa degree ni orang macam ada satu expectation tau. Kau perlu tahu ni, tahu tu. Kalau tak keluar ayat keramat 

"Dah tu belajar apa kat u?"

Tang kalau kena tanya ni biasanya memang puncanya aku yang salahla sebab aku memang selalu mengantuk masa kelas. Junior, jangan tiru akak okay? Akak bukan contoh terbaik.

Tapi kat sana aku belajar banyak benda, tapi tak sebanyak orang lain. Less exposure I guess? I dont know why tapi aku rasa sv aku macam takut nak bagi kerja kat kita orang. And again, i dont know why. Banyak lagi aku belajar dengan orang lain kat situ.

Yang pasti bila intern aku dah pro liminate dan gunting-gunting tau? Print je aku tak pandai. Lol.

Tempat tu best kerana orangnya. Orang baik. Kau je kena rajin. Kena bercakap. :)

Apa pengajaran yang aku dapat?

Masa intern ni la masa kau nak merasa macam mana feeling masa bekerja, jadi kau kena manfaatkan dengan sepenuhnya. Jangan asyik nak main je. Lepas tu jangan jadi penakut sangat dengan staff. Staff tu kalau dia garang, kau buat tak tahu je. Bukan la kau perlu melawan, kau cuma perlu lawan rasa takut tu. Dia garang, so what? Dia boleh makan kau ke? Tak kan?

Kadang tu, orang tak garang, kau tu yang penakut. Aku la tu. Heh. Dan aku tak berjaya lawan rasa takut aku sampai habis. My bad. Junior, jangan ikut!

Lepas tu, sila la bawa muka bersiap sikit. Tak la maksudnya kau kena pakai mekap tebal. Big no no la tu (except memang tempat kerja kau tu perlu kau macam tu lain cerita la). Bersiap, maksudnya jangan la pucat sangat. Orang pun tak tahu kau tu manusia ke zombie kang!

Ni apa yang aku rasa masa intern la. Korang aku tak tau. Tapi, kalau kot la post aku ada orang jenguk dan baca, korang drop la kat komen apa-apa nasihat untuk adik-adik yang baru nak intern tu tentang do and don'ts masa intern. Haha.

Sampai sini je kot, bateri laptop dah merah dah.
Nak kiok la tu.

Esok lusa aku taip lagi okay.

Salam sayang,
Syahirah.

130819
0259am

No comments:

Post a Comment

Notes~

Assalamualaikum semua!

1) Terima kasih sebab sudi nak kunjung blog yang tak seberapa ni :-)

2) Sorry kalau ada karya Syira macam "erghh hampeh gila ayat dia ni!" or " bapak childish cerpen dia!" or apa2 yang sewaktu dengannya. Syira masih baru nak nak belajar menulis penulisan yang bagus n best so I need ur comment :-)

3) Ada cerita yang kalau korg perasan tak ada sambungan macam terhenti. Tu maybe sebab tak ada idea or Syira terlalu bz. Insya Allah kalau ada masa n idea Syira sambung. Mngikut permintaan (kalau ada)

4) Kalau la.. (Kalau ok?) korang rasa ada idea utk cerpen boleh la email kat syira. Heeee.. kot Syira rasa boleh buat, syira buat :) email : nilliavanilla@gmail.com

5) Kalau mahu comment, sebaik2nya letak la nama. At least I know ur name. Tak la Syira panggil Annonymous1 or 2 je kan?

And lastly, terima kasih sekali lagi sebab masih sudi datang berkunjung sini~


L O S T

Macam biasa intro setiap kali post,  Bersawang sudah blog ni. Hahahaha, aku tak sempat update. Bukan nak kata tak ada masa sungguh nak main,...