Friday 3 April 2020

Review Novel Rooftop by Farrah Izzlorna

Assalamualaikum dan hai semua!

Tau, lama bebenor la seketul Syahirah tak muncul kan? Sorry, akak is busy. Tak busy makan, mungkin busy tidur. Hahahaha, ampun! Okey, kali ni kita update yang bermotif sikit.

Kita nak *drumroll pleaseeeee*

Okey, tak payah nak drama lebih. Kita nak review novel. Sebenarnya dah buat review ni lama dah (tak lama berzaman cumanya ada la buat sebelum ni) tapi disebabkan selalu buat kat instagram tapi sejak kebelakangan ni tiba-tiba handphone saya melancarkan mogok aneh ; tak mampu nak bukak apps instagram maka kia buka guna chrome je. Sadis benar rasa. Ok, abaikan tu! Dan dah namapun guna kat chrome pastu tetiba lupa password instagram pulak. Adeh.. kalau gitu nampak gayanya tunggu nanti la sis bukaknya pulak.

Dan disebabkan itulah, seketul Syahrah nak buat review kat blog pulak. Walaupun tak ada view, tai tak apa. At least blog iolls tak bersawang (mungkin la hahahaha). Kita nak review novel apa untuk first ni?

Ye, betul, kita nak review novel ROOFTOP by FARRAH IZZLORNA.

Rooftop by Farraf Izzlorna (Prolog Media)

Sinopsis belakang buku :

Apa yang akan berlaku jika tiba-tiba muncul seorang lelaki yang hanya anda seorang saja boleh melihat dan mendengar?

Aya, gadis yang suka menyendiri. Jadual hidupnya ke kelas dan balik rumah. Namun ketenangan itu menjadi huru-hara apabila seorang lelaki menjelma dan ingin berdamping dengannya.

Siapa dia ni? Kenapa dia pilih aku? Nenek moyang aku membela ke?

K, lelaki sarkastik yang suka mencampuri urusan hidup Aya menyebabkan gadis itu kerap hilang sabar. Puas Aya halau, tetapi K tetap setia di sisi.

Akhirnya, mereka bersahabat. Namun ada sesuatu yang pelik tentang K yang membuatkan Aya nekad mahu mencari jawapannya.

Siapa K, pendamping dia selama ni? Kenapa dalam gembira K, terselit duka?

“Aya, kebaikan juga boleh membunuh.”




Review :


Untuk novel ni Syira boleh bagi 8/10.

Serius novel ni best sebab dia tak terlalu clishe. Novel ni bukan untuk orang yang suka jalan cerita heroin jatuh cinta dengan hero yang kaya, handsome, bijak, cool lepastu ada pulak watak ketiga yang jahat plus watak penyedap rasa mak mertua tak restu menantu sebab nak menantu yang lain. Siapa cari novel macam tu, awal-awal lagi boleh say bye. Tapi korang try la baca. Tak berhenti beb kalau korang dah start baca. Hahahah :p

Dia jadi macam addicted tau sebab nak tahu, eh apa jadi lepas ni, wehh siapa mamat ni, siapa minah ni, siapa pulak pak cik ni? Kenapa dia kat sini pulak ni? Setiap benda tu akan buatkan korang tertanya-tanya.

Cerita dia start dari Aya si penulis (atau bakal penulis sebabnya dia tak official lagi hantar manuskrip tu) ni duduk kat rooftop lepastu ada satu kejadian ni membuatkan nampak macam dia nak bunuh diri padahal tu kebetulan je. Mujur tak jadi, kalau tak arwah dah Aya. Then, masa tu la first time Aya ni jumpa K.

Yang tak boleh blahnya K ni siap tanya "Kenapa kau tak jadi bunuh diri?" Ewah-ewah, celupar mulut tu! Sejak jumpa Aya kat rooftop tu, mana je Aya pergi mesti akan ada K. Aya ada jugak la terfikir siapa K ni? Sebabnya K ni akan selalu ada mana je Aya berada lepas tu supp hilang! Siapa sebenarnya K ni? Hantu ke?

Then lepas lama-lama kena ikut (or didampingi?) Aya mula rasa tak kisah dah. Cumanya Aya ni kan nampak K tu so dia selalu la berbual macam dengan orang biasa tapi yang orang nampak dia ni selalu bercakap seorang diri. Kalau kita nampak pun kata gila kan?

Aya ni dia ada crush pada sorang mamat ni, nama dia Fikri. Punya la lama dia suka kat mamat ni, dari zaman sekolah lagi. Tapi tu la, crush tak nampak. Selalu juga Aya ni email Fikri tapi lammbat baru dapat reply. K ni dah berapa kali nasihat move on je la dari Fikri tu. Orang dah layan kau acuh tak acuh, takkan nak menunggu lagi kan? Tapi Aya ni degil, mana nak dengar kata (eh hello, crush kot!)

Tapi ada satu kejadian ni membuatkan Aya sedar dan cuba untuk move on. Tapi move on tu tak mudah lagi-lagi nak move on dari crush yang dah lama kau suka. Dalam masa nak move on tu K masih setia menempel kat Aya ni. Duk mengayat Aya dalam duk nasihat (menyempatt).

Aya ni walaupun dah move on, dia tak selfish. Dia still nak selamatkan Fikri masa Fikri dalam bahaya. Part ni korang kena baca sendiri sebab bila baca part ni korang akan jadi macam "Wow, seriuslaaaa?!" Dia ada kisah sebalik kisah yang terjadi (pening kan ayat ni? Miann). Dan disebabkan nak selamatkan Fikri ni la Aya kehilangan K.

Betul la orang kata, kita tak akan menghargai seseorang tu sampailah kita kehilangan dia. Baru terasa kosong. Macam tu Aya rasa. Then selepas 6 tahun , Aya dah bekerja dalam bidang yang dia yang memang passion dia dan dia ditugaskan mencari seorang Ghost Writter ni. Karya hebat, dapat sambutan tapi tiba-tiba meghilang. The best part is, karya tu sebijik kisah K. Sebab tu Aya nak mencari si Ghost Writter ni.

Kat situ la Aya tahu berbagai-bagai kisah disebalik rasa sedih yang membuatkan dia rasa nak menangis setiap kali tersentuh K. Cerita ni tak la sehappy yang korang sangka, tapi dia tak la sesedih tu. Dia bagi korang berfikir semula, apa yang korang nak sebenarnya? Perlu ke korang hidup dalam kegelapan masa lampau dan biarkan masa depan yang tak pasti jalannya? Perlu ke korang jadi selfish demi cinta?

Korang boleh grab novel ni kat mana-mana kedai buku . Kalau jenis suka beli online boleh jenguk instagram @prologmed atau Shoppe : Prolog Media .




No comments:

Post a Comment

Notes~

Assalamualaikum semua!

1) Terima kasih sebab sudi nak kunjung blog yang tak seberapa ni :-)

2) Sorry kalau ada karya Syira macam "erghh hampeh gila ayat dia ni!" or " bapak childish cerpen dia!" or apa2 yang sewaktu dengannya. Syira masih baru nak nak belajar menulis penulisan yang bagus n best so I need ur comment :-)

3) Ada cerita yang kalau korg perasan tak ada sambungan macam terhenti. Tu maybe sebab tak ada idea or Syira terlalu bz. Insya Allah kalau ada masa n idea Syira sambung. Mngikut permintaan (kalau ada)

4) Kalau la.. (Kalau ok?) korang rasa ada idea utk cerpen boleh la email kat syira. Heeee.. kot Syira rasa boleh buat, syira buat :) email : nilliavanilla@gmail.com

5) Kalau mahu comment, sebaik2nya letak la nama. At least I know ur name. Tak la Syira panggil Annonymous1 or 2 je kan?

And lastly, terima kasih sekali lagi sebab masih sudi datang berkunjung sini~


L O S T

Macam biasa intro setiap kali post,  Bersawang sudah blog ni. Hahahaha, aku tak sempat update. Bukan nak kata tak ada masa sungguh nak main,...