Monday 5 July 2021

I'm back!

 


Haiiiii!

Sungguh la kali ni lama gila aku hiatus sampaikan password pun lupa. Apa ke teruk sangat dah tu. Hahahah. Tak la, masalahnya email pun aku tak bukak ni. Guna email yang lain la katakan.

Nak kata busy sangat tak la. Eh,ke ye?

Boleh la.

Sebab sepanjang aku tak update apa-apa ni, aku dah masuk kerja Mr.DIY kat Alamanda tu nak dekat setahun, pastu sekarang dah kat Perikanan pulak. Hurm. What a year!

Asalnya aku plan nak update pasal last day aku kat DIY. ye, awal tahun ni la tu. Pastu tangguh puya tangguh last-last aku tak buat. Pastu konon marilah kita start update pasal masuk kerja baru ni. Pastu sekali lagi, tak ado nyaaaa. Aduhaiii.

Banyak alasan tu yang apapun tak gerak. Harapnya lepas ni aku boleh lagi aktif la update sini memandangkan sekarang PKP pastu duk rumah je sebab WFH kan. Kerja sekali je seminggu. Eh silap, masuk pejabat sekali seminggu. Kerja tu ada kadang sampai malam. 

Heh.

Tak pe, lepas ni aku nak slow-slow cari balik 'Syahirah' yang rajin menaip tu. Yang suka menulis cerita. Yang suka berangan. Hahhahaa. Sekarang pun sama cuma aku lagi suka bazir masa. Kejap aku tengok Netflix, kejap aku baca manga, pastu aku belek novel jap. Pastu tidur. Duhh patut tak produktif musim PKP ni. 

Nampak tak bermotif kan post ni? Haah ye, aku randomly post sebab lama sangat tak ada yang baru pastu aku baru perasan yang last update April 2020. Pergh, mende apa aku buat selama tuuuu sampai tak jenguk gua kayangan ni?

Banyak sebenarnya aku nak share kat sini tapi tu la, malas melebihi segalanya.

Salam PKP 2021,
5 Julai 2021
12.51 pm.


No comments:

Post a Comment

Notes~

Assalamualaikum semua!

1) Terima kasih sebab sudi nak kunjung blog yang tak seberapa ni :-)

2) Sorry kalau ada karya Syira macam "erghh hampeh gila ayat dia ni!" or " bapak childish cerpen dia!" or apa2 yang sewaktu dengannya. Syira masih baru nak nak belajar menulis penulisan yang bagus n best so I need ur comment :-)

3) Ada cerita yang kalau korg perasan tak ada sambungan macam terhenti. Tu maybe sebab tak ada idea or Syira terlalu bz. Insya Allah kalau ada masa n idea Syira sambung. Mngikut permintaan (kalau ada)

4) Kalau la.. (Kalau ok?) korang rasa ada idea utk cerpen boleh la email kat syira. Heeee.. kot Syira rasa boleh buat, syira buat :) email : nilliavanilla@gmail.com

5) Kalau mahu comment, sebaik2nya letak la nama. At least I know ur name. Tak la Syira panggil Annonymous1 or 2 je kan?

And lastly, terima kasih sekali lagi sebab masih sudi datang berkunjung sini~


L O S T

Macam biasa intro setiap kali post,  Bersawang sudah blog ni. Hahahaha, aku tak sempat update. Bukan nak kata tak ada masa sungguh nak main,...