Tuesday 6 July 2021

MR. DIY (part 1)

 Haiii!!!

Semalam aku dah post tapi hari ni aku datang lagi. Hahhaahha tak pe la kan aku update. Kira ganti masa hiatus yang entah apa la aku buat tu. 

Aku plan nak cerita pasal pengalaman selama aku kerja kat kedai favourite aku start dari Januari 2020. Hahahha lama dah aku update pasal tu kat sini tapi tu la, tak berkesempatan kata kau.

Okay, nak dimulakan, asalnya aku habis study tu ; read as habis intern habis presentation FYP. Aku tanam anggur yang tak berbuah kat rumah selama 6 bulan. Lam l jugak 6 bulan t sebearnya. Tapi sungguh weh aku tak ada la nak hantar resume ke, pergi kelas safety ke memang ta ada. Apa bendalah aku langsung tak fikir apa bnda aku nak.

Lepas 6 bulan tanam anggur, Yana and Fath dah habis study jugak. Kira tegah tunggu convo la masa tu. Then dorang ajak la keluar cari kerja. Dorang plan nak hantar resume kat Kementerian yang ada kat Putrajaya ni. Kat sini memang banyak Kementerian, HQ kan. So kalau hantar tu sebenarnya ada peluang untuk dapat kerja tu. Tapi as PSH la. 

Dorang dah ajak, aku on je la. Sambil nak keluar jalan-jalan tu kan. Okay fine, so aku pun ikut la hant resume. Little did I know, bebudak berdua ni sebenanya dah strt hantar resume even before tu lagi. Tapi tak pe la, aku sendiri pun tak ada inisiatif nak cari kerja so tak pa la. So aku smpat hantar resume satu je masa tu. Kita gamble je weh sebab just hantar kat admin Kementerian. Kalau dorang terima, akan dianggil untuk interview. Kalau tak, tak ada rezeki lagi la tu.

Tu masa pagi. Pastu petang tu pergi jalan kat Alamanda pulak. Konon dah cari kerja kat kerajaan so cari la juga kat mall jugak kan. mana la tau ada yang sangkut kat situ kan. So pegi la sambil nak cuci mata. Hikss. Pusing lakat MPH,Parkson, Aeon pun ita orang masuk tau. Tapi semua macam penuh and bersyarat macam berat sikit.  

Pastu, tak pe la. Kalau tak dapat bukan rezeki la tu. Then masa tu kita rasanya dah plan nak balik dah rasanya tapi aku ajak pergi singgah Mr.DIY sekejap. Cari kalau ada kerja kosong kat situ. Sebenarnya aku memang suka masuk kedai tu pun. 

Kedai berhantu! hahahaha

Okay then kita orang pun pergi la DIY. Pastu pergi kat kaunter Fath yang tanya tau masa tu ada kerja kosong ke tak. cashier tu panggil la supervisor dia masa tu. Aku mcm tak ambik kisah sangat masa tu sebab Fath yang tanya kan. Aku pusing-pusing je la dalm tu tengok barang. Bila supervisor dia sampai dia kata ada satu je kekosongan masa tu. Fath pun terus 

"Syiraaa haa ada satu kosong. G la apply!"

And aku yang tengah main-main tu macam blank sekejap. Hahahah tiba-tiba kena isi form. Tapi aku onz je la, isi la borang tu. Konsep hari tu; gamble je. Aku isi borang jawatan kosong tu. Aku ingatkan nanti dorang call or panggil interview lepas beberapa hari. Ehh tiber weh, supervisor dia interview aku on the spot kat kaunter je weh. Aku dengan tak ready apa sekali lagi gamble je laa! 

Serius weh, satu hari gamble je kerja.

Masa tu supervisor dia tanya la soalan basic pastu pasal Mr DIY yang aku tahu. Aku cuma cakap apa yang aku tahu je la. Aku ingatkan nanti la result keluar, eh tidakkk. Aku apat resut masa tu jugak weh. Alhamdulillah memang dorang perlukan staff masa tu. Tapi masuk hari Jumaat sebab supervisor dia cuti esoknya tu. Entah apa masalah aku nak tunggu supervisor dia masuk baru aku nak masuk ntah. Tak la, aku fikir aku perlu masa sebenarnya nak masuk kerja.

Lagi sedap aku nak masuk sebab kat san aku tak payah pakai uniform nak kena gosok. Seluar jeans boleh je pakai. Bebas untuk aku kat situ.

Jadinya Jumaat 10 Januari 2020 tu aku masuk kerja. Penat weh sebab aku tak faham apa aku baut. hahaha. Aku masuk tu as promoter jaga bahagian toys. Aku ingatkan senang rupa-rupanya jeng jeng jenggg!

Sepah sana sini sebab bebudak kan faham je la. Tapi mas tu aku tak fikir sangat psal tu sebab aku baru lagi kan. Loceng bunyi pun aku tak pergi depan sebab aku bukan tahu pun mana tempat. Actually, aku PERLU peri depan ye la, kalau aku tak oernah tolong masa tu sampai bila pun aku tak tahu mana barang-barang tu.

Sampai la satu masa tu aku decide untuk ke depan. Customer nak tukar warna je, aku boleh tersilap. hahhaha Nasib laa

Tapi aku stay promoter 2 minggu je tak silap sebab Sv dengan Asst Sup aku offer jadi cashier. Aku tak nak memula tu. Tapi Lepas SV dengan Asst SV aku kata try je la. Aku pun onz.

Memula tu bapaknya slow aku buat kerja. Hahahaha. Nak scan, nak masuk plastik, nak ambil duit. Memang lambat sangat aku masa tu. Even closing pun aku slow. Sir (SV) sabar je walaupun nampak la muka dia macam geram. Hahaha tq la sir sabar! Dengan Kak Dila garang sikit. Tapi tak kena marah. 

Memang tak dinafikan, pnat yekerja kt bahagian retail macam tu walaupun cashier. Maksud aku, cashier memang tak angkat barang, tak display tak berjalan macam promoter tapi most of the time cashier memang duduk kat kaunter. Kalau maa ramai orang tu berejam la kau berdiri. Masa tu aku pakai kasut biasa je memang it a jawab dia. Aku hampir give up weh sebab penat plus aku rasa mental aku penat. 

Aku fikir maca-macam.

Aku fkir kalau aku kerja lain aku tak payah berdiri lama,
Tak payah kerja sampai malam,
Ta payah kerja Sabtu Ahad,
Tak hadap manusia bongkak (bukan semua, tapi aku jumpa segelintir)

Masa ramai tu ita belum PKP lagi. Memang dah ada kes Covid, tapi tak la seteruk sekarang. China yang paling teruk at that time. Masa bulan 3 nak ke bulan 4 macam tu kita mula PKP.

Masa tu la aku buat decision untuk resign untuk kali pertama.  Tapi,  ada benda yang menghalang aku dari hantar surat.  

Yang tu nanti aku sambung part 2 sebab ni macam panjang dah en.  

07072021



No comments:

Post a Comment

Notes~

Assalamualaikum semua!

1) Terima kasih sebab sudi nak kunjung blog yang tak seberapa ni :-)

2) Sorry kalau ada karya Syira macam "erghh hampeh gila ayat dia ni!" or " bapak childish cerpen dia!" or apa2 yang sewaktu dengannya. Syira masih baru nak nak belajar menulis penulisan yang bagus n best so I need ur comment :-)

3) Ada cerita yang kalau korg perasan tak ada sambungan macam terhenti. Tu maybe sebab tak ada idea or Syira terlalu bz. Insya Allah kalau ada masa n idea Syira sambung. Mngikut permintaan (kalau ada)

4) Kalau la.. (Kalau ok?) korang rasa ada idea utk cerpen boleh la email kat syira. Heeee.. kot Syira rasa boleh buat, syira buat :) email : nilliavanilla@gmail.com

5) Kalau mahu comment, sebaik2nya letak la nama. At least I know ur name. Tak la Syira panggil Annonymous1 or 2 je kan?

And lastly, terima kasih sekali lagi sebab masih sudi datang berkunjung sini~


L O S T

Macam biasa intro setiap kali post,  Bersawang sudah blog ni. Hahahaha, aku tak sempat update. Bukan nak kata tak ada masa sungguh nak main,...