Tuesday, 26 March 2013

Cerpen : Aku, Dia dan Teddy Bear??





Assalamualaikum... Nama aku Adiba.. berumur 18 tahun pada tahun 2013.. apa aku nak cerita ya?  Haaa, dah ingt dah.. aku nak cerita apa yang jd kat aku hari ni...

"Kakak, turun kejap..." jeritan mama mematikan gerak jariku yang baru sahaja lincah menulis. Almaklumlah, diari baru.. Orang sekarang dah pakai blog, aku still pakai diari? Mesti ada yang kata aku ni kuno kan? 



Suka hati aku la. Kalau aku tulis kat diari, nanti aku boleh baca balik. Tapi kalau aku taip kat blog, bila blog tu dah deactivated, memori aku pun dah delete sekali dengan blog tu. Oleh yang demikian, saya Nur Adiba Husna lebih memilih untuk meggunakan diari sebagai medium untuk meluahkan perasaan walaupun tanpa komen orang lain. Aku bukannya nak glamour sebab kisah aku..

Walaupun aku memang layak menyandang sebagai Miss Glamour of The World. Bukan aku perasan ke apa cuma kalau la korang tahu kisah aku mesti ada yang menganga sampai seminggu tak tutup mulut. Hehehehe... hiperbola tahap tak ingat!

"Kejap mama!" Laju kaki ku menuruni tangga. Kalau lambat nanti mama membebel pula.

"Ni, ada bungkusan untuk kakak." kata mama sambil menghulurkan sebuah bungkusan yang boleh tahan besarnya. Siapa yang bagi? Rasanya aku tak ada pesan apa-apa minggu ni.

"Siapa bagi tu?" tanya mama ingin tahu. Muka pun dah macam spy je aku tengok.

"Tak tahu la mama. Kakak naik dulu ye." kataku sebelum naik semula ke bilik. 

Sampai saja ke bilik aku terus menimbang-nimbang untuk meneka apa yang berada di dalam kotak tersebut. Tak berat pun. Rasa macam tak ada isi pun ye. Cuma ada la rasa benda bergoncang bila aku timbang-timbang kotak tu.

Terus aku membuka balutan kotak tersebut dengan penuh berhati-hati. Mataku terbeliak apabila melihat isi kotak tersebut. Kenapa dalam banyak-banyak benda, mesti nak bagi yang ni?


*****

Setahun yang lalu...

"Diba!" sapa Liyana ketika aku baru melangkah masuk ke kelas. Muka dia ceria semacam je ni. Ada apa-apa ke ni?

"Ada apa?" tanyaku perlahan. Penat masih bersisa. Nafas tercungap-cungap lagi. Mana tak penat kalau kena naik tangga sampai tingkat 4 untuk sampai ke kelas kita orang ni. Penat!

Ada lif tapi cikgu tak benarkan murid-murid guna. Cikgu, cikgu faham tak kalau saya kata kita orang penat? Cikgu letak kita orang kat tingkat 4 lepastu suruh naik pakai tangga. Naik semput kita orang.

Nak pergi rehat pun malas sebab fikirkan nak naik tangga sampai ke tingkat 4 ni. Lagi rela bawa bekal dari rumah dari pergi ke kantin. Semuanya sebab malas nak naik turun tangga. Tak kurang juga ada yang ambil kesempatan buka bisnes jual nasi lemak kepada sesiapa yang malas nak turun ke kantin. Yang pasti, pulangannya amat lah lumayan sebab ramai yang malas nak turun.

"Kau tahu tak pasal kelas kita ada budak baru hari ni?" sampuk Zahida yang duduk di sebelah Liyana. Kalau bab gosip, serahkan je pada dia. Kalau nak berita pasal K-pop pun boleh tanya pada dia. 

"Tak tahu."

"Hensem siot budak tu!" Jelas terpancar cahaya keterujaan dimatanya. Kalau nak bayang macam mana rupanya, sila rujuk muka anime bila teruja tentang sesuatu.



"Dah start dah dia.." Syira yang dari tadi diam mula bersuara. Syira ni cuma akan menyampuk bila dia rasa dia nak bercakap je. Tak pun, topik yang dibincangkan tu ada kaitan dengan diri dia. Kalau tak, jangan harap la dia nak bercakap. 

"Eh, suka hati aku la!" jawab Zahida tidak berpuas hati.

"Ok,citer la apa kau nak cerita tu." malas aku nak dengar dia orang ni berperang. 

"Dia baru balik dari oversea! Muka dia macam muka Harry yang kau suka tu."

Harry? Hrmmm... Harry dari group One Direction tu ke?



"Assalamualaikum..."

Suara orang yang memberi salam itu mematikan perbualan kita orang yang sedang rancak berbual. Automatik semua memandang gerangan yang memberi salam tersebut. 

Aku salah nampak ke ni? Ke aku tengah mamai? Lantas aku mencubit pipiku perlahan. Sakit! Sah, memang aku tak bermimpi. Tapi kenapa Harry muncul kat sini?

"Kenapa?" tanyanya dengan muka pelik. Agaknya dia perasan yang semua tengah pandang dia. mana tak perasan kalau semua pandang dia macam singa kelaparan je rupanya.

"Ok, aku bukan Harry la! Aku Hairi. H.A.I.R.I. " katanya bagaikan faham kenapa semua mata terarah kepada dirinya. Dah tu siap eja lagi nama dia tu.

Hairi? Dekat la juga dengan Harry...


*****


"Weh, macam mana nak jawab soalan ni?" tanya Harry versi Malaysia yang duduk betul-betul di belakang tempat duduk aku.

"Kan cikgu dah ajar tadi.." dengan malasnya aku menjawab. Bukan ke dah berjam cikgu ajar benda ni tadi? Dia ni pekak ke apa? Aku penat sebenarnya. Penat dengar Liyana nyanyi lagu raya. Liyana kata tahun depan kita orang tak dapat nak raya jadi dia nak nyanyi lagu raya puas-puas sekarang.

Nasib aku tak tertulis lirik lagu tu masa nak tulis karangan tadi. Lagu yang Liyana nyanyi tu macam dah melekat dalam kepala aku. Terngiang-ngiang suara Liyana menyanyi. Urghh, tension!

"Aku lupa la.. Banyak makan semut agaknya." jawabnya selamba. 



Aku dengan malasnya mula mengajar dia apa yang cikgu ajar tadi semula. Diulangi SEMULA. Aku memang malas bab nak ulang-ulang benda yang sama dua kali. Tapi sebab penat, aku layan kan je la Hairi ni. Kalau tak, habis semua kerja aku tak siap sebab dia kacau. 

Macam la tak boleh minta tolong orang lain. Kan dah sebulan dia kat sekolah ni, tak kan tak ada kawan lain selain aku untuk diminta tolong kot?

"Ehem.." dah agak dah. Mesti akan ada suara orang berdehem macam tu kalau aku rapat dengan si Hairi ni. Urgh, tension aku la!

"Kenapa? Nak ubat sakit tekak ke?" Laju je Hairi memberi respond kepada orang yang berdehem tadi. Ambil kau! Kan dah kena sebiji. "Relaks la Diba, aku memang ramai peminat." katanya sambil mengenyitkan mata. Korek biji mata tu baru tahu. Perasan gila mamat nama Hairi ni.

"Memang kenyataannya aku ni hensem, nak buat macam mana? Alhamdulillah di atas kurniaan tuhan." sambungnya lagi. Makhluk bernama Hairi ni memang perangai perahsantan sejak kecil eh?

Haih.. sabar je la. Nasib aku agaknya sebab duduk depan dia ni. Aku je yang dia cari kalau nak tanya soalan. Bukan nak tanya kawan sebelah dia tu. Dah la poyo! Nasib muka tu comel.. Tak jadi aku nak mengamuk ala monster..



*****


"Dibo! Ada apa-apa nak story kat kita orang?" tanya Fathien sambil mengangkat keningnya. Dah macam Ziana Zain je aku tengok minah ni. Dah tu sesuka hati je panggil aku Dibo.

"Story apa?" tanyaku blur. Serius aku memang blur. Mana tak blur sebab baru je ajar mamat sengal yang comel tu Add Math tadi. Mahu tak biul kepala aku mengajar dia. Benda yang sama kena ulang dua tiga empat kali. Bila aku nak mengamuk, dia cepat-cepat  ambil buku lepas tu kipaskan aku. Nak cool down kan aku la tu. Ingat aku ni apa? Boleh cool pakai angin? Cepuk sekali baru tau.

"Pasal Harry kau tu la." Fathien dah tersengih-sengih. 

"Kenapa dengan dia? Normal je. Tak ada apa-apa nak di story kan." Buku-buku yang bersepah aku kemaskan dan masukkan ke dalam beg. Nak berkemas untuk balik. Kejap lagi mama dah nak sampai. Kalau lambat nanti tak memasal je kena ceramah free.

"Ye ke?" sengihannya semakin panjang.

"Ye la." jawabku malas.

Telefonku bergetar menandakan ada mesej masuk. Lantas telefon yang berada di dalam poket baju kurung di keluarkan. 

Mama dah sampai ni. Cepat sikit 

"Fathien, mama aku dah sampai la. Aku pergi dulu ye. Assalamualaikum." 

Fathien dah buat muka tak puas hati. Mesti ada lagi soalan nak tanya tu. Simpan la soalan awak tu untuk esok ye Cik Fathien...

"Bye Diba!" Tiba-tiba aku terdengar suara yang amat aku kenal sewaktu aku hendak melangkah keluar dari pagar sekolah. Buat malu aku je bila semua orang pandang aku bila dia jerit macam tu. 

Budak-budak perempuan junior yang duduk kat foyer sekolah tu pun secara automatiknya memandang ke arah aku. Pandang dengan pandangan macam nak bunuh aku je rupanya. Seram! Tu mesti antara ahli kelab peminat Hairi.

Ish, kena jauh dari mamat ni lain kali. Kalau tak, habislah aku jadi mangsa jeles peminat-peminat mamat poyo tu.


*****

Kruuukkk

Bunyi perut ku yang lapar membuatkan kami yang sedang ligat berbincang terdiam. Mata semua terarah ke arahku. Spontan masing-masing tersegih. Segan! Menyesal tak breakfast pagi tadi.

Padahal elok je mama masak nasi goreng pagi tadi. Siap offer nak siapkan bekal lagi Aku je jual mahal tak mahu bawa. Sekarang dah menyesal tak sudah.. Hrmmm...

"Nah." Ujar Hairi sambil menghulurkan roti Gardenia perisa coklat. "Kau pengsan nanti siapa nak ajar kita orang?" sambungnya lagi. Hek eleh mamat ni, ingatkan caring sangat pasal aku rupa-rupanya ada udang di sebalik meegi! Asalehe betul!

Sedap la pula roti ni. Biasa nya kalau aku makan tak ada lah sesedap mana pun. Hrmmm apa la agaknya yang Hairi dah letak dalam ni. Perisa kasih sayang? Eh, apa aku mengarut ni???

Oh tidak, tak mungkin aku suka mamat poyo ni! Muka je comel tapi perangai poyo nak mampus..

"Adiba, cepat la. Soalan nombor 5 ni macam mana? Aku kepeningan ni." tanya Syira. Isy Syira ni dari soalan 1 lagi dia kepeningan. Bila masa la kau tak peningnya?

"Kejap la.." kataku dengan mulut yang penuh dengan roti.

Mataku fokus membaca soalan. Apa yang dia nak ni ye? Hrmmmm.. ok faham! "Macam ni Syira..." aku mula menerangkan soalan nombor 5. "Faham?" tanyaku setelah hampir 10 minit aku menerangkan soalan tersebut. Syira pula dengan kepeningan yang tak pernah berhenti banyak pula soalnya.Aku yang naik tension. Makin bertambah jerawat kat muka aku ni, Adoyai!

"Hrmmm boleh la.." balas Syira dengan muka blurnya. Siap garu pen kat kepala lagi. Tu tandanya dia memang tak faham la.

"Macam ni la Syira.." Hairi pula mengambil tempat aku untuk menerangkan soalan tersebut kepada Syira. Sepanjang Hairi menerang soalan tersebut Syira banyak menganggukkan kepalanya.

"Oh... macam tu rupanya." Syira tersenyum gembira. Tanda berpuas hati kerana memahami apa yang dia 'pening' sangat tadi. Senang je rupanya.

"Amboi, Hairi ajar baru kau faham. Gatal naaa..." Liyana mula bersuara dengan loghat Kedah. Keningnya dijongketkan.

"Hemo-hemo la kau." Laju je tangan Syira menyinggah bahu Yana. Pap! Huhuhu... Macam pedih je bunyinya. Liyana tersengih je sambil mengusap bahunya yang disapa 'mesra' sebentar tadi.

"Dah la wei.." Eh, lupa pula aku kat mamat seekor ni. Mana taknya dari tadi diam je dia.  Iwan ni bukan jenis pendiam tapi tak tahu kenapa kali ni dia banyak mendiamkan diri je. Nak kata dia ni jenis pelajar yang slow pun tak juga sebab dia antara top 5 student kat sekolah ni.

"Ok, sambung... next soalan 6 Iwan terangkan." laju Hairi memberi arahan. Iwan tak kisah pun nak terangkan soalan mana sebab dia memang dah faham tajuk Light tu. Otak Iwan memang nampak macam lebih ke Fizik. Nasiblah budak pandai...


*****

 Bersambung part 2... sebab :

*dh lme terperuk dlm lappy...
* rasa bersalah kat Dibo...lme sngt cter nie..
*esok (Rabu) dh kena balik kampung..

so, ni je yg sempat di publish.. harap sabar tnggu part 2.. hehehe >_<





Jangan lupa comment ye? kalau rasa cerita ni layak disambung sila la comment.. n kalau ada typo sila bagi tahu dgn segera..

8 comments:

  1. Assalamualaikum Nillia Vanilla <---Hehehe.... Mcm org asing~

    Untuk pengetahuan awak... Awak tak ada typo pon.. heheh.. Cuma loghat kedah tu... kah kah kah >_<

    "Syira" tu gatai lah..

    BTW, Iwan tu siapa?????? Mamat yg syok kat Syira ke? Hohoho *teka je*

    Pendapat saya....
    1. Cerita ni comel!
    2. Jalan cerita yg tidak memeningkan.
    3. Tak sabar nak baca sambungan ^_^

    Wohohoho~!

    Sekian :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Yo!Larkspurpetak~ hehehe..

      ok thanks sbb cmmnt.. mmg kau pun tukang komen yg paling rajin kat blog aku ni..

      ok thanks untuk pendapat yang membina tu! hehehe...

      kau pun sambung la Cerita Sebuah Mimpi kau tu~ Teringin nak tahu pe jadi kat Paan..>_<

      Delete
  2. Waalaikumussalam... yo! Larkspurpetak~ hehehehe...

    ok thanks sbb cmmnt.. mmg kau pun tukang komen yang paling rajin kat blog aku ni...


    ok thanks untuk pendapat yang membina tu! hehehe.. kau pun sambung la cerita Sebuah Mimpi kau tu~

    teringin nak tahu pe jd kat Paan.. >_<

    ReplyDelete
  3. heheheehe
    kelakar~~!!
    aq paling ske part yana nnyi lagu raye..
    hahahahhahahaha
    weh aq nk msuk jgk criter nie...
    huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nme Farzana insya Allah otw~~ hehehe..

      part yana nyanyi tu aku terbayang yana nyanyi kat kelas sbnrnye... hehehehe tersangtlah klkr~~

      Delete
  4. cerpen ni memang best...yang paling best hero cite ni!!Harry Edward Styles from 1D!!!lepas ni buat cerpen,hero guna louis plak,boleh?mintak je =D

    ReplyDelete

Penat

 Bila dah makin meningkat usia ni kan, rasa makin penat. Lahh, cakap macam tua berapa tahun je kan? Hahahah salam pun lupa nak bagi. Sorry! ...