Hairi terus memandang ke arah gerangan yang memanggil namanya. Eh, macam mana minah ni boleh ada kat rumah aku ni?
"Farzana..." Perlahan dia menyebut nama tersebut. Setahunya gadis ini masih berada di Jepun bersama-sama keluarganya. Macam mana dia boleh tersesat kat sini pula?
"Farzana saja datang sini nak melawat kamu Hairi..." ujar mama Hairi sambil membawa dulang berisi air.
Datang melawat aku? Demam ke apa minah ni? Datang sini semata-mata nak melawat aku? Mesti ada something yang dia nak, tu pasal dia boleh sampai ke sini.
"Kau datang sini nak buat apa?"
"Ada misi yang aku kena laksanakan." balas Farzana sambil tersengih-sengih. Eh minah ni, aku tanya serius, dia jawab main-main pulak!
"Serius la wei!"
Biskut Marie dipatah dua lalu dicelup ke dalam air teh panas.Pergh! Memang kenalah makan masa ptang-petang macam ni.
"Satu masa nanti kau tahu la.." balas Farzana sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
Minah ni suka hati dia je buat rumah aku macam rumah dia sendiri. Tahulah dia tu anak kawan baik mama dan papa merangkap sharepartner syarikat mereka. Dulu pun dia orang sama-sama membesar kat Jepun sebab masing-masing ikut parents kat sana.
![]() |
Ahahaha... ni la harry yg kau nk tu dibo~ <3 |
*****
"Iwan,hari sabtu ni kau free tak?"
Selepas semangkuk mi sup habis dimakan baru Iwan mengangkat kepalanya. Berpeluh-peluh dahi dia. Sebijik macam orang baru lepas mari marathon. Mana tak berpeluh kalau hampir 6 sudu kicap pedas dia taruk dalam mangkuk mi sup tu? Nasib kau la.. Kalau sakit perut, tak kuasa aku nak teman kau ke tandas..
"Apa kau tanya tadi?"
"Aku tanya kau free tak sabtu ni?" Nak tak nak terpaksalah aku ulang balik soalan aku tadi. Sabar je la ..
"Hrmm...sabtu ni?" tanya Iwan sambil meneguk air sirap dengan rakus. Ni mesti kes pedas tadi tak hilang lagi.
Hairi hanya mengangguk. Malas nak menjawab. Angguk je sudah.
"Free la kot.Kenapa? Nak ajak aku date ke?" Dengan penuh selamba kucing Parsi Iwan tanya Hairi macam tu. Siap buat gaya betulkan rambut lagi. Sebiji macam gaya lelaki bila ada perempuan ajak date.
"Haah la B! I nak ajak you date. Nak tak?" Hehehehe.. kau ingat kau je boleh buat? Aku pun boleh la!
"Tapi I tak date dengan lelaki la you. Sorry la ye.."
Kalau ada orang tengok mesti dia orang ingat yang budak dua orang ni gay. Geli geleman siapa yang melihat mereka. Naik bulu roma wooo..
"Ala.. jom la B.Sekali sekala date dengan I.Tak kan tak sudi kot?" Sipa dengan kenyitan mata Hairi hadiahkan buat Iwan. Sekali tengok dah macam mak nyah, Nasib baik tak pakai mekap tebal, kalau tak.. memang serupa sangatlah!
"Dah la wei! Geli pulak aku.." Iwan mula menunnjukkan reaksi geli. Orang dekat sekeliling pun dah pandang mereka semacam.
"Tu la, kau yang start dulu tadi. Aku joint je la.. hehehe.."
"Ok, kau nak ajak aku ke mana Sabtu ni?" Serius je suara Iwan. Alah, dia serius pun sebab ada awek cun lalu sebelah meja mereka.
"Ada awek nak ajak kau date la!"
Awek ajak aku date? Awek mana pula ni? Tak pernah ada awek yang ajak aku keluar date selain.....
*****
"Diba.." kerusi yang Adiba duduk ditariknya.
Dengan perlahan Adiba memandang ke arah Hairi siap dengan muka tak puas hati pulak tu. Muka yang membawa maksud "Kau nak apa?"
"Tolong ajar aku Add Math?" pinta Hairi dengan mata yang sengaja dikerdipkan. Nak minta tolong dengan Adiba kena la buat muka comel. Kalau tak, say bye-bye je la..
"Kan cikgu dah ajar tadi?"
"Lupa la.."
"Ish kau ni la.." dalam merungut tu Adiba ajar juga Hairi.
Hairi pun tak faham kenapa dia asyik nak tanya Adiba je kalau ada benda yang dia tak faham. Padahal elok je Iwan tu duduk kat sebelah. Iwan tu pun bukan calang-calang orang.
Iwan pun dah banyak kali offer nak ajar Hairi tapi Hairi je bajet jual mahal lepas tu menggedik nak Adiba yang ajar.
"Ehemm..." Dah mai dah suara sumbang ni...
"Nak ubat sakit tekak ke?"
Terus lari budak-budak perempuan tu. Tak silap aku, tu la geng yang selalu menggedik nak duduk dekat-dekat dengan aku.
Ish, nak duduk rapat-rapat dengan aku? Bukan muhrim la! Sorry sikit ye.. Yang layak rapat-rapat dengan aku cuma isteri aku je la.. hehehehe..
"Weh, aku nak balik dulu la. Kau dah faham kan chapter ni?" kata Adiba sambil menggalas beg.
"Ok! Tapi bukan ke sekarang ni ada lagi masa 30 minit sebelum waktu balik? Aku tahulah Cikgu Aiza tak masuk hari ni, tapi tak kan kau nak serong kot?" Adiba ni stok serong juga ke?
"Aku nak lepak library la.."
"Oh.. aku nak..." belum sempat Hairi menghabiskan kata Iwan terlebih dahulu memanggilnya.
"Lepak sini kejap." Huh, melepas aku! Sibuk je la Iwan ni. Nak ikut Adiba pun tak boleh.
"Kau nak apa?" Dengan muka tak puas hati Hairi memandang Iwan.
Iwan biasalah, menyengih sambil buat isyarat 'peace'. Padahal dah tahu Hairi tengah berasap dengan dia.
*****
"Bro! Kenapa kau tak bagitahu yang Farzana dah balik sini?" tanya Iwan dengan muka serius plus bengang.
Hairi cuba menahan diri dari ketawa sebab tak tahan tengok muka Iwan yang comel tu buat muka serius mengalahkan muka orang nak jawab soalan SPM.
"Tak tanya.." selamba dog je Hairi bagi jawapan. Kembang kuncup hidung Iwan mendengar jawapan Hairi. Ada yang nak makan kaki ni karang..
Hairi pun sebenarnya ada sebab kenapa dia tak bagi tahu Iwan pasal Farzana tu. Sebabnya Farzana awal-awal lagi dah bagi warning kat Hairi supaya jangan bagitahu pasal dia dah ada kat Malaysia sebab dia cengkononnya nak bagi kejutan kat Iwan. Almaklumlah, Iwan tu kan sepupu Farzana.
Farzana siap kata " kalau kau bagitahu Iwan aku dah ada kat sini, aku bagitahu satu sekolah kau yang kau suka ..." namanya Farzana bisik saja di telinga Hairi. Macam mana Farzana tahu pun Hairi tak tahu. Ada upah penyiasat ke?
Sebab tu la, Hairi tak nak bagi tahu Iwan pasal Farzana dah balik Malaysia. Sorry la bro!
*****
"Syira.. tolong aku kejap."
"Nak apa?" kalkulator yang dipegang diletakkan di atas meja. Matanya fokus ke arah Hairi.
"Tolong aku ..."
"Ye la.. tolong apa?" kalau la ni cerita kartun, agaknya dah keluar asap kat kepala Syira. Straight to the point je boleh tak? Belok sana belok sini...
"Aku nak.." Bungkusan di tangan diserahkan ke tangan Syira. Dahi Syira berkerut. Apa benda pula ni?
*****
Selepas kertas terakhir SPM..
"Wahhhh... lega gila! Dah habis SPM akhirnya! Yuuuuhuuuuuuuuu..." jeritan Danish yang agak kuat itu membuatkan dewan yang sudah kosong itu bergema. Alahai, macamlah besar sangat dewan sekolah tu..
Aiman dah siap dengan marker pen nak minta tanda tangan. Ingatkan nak minta sign kat kertas ke apa, rupa-rupanya dia minta sign kat baju sekolah dia tu. Hrmmmm... kalau perempuan nak bagi sign memang teragak-agak la nak, sebab takut tersentuh.. Tapi sign juga sebab tu memori last paper SPM. Mana boleh ulang dah lepas ni..
Danish pun sibuk nak ikut sama apa yang Aiman buat. Nak buat macam mana, dah nama pun kawan baik, mestilah kena buat benda yang gempak tu sama-sama.
"Diba, nah!" terus bungkusan di tangan Syira bertukar tangan. Apa benda ni?
"Hairi bagi.." kata Syira sambil mengangkat-angkat keningnya. Nak tiru Ziana Zain ke apa?
"Apa ni?" Mamat tu letak apa dalam ni? Lipas?Katak? Cicak?
"Buka la.." muka Syira jelas menunnjukkan yang dia tersangatlah teruja nak tahu apa yang ada dalam bungkusan tu. Macam special je..
Adiba membuka bungkusan tersebut dengan penuh berhati-hati. Takut kalau benda kaca, nanti pecah pula kalau salah buka.
Teddy Bear?
"Comelnya!" Syira yang sememangnya peminat teddy bear cukup teruja melihat hadiah tersebut.
Mamat comel yang poyo tu bagi aku teddy bear? Alahai.. so Romeo la Hairi..
Eh, kejap! Ada nota la..
Assalamualaikum.. Diba! Tahniah kau dh hbs paper.. aku belum lagi.. aku kan amik akaun.. wish me luck ok? Hahahaha... suka tak teddy bear tu? Sebenarnya dah lama aku nk brtahu kau... aku rasa la kan, aku rasa selesa bila aku ada dengan kau... Aku suka tengok kau gelak.. aku suka tengok kau buat muka serius tapi cute..kesimpulannya aku suka kau!
Yang benar,
Hairi.
Ceh, siap ada yang benar lagi tu. Gaya macam nak buat surat rasmi je. Alahai Hairi, kau nak bawa hati aku ke mana?
Teddy bear yang Hairi bagi Adiba peluk kemas. Hairi,aku suka kau jugak!
"Assalamualaikum.." loceng berbunyi serentak dengan salam.
"Waalaikumussalam." Laju kakinya menuju ke pintu depan. Apron ditanggal dan disangkut.
Pintu dibuka. Dia tersenyum melihat insan-insan dihadapannya. Rindunya.. "Korang!"
Masing-masing menyegih kat depan pintu. "Tak nak jemput masuk ke?"
"Lupa.. masuklah.." laju dia mempersilakan tetamunya masuk ke dalam rumah. "Lama tak jumpa korang! rindu gila aku kat korang!"
"Aku pun rindu kat kau!" Liyana mula mendepakan tangannya. Gaya macam anak kecil nak memeluk maknya. Comel je sebab Liyana tu dah la kecil, buat pula suara macam budak-budak. Memang cukup pakej!
Tiba-tiba mereka terdengar suara bayi menangis. Rasanya tu dari tingkat atas. "Eh, anak aku dah bangun la.." ujarnya seraya bangun ingin mendapatkan anaknya. Menangis nak cari mummy dia la tu.
"Nak tengok Khalisha!" pinta Syira sambil mengerdipkan matanya. Suka sangat bajet comel la minah ni. Khalisha tu nama anak Adiba yang sulung. Comel je rupa dia. Tengokla muka daddy dan mummynya. Cute plus hensem gitu..
"Jom!"
"Khalisha.. Aunty Syira datang ni.." Syira menjelir lidah ke arah Adiba. Saja je cop aku jadi 'aunty'.. aku muda lagi la.. Ceh, perasan pulak!
"Banyaknya teddy bear dalam bilik ni. Comel!" ujar Zida yang sedang ralit melihat dekorasi bilik tidur Khalisha. Mana tidaknya, wallpaper warna pink cair yang ada gambar teddy bear. Setiap ceruk bilik tu penuh dengan teddy bear. Macam-macam saiz ada. Dari kecil tapak tangan sampai la ke besar budak umur dua tahun. Macam-macam warna. Tersangatlah comel bilik Khalisha!
"Daddy Khalisha yang beli. Dia kan hantu Teddy Bear.. Asal pergi shopping je beli teddy bear.. asal outstation je balik comfirm ada dia beli teddy bear. Aku pun tak faham la dengan mamat tu. Aku pun tak ada lah fanatik sampai macam tu sekali."
Khalisha terus diam apabila mulutnya disumbatkan dengan susu. Diam je dia menyusu.
Ting tong!
"Cik abang kau dah balik.."
Adiba senyum je. Laju langkah kakinya menuju ke pintu. Kesian pula kalau dia lambat nanti cik abang sayang dia tu kena tunggu lama pula kat luar tu. Dah la baru balik kerja.
"Abang..." tangan Hairi dikucup lembut tanda hormat.
"Eh.. semua dah sampai ke ni?" baru Hairi perasan yang kawan-kawan isterinya yang juga kawan-kawannya ada di rumahnya.
"Farzana dengan Iwan je yang tak sampai lagi."
"On the way la tu kot.. Korang, buat la macam rumah korang ye. Kejap lagi aku turun." Hairi bergerak pantas ke tingkat atas. Nak bersiap-siap untuk majlis malam nanti la tu.
Setelah maghrib, mereka semua berkumpul di taman mini yang direka oleh Adiba dan Hairi. Taman mereka penuh dengan bunga ros dengan pelbagai warna. Cantik!
"Tujuan utama aku adakan makan malam ni sebenarnya aku nak buat gathering sikit dengan korang sebab kita kan dah lama tak jumpa. Lagi-lagi Farzana dengan si Iwan. Selalu sangat merayap kat oversea!"
"Bisnes la bro!" ujar Iwan sambil tersenyum. Sekarang ni Iwan turut sama membantu menguruskan bisnes yang dijalankan oleh papa Hairi. Cawangan syarikat papa pun dah berkembang ke merata-rata tempat. Oleh itu, papa memerlukan orang yang berkaliber dan yang dipercayai untuk menguruskan syarikat-syarikatnya.
"Ye la tu.."
"Selain tu, sebenarnya aku nak bagi tahu korang semua satu berita gembira!" bahu Adiba digosok mesra. Bibirnya mengukir senyuman bagaikan nak bagi tahu tarikh merdeka je gayanya.
"Kau naik pangkat ke?"
"Tak." nak naik macam mana lagi kalau jawatan tertinggi dalam syarikat tu memang Hairi yang pengang.
"Kau nak beli kereta baru?"
"Tak." dah 4 buah kereta berderet kat tempat parking kereta tu ha. Nak kena tambah lagi ke?
"Tambah isteri baru?"
"Woi! Agak-agak sikit la.."
"Ok, sorry.. apa berita gembira nya?" semua dah tak sabar untuk mendengar pengumuman yang macam bombastik tu.
"Tak lama lagi korang nak dapat anak saudara.." ujar Hairi dengan riak wajah yang ceria. Adiba tak payah nak dikata lah.. Merah dah muka dia.
"Tahniah! berapa bulan dah ni?" Farzana tanya dengan perasaan teruja. Dia memang teruja gila kalau bab bayi ni. Bayi kan comel. Dia pula memang jenis yang fanatik benda comel. Memang kena sangatlah!
"3 bulan. Lupa nak bagi tahu.. kali ni kembar! Khalisha bakal dapat adik kembar!"
~TAMAT~
*****
Finally... tamat pun.. sorry la kalau lama sngat nk menunggu endingnya... Ade masalah lappy.. then kekeringan idea.. tatau nak cedok idea kat mne dah... tp kalau dah baca, harap komen.. kalau ada typo sila bagi tahu.. sebab memang part yang akhir ni macam ermmmm je... huhuhuhuhu... Diba, sorry kalau x best! n awal2 aku nk btau, part akhir tu aku buat sambil sorokkan muka kat bawah bantal.. *malu*
Ok, Assalamualaikum...
hahahhaha
ReplyDeleteok best :D
n ade 1 typo..
hehehhehe
thanks masuk kn aq..
ssh2 jew..
huhuhuhu
haah.. aku dh jumpe typo.. thanks... kau dh mnx, so aku tunaikan.. part last tu aku rasa cm segan double triple nk wt... serius! huuhuhu...
DeleteWeah! Syira! Hate you! (Tipu) hahhaah... Weah!!!!! Asal BEST SGT ni weah!!!!!! Aku suka lah ending dia!!!!! (Walaupun ada rasa geli geliman di situ) hohohoho.... Weah........!!!! Best lah !!! Siyes!! Comel nye!!!!!! Hahah....
ReplyDeleteSyira............... lepas ni buat cerita pasal Fathien pulak! Aku request ni!
Hohohohohohohohohoho... *Mana button like???* heheheh..
PNW~~~
Ahahahaha... thanks! mmg ending die wt aku geli... rasa mcm mls nk wt ending tu.. tp dah terlajak tulis.. so, terus kn je la... hohoho..
DeleteCter pasal Fath otw la.. kne freshkan otak aku dulu.. *ketandusan idea*
shira.. OMA terbaiklah
ReplyDeletebut little bit GELI ar
kau buat aq tersenyum tanpa berhenti tau..
anyway aq ada kwan nama Hairi .... aq byg muka dia bkn HArry tau ..haha
anyway thanks...
ahahahaha... thanks..
Deletemmg x dinafikan.. aku pun geli bila nak taip tu... huhuhu... rasa macam panas je muka aku nk taip sebab rasa segan..
ikut kau la nk bayang pe pun.. ahahahaha...
welcome.. ok NEXT! Fath's Story! <3