Tuesday, 5 December 2017

Super Duper Busy Girl

Assalamualaikum and hai everyone!

Hahahah speaking!

Okey for this time, this post.. I try write it in English. Kinda get inspiration from somebody I guess? It's good you know :)

As you guys already know, I already in my degree in Puncak Alam in same coarse as my diploma. Same? Yeah, and getting hard! Cry a bucket for all of these!

When you have to do your assignment and wifi like playing hide and seek with you
Lecturers give last minute assignments
When you want to study but you don't even understand a word what you read
Then when you plan to go home and get some relax session at you home, suddenly have to cancel since you got too many assignments and also commitments.

* Urghh *

For now, I only want to final as soon as possible and take a rest. But seriously, I can get rest during my semester break?

But what will I do?

SLEEP!
EAT!
SLEEP!
EAT!
SLEEP!

hahahaha

And when next semester begin,

 I will ask myself

 "Why I so fat ha?"



Wednesday, 22 November 2017

Abang Meegi vs Minah Kelisa





   Dengar kata dua hari lepas aku dapat jiran baru. Mahu tak tahu kalau Iman asyik duk pot pet memekak sebab orang sebelah bising masa masuk pindah hari tu. Nasib baik aku tak ada masa dia orang baru pindah masuk sebabnya aku balik rumah umi. Kalau la aku ada sekali masa tu, mahunya dengan aku sekali duk pot pet sampai sekarang macam si Iman tu.

Pot pet cakap susah nak tidur la.. susah nak buat assignments la.. susah nak makan la.. aik? Susah nak makan ni lain macam. Apa kaitan? Arghh.. lantak kau la Iman.

"Oi kau dengar tak apa aku cakap ni Kay?" Iman tayang muka bengang kat aku. Ingat aku tak dengar la tu. 

"Dengar la pak cik. Ayat yang sama kau duk ulang dari aku baru jejak masuk rumah."  Mana pulak perginya meegi kari aku ni. Dua kali dah aku periksa tak jumpa jugak. Misteri nusantara pulak hilang meegi aku ni. Nak kata Iman makan, memang tidaklah sebabnya mamat tu anti meegi kari.

"Cari apa tu?"

"Meegi aku la. Rasa ada sebungkus lagi sebelum aku balik hari tu."

Tiba-tiba aku perasan Iman macam tarik sengih. Sengih oran bersalah. Haa.. bayangkan!

"Err.. er.. meegi kau habis dah. Jo makan." 

"Ganti balik!" Kalau boleh aku nak hentak kaki time time ni jugak. Hei, tu makanan aku okey? No one can touch my food! Terutamanya meegi tu. Dah la tong beras dah kosong, perut aku pulak melalak minta diisi. Haduii..

"Alaa.. esok aku ganti la. Dah malam ni. Malas nak keluar. Roti ada, makan laa.."

Ha.. jangan tak tahu, aku ni jenis picky sikit bab makanan ni. Aku makan meegi, tapi tak makan roti. Nampak racist disitu. Makanan tak sihat diutamakan. Nasib je kepala aku tak jadi botak sebab makan meegi. Kalau tak jatuh saham. Huhuhu..

"Bak sini kunci motor." 

Aku capai je sweater yang tersadai atas sofa dekat ruang tamu tu. Malas dah nak naik bilik pakai baju. Nasib baik pakai seluar, kalau pakai kain pelekat .. mahu terkejut cashier kedai nampak orang pakai sweater kat bawah pakai kain pelekat. Nampak 'kemelayuan' di situ. Ecewahh.. cover jangan tak cover dik non!

*****

"RM 8.60."

Allah! Dompet tinggal pulak. Tu la Kay, duk kalut nak makan meegi sampai lupa nak ambil dompet. Agak-agak kalau aku cakap dengan akak cashier ni nak balik kejap ambil dompet aci tak? Tebal jugak la muka ni. 

"Encik?" 

"Err.. dompet saya tinggal. Nanti saya datang balik, boleh?"

"Tak boleh, ni dah key in dalam machine." Muka akak cashier tu pun macam dah serba salah. Alaa.. apa aku nak buat ni. Dalam kocek ni paling kurang pun aku yakin dan pasti cuma ada  dua puluh sen je baki beli HACKS hari tu.

"Tak pe akak, kira sekali dengan saya." 

Tak semena-mena muncul pulak seorang hamba Allah dari belakang aku. Rasa bersyukur sangat, rasa macam nampak Ultraman selamatkan bumi! Ceit, pengaruh cerita zaman kanak-kanak!

Habis je dia bayar, aku ambil plastik aku, dia ambil plastik dia. Aku segan sebenarnya. Tak tahu nak cakap apa. Kalau aku cakap "Jom ikut saya balik dulu, saya nak ambil duit." nanti karang dia kata aku perogol bersiri pulak. Dah la ni malam.

"Tak pe la, duit tu kira halal la. Rezeki awak malam ni." Katanya sambil tersenyum. Orangnya kecil je, paras dada aku je kot.

"Ehh.. tak sedaplah pulak macam tu. Apa kata awak bagi nombor akaun bank. Nanti saya bank in duit."

Dia tergelak. Sopan je gelaknya.Tak la macam Mak Lampir tu. 

"Takat RM 8. 60 tak payah la. Tak pe, saya ikhlas. Ni masa awak, nanti mana tahu tiba masa saya pulak kan?" Katanya sebelum terus berlalu pergi ke kereta Kelisa yang dari tadi duk hon. Mengganggu betul! Baru nak tanya nama dia sebenarnya. Ececeh Kay, sempat lagi nak mengayat!

*****

"Kay, berapa lama tempoh inkubasi untuk demam kuning? Aku lupa la.." Aku cepuk jugak Jo ni karang. Tanya soalan tak kena silibus dekat aku. 

"Dei, aku mana belajar benda-benda medic macam ni. Kalau minta aku ambil gambar boleh la.." Sah Jo dah biul belajar CDC dia tu sampai aku yang tak berkait dengan course dia pun dia boleh mengigau nak tanya. Haihh.. Parah!

"Mana tau kalau kau ingat. Aku malas nak bukak buku."

"6 ke 10 hari la Jo." Jawab Iman sambil belek buku CDC Jo. 

"Thanks bro!" 

"Thanks je? Belanja teh tarik la." kening diangkat tinggi. Peminat Ziana Zain tegar ni sampaikan trademark pun nak tiru. Alahai Iman..

"Tak ikhlas. Jomlah!"

Siap je kemas barang-barang kita orang terus bergegas pergi food court.  Karang kalau ramai nak kena menapak pergi kedai luar. Mahal! Dalam U jugak yang murah.

"Jo, kau tau tak semalam ada orang mengamuk tak dapat makan meegi?"

Aku agak kalau pandangan aku ni 3D dah lama badan Iman ni terbelah dua. Benda kecik pun nak cerita ke? Buat malu kaum je.

"Laa.. sorry la Kay, aku datang rumah korang hari tu. Iman kata beras tak ada, aku nampak meegi aku ambik je la."

"Tak ada hal la." Pasal meegi tu la aku dapat jumpa awek kecik comel tu. Malangnya tak sempat nak tanya nama. Sadis..

Brrrr.. brrrr.. 

Lupa pula nak tukar mode silent ni tadi. Geli paha bila phone bergetar dalam poket seluar.

"Haa.. ye umi."

*****

Disaster!

Tu je perkataan yang muncul dalam kepala aku bila aku dengar apa yang umi cakap pagi tadi. Sejak umi call tu semua benda aku nak buat tak tenang. Tengah dalam kuliah tu boleh aku berangan nampak muka 'orang tu'. Nightmare!

"Woi, kau ni dah kenapa? Letak garam setabung dalam air milo aku ni?"  Tak pasal-pasal je Fadhil jadi mangsa aku. Tu la, suruh lagi aku buat air masa otak aku tak fokus. Tu nasib baik letak garam, bukan serbuk cili. Kronik betul aku ni. Risau tahap Tera sampaikan terletak garam dalam air housemate aku.

"Tak ada apa la. Sorry la, tak perasan."
 
Nanti Dina nak datang sana. Tolong tengok-tengokkan dia ye? 

Sebaris ayat umi tu membuatkan aku keras macam batu bila dengar. Satu, Dina nak datang. Dua, datang sini? Tiga, aku kena tengok-tengokkan dia???


Umi, umi tahu tak umi baru masukkan anak umi yang kacak bergaya ni masuk dalam gua nenek kebayan tu? Okey, nampak over la pula kalau aku panggil minah tu nenek kebayan.  Turun sikit, mak kebayan sebab dia tak tua.

Masalah aku?

Dia. Manusia yang bernama Dina tu masalah aku. Kalau dia macam perempuan biasa tu tak apa la juga. Masih boleh diterima. tapi dia tak! Dia tu pelik, tak sama macam perempuan lain. Bukan pembunuh bersiri la! Tapi dia ni.. stalker tahap James Bond pun boleh surrender. 

Dia nak stalk siapa lagi kalau bukan aku? Bukan nak berlagak la, tapi dia tu peminat aku. Ulang lagi, bukan nak berlagak tapi tu kenyataan.

*****

Darjah 5

"Weh budak perempuan tu ikut kau la!" bisik Fiqri perlahan. 

Ish minah ni la, tak pernah nak bagi aku aman. Ada je nak menyemak kat mana aku pergi. Aku nak datang sini pun dia nak ikut? Mak dia tak marah ke dia balik rumah lambat macam ni? Aku lain la, dah lali sangat kena tibai dengan rotan abah tu. 

"Tak apa la, kau peduli kan je dia tu. Bukan dia boleh buat apa pun." Baju sekolah aku buka dan tukar kepada T-shirt biasa. karang pakai baju sekolah kena banyak soal pulak.

"Adik buat apa kat sini sendiri ni? Nak pak cik temankan?" datang dah suara gatal kacau dia. Hish, menyusahkan aku betul la minah ni. Suka ganggu aku! 

Pedulikan dia Kay.. padan muka dia, suka sangat ikut kau kan?

Tapi..

"Lepaskan saya lah!" dia meronta-ronta. Apalah sangat kudrat budak kecik macam tu nak lawan orang dewasa yang mabuk macam pak cik tu? Orang lain pun tengok je.. buat apa nak peduli bukan hal dia orang pun nak ambil kisah.

"Fiq, aku balik dulu la." 

"Dina!" aku jerit nama dia sambil tarik tangan dia kuat. "Lari!!" Laju mana sangatlah pak cik mabuk tu kalau nak dibandingkan dengan kita orang yang muda lagi waras tak mabuk ni? 

Sampai je rumah, memang selamatlah kita orang. Tak, yang selamat tu dia. Aku? Telinga aku selamat kena piat dengan umi. Merah jugak la telinga aku. Semua sebab kau Dina!

"Umi kata balik rumah terus, bukan pergi melepak kat CC tu!"

*****

Tu kisah darjah 5, belum kira masa Form 5 lagi. 

"Kau sure ke nak ponteng ni?"

Eleh, tanya aku macam dia tak biasa buat. Padahal dia lagi biasa ponteng.

Dunhill dikeluarkan dan dihisap penuh nikmat. Fuhhh.. "Tak ada yang lebih sure dari ponteng sekolah."

Lepas dah pastikan line dah clear aku terus bergerak menuju ke pagar belakang sekolah. Bukan tinggi pun pagarnya. 

Aku pandang lagi. Kot la ada pak guard kan? Free je kena tangkap. Tapi.. dia ada kat situ. Haishh.. suka sangat ikut aku la!

"Kay, cepat lah!" Botak dah mula bising. 

"Sabarlah!"

"Kay!!!" Adui, yang kau pergi jerit aku macam pakai microphone tu dah kenapa? Aku cepuk jugak minah ni karang!

"Kau nak apa? Balik la.. jangan nak menyemak ikut aku!" Aku dah sedia nak lari. Lantak kau la minah, nak terbalik ke.. tertonggeng ke kat situ. Yang aku tahu aku dah keluar dari kawasan sekolah.

"Aduh!" 

"Kay, apa lagi tu? Apasal lembab sangat kau ni! Pak guard dah sampai tu! Aku chow dulu la!" Tak padan dengan badan gemuk, laju je Botak lari. Masa lumba lari tak pula nak lari laju si gemuk ni! Huh!

"Kamu berdua nak ponteng ke mana ha?" Garang muka pak guard tu. Tapi tetap tak boleh nak kalahkan umi aku. Umi still nombor satu.

Dina dah terkebil-kebil pandang aku. Dina, sebab kau lagi aku kantoi!

"Umi malu dengan mak Dina tahu tak? Sebab Kay, Dina pun kena gantung sekolah. Siap luka kaki lagi tu!"

Dina, kau memang suka menyusahkan aku!

Memang la Dina pun kena gantung, tapi seminggu je. Aku ni yang kena dua minggu, campur dengan merokok lagi. 

*****

Sejak hari yang umi call kata Dina ada kat sini aku jadi makin takut nak keluar rumah. Mana tahu minah tu ada dekat-dekat sini ke kan? Kalau diikutkan aku dah lama tak jumpa minah tu. Ada la dalam 7 tahun? Habis je SPM, dia terus fly ke India. Klise la reason kenapa dia ke sana tu; dia ambik medic.

Aku? Memerap je la kat rumah. Tunggu result keluar.

Yang aku pelik tu kenapa Dina tiba-tiba nak datang sini? Umi ke yang bagi tahu aku ada kat sini? Eh, tak kot.. Minah tu kan minah stalker. Giler kau tak stalker kalau semua benda yang aku buat dia tahu? Aku update apa kat fb pun dia tahu. Tu okey lagi, ni sampai aku nak pergi berasap masa sekolah pun di boleh tahu.. perghh tu dah kira dasyat! Cikgu disiplin pun tak dapat nak spot aku kat mana. Dina ada letak GPS ke kat badan aku ni? Musykil kejap aku.

 Tapi kan.. dia pergi India belajar medic, mesti sekarang dah jadi doktor kan? Hrmm.. mesti tak stalker macam dulu ye tak? Educated dah kan..

Tapi macam mana aku nak tahu dia ada dekat kawasan mana? Umi cuma kata 'Dina nak datang sana, tolong tengok-tengokkan dia.' Bukan nak bagi tahu aku Dina tu duduk mana. Haishh..

Jangan tiba-tiba Dina muncul kat sebelah rumah ni sudah. Mahu aku lari balik rumah umi!

*****

Kay, Dina ada something nak bgtahu ni.

 Okey, muncul dah minah stalker ni. Menyesal pulak aku log in Facebook ni tadi.

Kay, Dina tahu Kay online. Reply me!

Mendesak orang je kerja. 

Ok, Dina tahu Dina ni stalker. I know that. I'm sorry but I can't stop from stalking you...

Terus aku log out Facebook. Makin scary minah stalker ni. Naik bulu roma aku.

"Hoi, aku tengok kau dua tiga menjak ni macam orang sembelit je kenapa? Muka tak senang duduk."  Ceit, muka hensem macam aku dia kata muka orang sembelit?

"Tak ada apa la.."

*****

"Umi nak Kay balik kampung minggu depan. Ada benda umi nak bagi tahu."

Aku mula rasa tak sedap hati bila umi cakap macam tu. Dalam kepala aku duk bayang scene kena kahwin paksa macam dalam novel. Ni semua salah Aya la ni, asyik cerita pasal novel yang dia baca kat aku. 

"Nak bagi tahu apa umi?"

Umi ambil nafas sebelum jawab soalan aku. Aisehh.. macam benda berat je umi nak bagi tahu ni. Debuk debak jugak la jantung ni.

"Dina.. dia nak kahwin?"

"Ha?? Dengan siapa?"

"Yang Kay ni dah kenapa? Terkejut babun sangat bila umi cakap macam tu?" Kesian umi, mesti umi sakit telinga bila dengar aku jerit kuat macam tu. Refleks okey?

"Tak la.. terkejut. Dina nak kahwin dengan siapa?"

"Kamu la... "

Umi, tu tak lawak.

*****

Macam aku kata, ni macam scene dalam novel. Balik kampung, kena kahwin. Tapi bukan kahwin paksa, kahwin ikut pilihan keluarga. redha je la..

Tengok pengantin perempuan relaks je. Siap senyum-senyum je dari tadi aku tengok. Takkan aku pulak yang nak buat muka masam ye tak?

"Kay, yang duk termenung ni kenapa?"

"Mana ada duduk, Kay berdiri ni." Sekali sedas aku kena lepuk belakang bahu. Sakit wooo.. kuasa tangan umi, ultramen pun kalah! Kompem merah bahu ni.

"Tu la.. loyer buruk lagi."

Bahu yang sakit aku usap perlahan. Umi pun.. time-time ni la nak cepuk aku pun. 

"Kay okey tak ni?" Dina tanya dengan suara lemah lembutnya. Dina dah banyak berubah dari zaman dia sekolah dulu. Makin kurus, makin putih, makin cantik. Sekali tengok memang tak ingat la yang dia tu suka stalk aku.

"Okey. Dina dah makan?"

Dina gelak. Lawak ke soalan aku tu? Dina. dah. makan.? Mana satu ayat aku yang lawak?

"Kenapa gelak?"

"Tadi tu kan dah makan. Makan bersuap dengan husband." Makin cantik pulak Dina ni bila blushing. Rasa nak tarik-tarik je pipi dia.

"Ehem.. ehem.."

"Abang!" ceria muka Dina nampak lelaki yang 'ehem.. ehem..' tadi. Mahu tak senyum kalau lelaki tu hensem? Tambah-tambah lagi tu la husband Dina.

Hahaha.. Ni bukan majlis aku la! Ni majlis perkahwinan Dina dengan Shafiq, calon pilihan keluarga Dina. Nama je calon pilihan, tapi sebenarnya Dina kenal je Shafiq tu masa study India dulu. Kawan sama course. Kira ni doktor sama doktor la..

Pasal umi kata Dina nak kahwin dengan aku tu? Tu propa je la! Saja nak buat jantung aku tercabut. Umi pun.. sejak tengok Bintang Mencari Bintang makin pandai nak melawak dengan aku. Lawak yang membuatkan aku demam tiga hari. Perghh.. penangan lawak umi!

"Kay bila nak kahwin?"

"Bila dah sampai jodoh, Kay kahwin la.. " Aku tarik senyum. Calon tak ada, nak kahwin apa bendanya?

"Tu.. jiran sebelah rumah kan ada.." Dina muncungkan bibirnya menghala ke satu sudut. Eh.. kejap! Tu bukan ke awek Kelisa ? Awek kecik yang bayarkan meegi aku dulu tu.

"Macam mana..?"

Dina sengih tengok muka keliru aku. Eh dia ni kan geram pulak aku! Nasib je suami dia ada kat sebelah kalau tak aku sekeh dah dia. Macam berani sangat kan? 

"Hai abang meegi!" Dalam banyak-banyak nama , perlu ke panggil aku 'abang meegi' ? Adakah kisah aku ni akan jadi kisah klise cintan cintun macam berlanggar kertas terbang kemudian jatuh cinta? Tapi dalam kes aku, meegi la. 

"Pergi la berkenalan dengan jiran sebelah tu. Eh, by the way hari tu Dina message kat fb bukan nak mengorat pun, saja nak mengusik Kay. Tup-tup terus offline. Simpan sikit perasan tu eh, Dina dah ada abang hensem ni." Shafiq kat sebelah senyum je la. Dina memang macam tu, dia dah sedia maklum lagi pun puji dia juga kan? Kembang sikit hidung bila dengar 'hensem' tu.

"Hai!"

"Err.. hai?"

"Nama?"

"Khairul."

"Panggil?"

Belum sempat aku menjawab dia dulu menyampuk. " Panggil abang meegi la."

Dalam geram aku sengih je la. Tak kan nak mengamuk pulak kan? 

"Nama awak?"

Belum sempat dia menjawab, aku dulu potong " Minah Kelisa la"

Nak dipendekkan cerita hari tu tak sempat pun aku berkenalan dengan minah kelisa tu sebabnya tiba-tiba mak dia panggil. Aku syak minah kelisa tu saudara dengan si Shafiq la kot sebab muka dia tak familiar pun kat kampung ni. 

Tapi kan bila fikir-fikir semula idea Dina tu kan... macam boleh pakai juga kan? Dalam diam aku tersengih sendiri bila terbayang kalau idea Dina si stalker zaman aku sekolah dulu menjadi nyata.


                -- TAMAT--


________
Cerita ni sebenarnya lama dah since 2015. Dah publish then unpublish balik. >_< sebab rasa apakehe la lambat nau update nya? Sorry, busy sikit sejak masuk degree ni. Huhuhu Idea nak menulis makin karat dan hutang cerpenss sebelum ni pun tak sudah2 lagi. Miannn T_T







Friday, 1 September 2017

Cita-cita awak? (22)

Patutnya benda ni nak post masa bulan 8 hari tu tapi tu la, suka sangat lambat - lambat plus laptop tetiba buat hal. Memang kena tunda la cerita dia. Memang la ada komputer kat depan tu ha, tapi I is maluuu nak taip depan orang. Tapi kalau orang baca je kat blog tak pe. Tapi jangan nak mention depan muka kalau jumpa. Komen kat blog tak apa. Cenggitu kekdahnya >_<

Serius la rasa macam alahai cepatnya aku masuk 22. Like, macam baru je aku post pasal aku 19 tu. Cepatnya alahai masa berlalu. Tup tup dah 22 dah aku ni. Memang la 22 tu still muda remaja lagi tapi tu la aku duk fikir apa yang aku dah berjaya capai selama aku hidup ni. Haaaaa.. jawapan masih samar-samar lagi. Nak tanya cita-cita aku apa?

Masa aku kecik-kecik, semestinya jawapan aku klise macam orang lain la. Semestinya doktor! Rasa cool gittuw kalau jadi doktor padahal aku ni jenis benci ubat, tak suka jarum plus bagi aku hospital tu bau taugeh. Okey, before aku kena kecam, aku nak ingatkan tu pendapat aku masa aku kanak-kanak and aku suka taugeh. Maksud aku dengan 'taugeh' tu, hospital tu membuatkan aku bau makanan plain a.k.a sihat untuk orang sakit. 

Dan sampailah aku masuk sekolah menengah still dengan cita-cita doktor atas alasan jadi doktor nampak cool. Mungkin sebab terpengaruh cerita agaknya sampai aku boleh bayang macam tu. Sampailah one day tu, cikgu tanya "Apa cita-cita kamu?"  Jawab je "Doktor" Cikgu tanya lagi "Doktor apa?" aku macam .. ermm actually aku tak pernah nak specific nak jadi doctor apa. Bagi aku, doktor tu doktor la. Tapi sebab cikgu tanya aku pun kopipes jawapan crush masa tu. "Doktor bedah", walhal aku sangatlah tak boleh bayang seorang Syahirah nak operate orang. Aku tengok gambar luka teruk pun rasa lain macam apatah lagi kalau nak face in real life. Mungkin tu antara hikmah aku tak dapat result yang baik untuk Biologi?

Entah la, sebenarnya kan, aku macam tak berapa suka sangat apa-apa yang berkait dengan sains ni. Maksud aku subjek sains. Masa aku UPSR pun Sains aku B kot. Biasa yang aku tak minat ni memang akan rendah sikit dari yang lain. Cuma masa PMR okey sikit la. Masuk SPM, ambil Bio kan. Jujur aku kata sepanjang aku form 5, memang aku fail subjek Bio tu sepanjang tahun. Yup fail atau dalam Bahasa Melayu nya aku gagal. Bukan nak membangga sebab aku gagal sepanjang tahun tapi entah la, mungkin sebab mind set aku yang selalu kata 'tak minat' 'tak suka' tu la yang buat aku tak sesemangat nak belajar BM, Math and Add Math. 

Serius aku suka sangat BM, sebab bagi aku untuk karangan aku boleh tulis apa sahaja aku nak. Tapi semestinya berpandukan apa soalan nak la. Yang penting kau kena ada bunga-bunga dia dan ayat kena elok la. Jangan la kau tibai buat ayat wechat, memang kelaut la karangan kau. Plus jangan sesekali buat ayat Bm nak campur BI. Paling-paling kalau nak masuk ayat BI, letak la bukak dan tutup kata tu. Still acceptable. Tetiba cakap pasal karangan la pulak kan? Pasal Math and Add Math pulak sebab kena kira je. Bagi aku la, masa tu aku fikir macam tu. Kau kira pakai kalkulator, yang penting ingat formula. Insya Allah kau okey. Walaupun masa SPM aku tak jawab sampai jawapan. Nasib aku mungkin baik sebab tu dapat result yang buat aku nak tersenyum :) Terbalas segala penat cikgu ajar, walaupun aku kena "bodoh" masa awal-awal belajar. Aku slow dan aku mengaku tu.

Tapi untuk bio, aku memang dah hilang harapan dari mula. Aku jadi gelap bila pasal bio ni. Padahal cikgu bio form 5 aku baik gila kot. Lembut sangat orangnya. Korang boleh tengok post aku pasal result tu kalau nak tau nama cikgu ni. Dia sangaaaat la baik and lembut. Nak marah student tu aku rasa tak pernah kot. Tambah lagi, dia tu mentor aku. Tak tau la nak sorok mana form 5 tu sebabnya aku selalu gagal bio. Maafkan saya cikgu! Huhuhuhu. Masa result SPM keluar cikgu ni la yang buat aku suspens. Dia geleng kepala nampak aku. Aku serius cuak tengok dia macam tu weh. Kelas aku 17 orang je weh kalau gagal tau sangat siapa. At least aku boleh agak yang menyumbang untuk jatuhkan peratus lulus tu siapa. Dan tak tipu, masa kata 100% lulus aku dah nak nangis dah. Yang nangis teruk tu sebab Yana lebih dari aku. Hek, Syira sooo jeles! But I'm proud of her. :)

Lepas tu kisah nak masuk U pulak. Aku kan jenis susah nak berkawan, tu yang susah bila kena pilih u ni. Malam-malam duk Skype dengan Kamilapan nak bincang pasal nak masuk course apa ni la. Sampaikan Aqeeb kata ada kawan dalam bilik akak sebab dengar aku borak sakan padahal duk main skype. Hehehehe.. Sudahnya aku masuk UiTM setelah diganggu masa makan. Dan aku redha je la, pilihan family mesti terbaik kan. And aku happy kat Penang walaupun home sick dia.. tak teruk pun. Cumanya payah nak balik lepas tu kalau nak balik aku selalu kena fikir duit. Malu la weh nak cakap duit tak ada. Pandai la kau budget duit kat sana, tapi aku selalu ada je lebih duit masa diploma. Duduk kolej berapa sangat aku pakai pun. Kolej free, pergi Bertam naik bas UiTM. Mana duit aku pergi? Kat makanan je la banyaknya.

Lupa, masa aku dalam form 5 mungkin aku dah tukar cita-cita. Aku nak jadi pakar psikologi sebabnya aku rasa tu macam best. Boleh baca fikiran orang (?) Macam seronok sebab dapat dengar orang cerita pasal masalah diaorang. Tapi bab nak selesai masalah orang tu aku tak rasa aku berbakat, walaupun sebenarnya kena belajar. Heh. Tapi ada sorang je kot yang macam galakkan aku part jadi pakar psikologi ni. Sebab dia tak nampak aku dalam bidang aku ambil sekarang kot. Entah la, tapi sebenarnya aku tak la into this course pun. Like belajar, untuk exam. Kawan aku duk sibuk buat segala kerja kat tempat praktikal macam nak kerja, aku duk buat sebab tu ada dalam buku. Untuk tandatangan. Tengok cara aku pun salah kan? Niat tak betul tu yang payah nak faham belajar.

Masuk degree ni Dayah pulak berhenti belajar sebab dapat kerja. Masa tu aku fikir, agaknya bila aku dah habis belajar nanti aku nak kerja apa la? Sebab aku belajar macam tu la. belajar sebab exam, bukan sebab nak guna masa kerja nanti. Doakan kan la aku kuat nak belajar and betulkan semula niat. Tempat sekarang memang dekat dengan rumah tapi rasa macam kosong. 

Sebab jauh dalam hutan kot? 
Susah nak keluar. 
Sebab setempat. 
Pusing-pusing tu je. 
Stress aku.

Ni dah nak masuk Sem 5, doanya aku kuat dan  dapat naikkan lagi CGPA aku walaupun semangat tu kadang-kadang seciput je. Walaupun ada masa tu aku rasa nak nangis je bila ada benda aku tak faham lepas tu tak tau nak luah kat siapa dah dan walaupun rasa nak muntah telan benda sama setiap hari. 

Dan..

Jangan lupa doakan agar seorang Syahirah ni jelas cita-cita dia nak jadi apa sebenarnya. :-)


Tuesday, 15 August 2017

End of Semester 4


Assalamualaikum semua~

Bersawang betul blog ni. *nah bulu ayam, sapu sendiri* Entah berapa kali dah kata bblog bersawang tapi tak update juga sampai ke sudah! Hahahaha..


Serius la Sem 4 ni busy kot! Nak kena buat assignment lagi, nak site visit (padahal 2 kali jer), test lagi and bermacam-macam lagi benda nak kena settle. And jangan lupa juga exam .Hurmmm nangis ingat balik soalan exam harin tu. Tak tahu la sebab susah ke sebab tak study. Muungkin sebab tak prepare? Siot sangat nak exam tak prepare kan? Naaa jenis tak reti nak study awal-awal lepas tu gelabah masa last mnit esok nak exam memang macam tu. Lepas tu ajet budak gifted boleh faham dengan ajaibnya bila study last minit.

Padahal, bila kau sumbat masuk semua dalam satu malam terus rasa otak cramp, penat lepas tu mula la nak mengamuk tak faham. And start nak salahkan lecturer la duk ajar benda susah kat student padahal diri sendiri yang tak reti nak belajar awal-awal. Kalau belajar awal kan boleh tanya lecturer kalau tak faham, ni tak study last minit. Haishh. *Cepuk diri sendiri*

Masalah ni dah lama dah, since dari zaman diploma lagi sebenarnya. Penyakit M tahap 3. Belum masuk tahap 4 lagi sebab still lagi buat assignment kalau ada. Okey la tu kan? Hiks :p Ye, malas nak bukak notes then baca lepas tu cari info tambahan sikit nak bagi lebih pencerahan. Tu pun malas nak buat. Adoilahh, harapnya Syahirah bila baca ni semula mohon malu sikit ada penyakit M ni. Dah la M, lepas tu ajet boleh faham sekali baca. Nasib baik la ada kawan yang boleh terangkan balik.

Jauh cerita pulak kan? Ha, baca je la alang-alang korang dah terbaca tu. Heeee

Padahal tadi mula-mula nak story pasal exam kan? Okey, tak tahu kenapa Sem 4 ni aku cam lain sikit bila exam. Cam malas sangat! Mungkin kah sebab exam start betul-betul lepas exam? Ke sebab aku demam hari tu? Tak pasti la, tapi macam something lost. Mungkin home sick or raya tak cukup. Konon la Syirah oi!

Paper CTU tu cam okey la lagi, baca je then boleh goreng sikit. Ada la minyak nak goreng tu. Siap cerita Hang Tuah aku bagi dalam paper CTU tu. Harap ustazah tak sampaikan cerita pasal saya tambah kisah Hang Tuah dalam final exam saya. Hehehe, tak ada idea, kita taram je sudah! Kalau tak ada markah untuk jawapan, markah kesian or markah mencuba pun boleh. Tu la yang ada dalam kepala aku setiap kali jawab paper exam.

Paper IHS & Ethics cam erkk cam mana ni eh? Nak jawab macam mana? Ada part aku cam lost. Ethics tu aku happy sikit sebabnya ada part tu aku baru baca pagi sebelum exam and soalan tu masuk! Serius aku senyum sendiri masa jawab. Tapinya bahagian tu je la. Ada je soalan aku macam ok, Doc nak saya jawab macam mana ni? Makanya aku jawab ikut logik akal and ikut tahap sivik aku la. Heee tapi untuk JUNIOR nanti, korang tolong la fokus dalam kelas doctor tu tau. Sebab doc memang tak garang tapi subjek tu agaklah mencabar sebenarnya. Banyak teori and banyak pembacaan. Kalau korang boleh tumpukan perhatian, insya Allah boleh dapat A.

Untuk paper OSH lagi la rasa nak nangis. Serius weh, dengan presentation yang kena bom (tapi tak seteruk kena masa IHS dengan Dr Nazri) markah pun rendah. Lab tak ada, just assignment (yang kena present tu la). Bayangkan la, ada dua bahgian, A and B. Bahagian A aku boleh la jawab lagi walaupun ada satu ke dua term aku tak baca aku jawab pakai tembak je. Bahagian B yang problem besar gila babun sampai nak nangis dalam dewan jugak masa jawab tu! Bayang kan eh, soalan tu tanya pasal potong rumput la, pasal lampu tak menyala la. Manalah aku faham apa soalan tu nak. Weh, soalan pun aku tak faham, kau agak aku nak jawab macam mana?

Makanya aku taram je, asal berisi jawapan aku. Tapi serius down gila lepas jawab. Aku boleh bayang, markah rendah tapi tak nak repeat! Huuu ngeri tau! Sebab? Once kau repeat, ada besar kemungkinan lecturer ingt kau and mungkin dia akan aim nak tanya kat kau. Lagi-lagi kalau kau cantik la. Plus, kena masuk kelas dengan junior (Bukan repeat sem seterusnya, tapi next next sem tau). Tak kira lagi akan tambah kelas kau masa sem tu. Aigooo sebab tu aku nak elak repeat.

Dari 6 paper yang aku ambik tu, paper OSH la paling buat nak nangis sekali. Rasa nak berhenti belajar pun ada masa tu. Dengan Dayah berhenti sebab dapat kerja nya. Kesian Izzah kena sorang-sorang masa final (again!). Harap sem depan Izzah ada teman masa final. Sebab Dayah pergi jadi tinggal la kita orang berlima sekarang. And aku dah tak ada orang nak membebel dah. Biasa dia je aku duk bebel pun walaupun dia tak nak dengar. Sabar je manusia nama Dayah tu. 

Last paper EWC, Fai pulak kata nak ambil cuti setahun. Hurmm dari 29 tolak 2 orang jadi 27 je kita orang yang sememangnya ciput ni. Hurm :( Next sem tak tahu siapa pulak nak buat suprise tetiba nak berhenti pulak. Harapnya tak ada la, kalau tak makin sikit la kita orang kat situ.

 Dah la, sebenarnya post ni lama dah aku nak publish tapi tu la busy memanjang tu yang tak sempat nak taip kasi habis tu. Dengan laptop rosaknya, sabar je la! Okey, tata ! Nanti ada masa aku update lagi (Harap blog tak sempat bersawang la :p )




Tuesday, 25 July 2017

Convocation Day (Diploma)

Bersawang nau nau dah blog ni. Sorry la, sibuk sikit sampai tak sempat nak update apa-apa kat blog ni. Cerita convo pun tak update. Disebabkan tak update dulu baru ni la nak qada' ceritanya kat blog.

Korang tahu dah kan aku ni ex-student diploma kat UiTM Pulau Pinang? Hahaha tak bermotif pergi tanya ajet la orang ingat kan. Lulz. Ok, since aku belajar sana so convo pun kat sana la cerita dia. Tarikh aku convo 8 Mei 2017. Sangatt la lambat tarikh tu dari tarikh aku habis diploma. Sabar je la. At least hakak dah convo uolls.

8 Mei tu kan hari Isnin, yang juga bermaksud hari ada kelas. Haaaa disebabkan majoriti kelas kita orang ( 3 ketul  dari Sarawak) makanya kami sepakat amek cuti untuk Isnin tu. Amek sekali cuti Selasa sebab ajaib sangat la nak terus gerak Puncak Alam Isnin lepas majlis convo tu kan? Dah la Rabu tu cuti. Memang kita orang tibai sampai hari Rabu la cerita dia.

Gerak pergi Pinang 6 Mei tu sebab nya raptai convo hari Ahad 7 Mei. Makanya kami pun datang la awal sehari. Tanpa booking hotel ya kawan-kawan. Hahahaha mesti korang boleh agak apa masalah kat sini kan? Yess tepat sekali, tempat tinggal la apa lagi. 

Padahal beberapa minggu before gerak tu kawan-kawan semua dah gelabah habis dah sebab hotel dah full. Sampai kepulau dorang book. Ye la, yang nak convo bukan kite orang yang 60 ketul ni je, ramai lagi budak lain sebenarnya. Dan saya beserta family dengan selesanya tak book mana-mana hotel untuk majlis tu. Aku sendiri pun tak pergi book sendiri sebelum pergi. Lepas tu nasib baik la ayah ada kawan kat sana and dia tu cikgu. Ada rumah kat sana. Fuhhhh selamat kita orang, ada juga tempat nak tidur. 

Untuk korang yang nak convo tu please make sure korang search mana-mana hotel yang terdekat and book siap-siap, baru tak gelabah teruks kalau tarikh dah dekat. Lain la kalau ada saudara mara kat sana, relaks sudahh.

Ok, settle bahagian tempat tinggal, esoknya raptai pulak. Sekali dengan ambil jubah convo la. masa tu baru jumpa geng-geng yang dah lama tak bersua muka ni. Mak aii, masing-masing pun! Apsal cantik sangat? Mencik kitee >_<

Lepas ambik jah, kita buat apa lagi? Haruslah ke dewan untuk raptai. Jangan lupa diri deknon lepas dapat jubah tuu. Kena tengok raptai takut karang esok kau silap step pulak. (Tak datang pun tak pe sebenarnya). Dah la kita orang ni masuk lambat, lepas tu tetiba kena panggil naik atas dewan tu. Ingatkan kenapa. Nak tanya kenapa lambat ke? Ecehh ajet ada VIP bebetul nak marah kite kann.

Rupa-rupanya nak kita orang berlakon as lecturers masa majlis tu. So kami-kami yang lewat ni jadi lecturer duduk seat paliiing depan sekali. Haaaa macam best kan? Seat depan sekali nampak paling jelas dekat dengan skrin. Jangan lupa, speaker pun dekat. Nasib je hakak tak jadi pekak. Huhuhu.


Habis raptai, apa lagii kita buat? Ambik gambar la kat depan board UiTM tu. Bukan yang depan guard tu, tu banyak sangat kereta lalu lalang. Payah nak ambik. Jadinya kita ambik kat dalam sudah. Banyak sangat gambar sebenarnya tapi ni je la kita up masuk blog. Hahaha.










8 Mei 2017

Pagi tu punyalah semangat bangun sebab nak pergi majlis convo kan? Heee berapa lama kita orang tunggu nak convo kot. Kasi la can nak excited sikit. Kalau semalamnya dah try jubah lepas tu duk ambik gambar entah berapa ratus kali , hari convo betul-betul ni semestinya lagiii banyak gambar akan dipenuhkan dalam handphone. 

 Tudiaaa suruh Akram ambikkan gambar sebelum masuk UiTM. Semangat nau! Tu pakai baju raya tahun lepas je, tak ada nya nak beli baju baru. Bazir je rasa. Pelik gak tengok kawan duk sibuk beli baju baru untuk convo, tapi lantak dorang la. Bukan selalu convo. Paling-paling 4 kali je kot seumur hidup kan? 

Sebab aku ni bukan la budak ANC jadi tak ada la selempang merah tu. Dapat AD pun sem 5 dan sem 6 je. Nasib sebab practical je agaknya tu. Jadilah tu nak merasa AD sikit.

Debar nak naik pentas jangan cakap la. Rasa takut terpeleot je atas pentas tu karang. Kita duk la tanya orang kat atas tu saya kena jalan dah ke ni? Sampai nama kena sebut pun aku tak gerak. Heee nasib tak lambat sangat geraknya kalau tak mahu kalut sensorang atas tu. Ok la lepas dapat 'sijil' tu jalan steady je and.... tetiba! Hampir sangat la terpeleot tu. Nasib sempat cover *cover peluh atas dahi*



Selapas beberapa bulan (skema nau ayat kau syira), baru la dapat gambar convo. Hurrmm basi betul rasa. Ceit! Geram rasa. Lepas tu, ada la dengar benda tak sedap. Ada orang kata dia dapat gambar orang lain. Nama dah jelas lelaki dengan 'BIN' tetiba gambar yang sampai gambar perempuan. Apakes? Nasib baik aku dapat gambar aku (Walaupun ada sikit tak puas hati dengan hardcopy pnya) Sabar je la. Harapnya lepas ni kontrak ambil gambar convo ni dapat kat orang yang elok sikit la. Jangan buat perangai hampeh gini. Kesian orang, naya je.

Tapi yang palin best mestilah gambar ambik sendiri. Hahahaha puas hati sebab cantik ,yang tak cantik semestiya dah kena delete, lupus teruihh~  (ok, tipu). Oh ya, bunga ada sebenarnya tapi ayah tertinggal dalam kereta.

 And satu lagiii ayat Sir Rajan masa first nampak aku hari tu " KENAPA MAKIN BULAT NI?"  

Tudung sir, tudung saya. :p






































Hahahahaha.. ok2, setakat tu je kot nak cerita. Esok kita cerita lain pulak deh. Kalau ada masa la. Padahal kalau nak diikutkan banyak je masa sebab tengah cuti sem kan? Hurmm malas nak matikan mood cuti, kita lanje gambar last ni. Heee jangan muram sudah! Post kali ni diakhiri dengan #akhirnyasyiraconvo. 







Penat

 Bila dah makin meningkat usia ni kan, rasa makin penat. Lahh, cakap macam tua berapa tahun je kan? Hahahah salam pun lupa nak bagi. Sorry! ...