Wednesday, 9 January 2013

Cerpen : Saya cinta awak selamanya





     Air matanya tidak berhenti mengalir sejak kakinya mula menjejakkan kaki ke tanah perkuburan itu. Puas dipujuk, namun tangisan masih tidak berhenti.

“Sudah la tu, jangan nangis lagi. Tak tenang arwah papa dan mama Dania nanti.” Pujuk Aunty Laila. 

Sedih hatinya memikirkan nasib Eliana Dania Maisara yang lebih senang dipanggil Dania itu. Usianya baru 8 tahun, namun dia terpaksa menempuh dugaan yang amat besar ini.

“Aunty, kenapa bukan Dania yang mati? Kenapa mama dan papa tinggalkan Dania sendiri?” katanya perlahan sambil diiringi tagisan air mata.

Sedih rasa hatinya mendengar Dania berkata begitu.

“Dania, mama dan papa tak tinggalkan Dania sendiri sayang. Dania masih ada Aunty kan?” pujuknya lagi sambil memeluk tubuh kecil itu. Dia sendiri merasakan kesedihan kerana kehilangan sahabat baiknya.

“Dania tinggal dengan Aunty je la ya?”

Dania hanya mendiamkan diri.Bahunya masih tersenggut-senggut menahan tangis.

“Kalau ada apa-apa jadi pada mama dan papa, Dania tinggal dengan Aunty Laila ya?Dania kena sayang dan hormat dia macam Dania sayang dan hormat pada mama dan papa ya sayang?Mama dan papa sayang sangat pada Dania.” tiba-tiba dia teringat pesanan mamanya sebelum mamanya menghembuskan nafas yang terakhir. Mama…

“Dania tinggal dengan Aunty ya sayang?” tanya Aunty Laila buat kali ke dua. Bukan niatnya mahu memaksa anak kecil itu, cuma dia tidak mahu membiarkan Dania berseorangan menghadapi dugaan ini.

Dania menganggukkan kepalanya perlahan tanda setuju.



********


12 tahun kemudian…


“Dania, saya suka awak!”

Alahai mamat poyo ni. Dalam ramai-ramai awek kat kolej ni, kenapa aku juga yang dia nak mengayat? 

Matanya dijulingkan ke atas.

“Awak ni kenapa?” tanya Dania tidak berpuas hati.

 Mana tidaknya sejak awal dia mula memasuki kolej itu, Hakimi tak pernah penat mengejar dia. Sebenarnya Dania dah kenal Hakimi sejak sekolah menengah lagi. Senior yang terhot sekolah tu!

“Awak tak dengar ke? Penat je saya jerit kuat-kuat tadi.” 

Hakimi, sebab awak jerit kuat sangat lah buat saya malu bertong-tong ni. Tak tahu nak letak muka saya ni kat mana.

“Ke awak malu?” sambungnya lagi setelah melihat muka Dania yang berubah merah.

Terus Dania menjeling tajam ke arah Hakimi. Mak ai, pandang macam nak makan aku je rupanya.

“Okey, I’m sorry kalau apa saya buat tadi memalukan awak.Saya cuma nak awak tahu yang saya sukakan awak.Sejak kita sekolah menengah lagi sebenarnya.”

Dania mengankat kening tanda mahu mengetahui cerita selanjutnya.

“Awak tahukan saya yang hantar coklat atas meja awak tiap-tiap pagi tu?” tanya Hakimi.

Dania mula tersengih seraya berkata “Awak ke? Sorry la awak, saya memang tak berapa nak suka coklat.So, saya sedekahkan je coklat tu kat Izyani.Dia tu hantu coklat.”

“What?”

“Sorry la Kimi.” Kata Dania sambil membuat gaya sorry-sorry macam dalam klip video Super Junior. Cute!


****



Bintang Malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh
 cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku

Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...
Telah jauh  terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya
Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu
Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….

“Amboi, siap nak nyanyi lagu cinta bagai.Ni ada apa-apa ke?” tanya Qaisara, anak Aunty Laila merangkap kawan serumah Dania.

“Mana ada apa-apa.Saja je nak nyanyi.” Katanya sambil memotong daging untuk dimasak nanti.

“Kalau akak tak ada apa-apa nak cerita, Qai nak cerita something sikit dengan akak.”

Qaisara memang suka memanggil Dania dengan panggilan kakak kerana Dania tua 4 bulan darinya.
Pada mulanya Dania rasa agak canggung apabila Qaisara menaggilnya kakak. Mana tidaknya, mereka kan sebaya. Sesuka hati je nak panggil kakak. 

Tapi, bila difikirkan balik, tiada salahnya kalau dia dipanggil kakak kerana dia pun tiada adik.

“Nak story apa lagi hari ni?” Qaisara ni macam reporter tak bergaji sebab dia suka report berita-berita terkini yang berlaku kat kolej mereka.

“Kalau Qai cakap, akak jangan gelak tau.Janji?” katanya sambil menghulurkan jari kelingkingnya. Macam budak-budak!

“Hmmm… yela.” Balas Dania.

“Sebenarnya,Qai ada suka kat seorang mamat ni.Lama dah Qai usyar dia.Tapi kawan Qai kata, dia ada makwe.”

“Habis tu?”

“Qai nak dia juga.Qai tak akan lepaskan dia untuk orang lain. Kalau untuk akak tak apa.Untuk akak, Qai rela korban apa sahaja.”Qai ni baik sangat dengan aku. Asyik-asyik nak korban benda dia suka untuk aku. Sampai aku pula rasa tak sedap hati.

“Siapa jejaka yang bertuah tu?”

“Muhammad Danial Hakimi.Rasanya dia sekelas dengan akak kot.”

 Berdegup laju jantung Dania mendengar nama Hakimi.Qai suka Hakimi?



*****



“Kimi, saya nak cakap sesuatu dengan awak.” Hakimi terus memandang Dania dengan senyuman yang bisa mencairkan hati sesiapa pun yang memandang.

“Kenapa awak senyum macam tu?” Dania rasa tidak selesa melihat senyuman Hakimi.Seperti ada sesuatu.

“Saya suka bila awak panggil saya Kimi. Macam comel je saya dengar.” Katanya lagi sambil tersenyum. 

“Okey, apa yang awak nak cakap?”

“Kalau ada seseorang sukakan awak, awak nak buat apa?” tanya Dania perlahan. Bukan apa, dia takut Syakilla terdengar.Kalau Syakilla terdengar, comfirm lepas ni mesti ada gossip yang baru.

“Kenapa awak tanya macam tu?Awak… suka saya ke?” tanya Hakimi seperti berbisik.

Not me la.Somebody else.” jawab Dania.

“Selain awak, saya tak terima orang lain.Awak je yang ada kunci untuk hati saya ni.Orang lain tak ada kunci tu.So, mereka tak mungkin dapat masuk dalam hati saya.”

“Kalau saya tak sukakan awak macam mana?”

“Kalau awak tak suka saya, saya jadi bujang sampai ke tua la nampaknya.” Terus Dania mencubit lengan Hakimi. Sesuka hati je nak membujang sampai ke tua sebab aku tak suka dia.

“Gurau pulak!”

“Saya tak bergurau la Eliana Dania Maisara. I’m seriously have fall in love with you.” Terus Dania mengalihkan matanya ke arah lain. 

Menggoda sungguh mata Hakimi ni. Saja je nak buat aku cair la mamat ni.Nasib baik iman aku kuat lagi.



*****



“Akak suka Hakimi ke?” terhenti sebentar tangan Dania yang sedang laju menaip tesis untuk dihantar kepada Puan Caren minggu hadapan.

“Kenapa Qai tanya akak macam tu?”

“Semalam, Qai nampak akak keluar dengan Hakimi.” Ni mesti masa aku keluar dengan Hakimi masa nak beli barang presentation hari khamis depan ni.

“Akak keluar dengan dia sebab akak nak beli barang untuk presentation kita orang la. Bukan ada apa-apa la.Jangan nak sedih-sedih okey?” katanya sambil menggosok perlahan bahu Qaisara.

Qaisara mula menguntum senyuman.Gembira kerana Dania tidak ada apa-apa perasaan dengan lelaki pujaannya.

“Tapi akak tahu tak Hakimi tu suka siapa?”

Berdebar jantung Dania mendengar soalan Qaisara. Akhirnya Dania menjawab soalan Qaisara dengan jawapan selamat. “Akak tak pastilah Qai.”

Kalaulah Qai tahu, Hakimi sukakan aku mesti dia sedih… dan kalau dia tahu yang hati aku mula memberi ruang buat Hakimi mesti dia lagi sedih.



******



“Dania, awak punya surat ke ni?” tanya Hakimi sambil menayangkan sampul surat berwarna pink.

Terus Dania menggeleng. 

“Tak ada kerja saya nak bagi surat kat awaklah.Awak pun bukannya duduk jauh berbatu dari saya sampai nak bagi surat.”

Namun jauh di lubuk hatinya, dia tertanya-tanya siapakan pengirim surat tersebut? Cemburu mula bertandang ke dalam hatinya.

“Macam surat cinta je gayanya.” Kata Syamil.

“Entahlah.Kalau Dania yang bagi aku terimalah, kalau orang lain yang bagi aku tak dapat nak terima.” Kata Hakimi dengan kuatnya. Sengaja nak satu kelas dengar lah tu. Kurang asam punya budak!

Tiba-tiba ada orang mengetuk pintu kelasku. Siapa pulak ni?

 Biasanya kalau budak kelas aku main pakai redah je kalau nak masuk kelas. Tak pernah ketuk pintu. Dah buat macam rumah sendiri.

“Assalamualaikum, saya nak jumpa dengan Dania.” Nak jumpa Dania? Aku ke?



*****


   “Kenapa Qai tiba-tiba datang kelas akak ni?” Pelik juga aku dengan Qai ni. 

Biasanya dia memang akan cari beribu alasan kalau aku ajak dia lepak kat kelas aku.Tapi hari ni, dia pula yang datang.

“Hakimi ada dapat surat tak?” tanya Qaisara dengan riak wajah yang risau.

Surat?Hrmmm…. rasanya ada . “Yang surat pink tu ke?”

Qai mengangguk. “Beraninya!”

“Bukan Qai yang hantar, kawan Qai yang gatal tangan nak hantar.Hakimi dah baca ke surat tu?”

“Akak tak tahulah.”

“Qai segan lah kalau dia baca apa Qai tulis.”

“Dah sampai ke tangan dia dah pun.Terima je la apa yang nak jadi pun.”



*****


“Aku terima nikahnya Eliana Dania Maisara binti Ismail dengan mas kahwin RM 50 tunai.” Akhirnya dengan sekali lafaz Dania sah menjadi milik Hakimi.

Hatinya berasa berdebar tatkala Hakimi bergerak ke arahnya untuk upacara membatalkan air sembahyang.Rasa macam nak tercabut jantung pun ada.

Saat bibir Hakimi mula menyentuh dahinya, Dania merasakan bagaikan jantungnya mahu berhenti pada saat itu juga.Dia sendiri tidak pasti apakah perasaan dirinya pada ketika itu.

“Okey,sila pandang kamera.” Arah seorang jurugambar. 

Pelbagai jenis gaya yang terpaksa Dania dan Hakimi gayakan untuk mendapatkan pose yang menarik. 

Hakimi pula macam nak ambil kesempatan je gayanya sebab suka sangat peluk Dania.Jurugambar tu tak suruh pun peluk, dia yang melebih!
  

*****

Rasa gembira sangat sebab hari ni aku sudah sah bergelar isteri kepada Muhammad Danial Hakimi. Rasa macam sebuah fairy tale pula. Happy ending after.

“Sayang!” datang pun suami aku ni.

Hakimi menghulurkan sepucuk surat kepada Dania. Surat yang berwarna pink! Macam kenal je…

“Qai punya.” Terang Hakimi.

Ni nak buat aku cemburu ke apa? Aku still akan rasa cemburu walaupun Qai dah ada boyfriend yang jauh lebih hensem dari Hakimi.

“Tujuan abang bagi surat tu bukan nak sayang cemburu, cuma abang nak Dania tahu yang abang tak mahu ada sebarang rahsia antara kita.” Katanya sambil tersenyum. 

Kenapalah jantung aku kerja lebih masa ni. Laju semacam!

Terus Dania membuka surat tersebut dengan penuh berhati-hati.  

Melalui renungan mata awak, saya tahu awak amat menyayangi Dania.Saya harap awak boleh membahagiakan hidup dia agar dia boleh menemui kebahagiaan yang dia cari selama ini.Saya amat menyayangi dia macam kakak kandung saya walaupun kami sebaya. Sejak saya kecil lagi, saya berharap agar saya diberikan seorang kakak selepas kakak kandung saya pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya. Saya tahu dia seorang yang kuat dan tabah menghadapi dugaan hidup.Namun, di sebalik kekuatan itu, saya tahu ada terselit rasa kesedihan dalam hatinya.Dan, saya mengharapkan awak agar awak dapat mengisi kekosongan yang berada dalam hatinya.Saya percaya hanya awak yang mampu memberikan kebahagiaan kepada Dania…”

 “Tu sebenarnya bukan surat cinta.Lebih kepada suara hati Qai sebenarnya.” Terang Hakimi setelah melihat kening isterinya bagai mahu bercantum.Macam fikir masalah negara sahaja rupanya.

“ Dania, abang cintakan sayang sampai bila-bila. Tak akan ada perempuan lain dalam dunia ini yang akan bertakhta dalam hati abang selain sayang .” Kata Hakimi sambil mencium tangan Dania. 

Gaya macam Mat Romeo je.

“Saja nak buat Dania cair lah tu!”

“Mana tahu?”

“Tahulah.”

“Eleh, abang tak buat macam tu pun, Dania dah cair.Ni kan pulak bila abng transform jadi Mat Romeo kelas pertama. Lagilah Dania cair mengalahkan ais.”

Hakimi ni kalau cakap tak pernah tak manis. Kalau dia caka mahunya macam lori gula terbalik. Semua ayat nak manis.Naik kencing manis Dania mendengar. Dengar pun boleh kencing manis ke? Hiperbola je…

Dalam dia dia berdoa agar kebahagiaan yang dia kecapi pada hari ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayatnya.Sungguh, dia memang cintakan Hakimi setulus hatinya.

“1437,Hakimi!” bisik Dania di telinga Hakimi.

Dahi Hakimi mula membentuk kerutan. “Ha?Apa tu? Kod rahsia ke?”

Dania hanya membalas dengan senyuman. 1437 tu maksudnya I love you foereverlah sayang!


                                                      ~Tamat~
      



2 comments:

  1. Woit.. weah.. heheh.. aku lowm habis baca lagi.. tapi.. start2 aku baca tadi.. nak tergelak pon ada.. sbb.. nama2 yg kau pakai (Laila, Maisarah, Dania) semuanya nama saudara mara aku... ahhahaha.. apalah... tapi... nanti aku sambung baca eh... ^.^ Tunggu aku komen eh.. hehehe

    ReplyDelete

Penat

 Bila dah makin meningkat usia ni kan, rasa makin penat. Lahh, cakap macam tua berapa tahun je kan? Hahahah salam pun lupa nak bagi. Sorry! ...