Tuesday 21 November 2023

L O S T


Macam biasa intro setiap kali post, 

Bersawang sudah blog ni. Hahahaha, aku tak sempat update. Bukan nak kata tak ada masa sungguh nak main, tapi macam aku pun tak tau nak update apa dah.

Aku macam nak update cerpen, tapi I got no idea nak tulis apa. Draft aready here, cuma aku dah hilang ilham nak sambung. 

Aku tak tahu kenapa, aku punya passion menulis tu kurang dah. Nak kata aku fokus kerja, tak juga. Kerja sekarang bagi aku just so-so. Aku macam, kerja tu kerja ja. Aku tak ada hati kat situ. Kat situ ke atau aku memang tak ada hati dengan kerja sekarang pun tak tahu la. 

Aku rasa level bodoh aku lain macam. Aku tak boleh catch up apa benda orang-orang situ cakap kadang-kadang. Kadang aku rasa maam tak ada kawan pun ada. There's a few people yang aku ok tapi macamorang aku boleh nak bawak gurau 'umur sebaya' tu tak ada.. or i should say less?

Banyak kali terlintas dalam kepala aku nak berhenti kerja.

Tapi lepas tu aku fikir, celah mana pulak nak datang duit kang?

Idk, tapi yang pasti aku rasa diri aku sekarang sangat lost.

Aku tak tahu mana pergi Syahirah yang dulu tu? Tak la aku kata Syahirah dulu tu bagus sangat, tapi at least dia tu ceria sikit cuma tak berduit la.

Aku rasa lost mungkin sebab parents dah pindah kampung kot. Aku balik rumah bau makanan sedap sangat, pastu aku teringat, 

"Oh, ibu tak ada sini".

Sedih kau tau?

Pastu biasanya balik rumah aku suka mengomel macam-macam kat ibu, tapi sekarang, nak mengomel kat sapa? memang la aku call ibu tapi lain feeling dia. Kang tengah call nak charge la, meeting la, nak berak la. Lain tau, lain.

Lepas tu ada jugak la orang office tanya ada minta kerja lain tak?

Saya takut iv. Dapat masuk sini pun untung sebab ada buka kontrak. 

Kalau tak?

Mungkin saya masih di Perikanan. 

Aku tak kata sini tak bagus total. Cuma, aku tak rasa aku belong there. Dengan aku dapat tau majoriti nak keluar. Aku tak ready nak keluar dari comfort zone sekarang.

Apa lagi aku boleh buat yang boleh datangkan duit dan menenangkan minda aku?

Aku ada major problem bila perlu hadap manusia. 

Penat.

Sunday 6 August 2023

Dewasa

 Hallu Hallu!

Kali ni malas dah nak mention sawang ke apa. Sebabnya memang sanga la lama tak update tu. 

Sorry la, aku macam eh lupa kita ada blog. Lolz.

And kita tak ada apa sangat nak share unless kesenduan dan kebitter-an kehidupan. Hhahah acah terpaling tersakiti.

Banyk kali kan aku kata dewasa ni memenatkan? Ye weh, aku tengah melalui fas atu la ni.

ebenarnya bukan penat apa, tapi bila kau dah pegang status "dewasa", kau puny pressure dan tanggungjaab lagi tinggi. Dan expectation pun lagi tinggi. Kau jadi penat nak capat expectation orang.

"sapa suruh jadi people pleaser?"

Nyah, bukan nak jadi people pleaser, tapi kalau kau kerja bos minta kau buat certain task metilah kau kena buat kan? an kau kne catch up bnda tu cepat. belajar. Dan tak sama macam masa kau study dulu.

Lepastu nak fikir komitmen hidup. Hahhaha macm aku ada bnda besar kena bayar kan? padahal kereta pun tak dak. Kita menumpang kawan ja merata.

Nak bebel pasal dewasa ni, adoilah kita yang tak masuk 30 ni macam anak-anak ja kalau nak bebel topik ni. 

aku rasa aku nak start menulis balik. hahahahah baik pada Syahirah yang dulu. Aku sejak kerja ni dah tak ada masa nak menulis. Ye je en? Padahal aku tak manage masa pastu malas. Buku pun berlambak tak baca. Acah ja beli. 

Mungki aku ni nak kena tazkirah sekali ni.

hahahaha

Makin merapu kan? Tau.

Kita stop dulu esok lua tulat atau tahun depan kita muncul lagi.

Daaaaaa, the invisibles dan non-existed readers.

-22.50 pm

Monday 19 June 2023

Hello from 2023

 Hello guys!

Hahahhaha punyalah berzaman tak update blog ni. Ni kalau rumah, bukan setakat bersawang tapi dah penuh habuk satu rumah!

Nak kata busy sangat tu tak la, tapi ntah lah.

Macam-macam jadi. 

Kejap, last update bila? 2021?

Aku cerita pasal apa? DIY ey?

Hahahaha maknanaya since Mr. DIY ada 2 kerja aku dah tukar. And tak sempat update sini. Tapi aku update dalam ig. Saja ja la update sana.


Ntah la nak cerita apa lagi sekarang. Yang aku tau, jadi dewasa tu memenatkan.

tiber sangat!


dah k bye! 


- 1.36 pm

Thursday 8 July 2021

MR. DIY (Part 2)

 


Haiii!

So ni sambungan cerita semalam. 

Okay,  sebab dah start PKP masa tu so memang mall tutup la.  So kita orang semua kne duduk rumah.  Dah mall tutup takkan ttiba nak sibuk datang juga kan?  Actually ada je yang kerja sebab backup store lain masa tu.  Cuma aku tak berani nak keluar la sebab masa tu Covid dah teruk.  So aku tak masuk kerja.  Adalah dalam sebulan solid aku duduk rumah tak masuk kerja.  Tapi gaji jalan ya,  hahahhaah. 

Then kan dah cuti lama tu (cuti ke quarantine) aku pun banyak la masa untuk berfikir dan termenung mengenang nasib.  Duk fikir kalau aku nak resign ke apa baik buat masa ni.  At least,  resign masa cuti kalau notis 14 hari oun habis masa tu jugak.  Tak tunjuk muka kat MP sana pun. Masa tu aku takut dengan MP.  Entah la,  nak kta garang,  MP baik je.  Tegas tu biasalah,  kalau tak nanti pijak kepala. 

Aku dah siap tulis surat resign weh masa tu sebab aku buat surat untuk adik aku masa tu.  Sebab aku pun tengh dalam nak pilih nak resign ke tak apa so aku pun buat je surat tu.  Aku plan hantar by whatsapp je la. 

Bila dah konon ready ni nak send kat SV,  ttbe sir online!  Terus kecut hahhaaha.  Aku bayangkan kalau sir terus call tanya apsal nak resign?  Hahaha kan aku kata aku takut dengan MP masa tu. 

Dah tak jadi hantar surat tu aku pun fikir la semula.  Sebabnya ttbe la kan aku resign,  pademic ni ta tahu sampai bila pulak.  Kang kalau resign,  aku kena tunggu masa nak apply kerja baru.  Ingat senang ke nak apply kerja musim macam ni? 

Makanya disebabkan duit,  aku pun teruskan la kerja sana plus aku sebenarnya takut nak appy kerja lain.  Nak apply kerja dalam bidang aku belajar, aku rasa aku tak layak.  Atau lebih tepat aku rasa aku tak cukp berani nak ambil tanggungjawab tu. 

¨Lepas sebulan aku tercongok kat rumah, aku pun masuk semula.  Hahahah lepas dah sedap duduk rumah memang sakit kaki semula la cerita dia weh bila masuk kaunter! Tapi happy je duduk sana.  Sebab staff sana happy go lucky,  tak ada nak gaduh-gaduh. Memang la penat,  nama pun retail.  Penat badan, penat mental. Tapi tahan je la,  lagi pun aku tak rugi apa sebabnya aku memang tak apply kerja lain.  Hahaha kan dah kata aku takut. 

Then nak masuk bulan 10 tak silap,  ABM aku panggil offer jadi Asst Supervisor.  Aku cam boleh ke aku nak buat kerja macam MP aku semua tu kan.  Ye la,  aku ni dah la nak cakap dengan orang pun takut tetiba offer jadi MP.  Tapi ABM aku cabar aku walaupun aku kata sebenarnya family aku tam berapa suka aku masuk retail.  Ye la,  aku balik lambat, pastu sabtu ahad pun kerja.  Plus ada sebab lain la ada tentangan tu. 

Aku pun decide untuk cabar diri aku masa tu.  Kalau aku tak cuba mana aku nak tahu kan?  Actually aku tak berapa ambil kisah sangat pasal benefit yang aku dapat bila naik tu.  Eh,  aku fikir tapi more to nak jadi lebih berani.  Sampai bila aku nak duduk takat tu je kan?  ABM aku la tu buat aku fikir gitu.  Hahaha thanks sir! 

Mulanya serius aku takut. Ye la,  siapa aku nak jadi antara MP dorang kan?  Dorang nak terima ke?  

Slow-slow,  aku belajar. 

Seronok!

Tapi pernah dengar tak, lagi tinggi jawatan kau lagi tinggi tekanan kau?  Hahaha adat la tu.  Tak la stress gila namati,  tapi rasa la sakit kepala tu. 

Masa aku dah naik jadi MP (actually,  aku sempat jd Act Asst Sup je) , baru aku tau :

- Ada daily task kena buat

-Ada task tambahan yang urgent

- Ada beberapa group nak kena update

- Kalau ada orang atasan datang akan ada bnda nak diperbetulkan segera

- banyak lagi. 

Ada antara tu aku dah aware dulu lagi,  tapi tak rasa stress tu sebab aku tengok,  bukan aku yang buat.  Masa dah duduk tempat dorang baru aku faham kenapa doramg buat macam ni, buat macam tu.  Kenapa kalau jadi macam ni MP membebel macam tak ada hari esok padahal benda nampak simple.  Bila jadi MP,  aku pulak yang membebel benda sama. 

Staff okay je.  Biasalah kalau ada seketul dua macam haramm hahahahaha.  Tak la teruk,  tapi nakalnya ya ampun!  Kalau tak nakal,  mungkin pesen suka cari pasal.  Eh pening!  Masa memula tu ada la aku terasa sebab aku boleh rasa ya ada staff macam tak respect aku macam MP lain.  Sampai nangis!  Hahaha. 

Tapi itu la mulanya aku jadi makin kuat.  Ye,  aku tak kuat Hulk gitu,  kuat hati la (sikit).  Memang ada yang buat aku bengkek sampai rasa menyampah la kalau tengok muka tu.  Tapi lama-lama okay dah.  

Aku yang tak cuba nak faham masalah dia mana dia nak rasa belong kat tempat kerja.  Dia pun pandai, tahu orang tak suka perangai macam ni dia ubah slow-slow.  Dari situ aku belajar, jangan nak benci orang semata-mata dia nampak problematic.  Instead, learn about them.  Try to get along with them.

Dalam bulan 12 macam tu, Perikanan call tanya nak masuk kerja tak.  Aku cam alamak hari tu aku saja hantar resume sebab ayah ibu kata ada kosong.  Aku macam berat tau nk bagi jawapan sebab aku tersepit.  Masa tu aku fikir :

1. Aku nak confirm dah MP tu rugi la aku blah

2. Masa tu masuk as PSH.  PSH biasa tempoh 3 bulan sahaja.  Lepas tu ikut atas dorang nak bg kita sambung ke tak (ni yg aku faham la)  

3. Kerja aku kat MR. DIY tu tetap.  Bukan kontrak.  Yang PSH ni kontrak. 

4. Aku malas nak kenal orang baharu.  Aku penat.

5. Aku dah mula selesa dengan orang kat situ. Aku ada feeling belong kat situ. 

Ada antara sebab tu macam tak berapa munasabah kan?  Tapi tu la apa aku rasa. 

Jadi aku call semula orang Perikanan tu kata aku tolak.  Balik tu ibu tanya kenapa tolak?  Rugi la sebab aku ada peluang masuk gov.  Aku tak faham,  kenapa mesti gov?  Sebab kerja tetap?  Ni kontrak ya. Ayah pun tanya kenapa. Stress masa tu serupa apa je.  Hahahahaha.  Sian ims kena dengar aku malam tu. 

Then after certain action taken,  hahaha aku hantar surat resign.  Aku fikir mungkin ada hikmahnya. Tapi notis sebulan la. 

Dah nak dekat hujung bulan 12 tu sekali lagi orang Perikanan call kata dah tak ada PSH, tukar jadi MySTEP.  Kira dibekukan la tapi tak tahu lagi bila boleh start.  Tapi notis sebulan aku dh nak dekat ni.  Takkan aku nak melangok tunggu benda tak pasti kan selama masa tu?  Aku pun citer la kat Naz,  Naz bgtau Miss. Miss kata hantar je surat tarik balik.  Aku pun dengan senang hati hantar surat tu.  Hahahaha malu tapi aku happy! 

Aku pun kerja la macam biasa.  Then sekali lagi Perikanan call kata bila boleh masuk.  Aku cam eh laa hari tu kata dibekukan pastu tak tahu bila boleh masuk. Aku pun terang la kata aku dah hantar surat tarik balik notis resign tu. Paling-paling kalau nak masuk pun mungkin bulan 2. 

Lepas aku fikir panjang, pastu aku discuss dengan certain orang aku pun hantar surat resign semula.  Sengal kan?  

Ye,  memang. 

Aku malu ya,   nak hantar. 

Resign. 

Withdraw. 

Resign. 

Akhir bulan 1 aku last.  

Sedih ya masa tu.  Aku dah hujung-hujung tu macam tak boleh nak fikir tenang dah.  

Fikir aku tak lama dah kat sini.  

Aku kena tinggal dorang semua. 

 Aku dah takkan jumpa dorang hari-hari macam sekarang.

Aku tak buat kerja ni dah. 

Nanti kalau aku dah pergi,  dorang akan ingat aku tak?  

Aku memang saja tak bagi tahu semua aku nak resign. Yang rapat je la aku bagitahu. Tu pun ada seketul aku lupa nak bagitahu.  Aku ingatkan aku dah bagi tahu eh laa tetiba dia whatsapp kata sampai hati tak bagi tahuuu.  Hahahah kesian dia.  

Last week tu makin la rasa tak tenang. Tapi aku fikir banyak sebelum aku ambil keputusan ni.  Aku bukan randomly terus terima.  Tak,  kali kedua ni tak ada paksaan.  Aku yang decide lepas fikir banyak.

31 Januari 2021, last day. 

Masa tu aku memang dah sibuk dengan kotak keepstock sebab masa tu ALM dah nak stocktake.  So aku cuba bantu mana aku boleh bantu walaupun nanti aku dah tak ada. Naz minta aku stay dalam store siapkan list keepstock aku dah check.  Aku cam ada la tu bebudak ni buat tu. 

Aku tau malam tu dorang nak buat makan-makan.  Yang aku tak tahu,  SEMUA ADA MASA TUUU!!  

Ada ABM,  ada Asst Sup yang dah pindah store lain.  Even yang cuti hari tu pun datang.  Aku tahu je apa dorang nak buat tapi aku tak sangka semua adaa.  Aku tak tipu aku memang terharu gila. 

Aku rasa sangat dihargai,  disayangi masa tu. 

Kat situ aku jumpa kawan, kakak,  adik, ketua, pengalaman,  environment yang sangat-sangat aku hargai dan susah nak lupa. 

Aku tak kata,  aku tak pernah marah,  fed-up,  nak resign bpa kali sebelum tu.  Tapi aku tak sangka bila dah saat akhir tu aku rasa berat sangat nak pergi. Aku nak tinggalkan sesuatu yang aku sayang. Aku tak sangka pun aku akan sayang tempat ti sampai macam tu sekali. 

Mungkin,  orang-orang kat situ yang buat aku susah nak pergi.  Walaupun aku memang lagi banyak membebel dari buat kerja. 

Aku pergi,  tapi aku takkan lupa. 

Aku pergi,  tapi tempat ni ada hati aku. 

Sungguh,  aku tak menyesal aku gamble minta kerja kat MR. DIY masa mula-mula tu.  Banyak benda aku belajar, exposed,  hadap kat situ.  Manusia pelbagai ragam yang kadang baik, kadang menyakitkan hati,  kadang mencuit hati. 

Terima kasih,  Sir ambil saya masuk. 

Terima kasih Naz dan Syahza banyak ajar Syira. 

Terima kasih ABM banyak nasihat dan sabar. 

Terima kasih Fatin, Liza, Tirah, Mirul, Ezanie, Dayah, Mizan, Syafiqah, Akil, Salman, Hisham, Aidil, Jat, Abg Aziq, Syafiq  dan semua yang pernah ada sepanjang saya wujud kat sana sebab bagi saya environment yang stress jadi kurang stress  hahahaha. 

Terima kasih semua. 














Aku rasa tak over kalau aku nak kata phone aku sebenarnya penuh sebab gambar kat MR DIY saja. hahaha.

Salam sayang, 

Syira.

08072021

1945p.m







Tuesday 6 July 2021

MR. DIY (part 1)

 Haiii!!!

Semalam aku dah post tapi hari ni aku datang lagi. Hahhaahha tak pe la kan aku update. Kira ganti masa hiatus yang entah apa la aku buat tu. 

Aku plan nak cerita pasal pengalaman selama aku kerja kat kedai favourite aku start dari Januari 2020. Hahahha lama dah aku update pasal tu kat sini tapi tu la, tak berkesempatan kata kau.

Okay, nak dimulakan, asalnya aku habis study tu ; read as habis intern habis presentation FYP. Aku tanam anggur yang tak berbuah kat rumah selama 6 bulan. Lam l jugak 6 bulan t sebearnya. Tapi sungguh weh aku tak ada la nak hantar resume ke, pergi kelas safety ke memang ta ada. Apa bendalah aku langsung tak fikir apa bnda aku nak.

Lepas 6 bulan tanam anggur, Yana and Fath dah habis study jugak. Kira tegah tunggu convo la masa tu. Then dorang ajak la keluar cari kerja. Dorang plan nak hantar resume kat Kementerian yang ada kat Putrajaya ni. Kat sini memang banyak Kementerian, HQ kan. So kalau hantar tu sebenarnya ada peluang untuk dapat kerja tu. Tapi as PSH la. 

Dorang dah ajak, aku on je la. Sambil nak keluar jalan-jalan tu kan. Okay fine, so aku pun ikut la hant resume. Little did I know, bebudak berdua ni sebenanya dah strt hantar resume even before tu lagi. Tapi tak pe la, aku sendiri pun tak ada inisiatif nak cari kerja so tak pa la. So aku smpat hantar resume satu je masa tu. Kita gamble je weh sebab just hantar kat admin Kementerian. Kalau dorang terima, akan dianggil untuk interview. Kalau tak, tak ada rezeki lagi la tu.

Tu masa pagi. Pastu petang tu pergi jalan kat Alamanda pulak. Konon dah cari kerja kat kerajaan so cari la juga kat mall jugak kan. mana la tau ada yang sangkut kat situ kan. So pegi la sambil nak cuci mata. Hikss. Pusing lakat MPH,Parkson, Aeon pun ita orang masuk tau. Tapi semua macam penuh and bersyarat macam berat sikit.  

Pastu, tak pe la. Kalau tak dapat bukan rezeki la tu. Then masa tu kita rasanya dah plan nak balik dah rasanya tapi aku ajak pergi singgah Mr.DIY sekejap. Cari kalau ada kerja kosong kat situ. Sebenarnya aku memang suka masuk kedai tu pun. 

Kedai berhantu! hahahaha

Okay then kita orang pun pergi la DIY. Pastu pergi kat kaunter Fath yang tanya tau masa tu ada kerja kosong ke tak. cashier tu panggil la supervisor dia masa tu. Aku mcm tak ambik kisah sangat masa tu sebab Fath yang tanya kan. Aku pusing-pusing je la dalm tu tengok barang. Bila supervisor dia sampai dia kata ada satu je kekosongan masa tu. Fath pun terus 

"Syiraaa haa ada satu kosong. G la apply!"

And aku yang tengah main-main tu macam blank sekejap. Hahahah tiba-tiba kena isi form. Tapi aku onz je la, isi la borang tu. Konsep hari tu; gamble je. Aku isi borang jawatan kosong tu. Aku ingatkan nanti dorang call or panggil interview lepas beberapa hari. Ehh tiber weh, supervisor dia interview aku on the spot kat kaunter je weh. Aku dengan tak ready apa sekali lagi gamble je laa! 

Serius weh, satu hari gamble je kerja.

Masa tu supervisor dia tanya la soalan basic pastu pasal Mr DIY yang aku tahu. Aku cuma cakap apa yang aku tahu je la. Aku ingatkan nanti la result keluar, eh tidakkk. Aku apat resut masa tu jugak weh. Alhamdulillah memang dorang perlukan staff masa tu. Tapi masuk hari Jumaat sebab supervisor dia cuti esoknya tu. Entah apa masalah aku nak tunggu supervisor dia masuk baru aku nak masuk ntah. Tak la, aku fikir aku perlu masa sebenarnya nak masuk kerja.

Lagi sedap aku nak masuk sebab kat san aku tak payah pakai uniform nak kena gosok. Seluar jeans boleh je pakai. Bebas untuk aku kat situ.

Jadinya Jumaat 10 Januari 2020 tu aku masuk kerja. Penat weh sebab aku tak faham apa aku baut. hahaha. Aku masuk tu as promoter jaga bahagian toys. Aku ingatkan senang rupa-rupanya jeng jeng jenggg!

Sepah sana sini sebab bebudak kan faham je la. Tapi mas tu aku tak fikir sangat psal tu sebab aku baru lagi kan. Loceng bunyi pun aku tak pergi depan sebab aku bukan tahu pun mana tempat. Actually, aku PERLU peri depan ye la, kalau aku tak oernah tolong masa tu sampai bila pun aku tak tahu mana barang-barang tu.

Sampai la satu masa tu aku decide untuk ke depan. Customer nak tukar warna je, aku boleh tersilap. hahhaha Nasib laa

Tapi aku stay promoter 2 minggu je tak silap sebab Sv dengan Asst Sup aku offer jadi cashier. Aku tak nak memula tu. Tapi Lepas SV dengan Asst SV aku kata try je la. Aku pun onz.

Memula tu bapaknya slow aku buat kerja. Hahahaha. Nak scan, nak masuk plastik, nak ambil duit. Memang lambat sangat aku masa tu. Even closing pun aku slow. Sir (SV) sabar je walaupun nampak la muka dia macam geram. Hahaha tq la sir sabar! Dengan Kak Dila garang sikit. Tapi tak kena marah. 

Memang tak dinafikan, pnat yekerja kt bahagian retail macam tu walaupun cashier. Maksud aku, cashier memang tak angkat barang, tak display tak berjalan macam promoter tapi most of the time cashier memang duduk kat kaunter. Kalau maa ramai orang tu berejam la kau berdiri. Masa tu aku pakai kasut biasa je memang it a jawab dia. Aku hampir give up weh sebab penat plus aku rasa mental aku penat. 

Aku fikir maca-macam.

Aku fkir kalau aku kerja lain aku tak payah berdiri lama,
Tak payah kerja sampai malam,
Ta payah kerja Sabtu Ahad,
Tak hadap manusia bongkak (bukan semua, tapi aku jumpa segelintir)

Masa ramai tu ita belum PKP lagi. Memang dah ada kes Covid, tapi tak la seteruk sekarang. China yang paling teruk at that time. Masa bulan 3 nak ke bulan 4 macam tu kita mula PKP.

Masa tu la aku buat decision untuk resign untuk kali pertama.  Tapi,  ada benda yang menghalang aku dari hantar surat.  

Yang tu nanti aku sambung part 2 sebab ni macam panjang dah en.  

07072021



Monday 5 July 2021

I'm back!

 


Haiiiii!

Sungguh la kali ni lama gila aku hiatus sampaikan password pun lupa. Apa ke teruk sangat dah tu. Hahahah. Tak la, masalahnya email pun aku tak bukak ni. Guna email yang lain la katakan.

Nak kata busy sangat tak la. Eh,ke ye?

Boleh la.

Sebab sepanjang aku tak update apa-apa ni, aku dah masuk kerja Mr.DIY kat Alamanda tu nak dekat setahun, pastu sekarang dah kat Perikanan pulak. Hurm. What a year!

Asalnya aku plan nak update pasal last day aku kat DIY. ye, awal tahun ni la tu. Pastu tangguh puya tangguh last-last aku tak buat. Pastu konon marilah kita start update pasal masuk kerja baru ni. Pastu sekali lagi, tak ado nyaaaa. Aduhaiii.

Banyak alasan tu yang apapun tak gerak. Harapnya lepas ni aku boleh lagi aktif la update sini memandangkan sekarang PKP pastu duk rumah je sebab WFH kan. Kerja sekali je seminggu. Eh silap, masuk pejabat sekali seminggu. Kerja tu ada kadang sampai malam. 

Heh.

Tak pe, lepas ni aku nak slow-slow cari balik 'Syahirah' yang rajin menaip tu. Yang suka menulis cerita. Yang suka berangan. Hahhahaa. Sekarang pun sama cuma aku lagi suka bazir masa. Kejap aku tengok Netflix, kejap aku baca manga, pastu aku belek novel jap. Pastu tidur. Duhh patut tak produktif musim PKP ni. 

Nampak tak bermotif kan post ni? Haah ye, aku randomly post sebab lama sangat tak ada yang baru pastu aku baru perasan yang last update April 2020. Pergh, mende apa aku buat selama tuuuu sampai tak jenguk gua kayangan ni?

Banyak sebenarnya aku nak share kat sini tapi tu la, malas melebihi segalanya.

Salam PKP 2021,
5 Julai 2021
12.51 pm.


Friday 3 April 2020

Review Novel Rooftop by Farrah Izzlorna

Assalamualaikum dan hai semua!

Tau, lama bebenor la seketul Syahirah tak muncul kan? Sorry, akak is busy. Tak busy makan, mungkin busy tidur. Hahahaha, ampun! Okey, kali ni kita update yang bermotif sikit.

Kita nak *drumroll pleaseeeee*

Okey, tak payah nak drama lebih. Kita nak review novel. Sebenarnya dah buat review ni lama dah (tak lama berzaman cumanya ada la buat sebelum ni) tapi disebabkan selalu buat kat instagram tapi sejak kebelakangan ni tiba-tiba handphone saya melancarkan mogok aneh ; tak mampu nak bukak apps instagram maka kia buka guna chrome je. Sadis benar rasa. Ok, abaikan tu! Dan dah namapun guna kat chrome pastu tetiba lupa password instagram pulak. Adeh.. kalau gitu nampak gayanya tunggu nanti la sis bukaknya pulak.

Dan disebabkan itulah, seketul Syahrah nak buat review kat blog pulak. Walaupun tak ada view, tai tak apa. At least blog iolls tak bersawang (mungkin la hahahaha). Kita nak review novel apa untuk first ni?

Ye, betul, kita nak review novel ROOFTOP by FARRAH IZZLORNA.

Rooftop by Farraf Izzlorna (Prolog Media)

Sinopsis belakang buku :

Apa yang akan berlaku jika tiba-tiba muncul seorang lelaki yang hanya anda seorang saja boleh melihat dan mendengar?

Aya, gadis yang suka menyendiri. Jadual hidupnya ke kelas dan balik rumah. Namun ketenangan itu menjadi huru-hara apabila seorang lelaki menjelma dan ingin berdamping dengannya.

Siapa dia ni? Kenapa dia pilih aku? Nenek moyang aku membela ke?

K, lelaki sarkastik yang suka mencampuri urusan hidup Aya menyebabkan gadis itu kerap hilang sabar. Puas Aya halau, tetapi K tetap setia di sisi.

Akhirnya, mereka bersahabat. Namun ada sesuatu yang pelik tentang K yang membuatkan Aya nekad mahu mencari jawapannya.

Siapa K, pendamping dia selama ni? Kenapa dalam gembira K, terselit duka?

“Aya, kebaikan juga boleh membunuh.”




Review :


Untuk novel ni Syira boleh bagi 8/10.

Serius novel ni best sebab dia tak terlalu clishe. Novel ni bukan untuk orang yang suka jalan cerita heroin jatuh cinta dengan hero yang kaya, handsome, bijak, cool lepastu ada pulak watak ketiga yang jahat plus watak penyedap rasa mak mertua tak restu menantu sebab nak menantu yang lain. Siapa cari novel macam tu, awal-awal lagi boleh say bye. Tapi korang try la baca. Tak berhenti beb kalau korang dah start baca. Hahahah :p

Dia jadi macam addicted tau sebab nak tahu, eh apa jadi lepas ni, wehh siapa mamat ni, siapa minah ni, siapa pulak pak cik ni? Kenapa dia kat sini pulak ni? Setiap benda tu akan buatkan korang tertanya-tanya.

Cerita dia start dari Aya si penulis (atau bakal penulis sebabnya dia tak official lagi hantar manuskrip tu) ni duduk kat rooftop lepastu ada satu kejadian ni membuatkan nampak macam dia nak bunuh diri padahal tu kebetulan je. Mujur tak jadi, kalau tak arwah dah Aya. Then, masa tu la first time Aya ni jumpa K.

Yang tak boleh blahnya K ni siap tanya "Kenapa kau tak jadi bunuh diri?" Ewah-ewah, celupar mulut tu! Sejak jumpa Aya kat rooftop tu, mana je Aya pergi mesti akan ada K. Aya ada jugak la terfikir siapa K ni? Sebabnya K ni akan selalu ada mana je Aya berada lepas tu supp hilang! Siapa sebenarnya K ni? Hantu ke?

Then lepas lama-lama kena ikut (or didampingi?) Aya mula rasa tak kisah dah. Cumanya Aya ni kan nampak K tu so dia selalu la berbual macam dengan orang biasa tapi yang orang nampak dia ni selalu bercakap seorang diri. Kalau kita nampak pun kata gila kan?

Aya ni dia ada crush pada sorang mamat ni, nama dia Fikri. Punya la lama dia suka kat mamat ni, dari zaman sekolah lagi. Tapi tu la, crush tak nampak. Selalu juga Aya ni email Fikri tapi lammbat baru dapat reply. K ni dah berapa kali nasihat move on je la dari Fikri tu. Orang dah layan kau acuh tak acuh, takkan nak menunggu lagi kan? Tapi Aya ni degil, mana nak dengar kata (eh hello, crush kot!)

Tapi ada satu kejadian ni membuatkan Aya sedar dan cuba untuk move on. Tapi move on tu tak mudah lagi-lagi nak move on dari crush yang dah lama kau suka. Dalam masa nak move on tu K masih setia menempel kat Aya ni. Duk mengayat Aya dalam duk nasihat (menyempatt).

Aya ni walaupun dah move on, dia tak selfish. Dia still nak selamatkan Fikri masa Fikri dalam bahaya. Part ni korang kena baca sendiri sebab bila baca part ni korang akan jadi macam "Wow, seriuslaaaa?!" Dia ada kisah sebalik kisah yang terjadi (pening kan ayat ni? Miann). Dan disebabkan nak selamatkan Fikri ni la Aya kehilangan K.

Betul la orang kata, kita tak akan menghargai seseorang tu sampailah kita kehilangan dia. Baru terasa kosong. Macam tu Aya rasa. Then selepas 6 tahun , Aya dah bekerja dalam bidang yang dia yang memang passion dia dan dia ditugaskan mencari seorang Ghost Writter ni. Karya hebat, dapat sambutan tapi tiba-tiba meghilang. The best part is, karya tu sebijik kisah K. Sebab tu Aya nak mencari si Ghost Writter ni.

Kat situ la Aya tahu berbagai-bagai kisah disebalik rasa sedih yang membuatkan dia rasa nak menangis setiap kali tersentuh K. Cerita ni tak la sehappy yang korang sangka, tapi dia tak la sesedih tu. Dia bagi korang berfikir semula, apa yang korang nak sebenarnya? Perlu ke korang hidup dalam kegelapan masa lampau dan biarkan masa depan yang tak pasti jalannya? Perlu ke korang jadi selfish demi cinta?

Korang boleh grab novel ni kat mana-mana kedai buku . Kalau jenis suka beli online boleh jenguk instagram @prologmed atau Shoppe : Prolog Media .




Monday 12 August 2019

Intern Degree

Hai!

Lama kan tak post sini? Ye tau, berapa banyak kali dah aku taip ayat tu. Haha. Ampunnn!

Aku tak tau nak cerita apa walaupun hakikatnya banyak benda jadi sepanjang aku nak habis intern. Both bad and good memories. Heh.

Sebelum bateri laptop ni kong sebab tadi dah balun tengok Sweet Dreams, aku nak share sikit la sedikit memories yang aku ada masa intern degree ni.

First sekali, beza ke dari masa diploma dulu?

Semestinya berbeza weh!

Masa diploma, otak aku (dan orang sekeliling) meletakkan diri kita orang ni sebagai seorang kanak-kanak or somebody yang will not be taken as worker? Ke ayat aku pening? Seangnya masa diploma orang layan kita orang macam kanak-kanak je. Hahahaha eve kita orang pun banyak main masa intern dulu.

Masa degree ni orang macam ada satu expectation tau. Kau perlu tahu ni, tahu tu. Kalau tak keluar ayat keramat 

"Dah tu belajar apa kat u?"

Tang kalau kena tanya ni biasanya memang puncanya aku yang salahla sebab aku memang selalu mengantuk masa kelas. Junior, jangan tiru akak okay? Akak bukan contoh terbaik.

Tapi kat sana aku belajar banyak benda, tapi tak sebanyak orang lain. Less exposure I guess? I dont know why tapi aku rasa sv aku macam takut nak bagi kerja kat kita orang. And again, i dont know why. Banyak lagi aku belajar dengan orang lain kat situ.

Yang pasti bila intern aku dah pro liminate dan gunting-gunting tau? Print je aku tak pandai. Lol.

Tempat tu best kerana orangnya. Orang baik. Kau je kena rajin. Kena bercakap. :)

Apa pengajaran yang aku dapat?

Masa intern ni la masa kau nak merasa macam mana feeling masa bekerja, jadi kau kena manfaatkan dengan sepenuhnya. Jangan asyik nak main je. Lepas tu jangan jadi penakut sangat dengan staff. Staff tu kalau dia garang, kau buat tak tahu je. Bukan la kau perlu melawan, kau cuma perlu lawan rasa takut tu. Dia garang, so what? Dia boleh makan kau ke? Tak kan?

Kadang tu, orang tak garang, kau tu yang penakut. Aku la tu. Heh. Dan aku tak berjaya lawan rasa takut aku sampai habis. My bad. Junior, jangan ikut!

Lepas tu, sila la bawa muka bersiap sikit. Tak la maksudnya kau kena pakai mekap tebal. Big no no la tu (except memang tempat kerja kau tu perlu kau macam tu lain cerita la). Bersiap, maksudnya jangan la pucat sangat. Orang pun tak tahu kau tu manusia ke zombie kang!

Ni apa yang aku rasa masa intern la. Korang aku tak tau. Tapi, kalau kot la post aku ada orang jenguk dan baca, korang drop la kat komen apa-apa nasihat untuk adik-adik yang baru nak intern tu tentang do and don'ts masa intern. Haha.

Sampai sini je kot, bateri laptop dah merah dah.
Nak kiok la tu.

Esok lusa aku taip lagi okay.

Salam sayang,
Syahirah.

130819
0259am

Thursday 20 June 2019

Intern 2019

Assalamualaikum korang!!

Hahaha ajet sangat ramai baca padahal aku je duk bukak >_<

Ikut suka la at least nanti aku boleh track semula apa aku buat en.

Okay la, sekarang ni aku tengah intern. Intern for my final year!
Akak dah nak habis degree dah uolls. Banyak manis, pahit, masam dah rasa masa degree ni.

Percayalah cakap aku,

life masa diploma dan degree ni jauh berbeza tau!

Masa diploma tu kau umpama kanak-kanak lagi.
Tapi once dah masuk degreen ready nak dewasa je rasa dia.

Masa aku diploma,
banyak benda lecturer aku boleh tolong and banyak benda kau senang dapat.
Aku tak cakap kau tak perlu usaha apa-apa,
cuma life diploma tu bagi aku tu peralihan dari life sekolah ke alam universiti.
Tak banyak beza pun u dan masa sekola

Masuk degree baru aku rasa macam mana sakit.
Pergh, banyak benda la kau rasa lain.

Dari segi assignment,
orang,
environment,
lepas tu cara orang assume kau.

Ye la, kalau dah degree pastu ada soalan kau tak boleh jawab, orang akan assume apa benda kau belajar selama ni weh? Lepas tu masa degree ni la bnyak nak pakai duit sebab banya

Okay la tu pendapat aku,
pendapat korang aku tak tahu la kan.

Monday 19 November 2018

Hello Semester 7!

Assalamualaikum and hello guys!

So yeah, I guess it has been such a long time no update huh? Sorry, I'm quite busy lately. Busy? Are you sure Cirah? Okay, not too busy but I have other things to do.

But hey, actually I have a few things in my mind that I think I should update here. If not for you, for my memory at least. Something like an album for keeping the photo, and this blog for my records during my youth. Urgh, somehow I felt like I already old. Old? at 23? Nahhh!

So yeah, for this entry I will talk about my semester 7 (degree). Not an easy peasy journey but absolutely an amazing journey that I can share with my brothers. Hahaha.

"Korang tau, tak senang weh degree tapi still durable la. Aku hidup lagi pe?"

Okay, as I have told before when I was in Semester 6, I have such a horrible moment which I think the worst? yeah, the worst! The stress hit me hard until sometimes I will cry without solid reason, I felt sensitive too much and I hate when people ignore me. I have to call somebody that I think can give some sort of calmness or at least can help me out from the negative zone.

And here I am! Already in semester 7. Final year guys! Fuhhh

Another one year to go and I'm free. At least from the study (maybe).

This year I guess the stress still durable... until I have to decide the place for my internship next semester. Ugh, kinda hate this phase. Why?

I have to choose someplace for the internship that can offer me allowance and experience. But I scare for the commitment that needs to pay for that high allowance. No risk no money girl! 

Just, please pray for the best for me and my friends.
Finish our final year project,
Complete this degree
Find a decent job
Good money
and pay our PTPTN.

I know some of might be wondering why I did not write in Bahasa like usual I did. The answer is I kinda have the mood for this tonight?
( Or affected by ' writing FYP' mode? )

Till next post :)

Thursday 6 September 2018

Semester 6



Malas nak cakap pasal blog dah bersawang sebab aku tau memang lama dah aku tak update apa-apa dalam blog ni. Sebab sibuk! Tak la sibuk sampai tak sempat tengok movie. Tapi sibuk la sampai mood nak menaip tu semakin menjauh pergi.

Pergh nasib baik Semester 6 dah berlalu pergi dengan jayanya. Alhamdulillah, semua lulus :)

Setakat ni kalau tanya aku sem mana paling aku rasa kecundang paling teruk, aku akan jawab sem 6! Lepas ni aku tak tahu la aku jawab sem berapa pulak kan. Sebab apa aku cakap sem 6?

Sebab masa sem 6 ni la nak DRP nya. Apa ke bendanya DRP tu jenon? DRP tu Defence Research Proposal. Final Year Project (FYP) punya presentation la kiranya tu. Serius weh sem 6 tu aku stress gila. Baru masuk je aku dah stress. Mungkin sebab aku tak prepare apa-apa untuk FYP aku masa cuti tu. Like aku google ap patut tapi sebenarnya aku tak nampak arah mana patut aku tuju. Tak narrow down pun apa benda sebenarnya aku kena buat.

Salah aku juga la tak jumpa madam sebelum balik cuti sem tu kan? My bad! Lepas tu naik cuti dah ada DRP (after a few months tu la bukan naik terus DRP, pengsan aku kalau gitu). Masalahnya bila dah naik cuti aku duk la bincang dengan partner aku pasal FYP kita orang. Yup, FYP kita orang ni by partner. Tapi ada la benda yang membezakan kita orang.

Mula-mula ingatkan buat benda ni, rupa-rupanya alahai kita orang salah faham. Lepas macam dah jelas apa kita orang kena buat, kita orang pun pilih la tajuk pasal sampah kat market (night market and wet market).
About a week before DRP madam tanya,

"You guys ok ke tajuk ni sebenarnya?"

Nak jawab tak ok, DRP dah hampir sangat dah. Tapi jujurnya untuk buat tajuk ni susah for both of us since study about waste at night and wet market tak banyak and memerlukan kos yang banyak. Ye la, kos kereta sewa, minyak, masa lagi. Kena stay sana sepanjang market beroperasi weh, gila kau! Aku ada kelas kot! Tapi tu mungkin boleh adjust la kan. Cumanya balik pasar mestilah dalam 11 malam kan? Sekali balik tu kena tahan dengan PB kat depan  tu. Cun je kena soal jawab pulak kan.

Then kita orang sengih je la kat madam. Dah dua ketul ni duk sengih depan madam, madam suggest la

"Apa kata you buat dalam UiTM je?"

Pergh mudah rasanya kan? Lega kita orang! Masalahnya, DRP dalam seminggu je weh! Sempat ke? Kita orang punya proposal hampir dah siap cuma ada la lompong sana sini sikit nak kena touch up.

Tanya Izzah macam mana, dia kata okey je cuma kena double la usaha tu. Ye la, orang lain benda dah fikir dari cuti kau baru nak buat seminggu sebelum DRP. Fengsan jemah!

But we managed to complete the proposal. Alhamdulillah :) (Big clap pleaseee!)

Selain pasal FYP, bagi aku sem 6 ni serius restless gila! Even housemate pun perasan aku busy last sem.

"Syira busy gila kot sem ni!"

Dengan assignment macam hujan lebat je jenisnya. Menangis aku nak hadap.

Sem lepas kira paling dahsyat la sebab aku rajin gila whatsapp orang nak luah. Walaupun indirectly. Haha.

Paling ketara sebelum aku pergi pesta buku tu la. Aku punya stress sampai tahap update facebook pasal tak dapat pergi sebab aku kena join kawad untuk wakil kelab kursus aku. pergh pakai main tarik je nama mana aci kan? Tak la main tarik je tapi ambik nama yang tak join mana-mana games. Then undi pulak. urgh at that time aku benci gila gila gila ayat 'Jom undi!' tu weh! Entah la, that word macam taboo you know? And i hate that. 

Dan malangnya aku jugak la yang terpilih dengan a few more people. Siot! Naik darah aku masa tu.Nak salahkan siapa? Tak ada orang salah pun cumanya entah aku geram, kalau boleh semua orang aku nak tumbuk lagi-lagi yang buat muka lega sebab terlepas. Ha, sorry! Aku cakap dah aku geram kan.

Kebetulan before tu ada orang datang bagi talk pasal mental illness. Aku serius nak pergi. At that time aku macam down as down gila! Aku nak keluar tak boleh, aku nak balik ada hal pulak. Benda aku tak suka pulak tu! Ah benci!!

Masa aku dengar talk tu I dont know why aku nak nangis. Apa ke benda la aku duk emo semacam dengar orang tu bagi talk. Nasib Diba tak perasan. Tapi aku lega sikit lepas dengar talk tu. Haha, hajat tercapai la katakan.

Lepas je habis program sukan antara fakulti tu, ibu ajak pergi pesta buku. Aku macam serius la?

Meman ya pun serius. Ibu dan ayah datang bawak aku pergi sana. Ya Allah, happynya aku masa tu weh sebab dapat keluar dan buat benda aku nak. Aku plan dari awal kot nak pergi sana. Ye la, memang la every year aku pergi pesta buku tu cumanya kali ni special sikit sebab ada penulis aku suka datang! Aku plan nak datang masa dia ada la, cumanya aku tak dapat datang tarikh tu. But sokay la, dapat datang pun dah cukup baik.

Balik dari pesta buku tu mood aku dah okey sikit.

Benda lain yang tak settle tu serius memang penat lagi memeningkan dan memerlukan masa untuk settlekan. Nasib baik sempat siap semua.

Masa final ni ada satu paper yang aku buat sambil rasa nak menangis sebab otak aku tiba-tiba blank. Padahal bagi aku soalan dia serius straight to the point. Tak belok-belok pun. Aku je tak baca.

Siap minta ibu ayah doa lagi balik tu. Balik exam paper tu aku duk la sendiri sambil emo-emo whatsapp Dayah dengan Ibu. Cakap itu ini.

Harapan aku cuma satu ; LULUS SEMUA PAPER.

Alhamdulillah aku lulus. Harapnya sem 7 ni aku okey la.

Tak stress teruk-teruk.
Boleh study dengan tenang
FYP berjalan lancar
dan sebagainya lah.

Sampai sini je la aku bebel kali ni.
Esok lusa aku sambung balik :p


Notes~

Assalamualaikum semua!

1) Terima kasih sebab sudi nak kunjung blog yang tak seberapa ni :-)

2) Sorry kalau ada karya Syira macam "erghh hampeh gila ayat dia ni!" or " bapak childish cerpen dia!" or apa2 yang sewaktu dengannya. Syira masih baru nak nak belajar menulis penulisan yang bagus n best so I need ur comment :-)

3) Ada cerita yang kalau korg perasan tak ada sambungan macam terhenti. Tu maybe sebab tak ada idea or Syira terlalu bz. Insya Allah kalau ada masa n idea Syira sambung. Mngikut permintaan (kalau ada)

4) Kalau la.. (Kalau ok?) korang rasa ada idea utk cerpen boleh la email kat syira. Heeee.. kot Syira rasa boleh buat, syira buat :) email : nilliavanilla@gmail.com

5) Kalau mahu comment, sebaik2nya letak la nama. At least I know ur name. Tak la Syira panggil Annonymous1 or 2 je kan?

And lastly, terima kasih sekali lagi sebab masih sudi datang berkunjung sini~


L O S T

Macam biasa intro setiap kali post,  Bersawang sudah blog ni. Hahahaha, aku tak sempat update. Bukan nak kata tak ada masa sungguh nak main,...